Pages

Thursday, 14 March 2019

[Video Tiada tangkapan, polis buru suspek kes cemar Sungai Kim Kim] KENAPA NAJIB TIDAK DITANGKAP LAGI? Boleh tak PH abaikan karenah dia? TAK BOLEH sebab...Hamid Bador dilantik pemangku timbalan ketua polis negara.

Jumaat, 15 Mac 2019

KALAU NAJIB BERSALAH KENAPA TIDAK DITANGKAP?


Ini jawapannya. Kira sampai habis, berapa kali Najib cuba tangguhkan kes mahkamahnya.
1. 23 November 2018: Najib tak nak dibicarakan, cuba gugurkan 25 pertuduhan terhadapnya.
2. 9 Januari 2019: Najib buat DUA permohonan cuba batal kelayakan pasukan pendakwaan.
3. 15 Januari 2019: Najib cuba tangguh kes SRC International.
4. 7 Februari 2019: Tiga minggu selepas mencuba, sekali lagi, Najib cuba tangguh kes SRC International.
5. 10 Januari 2019: Jabatan Peguam Negara bantah sekeras-keranysa permohonan Najib gugurkan pasukan pendakwaan (susulan kes ke-2 di atas), dakwa Najib cuba melengahkan masa.
6. 11 Februari 2019: Najib berjaya tangguh kes SRC International (susulan kes ke-4 di atas)
Najib & macainya pun ke hulu hilir sindir Najib tidak masuk jel bukti Najib tidak bersalah, sedangkan kes lama disebabkan Najib balik-balik tangguh kes.
7. 20 Februari 2019: Hakim Azizah Nawawi tolak salah satu daripada dua permohonan Najib untuk membatal kelayakan pasukan pendakwaan (susulan kes ke-2 di atas).
8. 1 Mac 2019: Hakim Collin Lawrence Sequerah tolak satu lagi daripada dua permohonan Najib membatal kelayakan pasukan pendakwaan (susulan kes ke-2). Yg pertama telah ditolak Hakim Azizah Nawawi.
9. 7 Mac 2019: Najib lengahkan masa lagi, mempertikaikan keputusan Hakim Collin Lawrence Sequerah (kes kurungan ke-8) yang menolak permohonannya membatal kelayakan pasukan pendakwaan.
Sepatutnya Mahkamah dah start mmbicarakan pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa Najib.
Tapi oleh sbb permohonan2 Najib untuk menangguh kes, mahkamah terpaksa membicarakan samada perbicaraan pertuduhan2 terhadap Najib boleh ditangguh.
Boleh tak PH abaikan karenah dia?
TAK BOLEH. Apa beza PH dengan BN kalau PH menyalahgunakan kuasa utk mempercepatkan kes Najib semata-mata nak penjarakan dia? Takde beza.
Sbb tu PH akn terus mengikut lunas undang2 dlm mmbicarakan Najib.
Org yg faham proses mahkamah juga akn tau, Najib yg beria-ria mislead rakyat sekarang akan akhirnya kecundang juga.
Apabila Najib exhaust (habiskan) segala taktik melengahkn masa yg ada nnt, dia akn kebuntuan. Nk tk nk, dia terpaksa dbicarakn & disabit kesalahan. Tunggu masa je.
-tamat-
KDL

Hamid Bador dilantik pemangku timbalan ketua polis negara

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Abdul Hamid Bador hari ini dilantik sebagai pemangku timbalan ketua polis negara bagi menggantikan Noor Rashid Ibrahim yang bersara.
Pelantikan dibuat dalam majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Perkep Malaysia yang disaksikan oleh Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun di Pusat Latihan Polis (Pulapol,) Kuala Lumpur hari ini.
Hampir empat dekad berkhidmat di PDRM, Hamid menjadi perhatian pada 2015 apabila membuat dakwaan ada pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1MDB, selain mendesak siasatan dibuat secara telus.
Ketika itu beliau menjadi timbalan pengarah Cawangan Khas (SB).
Hamid kemudian dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri - bersama-sama pengarah bahagian operasi khas SPRM ketika itu Bahri Mohd Zin - sebulan selepas khidmat Abdul Gani Patail sebagai peguam negara ditamatkan.
Beliau kembali ke PDRM apabila dilantik sebagai pengarah SB beberapa minggu selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan.
Timbul juga spekulasi mendakwa beliau bakal dilantik sebagai ketua polis negara bagi menggantikan Fuzi yang akan bersara Mei ini, tetapi Hamid berkata beliau tiada maklumat berkenaan perkara itu.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment