FAKTA.. Semenjak PAS berkahwin dgn UMNO, amalan memfitnah dlm PAS sudah menjadi makanan ruji seharian mereka sehingga lebai2 mereka dah tak takut lagi nak buat fitnah & #BohongSyarie..
Lebai Tantawi ni dah kenapa? Yang pertikaikan pasal biasiswa Palestin itu adalah sekutu PAS, MCA & UMNO..
Tetapi DAP juga yang disalahkannya tu, kenapa?
Sudah jelas PAS dah jd tunggangan MCA & UMNO!
Kita tak tahu peneroka Felda pegawai k'jaan atau tidak
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu sama ada bayaran insentif raya akan diberikan kepada peneroka Felda pada tahun ini.
Sebaliknya, beliau berkata soalan itu sepatutnya ditujukan kepada MenterI Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, sambil menjelaskan kerajaan mempunyai rancangan tertentu bagi memulihkan keadaan Felda.
“Saya tidak tahu. Pegawai kerajaan kita bagi. Mereka ini (peneroka) kita tidak tahu pegawai atau tidak. Itu kena tanya Mohamed Azmin
“Kita mempunyai cadangan-cadangan tertentu untuk membaiki keadaan di Felda,” katanya lapor Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian selepas kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2019, semalam.
Pada 24 Mei lalu, Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) Mazlan Aliman meminta kerajaan mempertimbang untuk meneruskan pemberian insentif sempena Hari Raya Aidil Fitri kepada peneroka Felda seperti yang telah diamalkan sejak 2011.
Beliau menggambarkan insentif tersebut sama seperti bonus yang diberi kerajaan kepada kakitangan awam.
Permintaan itu dibuat susulan daripada kenyataan Azmin pada 22 Mei lalu yang membayangkan peneroka mungkin tidak akan menerima peruntukan duit raya daripada kerajaan untuk tahun ini.
Kerajaan pada tahun lalu mengumumkan bayaran insentif Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM450 kepada sebanyak 112,653 peneroka Felda di seluruh negara.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment