Pemuda PAS cuba serang wartawan
Persidangan Muktamar Dewan Pemuda PAS semalam kecoh apabila ada beberapa perwakilan menyerbu ke arah wartawan portal The Malaysian Insder.
Difahamkan, seorang perwakilan dipercayai dari Perak tidak berpuas hati dengan laporan portal berita berkenaan mengenai perbahasan hari ini.
Tindakan itu dibuat berikutan perwakilan Selangor, Syarhan Humaizi Abdul membacakan semula laporan TMI, bertajuk Jangan lawan Umno selagi Allah tak suruh.
Justeru, sebahagian perwakilan muktamar tidak berpuas hati memarahi terbabit yang berada dalam dewan pemerhati, Malah, ada perwakilan yang mengambil gambar wartawan TMI tersebut.

“Kami pun macam wartawan juga,” kata seorang perwakilan yang mengambil gambar wartawan TMI itu sebelum beredar selepas diarahkan Unit Amal.
Bimbang dengan keselamatan, rakan wartawan dan media meminta Unit Amal mengawal keadaan hingga selesai muktamar.
- Roketkini
No comments:
Post a Comment