Monday, 1 June 2015

Saya sedih Pas nak 'sembelih' cerdik pandai

Isnin, 1 Jun 2015

Saya sedih Pas nak sembelih cerdik pandai

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib kesal apabila Pas didakwa giat melakukan usaha pembersihan golongan profesional dari parti itu.

Beliau berkata, tindakan itu disifatkan sebagai cubaan untuk menyembelih golongan cerdik pandai dalam Pas yang mahu menjatuhkan kepimpinan ulama khususnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tertarik kepada Pas kerana saya tengok Pas mempunyai golongan yang cerdik pandai.

"Tetapi hari ini dia nak sembelih orang cerdik pandai ini, bila diracunkan, racun ini bila tuba ikan mati semua, tuba ini tak boleh main-main," katanya pada forum bertajuk “Mampukah Pas Dilonjakkan Pasca Jun 2015” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad juga mengingatkan perwakilan Pas agar tidak memilih pemimpin Pas yang mempertahankan pemimpin Umno yang dibenci oleh ahli partinya sendiri.

"Pas perlu diberi kebebasan, kena ambil pemimpin terbaik, pemimpin yang boleh mentadbir, pemimpin yang boleh meningkatkan (parti).

"Janganlah ambil pemimpin yang Umno nak tumbang itu, yang kata kita kena sokong Datuk Najib, orang Umno pun tak nak Datuk Najib sudah," ujarnya.

Dalam pada itu, Muhammad juga mendakwa pemilihan Pas kali ini diganggu oleh pihak luar yang mahu menggagalkan usaha PR untuk mentadbir negara.

"Jadi ada group kacau di sini, ada group kacau sana, mana pernah Pas begini. Pas tertib, ulama-ulama tertib, ulama yang baca kitab tertib.

"Sekarang sudah ada satu usaha untuk memecahbelahkan Pas, saya berharap ahli-ahli Pas tidak sesekali terpengaruh dengan usaha pihak-pihak luar cuba merosakkan kepimpinan Pas," katanya.

Tambah Muhammad, jika Pas terus bergelumang dengan masalah dalaman, kelak sokongan rakyat akan beralih kepada ‘third force’ yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

"Masyarakat umum dia nak tengok negara ini baik, sudahlah Umno macam itu, Umno macam tunggang-langgang.

"Kalau Pas pula tunggang langgang, kalau PR tunggang-langgang, saya fikir (rakyat) akan lebih (sokongan) kepada kumpulan ‘the third force’ macam Adam, dia tak kira, Umno..Pas.. atau PKR ke tak betul dia gasak saja, kumpulan ini akan bersuara," katanya lagi. - SH
Lagi Berita.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena