*PEMANDU YANG HILANG KAWALAN*
1. Dulu benci UMNO, kini mengendeng-ngendeng umpama 'Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong'.
2. Dulu puji DAP, kini benci DAP, dengan alasan parti itu anti-Melayu dan anti-Islam.
3. Maaf cakap, perangai Hadi juga tak ubah seperti kupu-kupu malam yang berdiri di tepi-tepi jalan dan bersedia menjual tubuh badan kepada sesiapa yang bersetuju dengan harga yang ditetapkannya.
4. Surat Terbuka Hadi yang ditujukan kepada "Anak para pemimpin PAS" yang tidak lagi bersama parti itu tetapi sebaliknya mereka lebih yakin dan percaya perjuangan PAKATAN HARAPAN (PH) yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir.
5. Hadi cuba memujuk mereka dengan memberi dua sebab :
a) PH dipimpin oleh seorang yang tidak boleh dipercayai (Tun Mahathir).
b) PH dianggotai oleh DAP yang anti-Islam (juga anti-Melayu).
6. Dalam surat tersebut, Hadi juga menyebut, "KELUAR PARTI (PAS) SEPERTI TUKAR IMAN DAN MENJADI KUFUR".
7. Di zaman Baginda Rasulullah tidak ada PAS, begitu juga negara-negara Islam lain seperti Arab Saudi dan Indonesia, juga tidak ada PAS.
8. Yang ada hanya PAS LAWATAN sahaja.
9. Ketiga-tiga mereka yang tidak mahu bersama PAS kerana mereka nampak tingkah laku Hadi seperti seorang *pemandu yang hilang kawalan*; sekejap ke kiri, sekejap ke kanan dalam pemanduannya.
10. Mereka sedar *TIDAK SALAH* dan *TIDAK BERDOSA* berhijrah dari Hadi yang tidak nampak jalanraya dengan jelas kepada Tun Mahathir, walau pun berumur tetapi punyai pengalaman yang luas dan masih boleh memandu dengan cermat tanpa membahayakan nyawa mereka yang menjadi penumpangnya.
11. Sebenarnya Hadi sudah mula panik, kerana Surat Terbuka itu sebenarnya ditujukan juga kepada ahli-ahli PAS yang lain agar mereka tidak berhijrah seperti Dr. Mujahid, Faiz Fadzil dan Nik Omar Nik Aziz.
12. Dengan Surat Terbuka yg pernah dibuat sebelum PRU-14, Hadi mahu pengundi-pengundi PAS menolak calon-calon DAP dan seterusnya menyokong calon-calon MCA, Gerakan dan MIC atas alasan DAP parti yang anti-Melayu dan Islam.
13. Kita masih terbayang bagaimana susahnya pemimpin-pemimpin DAP pada Pilihanraya yang lepas (PRU-13) nak menyakinkan masyarakat Cina agar memberi undi kepada calon-calon daripada PAS.
14. Dengan menghantar rombongan demi rombongan menziarahi Tok Guru Nik Aziz di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan, mereka telah yakinkan yang lain bahawa Islam agama yang baik dan boleh dipercayai.
15. Dengan sokongan DAP itulah maka buat pertama kalinya sejak Pilihanraya Umum Pertama 1957, PAS berjaya mendapat 21 Kerusi Parlimen.
16. Inilah usuha-usaha Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Liew Chin Tong, Anthony Loke, Nga Kor Meng dan Ng Swee Lim, ADUN Sekinchan, Selangor dan beberapa pemimpin DAP bagi menolong kemenangan calon-calon PAS.
17. Lim Guan Eng pula pernah merengkok dalam penjara kerana usaha beliau menebus maruah keluarga seorang anak gadis Melayu bawah umur yang diperkosa oleh seorang pemimpin UMNO ketika itu.
18. Akhirnya perogol bebas, pembela maruah gadis dipenjara dan gadis tersebut melahirkan anak di sebuah Pusat Tahanan Wanita.
19. Namun di atas segala usaha dan *pengorbanan DAP* terhadap PAS (Melayu / Islam) dan pengorbanan Lim Guan Eng itu, Hadi dan pemimpin-pemimpin UMNO masih melemparkan fitnah kononnya DAP itu anti-Melayu dan anti-Islam.
20. SAMPAI BILAKAH KITA NAK MENGHINA MASYARAKAT CINA DAN BUKAN MELAYU LAIN?
21. Yang rasis atau perkauman ialah kita, bangsa Melayu sendiri.
22. Kalau berat pun mulut nak berterima kasih, sekurang-kurangnya kita hentikan perbuatan mengeji dan mencaci mereka.
23. BUKTIKAN KEPADA MEREKA, BANGSA MELAYU BUKANLAH BANGSA BANGSAT, BANGSA MELAYU TAHU MEMBALAS BUDI seperti kata-kata Hadi semasa Pilihanraya Kecil Teluk Intan, "PAS TIDAK LUPA JASA ORANG”.
24. Ucapan-ucapan Hadi semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan, Perak tidak berapa lama dahulu, dan ucapan-ucapan beliau sebelum itu pun banyak mempertahan dan memuji DAP (sila tonton video yang lalu).
25. Dalam kes RUU 355, MCA, Gerakan dan MIC begitu LANTANG MENENTANG Pindaan Hukum Islam itu.
26. Pemimpin-pemimpin mereka seperti Presiden MCA, Liow Tiong Lai, Timbalannya, Wee Ka Siong, Presiden Gerakan, Mah Siew Keong dan pemimpin Gerakan yang lain serta Dr. Subramaniam, Presiden MIC telah mengeluarkan beberapa kenyataan akhbar MENGUGUT akan keluar Kabinet secara serta-merta jika RUU 355 diluluskan (sila lihat kenyataan tersebut).
27. Bak kata Hadi sebelum ini, PAS tidak akan lupakan jasa DAP yang begitu banyak terhadap parti itu.
28. Apakah rakaman suara Nik Abduh membocorkan rahsia sogokan sejumlah wang dari UMNO dan pengakuan seorang pemimpin PAS yang Parti mereka telah menerima 'derma' sejumlah RM 2.5 juta dari individu tertentu, yang menyebabkan Hadi tiba-tiba bertukar haluan perjuangan daripada mengkafirkan kepada menghalalkan?
29. *AMANAT HADI AWANG*, mengingatkan kita semua betapa dahsyatnya kesan sampingan AMANAT itu kepada masyarakat Melayu / Islam negara ini.
30. *DOSA DAN PAHALA, SYURGA DAN NERAKA, BUKAN BOLEH DITENTUKAN OLEH PAS* ATAU *PRESIDENNYA HADI*. ITU HAK ALLAH SWT.
31. Berhijrahlah sebelum kita terpesong dan dipesongkan... Nauzubillah!!!
32. *JANGAN KETEPIKAN SEGALA APA YANG TERNYATA DALAM AL-QURAAN DAN HADITH. PERKARA BENAR JGN CUBA DITUTUP DGN PEMBOHONGAN.*
33. Semoga kita bangsa Melayu, bangsa yang tahu membalas budi dan jasa orang.
34. Jangan sebab mendapat segala jenis *HABUAN*, 'Menang Sorak, Kampung Tergadai’.
35. MATINYA SEMUT KERANA GULA.
No comments:
Post a Comment