Monday, 27 May 2019

Kenapa kes saman Sultanah Terengganu terhadap Clare tak mahu dibicarakan dlm perbicaraan penuh? DR. SHAHRUDDIN MB JOHOR SEPENGGAL? [Video Sultanah T’ganu mohon saman diputuskan tanpa bicara penuh]

Isnin, 27 Mei 2019

PANAS! SULTANAH TERENGGANU MAHU SAMAN SARAWAK REPORT TANPA BICARA


KiniTV
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah penghakiman terus dalam kes saman yang dikemukakan terhadap pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown serta dua lagi. Saman fitnah itu berhubung kenyataan dalam buku ‘The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose’. Perkara itu disahkan oleh peguam Sultanah Nur Zahirah, Mohd Haaziq Pillay ketika ditemui selepas pengurusan kes saman di kamar hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Zaidi Ibrahim pagi ini. "Kami memfailkan permohonan ini di bawah Perintah 14A (dari Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012) yang bertujuan supaya perkara itu untuk diputuskan secara terus oleh hakim (tanpa perbicaraan mahkamah) dengan membuat keputusan sama ada kenyataan (oleh Rewcastle- Brown) itu adalah fitnah. "Mereka (defendan) memfailkan jawapan mereka (berhubung permohonan Perintah 14A) pada 24 Mei tetapi kami masih belum menerimanya. Kami sepatutnya memfailkan afidavit sebagai jawapan pada 12 Jun. "Saman itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 17 Jun untuk hakim memberikan arahan mengenai penghujahan di bawah Perintah 14A," katanya, sambil menambah bahawa permohonan itu difailkan pada 13 Mei lalu. Menurut Perintah 14A, plaintif boleh memfailkan permohonan untuk saman itu untuk diputuskan tanpa perlu melalui perbicaraan penuh. Penghakiman terus adalah keputusan mahkamah tanpa melalui perbicaraan penuh di mana kes itu akan diputuskan mengikut fakta undang-undang. Dalam penyataan tuntutan, Sultanah Nur Zahirah mendakwa sekitar Ogos 2018, Rewcastle-Brown bersama-sama defendan kedua mengeluarkan kenyataan dalam buku berkenaan dan dicetak oleh defendan ketiga. Defendan kedua adalah penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan defendan ketiga adalah syarikat percetakan Vinlin Press Sdn Bhd. Sultanah Nur Zahirah selaku plaintif berkata, fitnah itu antara lain bermaksud beliau mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Terengganu, menggunakan peranan untuk mempengaruhi penubuhan TIA dan menolong ahli perniagaan Jho Low atau Low Taek Jho mendapatkan peranan sebagai penasihat dalam TIA. Plaintif berkata, itu juga bermaksud beliau terbabit dalam rasuah. Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta daripada setiap defendan dan menuntut defendan kedua menarik balik buku yang mengandungi kenyataan fitnah itu serta memohon defendan ketiga menghenti pencetakan lanjut salinan buku berkenaan.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks\
Jika satu pertuduhan atau kes saman libatkan orang awam mahupun pemimpin2 parti politik sudah pasti dibicarakan dlm perbicaraan penuh, tiada perbicaraan 'short-cut'.
TETAPI bila kes saman yg libatkan 'istana' dgn skandal 1MDB, kenapa pula kes saman Sultanah Terengganu terhadap Clare Rewcastle-Brown tersebut tak mahu dibicarakan dlm perbicaraan penuh?
TETAPI HANYA melalui penghakiman terus (summary judgment)?
Jika dibicarakan dlm perbicaraan penuh, sudah tentu bukti2 akan terdedah dan akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat.
ADAKAH dgn 'tanpa perbicaraan' segala kebobrokan skandal 1MDB yg cuba dipalitkan dgn Sultanah dapat disorok drpd pengetahuan rakyat?

DR. SHAHRUDDIN MB JOHOR SEPENGGAL?

Sejak pertukaran Menteri Besar Johor, macam-macam perkara pelik berlaku dalam Bersatu negeri itu.
Mula-mula, meskipun dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Osman Sapian, tetapi Dr. Shahruddin Jamal hanya diberikan jawatan Setiausaha Bersatu Johor saja.
Pengerusi Bersatu Johor pula diberikan kepada Mazlan Bujang, Exco Kerajaan Negeri yang digugurkan kerana dikatakan tidak disenangi oleh pihak istana.
Oleh kerana Menteri Besar Johor tidak dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Johor, ketika itu difahamkan terdapat 23 daripada 26 Ketua Bahagiannya menghantar memorandum bantahan kepada Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu.
Dalam sususan terbaru kepimpinan Bersatu Johor yang diumumkan hari ini, selain nampaknya memorandum bantahan terhadap perlantikan Mazlan tidak dilayan, sebaliknya Dr. Shahruddin langsung tidak diberikan sebarang jawatan di peringkat negeri.
Bukankah ini sesuatu yang pelik?
Rasanya inilah kali pertama, bukan saja di Johor, bahkan juga di mana-mana negeri sekali pun di mana seorang Menteri Besar tidak ada sebarang jawatan dalam parti di peringkat negeri.
Bagaimanakah seorang Menteri Besar yang dilantik oleh parti menduduki jawatan itu, tetapi tiada sebarang jawatan dalam Bersatu peringkat negeri?
Di mana sebenarnya konsep parti menguasai kerajaan?
Dengan tiada jawatan dalam Bersatu Johor, apakah ini bermakna Dr. Shahruddin hanya akan menjadi Menteri Besar sehingga hujung penggal ini saja?
Apakah jaminan beliau akan disenaraikan lagi oleh Bersatu Johor yang dipimpin oleh Mazlan sebagai calon dalam PRU15 akan datang? (Shahbudindotcom 25/05/2019)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena