Showing posts with label Datuk Kamilia. Show all posts
Showing posts with label Datuk Kamilia. Show all posts

Sunday, 28 April 2013

Jentera BN Kuala Kangsar LUMPUH: NAJIB Tergesa-gesa Ke Kuala Kangsar Hari Ini! - Datuk Kamilia Lepas Tangan...

Sabtu, 28 April 2013
Kapal UMNO Dah Terbakar!


Protes Menggila Ahli Umno..
Kehadiran Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan Parlimen Kuala Kangsar semalam telah membuktikan jentera BN di situ bermasalah (Gambar sekadar di pinggiran..he3)

Ini berikutan tindakan bekas Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket bebas dan keluar parti serta meletak semua jawatan yang disandang kerana kecewa tindakan Umno yang membelakangi suara wanita.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu, Dr Raja Ahmad Iskandar berkata, disebabkan itu Najib terpaksa mengadakan kunjungan mengejut ke Kuala Kangsar dalam siri jelajah beberapa kawasan di Perak walaupun pada awalnya parlimen itu tiada dalam jadual jelajahnya.

Menurutnya, Najib mengakui tindakan mengejut Kamilia itu telah memberi kesan besar kepada Umno khususnya di Kuala Kangsar menyebabkan jentera BN di situ mempunyai masalah.

“Pada asalnya jadual Najib di Perak tiada di Kuala Kangsar tetapi sehari sebelum itu dalam keadaan tergesa-gesa Najib umumkan akan turun singgah di situ.

“Najib sedar tindakan Kamilia itu memberi kesan besar kepada BN dan kerana itu beliau terpaksa turun ke Kuala Kangsar bagi memujuk jentera BN yang ketika ini sangat bermasalah,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.
Hadir sama ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Zamri Ibrahim dan Safarizal Saleh.
Mengulas lanjut, Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar itu menjelaskan, Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil juga telah turun ke Kuala Kangsar beberapa hari lalu dengan tujuan untuk memujuk ahli serta jentera wanita Umno untuk menerima kenyataan dan keputusan yang dibuat oleh parti.

Kata beliau dalam pertemuan itu, terdapat beberapa ‘babak sedih’ berlaku apabila ada yang menangis kemungkinan disebabkan tindakan Umno khususnya Najib yang membelakangi serta mengkhianati suara wanita akar umbi.
“Kami mendapat maklumat, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan turun ke parlimen itu serta beberapa pimpinan lain termasuk dari kalangan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya lagi.
Kata Raja Iskandar, hasil daripada pemerhatian pihaknya, terbukti BN khususnya jentera wanita masih lumpuh dan tidak bergerak walaupun sudah masuk minggu kedua hari berkempen.
Kata beliau, banyak bilik gerakan juga telah ditutup kemungkinan protes terhadap tindakan BN yang membelakangi suara akar umbi khususnya wanita.
PAS Perak katanya melihat suasana tersebut membuktikan BN sangat terkesan dengan tindakan Kamilia.
“Beliau (Kamilia) berkempen setiap masa dengan jenteranya khususnya ahli keluarnya dan sikap tabah serta semangatnya ternyata memberi kesan kepada orang Umno itu sendiri khususnya wanita yang bersimpati dengannya.
“Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan ahli wanita Umno yang menyokong beliau,” jelasnya lagi.
Tegasnya, PAS Perak melihat akan berlaku saingat sengit antara calon PAS iaitu Drs Khalil Idham Lim dengan Kamilia, bukannya dengan calon BN pada pilihanraya kali ini.
Nukilan Oleh Juragan pada 5:10 PTG


 photo Header_zps1184082a.gif
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More

Thursday, 25 April 2013

Artikel Khas Parlimen Kuala Kangsar: Bebas - Simbol Buku! DATUK KAMILIA IBRAHIM TUDUH NAJIB RAZAK PENIPU!!!!!

Jumaat, 26 April 2013
Isu Keluarga Islam Dalam Parti UMNO!


PAS: Kamilia saingan utama di Kuala Kangsar bukan dengan calon BN
IPOH: PAS Perak menyifatkan saingan utama di parlimen Kuala Kangsar adalah diantara calon PAS dengan Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk
Kamilia Ibrahim.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak berkata, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar bawah) berkata, PAS tidak melihat calon BN, Dato’ Wan Mohd Khairil sebagai saingan utama dengan kehadiran Kamilia yang akan bertanding atas tiket bebas di parlimen itu.
Dr Raja Ahmad Iskanar Al-Hiss
Menurutnya, Datuk Kamilia mempunyai pengaruh besar di Kuala Kangsar memandangkan beliau adalah Naib Ketua Umno Pusat serta Ketua Wanita Umno Bahagian itu sebelum mengambil keputusan meletak jawatan.

“Saingan PAS di Kuala Kangsar ketika ini adalah dengan Datuk Kamilia, bukan dengan calon BN,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.

Turut hadir ialah ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Safarizal Saleh serta Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin.
Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar menggesa calon BN menarik diri daripada bertanding untuk memberi ruang kepada Datuk Kamilia bagi menghormati suara akar umbi terutama golongan wanita di seluruh negara.

Jelasnya, jika dilihat pada proses penamaan calon semalam, ternyata penyokong BN dari kalangan wanita sangat kurang dan ianya kemungkinan disebabkan Datuk Kamilia tidak disenaraikan untuk menjadi calon.

“Calon BN harus berjiwa besar dengan memberi laluan kepada Datuk Kamilia yang lebih layak bertanding di parlimen itu.
“Datuk Wan Khairil harus mengambil pengajaran dan contoh yang dilalukan oleh calon BN parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang menarik diri bagi memberi laluan kepadaDatuk Ibrahim Ali yang dianggap seperti  ayahnya,” jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.

PAS katanya mengakui rasa terkejut dengan tindakan Datuk Kamilia itu namun bangga dengan keberaniannya demi mempertahankan prinsip dan maruah golongan wanita.
“PAS ucapkan tahniah kepada beliau yang sanggup berkorban demi mempertahankan hak serta maruah golongan wanita di Negara ini,” jelasnya lagi./~harakahdaily




Tindakan Kamilia adalah manifestasi ramai ahli-ahli UMNO


Isu Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, bertanding dengan tiket bebas amat menarik. Menarik bukannya kerana ia mengejutkan, ia kejadian yang pertama kalinya berlaku dalam sejarah UMNO atau lebih khusus lagi sejarah Wanita UMNO, tetapi bagaimana reaksi UMNO terhadap tindakan Kamilia itu.
Walaupun Kamilia telah meletakkan jawatan selepas sahaja beliau mengemukakan kertas pencalonannya, Tan Sri Muhyiddin telah membuat kenyataan yang UMNO akan mengeluarkan surat pemecatan keatas Kamilia isnin ini. Sebagai seorang Pemimpin Tertinggi Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi pula, sememangnya Kamilia sepatutnya dibawa bersama dalam rundingan dalam banyak isu parti termasuklah isu perletakan calon dalam pilihanraya kali ini.

UMNO telah mengguris Kamilia sebegitu rupa dan tindakan beliau bertanding diatas tiket bebas itu merupakan tindakan manifestasi Wanita UMNO terhadap pandangan pimpinan UMNO terhadap Wanita. Perlakuan terhadap Kamilia itu merupakan lambang UMNO sudah kehilangan wibawa yang tidak tahu berbuat apa yang sangat penting untuk menjaga hati ahli-ahli Wanita nya.
Ketua Wanita, Shahrizat sudah tidak ada kredibiliti lagi dan sepatutnya Sharizat tidak lagi berada dalam jawatan yang beliau sandang itu kerana isu skandal NFC. Beliau tidak lagi bertanding dalam pilihanraya kali ini. Shahrizat adalah seorang yang 'politically menopause'. Selepas Shahrizat orang yang terkanan adalah Kamilia dan sepatutnya beliau mempunyai suara bagi mewakili wanita dalam isu pilihanraya kini.

Tetapi sebaliknya Pimpinan Tertinggi UMNO membuat kenyataan yang amat menjelekan kononnya Kamilia telah menolak cadangan UMNO untuk bertanding kerusi DUN Chandan, Kuala Kangsar. Sebenarnya Kamilia tidak dihubungi langsung sehingga malam sebelum penamaan calon. Saya selalu berkata dalam UMNO bercakap benar itu adalah salah dan dicegah. Ia dianggap sebagai dosa yang besar dan boleh membawa maut kepada karier politik mereka yang bersuara lantang.
Orang seperti ini nak dijadikan contoh oleh anak-anak muda kita? Rosak anak Malaysia jika mereka ini menjadi pemimpin.
Read more: http://kafesantai.blogspot.com
Dalam UMNO yang boleh berfikir hanyalah  pemimpin tertinggi sahaja. Ahli-ahli lain tidak boleh membawa pemikiran baru. Tindakan Kamilia memberi kenyataan yang penglibatan Shahrzat dan keluarganya dalam isu NFC telah menjejaskan imej Wanita menjadi dosa besar dan Kamilia dimangsakan dalam pilihanraya kali ini.

Ada pihak dalam UMNO yang telah membidas Kamilia kerana tindakan beliau bertanding diatas tiket bebas itu, tetapi tidak ada siapa dalam UMNO jauh sekali dikalangan pimpinan Wanita bertanya kenapa ini boleh berlaku. Tetapi bagi ahli-ahli Wanita yang biasa, ramai yang merasa terhina sehinggakan saya sendiri yang tidak kena-mengena lagi dengan UMNO pun dihubungi oleh kakak-kakak dalam UMNO meminta saya memberikan komen dalam blog saya ini.
Saya hendak memberitahu kepada kakak-kakak dalam UMNO itu yang saya sudah lama berfikir tentang kerosakan dalam UMNO itu dan sudah lama juga saya berkeyakinan yang UMNO itu sudah tidak boleh diperbaiki lagi kerana tidak ada seorang pun dalam kepimpinan tertinggi UMNO itu boleh menyelamatkan parti itu. Kalau ada pun dikalangan ahli UMNO yang berkemampuan, mereka telah diterajang keluar olehUMNO yang tidak mahu mengalih dan menganjak sikap buruk pimpinan itu.

Bagi saya Kamilia mempunyai hak untuk bertindak demi menjaga maruah Wanita yang tidak dihormati oleh UMNO lagi. Kamilia telah dikorbankan oleh UMNO dan sekarang beliau sendiri mengorbankan dirinya sendiri untuk Wanita UMNO. Yang sangat menyayat hati ramai Wanita UMNO telah mengambil keputusan untuk tidak mengiktiraf sumbangan Kamilia kepada UMNO selama ini. Ini kenyataan yang sangat memilukan dari UMNO yang sepatutnya menjadi parti contoh kepada rakyat yang ramai-ramai ini.
Selalunya orang seperti Kamilia ini akan dinilai dengan baik setelah UMNO itu terkubur. Semasa itu nanti akan ramai lah yang akan teringat kepada Kamilia dan barulah mereka hendak menghargai beliau tetapi semasa itu nanti Kamilia sendiri sudah terlalu lanjut usianya untuk berbuat sesuatu. Pendeknya UMNO sepatutnya tamatkan kontraknya untuk menjaga negara,

Sepatutnya UMNO diketepikan sepuluh tahun dahulu lagi. Seandainya UMNO ditolak sepuluh tahun dahulu, ada kemungkinan parti itu boleh diperbaiki tetapi apabila UMNO sudah menjadi parti beku saya tidak nampak bagaimana UMNO boleh diperbaiki lagi kerana semua organ-organ dalam UMNO itu sudah rosak ketahap ‘terminal’.
Tetapi rakyat Melayu masih bernasib baik kerana parti yang ditindas selama ini sudah begitu matang dan serius untuk mengambilalih kepimpinan dari UMNO, iaitu PAS. Himpitan yang dialami oleh PAS selama lebih dari lima dekad telah membuatkan parti itu menjadi segar dan matang yang mampu memberikan ‘alternative’ kepimpinan kepada negara.
PAS semasa dihimpit dan ditekan selama ini dengan penuh kesabaran telah membina parti itu menjadi parti yang begitu mantap dan memahami segala degup jantung rakyat berbilang kaum di negara ini.

Manifestasi yang ditunjukkan oleh Kamilia itu sudah cukup untuk membuktikan yang UMNO sudah sampai waktu berehat nya. Kita mahu merasakan ‘ambience’ baru dalam politik tanah air dan itu adalah hak setiap rakyat untuk merasakannya.
Perlu diingat Putrajaya itu hanyalah tanah TOL (temperory Occupancy Licence) kepunyaan rakyat. Rakyat boleh pilih PAS pula menduduki tanah TOL itu.
Posted by Nizar at 3:25:00 pm
DATUK KAMILIA IBRAHIM TUDUH NAJIB RAZAK PENIPU!!!!!
Najib Dakwa Tak Tipu Pun!
Dengan nada keras tapi tegas, mantan  Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim memberi tahu bahawa Najib Razak langsung tidak ada menawarkan dirinya bertading di DUN Bukit Chandan dan seterus jika BN maenang di Perak akan beliau diangkat sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Dengan kenyataan ini amat jelas beliau dikira menuduh Najib Razak adalah seorang PM yang penipu!!!!
Jadi siapa yang menipu?.. Datuk Kamilia Ibrahim atau Najib Razak?
Kalau ditanya pada rakyat.. agak-agaknya siapa rakyat akan kata antara kedua mereka menipu jika diambil kira sejarah lampau?
Posted by OMAK KAU!!!! 
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena