Ketua pemuda PAS lemah mantiq
Tindakan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menyuruh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertanya sendiri kepada Dr Mahathir Mohamad bersifat keanak-anakan dan menunjukkan kelemahan mantiq.
Ia susulan permintaan Lim agar Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengemukakan bukti wujudnya dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang akan membentangkan undi tidak percaya kepada perdana menteri.
Sebagai sebuah parti yang sering kali mendakwa mereka paling Islam berbanding orang Islam yang lain, adalah amat membingungkan apabila ketua pemudanya sendiri gagal memahami dan mengamalkan kaedah al-bayyinah ‘ala al-mudda’i - yakni pembuktikan adalah ke atas orang yang membuat dakwaan.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment