Wednesday, 29 May 2019

Mungkinkah PAS belajar dari UMNO segala taktik modus operandi standard mana² penjenayah MONEY LAUNDERING? Kesian mantan PM sedih, cai² pun angguk² ..yes! [Video Mereka' tak pernah fikir perut Orang Asli, Tijah sebak]

Khamis, 30 Mei 2019
KiniTV
Aktivis Orang Asli Tijah Yok Chopil membidas Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang menggunakan perkataan "menceroboh" bagi merujuk sekumpulan penduduk Rancangan Penempatan Semula (RPS) Dala. Malah, Tijah mendakwa, situasi Orang Asli ketika ini lebih buruk daripada ketika di bawah pentadbiran BN. Bercakap di majlis pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2018 anjuran Suaram hari ini, Tijah berkata masyarakat Orang Asli kecewa kerana mereka sebelum ini telah membantu PH menang dalam pilihan raya. "Sekarang PH menjadi kerajaan, pun sama, malahan lebih teruk. Kerana dia punya kepimpinan tinggi, macam menteri besar dan sebagainya, mereka mengeluarkan kenyataan yang agak biadab Mereka dulu aktivis, dulu kononnya cakap nak menjadi kerajaan yang lebih baik daripada BN, mengeluarkan kenyataan-kenyataan yg bagaimana? Masih cop kami sebagai penceroboh hutan, penceroboh tanah kerajaan," katanya. Tijah menambah bahawa masyarakat Orang Asli beralih sokongan untuk menyokong PH dan membantu gabungan itu menang, termasuklah Faizal Azumu. Untuk rekod, Faizal Azumu meraih 7,662 undi di DUN Chenderiang dan memenangi kerusi itu dengan majoriti 39 undi pada pilihan raya umum (PRU) lalu. Kerusi DUN Chenderiang terdiri daripada 34 peratus pengundi Melayu, 30 peratus Cina, 15 peratus India dan 22 peratus lain-lain etnik termasuk Orang Asli. Dalam kenyataan medianya sebelum ini, Faizal Azumu mempertahankan tindakan penguat kuasa merobohkan sekatan Orang Asli Cunex di Gerik. "Akibat perselisihan faham dengan Penghulu Kampung Sungai Sarok, sekumpulan penduduk terdiri daripada 26 keluarga - melibatkan 74 orang lelaki dan 42 orang perempuan - berpindah keluar dari RPS Dala pada awal 2017 dan menceroboh kawasan Hutan Simpan (HS) Air Cepam milik kerajaan negeri yang terletak 5km di luar kawasan rizab Orang Asli RPS Dala," katanya. Faizal juga berkata, penduduk mendakwa mereka membina sekatan (blockade) kerana tiada perbincangan bersama penduduk setempat dan mendakwa ia dibuat di atas tanah adat mereka. Bagaimanapun, kata Faizal, semakan menunjukkan kerajaan masih belum mengiktiraf kawasan tanah adat yang dituntut oleh penduduk.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

Pada awal Februari lps SPRM bgtau 'Tiada kemasukan wang RM90 juta dari 1MDB ke akaun rasmi PAS'.. Maka terloncat-loncatlah penyokong PAS bertakbir seolah-olah dah bersih dari tuduhan.
Namun kenyataan terbaru SPRM.. slps disiasat rupa²nya wang tersebut tidak dibayar terus kpd pemimpin PAS (pesong ke akaun lain) atau akaun rasmi PAS adalah bagi kelirukan transaksi.
Mungkinkah PAS belajar dari UMNO segala taktik modus operandi standard mana² penjenayah MONEY LAUNDERING?
Yang pasti, hasil siasatan kes RM90 juta kini di Pejabat Peguam Negara (AGC)!
Sama² kita berdoa dan nantikan keputusan AGC samada akan ada pertuduhan di mahkamah kelak untuk mengheret semua baik lebai mahupun penyangak yang terlibat dlm skandal RM90 juta itu di mahkamah dlm masa terdekat atau sebaliknya...
Wallahualam~
Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks
Terkejut kerana RM42 juta, sepatutnya RM42 billion!
Terkejut & sedih bila tahu duit RM42 juta masuk dlm akaun, kesian mantan PM sedih, tak report polis bukan apa sebab tak nak panjangkan cerita.. cai² pun angguk² ..yes #BossKauPenyamun
hehehehe... dunia... dunia... berniaga manusia lagi bagus dari unta... WOWW!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena