Wednesday, 29 May 2019

Mahathir gesa konflik diselesaikan secara resolusi, bukan konfrontasi [Video Bantuan Hari Raya Peneroka Felda]

Khamis, 30 Mei 2019

Mahathir gesa konflik diselesaikan secara resolusi, bukan konfrontasi

Daripada Noor Soraya Mohammad Jamal

Tarikh kemaskini: 30/05/2019

TOKYO, 30 Mei (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada Khamis bahawa order dunia telah gagal dan dunia harus memikirkan semula mengenai hubungan negara-negara antara satu sama lain terutama dalam mencari resolusi kepada konflik.

Perdana Menteri Malaysia itu, ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-25, yang juga dikenali sebagai Persidangan Nikkei, berkata konflik hendaklah diselesaikan menerusi perundingan, arbitrasi dan mahkamah.

"Jika kita mahukan sebuah dunia yang lebih baik dengan order baru yang semata-mata berasaskan kepada pematuhan kepada kedaulatan undang-undang antarabangsa, kita selesaikan masalah menerusi perundingan dan tidak dengan cara berkonfrontasi dan menghantar kapal-kapal perang di sana sini, kata beliau dalam ucaptamanya.

Dr Mahathir berkata perkara pertama yang perlu diputuskan oleh dunia ialah semua konflik hendaklah diselesaikan di meja rundingan dan negara-negara perlu bertolak ansur bagi mencapai persetujuan.

"Sudah tentu jalan penyelesaian itu tidak dapat memuaskan hati semua orang. Jika kita mahukan situasi menang-menang, maka setiap orang mesti bersedia untuk memberi sesuatu.

"Jika kita sendiri tidak dapat membuat keputusan, kita serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan, dan hormatilah keputusan mahkamah itu,” kata beliau.

Dr Mahathir turut membidas cara befikir yang agresif dalam menguruskan konfrontasi dan “dunia masih dalam keadaan primitif jika kita tidak dapat menyelesaikan masalah kita kecuali dengan cara konfrontasi, keganasan, kemusnahan, kerosakan dan pembunuhan manusia beramai-ramai.
"Jika mengambil tindakan berperang dan berterusan meningkatkan keupayaan kita untuk membunuh dan memusnah, maka kita tidak boleh memanggil diri kita sebagai bertamadun,” kata beliau.
-- BERNAMA 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena