Pages

Thursday, 14 March 2019

[Video USUL TERGEMPAR! - Pengisytiharan Darurat di Pasir Gudang] Dahsyatnya Perang Biologi Tun M - Najib - Anjing Shafee & Saya berasa marah binatang yang paling setia kepada manusia dijadikan sebab sebagai senjata perang biologi utk melambat2 Najib masuk penjara.

Khamis, 14 Mac 2019
相關圖片
Otai BERSIH
Hachiko, perang biologi dan anjing Shafee.
Saya Hishamuddin Rais memelihara anjing. Malah dari zaman kanak-kanak lagi saya telah memelihara binatang. Saya ada pengalaman memelihara tupai, musang dan kura-kura.
Di rumah keluarga kami di Jelebu sentiasa ada kucing peliharaan. Arwah ayah saya - yang belajar di Sekolah Pondok Lebai Maadah Batu Kikir - ada juga memilihara anjing. Jadi memilihara anjing ini bukan satu yang asing dalam budaya suku Biduanda Negeri Sembilan.
Kelmarin saya terbaca berita tentang peguam Shafee Abdullah yang mewakili Najib Razak dalam kes pertuduhan pengubahan wang haram milik SRC International. Peguam telah patah tangan. Beliau diberitakan telah diserang atau hasil terkaman anjing. Yang menerkam ialah anjing peliharaan peguam Shafee sendiri.
Justeru kes SRC - perbicaraan Najib ditangguhkan.
Saya merasa pelik bin hairan. Ini kerana dalam sejarah pemeliharaan anjing, tidak pernah saya terbaca tuan anjing diserang oleh anjing peliharaannya sendiri. Sepanjang pengetahuan saya anjing ialah binatang peliharaan yang amat setia kepada tuannya.si Hachiko akan datang menunggu tuannya, Profesor Ueno pulang dari univeriti di stesen Shibuya, Tokyo.
Hachiko dipelihara oleh Profesor Euno sejak tahun 1924. Hubungan intim antara Profesor Ueno dengan Hachiko ini tamat pada 25 Mei 1925. Pada petang hari itu, Profesor Ueno yang dinanti oleh Hachiko tidak pulang-pulang.
Profesor Ueno meninggal dunia ketika memberi kuliah di universiti.
Sejak petang itu - setiap petang selama sembilan tahun si Hachiko akan datang menunggu kepulangan Prof Ueno. Akhirnya Hichoko sendiri mati dalam penungguan pada 8 Mac 1935.
Hari ini tugu Hachiko didirikan di hadapan stesen kereta api Shibuya Tokyo.
Hanya sekali dunia dikejutkan dengan berita seorang tuan punya anjing yang mati diserang oleh anjingnya sendiri.
Ini berlaku pada pada bulan September 2011 di Manado Indonesia. Tuan punya anjing telah pergi bercuti selama dua minggu. Dia tidak meninggalkan makanan dan minuman untuk anjingnya yang terkurung dalam rumah.
Bila pulang dari bercuti dia diserang oleh anjing itu yang kelaparan dan sedang dahaga.
Justeru saya menjadi hairan lagi pelik kenapa tuan peguam ini diserang oleh anjingnya sendiri. Atau diterkam dengan bagitu kasar hingga mengakibatkan tangannya patah.
Berita ini bertambah pelik apabila peguam Shafee Abdulah ini dapat pula hadir dalam satu kes lain pada hari yang sama.
Maka saya terfikir apakah sang peguam ini sedang melancarkan perang biologi.
Apa dia perang biologi ini?
Dr Mahathir Mohamad kini mencecah umur 93 tahun. Najib Razak pula baru melintas 65 tahun. Dalam konteks biologi Najib masih muda.
Dalam perang biologi secara saintifik Mahathir pasti akan tewas. Lagi cepat Mahathir tewas lagi baik. Apabila Mahathir tewas maka besar kemungkinan Najib boleh membuat ‘perjanjian baru’ dengan kerajaan baru yang dipimpin oleh sosok yang berkemungkinan bersimpati dengan bekas perdana menteri itu.
Justeru memperlambat kes Najib berjalan adalah sebahagian dari taktik perang biologi. Memperlambatkan Najib menerima hukuman adalah perang biologi. Lagi lambat Najib masuk penjara lagi baik.
Inilah yang saya takrifkan perang biologi.
Justeru saya sebagai pemelihara anjing marah dan merasa terkilan binatang yang paling setia kepada manusia dijadikan sebab untuk digunakan sebagai senjata perang biologi.
Hishamuddin Rais.

1 comment:

  1. Salam. Saya pun ade bela 1 rkor, dulu ada 2. Satu mati pasal kena langgar. Sejak cermin lori krna pecah, pas tu sape tah curi Computer Box, tak mungkin anjing liar yg curi walau kat kawasan tu banyak anjing. Kopak ribu2 jugak la. Bagi anjing makan, 2 ekor yg jadi jinak, standbye la sabun tahara, dia dari tanah liat, memang utk samak. Pasal Kekadang kita baring Bawah Lori , tak pernah dia dtg, tau2 siku la, lutut, betis rasa basah kena hidung la, mulut dia. Bila nak solat, samak la kejap. Lagi satu saya kerja pakai seluar pendek, kalau org luar dtg, dia bising la, sampai posmen bagi surat, kena ikat, kalau tak dia org tak nak masuk. Bukan tak nak ikat. Tempat jadi kotor la, situ makan, situ tido, situ buang air, kalau tak ikay. Sekali pun tak pernah jumpa najis dia. Posmen pun tak masuk dah, adr surat, letak kat pagar je. Bil air dgn meter eletrik pun kat luar. Bwla utk jaga kawasan tu boleh kata imam tempat saya, jgn buat mcm kucing. Tapi Bila org yg berpendidikkan tinggi hingga jadi peguam boleh bela dan biar haiwan tu panjat badan mcm ade yg pelik la. Tak kan takde yg cakap kot. Tapi takpe la, dah kawan dgn parti islam ni, ade la yg ajar tu nanti. Tapi jgn plak nanti kita dengar fatwa baru utk bela anjing ni. Jenis halal syarie plak. 😀😀

    ReplyDelete