Wednesday, 29 May 2019

MP PAS Pusat ni dah jadi menteri pendidikan online ke? SPRM bakal melaksanakan undang-undang baharu Kesalahan Rasuah oleh Organisasi Komersil [Video KP Yapeim digantung tugas sehingga lepas raya]

Khamis, 30 Mei 2019
KiniTV
Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Abibullah Samsudin kini sedang menjalani penggantungan selama 14 hari bekerja bagi membolehkan siasatan dalaman terhadapnya. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Mohd Daud Abu Bakar, berkata pihaknya akan memaklumkan hasil siasatan apabila ia selesai. Terdahulu, Abibullah digantung tugas bermula 21 Mei lalu bagi membolehkan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan salah laku dalam yayasan itu yang dikaitkan dengannya. "Pihak kami masih menjalankan siasatan dalaman dan kita akan membuat pemberitahuan (berkenaan) bahagian (melibatkan) ketua pengarah, bila ada laporan lengkap siasatan. "(Ia akan dibuat) sama ada selepas tempoh atau dalam tempoh 14 hari bekerja," katanya dalam sidang media di pejabat Yapeim di Kuala Lumpur pada Selasa. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai status terkini Abibullah itu. Abibullah didakwa mengancam kakitangan Yapeim agar tidak mengundi mengundi Pakatan Harapan (PH), menerusi satu video yang tular dua minggu lalu. Bagaimanapun Mohd Daud sebelum ini menjelaskan Abibullah digantung bukan kerana video tersebut, tetapi bagi membolehkan siasatan dalaman dilakukan terhadap dakwaan salah laku dalam yayasan itu.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
DAH JADI ahli parlimen 2 PENGGAL PUN MASIH JAHIL BODOH UNDANG² ?
Kau tu baru ahli parlimen pembangkang. Bukannya menteri di mana² kementerian/ jabatan Kerajaan Persekutuan. Nak buat poster tak payah lah nak letak jata rasmi Kerajaan Persekutuan. Tahu undang² ke tak ??!
Benda asas camni takkan sebagai ahli dewan rakyat pon tak tahu. Dewan utk gubal undang² & dasar negara sebelum dibawa ke dewan negara. Malu parlimen miliki ahli parlimen macam ni yg jahil undang !!
MP Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat dorang ni dh jadi menteri online ke? 😂😂😂
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Sekarang ini Akta SPRM 2009 hanya tertumpu kepada pendakwaan atas ‘natural person’ iaitu individu yang terlibat dengan rasuah sahaja.
Oleh yang demikian, Seksyen 17A digubal bagi membolehkan syarikat yang menjalankan kegiatan rasuah, dikenakan tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang.
Seksyen 17A telah diluluskan di Parlimen pada 5 April 2018, yang memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersil.
SPRM bakal melaksanakan undang-undang baharu iaitu Seksyen 17A Akta SPRM 2009, yang akan berkuatkuasa pada Jun 2020.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena