Tiada jaminan kerja graduan tamat latihan perguruan
Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR: Secara prinsipnya, tiada dasar jaminan pekerjaan dalam melaksanakan pelantikan dan penempatan graduan yang telah tamat latihan perguruan di IPTA dan IPGM.Dalam soalannya, Nurul Izzah meminta Menteri Pendidikan menyatakan:-
(a) rasional penghapusan jaminan kerja bagi graduan perguruan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan
(b) perancangan jangka panjang untuk graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah.
“Perkara ini jelas dinyatakan dalam perjanjian biasiswa yang ditandatangani antara kementerian dan graduan yang terlibat,” ujar kementerian itu.HD
PRK Kuala Besut: Guru Disaran Jangan Undi Pembangkang
BESUT: Golongan guru disaran supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.
Idris mengingatkan pengundi di Kuala Besut agar menyedari bahawa pembangkang tidak mampu membawa kemakmuran kepada mereka. -BERNAMA
Guru Pelatih Di IPT & IPG Tiada Jaminan Diserap..Kenyataan "Pening" Idris Jusoh
Wah..bukan main lagi Timbalan Menteri yang baru ni keluarkan kenyataan yang menyekat hak guru pelatih untuk diserapkan ke sekolah atas alasan mencari pelatih berkualiti..sekali baca memang nampak bagus tapi kalau diselam dalam-dalam berkenaan isu dan rentetan pengangguran guru yang telah menamatkan pengajian nescaya korang akan nampak jawapannya...
Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah.
"Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.
Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.
"Di Finland misalnya hanya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi," katanya.
Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana.
Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing. - BERNAMA
Menurut graduan guru itu, sistem pendidikan negara sekarang ini memang bermasalah kerana ramai guru sudah menganggur sejak Januari tahun 2012...apakah menteri-menteri ini buta?
Sebelum guru-guru pelatih ni melanjutkan pengajian di institusi Pendidikan IPG, IPT..mereka telah ditapis yang dinamakan MEDSI..aku tak tahu maksudnya..sebab guru yang mengadu akan hal ini hanya cakap MEDSI jer...
Selepas menamatkan pengajian..mereka ini perlu menunggu temuduga!!!Temuduga pun diikut daripada keputusan peperiksaan PNGK atas 2.75..dalam tapisan temuduga ini, penuntut lepasan IPG perlu menganggur kira-kira 1 tahun...sebelum dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajar..bila dah lulus SPP..perlu menganggur lagi untuk tunggu keputusan KPM untuk penempatan...
Ditulis oleh Harapan Esok,
Sajak "Guru Oh Guru - Usman Awang"
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Sekadar hiasan
Posted by Teman Setia Ketenangan
0 comments:
Post a Comment