Jika kes RM42 juta SRC International Najib diikat jamin RM1 juta dahulu, makcik ni sanggup derma seutas #GelangEmas punya pasal..
Kini kes RM2.6 bilion derma Pak Arab sekali lagi Najib diikat jamin RM3.5 juta pula.. BERAPA UTAS GELANG EMAS MAKCIK NAK SEDEKAH JAMIN NAJIB NANTI ??!
#BapakMerompakAnakKenaTang gung
Kini kes RM2.6 bilion derma Pak Arab sekali lagi Najib diikat jamin RM3.5 juta pula.. BERAPA UTAS GELANG EMAS MAKCIK NAK SEDEKAH JAMIN NAJIB NANTI ??!
#BapakMerompakAnakKenaTang
Mahkamah tetapkan ikat jamin Najib RM3.5 juta
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi menetapkan ikat jamin terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM3.5 juta berhubung 25 pertuduhan yang dihadapinya.
Hakim Azura juga mengarahkan wang ikat jamin itu mesti dibayar secara penuh pada 28 Sept.
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberi jaminan sebanyak RM1 juta akan dibayar esok, manakala RM500,000 akan dibayar setiap hari sehingga tarikh itu.
Dua individu dinamakan sebagai penjamin iaitu Mohd Nizar Najib dan Mohd Shahrir Arifin.
Keputusan ini bermakna Najib terlepas daripada bermalam di penjara pada malam ini.
Terdahulu, Shafee mencadangkan ikat jamin sebanyak RM500,000 diberikan dengan dua penjamin.
Bagaimanapun, pendakwaan yang diketuai bekas Hakim Mahkamah persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram membantah jumlah itu dengan mengatakan pertuduhan terhadap Najib di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 merupakan kesalahan serius membabitkan jumlah RM2.28 bilion.
Najib hari ini menghadapi 25 pertuduhan berkaitan kemasukan RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau membabitkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) - Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
Bekas perdana menteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan.
Mahkamah menetapkan 16 Nov bagi sebutan kes.
Mk.
0 comments:
Post a Comment