Monday, 1 June 2015

[Video] Hanipa Maidin - Presiden PAS mampu selesaikan masalah dalaman parti... Tapi sayangnya...

Selasa, 2 Jun 2015


Tapi sayangnya...dia gagal memikul amanah sebagai presiden

Menurut seorang AJK PAS, Hanipa Maidin, Presiden PAS mampu selesaikan masalah dalam parti kalau dia berperanan lebih pro-aktif kerana dia ada pengaruh dan dihormati oleh semua ahli PAS. 

"Yang paling mudah untuk nak menghalang semua perkara ini ialah presiden. Sebab presiden ni, apa yg dia kata, didengar; beza dgn pimpinan-pimpinan dibawah nih.

" Jadi yg itu saya boleh akui…kalau presiden boleh berperanan lebih pro-aktif, mungkin banyak masalah yg boleh selesai… Mungkin preside nada lasan-alasan sendiri kenapa dia tidak mahu buat kenyataan, yang itu, saya tak boleh nak jawablah…"

Menurutnya lagi, Presiden perlu memainkan peranan sebab beliau setakad ini dihormati oleh semua ahli PAS. Dengan penghormatan itu dengan mudah mereka-mereka yang ada masalah dalam PAS ini mendengar nasihat daripada presiden; terang Hanipa.

"Contohnya kalau dia kata, Saya tak mahu label melabel ini, contohlah… kalau dia kata begitu saya percaya, benda ni paling kalau tak dapat dihapuskan sama sekali pun, dapat dikurangkan; sebab dia ada pengaruh, presiden nih!" Kata Hanipa. ~ Sila ikuti rakaman beliau  di sini (video di atas)

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn 

PAS akan selamat jika golongan tolol keluar, kata Hadi

ULASAN GB

Nampaknya bahasa kesat sudah menjadi-jadi di kalangan kumpulan UG. Presiden PAS sendiri, sebelum ini menuturkan perkataan BARUA di dalam mutamar PAS tahun lepas, hari ini keluar lagi bahasa kesat dari bibirnya... TOLOL... yang ditujukan kepada mereka "yang tidak menerima kaedah bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah" dan meminta mereka keluar dari PAS.

Persoalan kini, benarkah ada pihak dalam PAS yang menolak kaedah bermesyuarat di dalam menyelesaikan masalah?

Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini ialah PAS sentiasa bermesyuarat, tetapi apabila sesuatu keputusan telah diambil, tiba-tiba ada pihak menggunakan kuasa VETO untuk mengubah atau membatalkan keputusan itu dan pihak yang menggunakan kuasa veto itu tidak lain dari Tuan Presiden sendiri. jadi dimanakah letaknya kredibiliti keputusan mesyuarat?

Berbalik kepada perkataan TOLOL yang diucapkan. Selepas BARUA, kita melihat mereka yang taksub kepada Haji Hadi begitu galak menggunakan perkataan-perkataan kesat dan pelbagai bahasa penghinaan seperti JEBON, PARASIT, SYAITAN, MUNAFIK HARAKI dan lain-lain.

Apakah ini akhlak yang diajar di dalam Islam?

Di dalam ilmu jiwa (psikologi dan psikatri) orang yang menuturkan perkataan-perkataan jelek seperti di atas sebenarnya orang yang mengalami mental disorder atau sakit jiwa. Di dalam ilmu hakikat pula, orang yang suka menuturkan kata-kata sedemikian adalah disebabkan oleh kewujudan "penyakit" di dalam hatinya. Diantara penyakit hati termasuklah angkuh, sombong, riak, takabbur dan seumpamanya.

Penyakit di hati akan menyebabkan akhirnya akan berlaku penyakit fizikal. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Maka tidak hairan angkara kalbu kotor, maka ramai yang terlantar di hospital, menderita pelbagai penyakit fizikal. Kerana semua penyakit di zahir itu bermula penyakit di batin. Apakah Tuan Presiden tidak menyedari hal ini?

Walaupun ilmu syariat seseorang mungkin hebat, malah terhebat di dunia tetapi jika kalbunya kotor, maka ilmu syariatnya hanya sekadar syariat, ia tidak akan dapat mencapai "hakikat" (kebenaran). Hasilnya, di dalam perjuangan ia akan sentiasa tewas. Mudah tertipu dan mudah diperdaya kerana disangkanya ilmu syariat yang bertimbun sudah memadai untuknya.

Berserban, berjanggut... itu semua bagus, tapi ia menjadi tidak bagus jika mulutnya tiba-tiba mengeluarkan kata-kata jelek dan hina lebih-lebih lagi jika dituturkan ketika dia berserban dan berjanggut.... sebab? kalbu (hati) masih kotor...

Orang yang dimaki, yang dihina, yang difitnah, insyaAllah, akan hanya tersenyum mendengar dan melihat gelagat orang yang mengeluarkan kata-kata hina itu. Mereka tak perlu membalasnya, kerana mereka tahu hati yang tenang itulah yang menang akhirnya. Itulah maqam "mutmainnah" namanya.

Seperti yang GB pernah utarakan sebelum ini, perkataan-perkataan jelek dan hina itu akan kembali kepada penuturnya. Masihkah ingatkan kita tentang kisah HARAMJADAH yang dituturkan oleh seorang PM bernama Mohd Najib kepada peneroka FELDA yang membantah penyenaraian saham Felda Global Ventures (FGV)? Apa jadi akhirnya? Najib ditimpa HARAMJADAH sampai ke hari ini dan sebuah akhbar melaporkan FGV bermungkinan terpaksa dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia kerana mengalami kerugian yang berterusan...

Dahulu GB ada menegur penggunaan perkataan "EXPIRED" yang diucapkan Haji Hadi kepada rakan-rakan di dalam PR, nampaknya seperti perkataan itu sedang berbalik kepada penuturnya...

Kita sama-sama tunggu Hukum Kebenaran dan Keadilan (sunatullah) berjalan....

Wallahu alam.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena