AGENDA DAP MENINDAS ISLAM?
Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh telah memperuntukkan RM130,000 untuk diagihkan kepada tiga buah masjid dan beberapa surau dalam kawasan parlimen diwakilinya itu untuk aktiviti di sepanjang Ramadhan.
Otai BERSIH
Bila DAP buat hal: Komunis! Kurang ajar! PH hancing! Bubar parlimen! Melayu terancam!
Bila Taliban PAS bakar kereta: Ini kesalahan individu. Jangan kaitkan PAS. PAS parti paling suci di alam semesta!
Mereka bergaduh, mereka memfitnah. Terkini mereka disyaki membakar & mahu menyimbah asid. Sudah sampai masanya kerajaan memberi kata dua kpd PAS samada membubarkan Unit Amal atau kerajaan mengharamkannya terus. Kewujudannya juga diragui samada berdaftar dgn ROS atau bergerak secara haram? Kerajaan menerusi KDN perlu pantau kewujudan kumpulan ini yg makin hari makin mencurigakan. Bertindak sebelum terlambat.
Mufti Perlis terima ugutan pukul
MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, membuat laporan polis selepas menerima ugutan untuk memukulnya di Facebook, semalam. - NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, membuat laporan polis selepas menerima ugutan untuk memukulnya di Facebook, semalam.
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, berkata laporan itu dibuat oleh Mohd Asri pada jam 6.30 petang semalam di sebuah balai polis di daerah Padang Besar.
Beliau berkata, laporan itu dibuat oleh Mohd Asri demi keselamatan diri dan keluarganya daripada sebarang perkara yang tidak diingini.
“Berdasarkan keterangan, beliau menerima satu mesej di Facebook daripada individu yang mengguna nama ‘Sandev Sandev’ pada jam 6 petang yang mengancam untuk memukulnya.
BH Online. Khamis, 2 Mei 2019
Suspek ugut mufti direman empat hari
Suspek yang mengugut untuk memukul Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Facebook kelmarin, direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes terbabit.
Perintah penahanan reman ke atas lelaki yang bekerja sebagai kerani berusia 36 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah pagi tadi.
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, berkata pihaknya akan melakukan siasatan terperinci ke atas suspek bagi mengenal pasti punca sebenar ugutan itu.
“Sebarang maklumat terkini berhubung kes ugutan ke atas Mohd Asri akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
“Polis baru sahaja mendapatkan perintah penahanan reman ke atas suspek. Jadi berikan pihak polis ruang untuk melakukan soal siasat ke atas suspek,” katanya ketika dihubungi.
BH Online. Jumaat, 3 Mei 2019
0 comments:
Post a Comment