Thursday, 16 May 2019

Sorang lagi penipu UMNO! Ketegasan JEBON TOLAK kerjasama Umno Pas suatu masa dahulu memeningkan pemakan dedak! Bonus raya belum pencen RM450, pesara RM225 & Dana Tabung Harapan diguna bayar hutang 1MDB [Video ROME STATUTE Tak payah riuh2]

Jumaat, 17 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, teks
Zaman kebebasan bersuara direstui dalam parti ana.
Imej mungkin mengandungi: teks
Ketegasan jebon menolak cadangan kerjasama dengan Umno suatu masa dahulu memeningkan golongan pemakan dedak..
Ana Tahu

Imej mungkin mengandungi: teks
Kerajaan PH bagi RM855 juta bantuan khas kepada semua penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri. Bersyukur & terima kasih!

Dana Tabung Harapan diguna bayar sebahagian hutang 1MDB

Semua kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) berjumlah lebih RM203 juta akan digunakan untuk membayar sebahagian daripada hutang 1MDB, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah THM pada 24 April 2019 telah bersetuju memutuskan bahawa kesemua dana dalam THM ini akan digunakan bagi melunaskan sebahagian hutang 1MDB yang berjumlah RM1,704.78 juta bagi tahun 2019 ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya, gabungan itu mendapati kerajaan persekutuan menanggung hutang yang begitu besar berjumlah lebih RM1 trilion. PH bertekad untuk mengurangkan beban hutang tersebut.
Pada 30 Mei, kerajaan PH membuka THM bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyatakan solidariti kepada negara dengan menyumbang kepada tabung berkenaan bagi membayar beban hutang yang diwarisi kerajaan terdahulu.
Pada 7 Feb lalu Kementerian Kewangan memaklumkan baki akhir THM sehingga 14 Januari ialah sebanyak RM202,716,775.10.
Selepas dilakukan pelaburan ke atas dana tersebut, faedah yang diterima adalah sebanyak RM575,342.31, menjadikan jumlah terkini akaun amanah THM berjumlah RM203,292,117.41.
Meskipun dana THM tidak dapat membayar keseluruhan hutang 1MDB yang kini berjumlah RM51, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kerajaan PH tetap berterima kasih atas “semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia”.
“Kerajaan dengan ini ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan ke dalam THM ini,” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena