Jom Channel
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mahu polis
menyiasat Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi
Awang dan ahli politik lain yang memomokkan
DAP sebagai anti-Islam dan anti Melayu.
Lip Eng berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri
Mohamed Fuzi Harun akan kelihatan lebih
profesional jika beliau berbuat demikian susulan
kenyataannya bahawa polis mungkin menyoal
Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
"Fuzi bertindak secara profesional apabila beliau
berkata Guan Eng mungkin dipanggil untuk soal
siasat" apabila tiba waktunya" tetapi, tidak ada
keperluan untuk melakukannya, sekarang"
katanya dalam kenyataan yang dipetik
Malaysiakini.
TS.
Umno sedia jual kepentingannya dalam Media Prima
Umno sedia menjual kepentingannya di Media Prima, konglomerat media terbesar di negara ini.
Pemangku Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, tindakan itu perlu kerana Umno yang bukan lagi menjadi parti pemerintah di peringkat persekutuan memerlukan “bekalan” untuk terus bernafas.
“Kita akan menjual pegangan kita dalam Media Prima. Tidak banyak yang boleh kita buat dengannya dan kita juga tidak ada wakil dalam lembaga pengarah.
“Paling tidak ia boleh menampung perbelanjaan kita untuk dua tahun setengah,” kata Mohamad yang dipetik oleh portal Free Malaysia Today, hari ini.
Bulan lalu, Umno melepaskan pegangan saham sebanyak 31.6 peratus dalam Kumpulan Utusan yang akhbar utamanya, Utusan Malaysia, terus dipertahankan penerbitannya dengan wang daripada parti.
Sebelum ini, Umno melabur dalam syarikat media gergasi besar dan kawalannya ke atas firma terbabit berterusan sehingga media tradisional kehilangan wang dan pengaruhnya.
Media Prima mempunyai empat stesen televisyen (TV3, NTV7, 8TV and TV9), tiga surat khabar (New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro) dan empat stesyen radio (Fly FM, Hot FM, one FM and Kool FM).
Masalah kewangan
Tahun lalu, sewaktu Umno masih bergelut dengan kekalahan tidak terduga pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14), 900 akaun bank yang dikaitkan dengannya dibekukan berhubung transaksi melibatkan skandal 1MDB.
Pada masa yang sama beberapa ahli parlimennya bertindak meninggalkan parti, sementara pemimpin tertingginya disiasat dan sesetengahnya diheret ke mahkamah. Mereka termasuk bekas perdana menteri, Najib Razak dan presiden Umno, Ahmad Zahid hamidi.
Wang sebelum ini dikatakan bukan satu-satunya masalah yang dihadapi Umno.
“Umno sebuah pertubuhan besar dan memerlukan wang yang banyak untuk mengurusnya. Mengurus ibu pejabat sahaja memakan belanja besar.
“Sekarang untuk bayar gaji pun susah,” akui Mohamad.
Malaysiakini.
Mungkin rahang dia yg patah kot, atau otak dia terseliuh... Pasal peguam pakai 2 benda ni.
ReplyDelete