Pakatan Harapan Supporters
Serangan isu ke atas Dap. Admin tak hairan pun sbb admin dah dapat tau perkara ni lama dah...
Main isu bangsa dan agama...hanya itu ajelah cara penunggang bangsa dan penunggang agama boleh buat...
Isu mencuri, isu rasuah, isu 90 juta, isu menipu syarie...isu jual agama semuanya tak salah ...yg salah hanya Dap..
UMNO yang khianati Felda, buat apa salahkan DAP – Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali membidas pihak yang mendakwa DAP mengkhianati Felda.
Katanya seperti dipetik media, pihak yang sebenar-benarnya mengkhianati orang Melayu dan Felda adalah UMNO yang menyebabkan agensi itu bankrap.
Beliau turut menegaskan bahawa Pakatan Harapan mendukung usaha yang dipelopori Tun Abdul Razak itu untuk mengangkat ekonomi orang Melayu menerusi Felda.
“Datang anak dia (Najib Razak), pergi swastakan Felda. Lihat saja saham FGV sekarang, RM4.70 merudum ke 30 ke 40 sen saja.
“Siapa yang uruskan Felda (sebelum ini) saya nak tanya. Pengerusi Felda siapa? Hutang sekarang RM8 bilion, kita tak jangka Felda boleh ada hutang begitu besar.
“Pengerusinya Melayu, Lembaga Pengarah Melayu, bukan Melayu biasa tapi Melayu UMNO tetapi rupanya mereka pengkhianat,” katanya seperti dipetik akhbar Sinar Harian ketika berucap di Kampung Rinching Hilir di Semenyih, semalam.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu juga membidas pihak yang terus menyalahkan pemimpin DAP atas kegagalan Felda.
“Pengerusi Felda bukan Lim Kit Siang. Pengerusi Felda Lim Kit Siang atau Isa Samad? Bukan Lim Guan Eng, nak salahkan DAP buat apa?
“Oh, dalam PH kata (kononnya) dikuasai DAP. Kamu ada kuasa (sebelum ini), kedudukan, jawatan, jadi pengerusi jadi menteri tapi kamu khianat kepada orang Melayu,” katanya. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment