Pages

Wednesday, 10 July 2013

Guru Oh Guru! TIADA JAMINAN KERJA graduan tamat Latihan Perguruan - Kesan Dasar Melanjutkan Had Umur Persaraan 60 tahun...

Khamis, 11 Julai 2013
Tiada jaminan kerja graduan tamat latihan perguruan
Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR: Secara prinsipnya, tiada dasar jaminan pekerjaan dalam melaksanakan pelantikan dan penempatan graduan yang telah tamat latihan perguruan di IPTA dan IPGM.
Sebaliknya, pelantikan dan penempatan guru baharu berdasarkan kekosongan jawatan yang mencukupi bagi membolehkan setiap graduan yang tamat pengajian dengan jayanya dan memenuhi syarat pelantikan skim dilantik berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran
Demikian jawapan bertulis kementerian itu kepada soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam soalannya, Nurul Izzah meminta Menteri Pendidikan menyatakan:-
(a) rasional penghapusan jaminan kerja bagi graduan perguruan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan
(b) perancangan jangka panjang untuk graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah.
Walau bagaimanapun, kementerian itu menjelaskan pelaksanaan dasar perjawatan ketat yang diputuskan oleh kerajaan mulai 2010, dan keputusan melanjutkan had umur persaraan kepada 60 tahun telah memberi kesan kepada jumlah kekosongan perjawatan yang terhad dan tidak dapat menampung bekalan graduan yang bakal bergraduat mulai tahun 2013.
Justeru, walaupun sebahagian graduan adalah ditaja oleh kementerian, pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.

“Perkara ini jelas dinyatakan dalam perjanjian biasiswa yang ditandatangani antara kementerian dan graduan yang terlibat,” ujar kementerian itu.HD


PRK Kuala Besut: Guru Disaran Jangan Undi Pembangkang

BESUT: Golongan guru disaran supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.
"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut pada Sabtu.
Sementara itu beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Kuala Besut berkata BN telah menetapkan slogan 'Kuala Besut Bertambah Biru' dengan menyasarkan peningkatan majoriti dari 2,434 undi kepada lebih 4,000 undi.
Tumpuan akan diberikan untuk mendampingi rakyat dari rumah ke rumah, katanya.

Idris mengingatkan pengundi di Kuala Besut agar menyedari bahawa pembangkang tidak mampu membawa kemakmuran kepada mereka. -BERNAMA


Guru Pelatih Di IPT & IPG Tiada Jaminan Diserap..Kenyataan "Pening" Idris Jusoh

Wah..bukan main lagi Timbalan Menteri yang baru ni keluarkan kenyataan yang menyekat hak guru pelatih untuk diserapkan ke sekolah atas alasan mencari pelatih berkualiti..sekali baca memang nampak bagus tapi kalau diselam dalam-dalam berkenaan isu dan rentetan pengangguran guru yang telah menamatkan pengajian nescaya korang akan nampak jawapannya...
Sebelum aku menulis aku nak kongsi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Menteri yang baru ni...
Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA). 
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah. 
"Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia. 
"Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini, Isnin. 
Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain. 
"Di Finland misalnya hanya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi," katanya. 
Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana. 
Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing. - BERNAMA
Oleh kerana ianya hanya retorik dan cadangan aku berharap Pak Menteri yang baru ni jangan cuba merumitkan keadaan sedia ada...buat pengetahuan semua pembaca...aku dapat tahu perkara ini daripada seorang guru yang sedang berkhidmat di negeri Terengganu di daerah BESUT...

Menurut graduan guru itu, sistem pendidikan negara sekarang ini memang bermasalah kerana ramai guru sudah menganggur sejak Januari tahun 2012...apakah menteri-menteri ini buta?
Mengaku sahajalah yang tiada kekosongan untuk mengatasi masalah pengangguran guru ni...tulah dulu gatal sangat ambil pelatih tak ikut unjuran...lepas tu p ubah dasar usia pencen kepada 60 tahun..sekarang bila dah ramai menganggur..nak tapis pulak...

Sebelum guru-guru pelatih ni melanjutkan pengajian di institusi Pendidikan IPG, IPT..mereka telah ditapis yang dinamakan MEDSI..aku tak tahu maksudnya..sebab guru yang mengadu akan hal ini hanya cakap MEDSI jer...
Bila dah lulus barulah diambil sebagai pelatih di IPG mahupun IPT..bila mereka berjaya melanjutkan pengajian diperingkat Sarjana Muda...mereka ini perlu menghabiskan pengajian lewat 1 tahun (2 semester) berbanding jurusan Ijazah yang bukan pendidikan...
Perlu diingat!!!ujian MEDSI adalah untuk melihat karakter...selepas LULUS MEDSI, mereka ini akan terlibat dengan 1 lagi ujian iaitu TEMUDUGA...selepas lulus kedua-dua saringan ini barulah mereka boleh melanjutkan pengajian di bidang pendidikan..itu pun bergantung kepada UNJURAN yang ditetapkan oleh KPM...
Bila berjaya mereka akan melanjutkan pengajian..INGAT!!!mereka ini akan lebih semester berbanding jurusan bukan pendidikan!!!

Selepas menamatkan pengajian..mereka ini perlu menunggu temuduga!!!Temuduga pun diikut daripada keputusan peperiksaan PNGK atas 2.75..dalam tapisan temuduga ini, penuntut lepasan IPG perlu menganggur kira-kira 1 tahun...sebelum dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajar..bila dah lulus SPP..perlu menganggur lagi untuk tunggu keputusan KPM untuk penempatan...
Sekarang ini pun sedang berlaku..bagi melengah-lengahkan prosedur...KPM bagilah segelintir golongan ini untuk menjadi pendidik..itupun dengan gelaran GURU INTERIM atau Guru Sandaran Terlatih...itu pun SEGELINTIR...
Bila tiada kekosongan..macam-macamlah alasan hendak dicipta...Buat pengetahuan semua, pelatih GURU ini tidak layak untuk bekerja disektor selain penidikan..kerana Ijazah mereka tertera Ijazah Sarjana Muda Pendidikan...kecuali pengajian lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan...
Ditulis oleh Harapan Esok,
Sajak "Guru Oh Guru - Usman Awang"
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 
1979
Sekadar hiasan


Posted by Teman Setia Ketenangan

No comments:

Post a Comment