Monday, 27 May 2019

Lebai ni dah kenapa? Yang pertikaikan pasal biasiswa Palestin itu adalah sekutu PAS, MCA & UMNO, Tetapi DAP juga yang disalahkannya tu, kenapa? 'Bonus raya' Peneroka Felda pegawai k'jaan ke? [Video Sidang media Tun M, selepas mempengerusikan Majlis Kewangan Negara 2019]

Selasa, 28 Mei 2019

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum

FAKTA.. Semenjak PAS berkahwin dgn UMNO, amalan memfitnah dlm PAS sudah menjadi makanan ruji seharian mereka sehingga lebai2 mereka dah tak takut lagi nak buat fitnah & #BohongSyarie..
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Lebai Tantawi ni dah kenapa? Yang pertikaikan pasal biasiswa Palestin itu adalah sekutu PAS, MCA & UMNO..
Tetapi DAP juga yang disalahkannya tu, kenapa?
Sudah jelas PAS dah jd tunggangan MCA & UMNO!

Kita tak tahu peneroka Felda pegawai k'jaan atau tidak

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu sama ada bayaran insentif raya akan diberikan kepada peneroka Felda pada tahun ini.
Sebaliknya, beliau berkata soalan itu sepatutnya ditujukan kepada MenterI Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, sambil menjelaskan kerajaan mempunyai rancangan tertentu bagi memulihkan keadaan Felda.
“Saya tidak tahu. Pegawai kerajaan kita bagi. Mereka ini (peneroka) kita tidak tahu pegawai atau tidak. Itu kena tanya Mohamed Azmin
“Kita mempunyai cadangan-cadangan tertentu untuk membaiki keadaan di Felda,” katanya lapor Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian selepas kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2019, semalam.
Pada 24 Mei lalu, Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) Mazlan Aliman meminta kerajaan mempertimbang untuk meneruskan pemberian insentif sempena Hari Raya Aidil Fitri kepada peneroka Felda seperti yang telah diamalkan sejak 2011.
Beliau menggambarkan insentif tersebut sama seperti bonus yang diberi kerajaan kepada kakitangan awam.
Permintaan itu dibuat susulan daripada kenyataan Azmin pada 22 Mei lalu yang membayangkan peneroka mungkin tidak akan menerima peruntukan duit raya daripada kerajaan untuk tahun ini.
Kerajaan pada tahun lalu mengumumkan bayaran insentif Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM450 kepada sebanyak 112,653 peneroka Felda di seluruh negara. 
Malaysiakini.

    0 comments:

    Post a Comment

    Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
    SILA LAYARI
    Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
    PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Popular Posts

    © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena