Lawak PECAH PERUT Tun Mahathir untuk Rakyat Malaysia
20 Sept 2.30pm YB Mahfuz merasmikan HR Conference yg menekankan The Future of HR In the Digital Era. Conference dianjurkan oleh Kulim Industrial Tenants Association (KITA) di The Light Hotel Seberang Jaya Seberang Perai.
Penubuhan Amanah Menghapuskan Khurafat Dalam Gerakan Islam
Hari ini genap 3 tahun penubuhan Parti Amanah Negara. Antara jasa paling besar penubuhan Amanah padaagama Islam & gerakan Islam dinegara kita ini ialah memusnahkan khurafat, pegangan & fatwa jahil yg terpahat dalam jiwa pejuang² Islam berdekad-dekad lamanya iaitu:-
1-"Parti Islam wajib ada satu & tidak boleh banyak"
2-"Parti Islam yg diiktiraf ialah parti yg paling awal ditubuhkan".
3-"Parti Islam adalah jamaah Islamiah. Sesiapa yg keluar dari parti Islam terungkai Islamnya, munafik, pengkhianat agama".
4-"Presiden parti Islam seolah² sama taraf dgn khalifah wajib taat dan wala".
Mereka yg terlibat dlm gerakan Islam di negara ini pasti hidup dengan doktrin² di atas. Ia juga diguna utk mengkelaburi, mengeksploitasi dan memandulkan pemikiran ahli serta gerakan Islam sejak sekian lama. Ia juga merupakan senjata pimpinan untuk terus kekal berkuasa dan menagih pengaruh politik. Di samping itu ia melahirkan diktator agama dgn memusatkan kuasa kepada seorang ketua atau dua tiga kerat individu dalam majlis syura ulamak. Pada masa yg sama ia asas pemecahbelah umat. Dengan lahirnya Parti Amanah Negara, ia satu isyarat jelas umat Islam menolak doktrin² tersebut. Umat Islam khususnya islamis sudah lemas dikekang, dikongkong dan disekat pandangan mereka utk terus mara, menegakkan kebenaran dan memajukan gerakan Islam.
Mewajibkan parti Islam mesti satu adalah mewajibkan perkara yg tidak diwajibkan oleh agama dan tanpa nas. Prof Dr Syeikh Yusuf Qardhawi Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia menyebut:-
لا يوجد مانع شرعي من وجود أكثر من حزب سياسي داخل الدولة الاسلامية إذا المنع الشرعي يحتاج إلى نص ولا نص, بل أن هذا التعدد قد يكون ضرورة وصمام أمان من استبداد فرد أو فئة معينة بالحكم.
Maksudnya: "Tidak ada larangan syara' dalam mewujudkan banyak parti politik dalam negara Islam kerana larangan syara' perlu kepada nas syarei dan nas larangannya tidak ada. Bahkan berbilangan parti kadang² penting dan penyelamat dari diktator semada individu atau kumpulan tertentu".
Fatwa yg mengatakan parti Islam yg diiktiraf hanyalah parti yg paling awal ditubuhkan adalah fatwa jahil agama. Syeikh Qardhawi menyebut:-
حتى زعم بعض الأحزاب في بعض البلاد الإسلامية أنه وحده يمثل الحق؛ لأنه الحزب الأول الذي أخذ زمام المبادرة، وكل حزب يشكل بعد ذلك يجب أن يلغي نفسه، ولا حق له في البقاء؛... إن هذه الفتاوى الجاهلة الجريئة من أناس لم ترسخ أقدامهم في علوم الشريعة.
Maksudnya:- "...Setengah parti di beberapa negara Islam mendakwa partinya shj memperjuangkan kebenaran kerana ia parti yg pertama paling awal ditubuhkan. Parti yg ditubuhkan selepas itu wajib terbubar dengan sendiri. Tiada hak baginya kekal.....Sesungguhnya fatwa yg jahil ini datang dari insan yg tidak kuat ilmu syariah".
Berbilang parti Islam adalah satu keharusan. Tokoh Ikhwan Muslimin sendiri Syeikh Said Hawa mengharuskan berbilang parti Islam. Beliau meyebut:-
إن مقولة إلغاء الأحزاب السياسية والهجوم على تعدد الأحزب والمطالبة بالحزب الواحد أثبتت التجربة خطأها ولذلك فنحن لا نحارب فكرة تعدد الأحزاب بإطلاق ولا نطالب بفكرة الحزب الواحد ولو كان هذا الحزب حزبنا
Maksudnya: "Sesungguhnya pendapat menghapuskan berbilang parti-parti politik, menentang keharusan berbilang parti dan menuntut hanya perlu satu parti sahaja terbukti silap berdasarkan pengalaman. Oleh itu kita tidak menentang pendapat harus berbilang parti sewenang-wenangnya.
Kita juga tidak menuntut perlu ada hanya satu parti sahaja walaupun parti itu parti kita."
Parti dan gerakan Islam bukannya agama. Bila keluar parti Islam tidak akan rosak agama dan tak jadi kafir. Al Marhum Syeikh Mustafa Masyhur (Mursyidul Am Ikhwan Muslimin ke 5) menolak dakwaan mereka yg tidak menyertai Ikhwan Musimin(IM) dan keluar dari IM adalah bukan Islam.
Sekaligus ia menunjukkan keharusan berbilang jamaah dan menolak budaya takfiri dalam gerakan Islam. Kata beliau:-
لم يحدث في تاريخ الجماعة, إنها اعتبرت من ليس معها,خرج عليها غير مسلم, ومعلوم عن الجماعة تحرز با الشديد في قضية تكفير احد المسلمين
Maksudnya: “Tidak berlaku dalam sejarah jamaah(IM) menganggap sesiapa yang tidak bersama jamaah keluar darinya adalah tidak Islam. Sudah dimaklumi, jamaah sangat menjauhi isu mengkafir orang Islam."
Presiden atau ketua parti bukannya khalifah negara Islam yg wajib taat dan wala secara mutlak.
Presiden masih terikat dengan keputusan syura. Pandangan yg sangat baik dalam isu ini ialah pendapat Al Marhum Syeikh Prof Dr Muhammad Said Romadhan Al-Bouty. Dalam waqi' atau realiti sekarang ini beliau menyatakan ketua wajib mengikut syura supaya tidak muncul diktator.
وإعطاء الحاكم الحق - في هذه الحال- أن لا يتقيد بما يقرره مجلس الشورى يكون ذريعة في الغالب للاستبداد والجنوح بالأمة طبق ما تقتضيه أهواء الحاكم الفرد. ولا شك أن سد هذه الذريعة واجب شرعي متفق عليه... ولمثل هذه الحال تقررت قاعدة : "تتبدل الأحكام بتبدل الأزمان".
Maksudnya: "Memberi hak kpd pemimpin tidak terikat dgn apa yg diputuskan oleh syura kebiasaannya akan membawa kepada diktator dan cenderung mengikut apa yg disukai oleh nafsu pemimpin itu sendiri. Tidak ragu² menyekat daripada berlaku apa yg tersebut itu adlh satu kewajiban syarei yg telah disepakati. Dalam keadaan ini telah ditetapkan kaedah hukum berubah dgn berubahnya zaman".
Wallahua'lam
Sumber:-
1) http://qaradawi.net/new/all-fatawa/5359-2011-09-21-08-26-20 )
2) Kitab Said Hawa, Jundullah Takhtitan, Matabah Wahbah, ms 73.
3) Kitab Syeikh Mustafa Masyhur, Tasaulat Ala At Toriq, Dar An Nasyr, ms 95.
4) Kitab Syeikh Dr Muhammad Said Romadhan Al-Bouty حرية الإنسان muka surat 105.

0 comments:
Post a Comment