Showing posts with label Kuala Kangsar. Show all posts
Showing posts with label Kuala Kangsar. Show all posts

Saturday, 14 May 2016

Boleh menang Kuala Kangsar, Sungai Besar asalkan bukan calon Pas, kata Kit Siang

Sabtu, 14 Mei 2016

Boleh menang Kuala Kangsar, Sungai Besar asalkan bukan calon Pas, kata Kit Siang

 | ZIKRI ABDULLAH
Ustaz Ahmad Awang dan Lim Kit Siang diraikan di majlis makan malam Amanah Pasir Puteh
Ustaz Ahmad Awang dan Lim Kit Siang diraikan di majlis makan malam Amanah Pasir Puteh
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yakin pembangkang akan menawan kawasan parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pilihan raya kecil (PRK) yang dijadualkan 18 Jun ini dengan syarat yang bertanding bukan calon Pas.
"Situasi politik negara memang tidak memihak kepada kerjaan pimpinan Najib tetapi kalau Pas jadi calon sudah pasti akan kalah," katanya berucap di majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh malam tadi,
Ketua Amanah Pasir Puteh Abdul Halim Mohamad sampaikan cenderahati kepada Mohamad Sabu
Ketua Amanah Pasir Puteh Abdul Halim Mohamad sampaikan cenderahati kepada Mohamad Sabu
Beliau percaya Pas sendiri tahu dalam keadaan sekarang kalaupun mereka turun bertanding mereka turun untuk kalah.
Dalam pilihanraya lalu katanya Pas hampir menang di kedua-dua kerusi kerana sokongan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan kumpulan-kumpulan anti establisment.
"Sekarang parti-parti Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersama Pas, malah sebahagian orang Pas sendiri kini bersama Amanah," katanya.
Umno sendiri katanya amat faham situasi ini dan ada yang medesak supaya Pas bertanding, sesuatu yang sukar diterima akal dalam politik.
Sedangkan kata beliau Pakatan Harapan terus kukuh untuk sama-sama membantu dalam PRK ini.
Lebih serbu hadir makan malam Amanah Pasir Puteh
Lebih serbu hadir makan malam Amanah Pasir Puteh
"Kalau Amanah bertanding di PRK ini semua parti-parti dalam PH akan sama-sam kerja keras untuk pastikan kemenangan," katanya.
Tambahan lagi sekarang pihak Umno-BN sedang berpecah dua kepada gerakan Selamatkan Malaysia dan kumpulan pro Datuk Seri Mohd Najib Razak," katanya.
Menurut beliau jika semua ini diambil kira peluang untuk jatuhkan BN di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar amat cerah.
Sementara itu Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu berkata Amanah akan membuat keputusan mengenai PRK 18 Jun ini berdasarkan perundingan majlis presiden PH.
"Kalau tanya saya Sungai Besar Amanah wajar, Kuala Kangsar Amanah sesuai untuk bertanding," katanya disambut laungan takbir dan tepukan gemuruh lebih 1 000 tetamu di sebuah resort di Tok Bali.
MALAYSIADATELINE
Read More

Friday, 13 May 2016

DAP takkan sokong PAS pada 18 Jun...Ini kerana PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Sabtu, 14 Mei 2016

DAP takkan sokong PAS pada 18 Jun

May 13, 2016
Ini kerana PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan.


lim-guan-eng_pas_dap_600
GEORGE TOWN: DAP akan hanya menyokong calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, jadi mereka tidak akan menyokong parti Islam itu.
Bagaimanapun menurutnya, perbincangan akan diadakan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengenai PRK itu.
“Kami akan sokong sekutu kami dan satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi dengan pemimpin parti masing-masing,” katanya kepada pemberita pada persidangan DUN hari ini.
Guan Eng bagaimanapun enggan mengulas jemputan Azmin kepada PAS supaya kembali menyertai gabungan itu berikutan kekalahan teruk pembangkang kepada BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Sabtu lalu.
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon pula jatuh pada 5 Jun dan hari pengundian awal pada 14 Jun nanti.
– BERNAMA
FMT.

Tarikh PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar 18 Jun

 | May 13, 2016
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan kos RM2.7 juta dijalankan serentak dengan tempoh berkempen akan berlangsung pada bulan Ramadan.
sidang-media
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun depan sebagai tarikh mengundi bagi kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sementara hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.
Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang mengumumkan tarikh itu di ibu pejabat SPR berkata pengundian awal ditetapkan pada 14 Jun.
Katanya, ini kali kedua PRK akan diadakan pada bulan Ramadan.
“Kami berharap kata-kata keji dalam kempen antara parti dapat dikurangkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hashim berkata jumlah pengundi berdaftar yang terbabit dalam PRK ini ialah masing-masing sebanyak 42,655 di Sungai Besar dan Kuala Kangsar (32,949).
Pendaftaran pengundi akan dikeluarkan pada 22 April di laman web SPR, sementara salinannya boleh didapati bermula 23 April.
Hashim berkata anggaran kos bagi kedua-dua PRK ialah RM2.7 juta.
Dua kerusi Parlimen itu kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam satu nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak minggu lalu.
FMT
Read More

Tuesday, 10 May 2016

[Video] Mengapakah AMANAH 'sewajarnya' mewakili PH bertanding di Sg Besar, Kuala Kangsar? "PH perlu tampil dengan lebih berintegriti dan berkeyakinan".

Rabu, 11 Mei 2016
Pemuda Amanah Negeri Perak
Pilihan Raya Kecil: Antara Cabaran dan Kepentingan Amanah
Oleh MUHAMAD FAEEZ AZAHAR
Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak baru sahaja melabuhkan tirai dengan menyaksikan BN kekal mencengkam kekuasaannya, dalam masa yang sama pembangkang gagal menyinar apabila hanya memperoleh hanya 10 kerusi sahaja.
Parti Amanah Negara (Amanah) gagal menyinar dalam pilihan raya tersebut, dengan beberapa alasan dan faktornya tersendiri. Parti yang berusaha 7 bulan ini gagal mendapat tempat di hati pengundi Sarawak, berkemungkinan rakyat bumi kenyalang masih belum mengenali dengan lebih baik disamping beberapa kekurangan yang berlaku dalam kalangan pakatan pembangkang.
Kini tertumpu kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar selepas kedua-dua wakil rakyat kawasan tersebut terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak. Sudah pasti PRK ini lebih panas dan menjadi perhatian seluruh dunia.
Ramai yang berpandangan, keputusan PRN Sarawak tidak 'menjiwai' mood sebenar rakyat Malaysia yang sedang mendendam rasa kecewa terhadap kepimpinan negara yang diketuai oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. Maka PRK di dua parlimen ini adalah platform untuk menilai survival politik Malaysia.
Rakyat mahu melihat adakah Deklarasi Rakyat dan Gerakan Selamatkan Malaysia yang diketuai oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mempunyai momentumnya tersendiri. Kebobrokan kerajaan ketika ini sangat dirasai oleh seluruh rakyat namun sokongan rakyat khususnya orang Melayu belum lagi teruji.
Di pihak pembangkang kini lebih 'meriah' setelah munculnya Amanah seterusnya wujudnya Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat. Pas pula bertindak ego untuk tidak menyertai blok pakatan pembangkang sebaliknya mewujudkan blok ketiga.
Semua ini belum teruji dengan sebenar-benarnya, maka PRK kali ini sangat mencabar dan penting bagi pembangkang mahupun kerajaan untuk menilai prestasi dan penemerimaan rakyat terhadap mereka.
Belum sempat bunga di pusara layu, Pas sudah mengumumkan akan bertanding di kedua-dua kerusi tersebut. Katanya ia adalah kerusi tradisi yang ditandingi Pas dan ia perlu dipertahankan. Umno juga telah melaungkan semboyan untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh mereka itu.
Pakatan Harapan masih berteka-teki adakah akan turut serta mahupun tidak. Jika mengikut perkiraan, Amanah berperanan menggantikan tempat Pas di dalam pakatan maka secara automatik kedua-dua kerusi tersebut sepatutnya ditandingi oleh Amanah. Namun Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyatakan keputusan bertanding atau tidak akan diumumkan 15 Mei ini.
Ramai yang mempersoalkan adakah Amanah wajar untuk bertanding di kerusi ini kerana Pas sudah bertegas untuk meletakkan calon. Kononnya, Amanah akan jadi pengacau kepada Pas untuk menjatuhkan BN. Naib Pengerusi Amanah Perak, Dr Muhaimin Sulam berpandangan, Amanah perlu berkorban di Kuala Kangsar dengan tidak meletakkan calon.
Adakah cadangan ini wajar? Saya menyambut baik cadangan tersebut, namun saya turut berpandangan PRK Kuala Kangsar adalah sangat penting bagi Amanah dalam mempersiapkan kekuatan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Amanah dan Pakatan Harapan perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan tiga penjuru pada PRU14 ini jika Pas masih kekalkan pendiriannya untuk tidak bersama dalam pakatan pembangkang.
Pilihan raya ini adalah medan paling sesuai untuk mewajahkan kemungkinan yang akan berlaku pada PRU14 nanti, Amanah dan Pakatan Harapan boleh membuat persediaan awal dengan menjadikan keputusan PRK ini sebagai rujukan. BN pula mahu membuktikan sokongan rakyat terhadap mereka masih kuat walaupun kerajaan dipalit dengan pelbagai skandal. Manakala Pas mahu membuktikan bahawasanya mereka kuat dan tidak terjejas sokongannya biarpun tidak berada dalam pakatan pembangkang.
Tidak salah untuk menjadikan PRK ini sebagai uji kaji memandangkan tempoh PRU14 hanya kira-kira dua tahun sahaja daripada sekarang. Maka, bagi saya penyertaan Amanah dalam PRK ini sangat penting untuk memperkanalkan parti Islam baharu ini dan Pakatan Harapan kepada masyarakat.
Namun Pakatan Harapan perlu tampil dengan lebih berintegriti dan berkeyakinan dalam PRK kali ini. Pimpinan ketiga-tiga parti iaitu KeAdilan, Amanah dan DAP perlu bergerak seiringan untuk menzahirkan kesungguhan serta kesepaduan jitu dalam mendapatkan keyakinan masyarakat.
Ayuh! Suburkan Demokrasi Malaysia! Selamatkan Malaysia!
*Penulis adalah Penolong Setiausaha Pemuda AMANAH Negeri Perak

AMANAH Mahu Bertanding Di Sg Besar, Kuala Kangsar?


Parti Amanah Selangor (AMANAH) sewajarnya mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Demikian kata Pengerusinya Izham Hashim yang berpendapat secara prinsipnya parti itu telah menggantikan tempat PAS dalam PH.

“Oleh kerana AMANAH menggantikan PAS dalam PH maka sewajarnya kami yang bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Kita ada ramai calon yang berkelayakan dan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AMANAH Nasional pada 15 Mei nanti,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jika parti itu akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong selepas wakil rakyat terbabit, merangkap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lalu.

Tragedi itu turut meragut nyawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Konstabel Ahmad Sobri Harun.

Sementara itu, Izham turut diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini yang menyarankan PAS kembali bersama DAP dan PKR sebagai sebuah pasukan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti

“Mana-mana pimmpinan daripada komponen parti dalam PH bebas menjemput sesiapa atau mana-mana parti menyertai PH. Namun, kaedah penerimaan mestilah mengikut tatacara yang terkandung dalam perjanjian PH yang ditandatangani baru-baru ini.

“PH percaya pembangkang perlu bersatu di bawah satu platform bagi menghadapi BN.

“Walau bagaimanapun parti-parti berkenaan perlulah jujur dan bersedia mematuhi segala peraturan berhubung dengan perjalanan PH. Juga mereka perlu dipersetujui keahlian oleh ketiga-tiga parti komponen PH sedia ada,” tegasnya lapor FMT

Posted by Anak Sungai Derhaka 
Read More

Sunday, 28 April 2013

Jentera BN Kuala Kangsar LUMPUH: NAJIB Tergesa-gesa Ke Kuala Kangsar Hari Ini! - Datuk Kamilia Lepas Tangan...

Sabtu, 28 April 2013
Kapal UMNO Dah Terbakar!


Protes Menggila Ahli Umno..
Kehadiran Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan Parlimen Kuala Kangsar semalam telah membuktikan jentera BN di situ bermasalah (Gambar sekadar di pinggiran..he3)

Ini berikutan tindakan bekas Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket bebas dan keluar parti serta meletak semua jawatan yang disandang kerana kecewa tindakan Umno yang membelakangi suara wanita.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu, Dr Raja Ahmad Iskandar berkata, disebabkan itu Najib terpaksa mengadakan kunjungan mengejut ke Kuala Kangsar dalam siri jelajah beberapa kawasan di Perak walaupun pada awalnya parlimen itu tiada dalam jadual jelajahnya.

Menurutnya, Najib mengakui tindakan mengejut Kamilia itu telah memberi kesan besar kepada Umno khususnya di Kuala Kangsar menyebabkan jentera BN di situ mempunyai masalah.

“Pada asalnya jadual Najib di Perak tiada di Kuala Kangsar tetapi sehari sebelum itu dalam keadaan tergesa-gesa Najib umumkan akan turun singgah di situ.

“Najib sedar tindakan Kamilia itu memberi kesan besar kepada BN dan kerana itu beliau terpaksa turun ke Kuala Kangsar bagi memujuk jentera BN yang ketika ini sangat bermasalah,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.
Hadir sama ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Zamri Ibrahim dan Safarizal Saleh.
Mengulas lanjut, Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar itu menjelaskan, Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil juga telah turun ke Kuala Kangsar beberapa hari lalu dengan tujuan untuk memujuk ahli serta jentera wanita Umno untuk menerima kenyataan dan keputusan yang dibuat oleh parti.

Kata beliau dalam pertemuan itu, terdapat beberapa ‘babak sedih’ berlaku apabila ada yang menangis kemungkinan disebabkan tindakan Umno khususnya Najib yang membelakangi serta mengkhianati suara wanita akar umbi.
“Kami mendapat maklumat, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan turun ke parlimen itu serta beberapa pimpinan lain termasuk dari kalangan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya lagi.
Kata Raja Iskandar, hasil daripada pemerhatian pihaknya, terbukti BN khususnya jentera wanita masih lumpuh dan tidak bergerak walaupun sudah masuk minggu kedua hari berkempen.
Kata beliau, banyak bilik gerakan juga telah ditutup kemungkinan protes terhadap tindakan BN yang membelakangi suara akar umbi khususnya wanita.
PAS Perak katanya melihat suasana tersebut membuktikan BN sangat terkesan dengan tindakan Kamilia.
“Beliau (Kamilia) berkempen setiap masa dengan jenteranya khususnya ahli keluarnya dan sikap tabah serta semangatnya ternyata memberi kesan kepada orang Umno itu sendiri khususnya wanita yang bersimpati dengannya.
“Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan ahli wanita Umno yang menyokong beliau,” jelasnya lagi.
Tegasnya, PAS Perak melihat akan berlaku saingat sengit antara calon PAS iaitu Drs Khalil Idham Lim dengan Kamilia, bukannya dengan calon BN pada pilihanraya kali ini.
Nukilan Oleh Juragan pada 5:10 PTG


 photo Header_zps1184082a.gif
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More

Wednesday, 6 March 2013

Lahad Datu UMNO Tewas Kini di KK Pula UMNO TUMPOR! Tungguuuuu...

Rabu, 6 Mac 2013
MIMPI NGERI BN: GURU MUDA BERI ISYARAT TOLAK BN

Himpunan Guru- Guru Muda daerah Kuala Kangsar pada hari Jumaat 1 Mac 2013 jam 2.30 petang di Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar yang lalu telah menjadi igauan  baru kepada Barisan Nasioanal.


Menurut sumber, program yang dijalankan menggunakan penganjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar (PPD) telah mengarahkan setiap sekolah di daerah Kuala Kangsar menghantar seramai 15 orang guru muda di bawah umur 40 tahun untuk menghadiri program berkenaan.

Program telah menampilkan pemimpin- pemimpin politik BN yang terdiri daripada Dato' Nazri Aziz (MP Padang Rengas), Dato' Siti Salmah (ADUN Chenderoh), Dato' Wan Khairil (ADUN Chandan) dan wakil Dato' Seri Rafidah Aziz (MP Kuala Kangsar) sebahagai tetamu jemputan.

Guru- guru yang dipaksa untuk hadir mula menghidu ada agenda politik dalam program tersebut apabila melihat sekumpulan individu yang berpakaian berlambangkan Barisan nasional (BN) di pintu masuk dewan berkenaan.

Ada yang datang hanya untuk menandatangani kehadiran kemudian beredar balik. Apabila pegawai- pegawai PPD mendapati ramai yang berbuat demikian, kehadiran tidak lagi diambil sewaktu hadir tapi hanya akan akan diambil di akhir program. Namu begitu ramai dalam kalangan guru yang hadir tidak mengendahkan arahan berkenaan, ada yang terus balik dan ada yang tidak masuk dewan tapi berbual- bual di luar dewan dan kantin.

Majlis dimulakan dengan ucapan pegawai PPD yang terpaksa memohon jasa baik guru- guru untuk memenuhkan ruang tempat duduk hadapan. Namun permintaan berkenaan tidak begitu dihiraukan kerana mereka hanya berganjak ke kerusi di bahagian pertengahan sahaja.

Protes guru- guru begitu terserlah apabila Dato' Nazri Aziz memulakan ucapan. Beliau memulakan ucapan dengan isu sejarah 1 Malaysia yang dikaitkan dengan isu kuil salah sebuah tempat di Malaysia. Guru- guru India bingkas bangun seorang demi seorang. Sepanjang ucapan Dato' Nazri tempat duduk dalam dewan semakin lengang, yang tinggal hanyalah sebahagian kecil guru- guru muda dan juga guru- guru besar.

Dewan yang begitu luas dengan tempat duduk yang begitu banyak menyerlahkan lagi kecacatan majlis.

Di bahagian luar dewan pegawai- pegawai PPD yang lain diarahkan untuk menahan guru- guru yang balik dan mencatat nombor plat kenderaan yang keluar.

Rata- rata guru yang diarahkan untuk hadir melahirkan rasa kecewanya terhadap pihak PPD yang sanggup diperkudakan untuk kepentingan politik BN.

Guru- guru juga sebahagian besarnya nekad dan bersedia menaggung risiko untuk dikenakan tindakan semata- mata tidak mahu diperbodohkan oleh BN.
Posted by KEMPEN GURU TERTINDAS at 3:25 PM


Roketkini.com,
06 Mac 2013
Times Higher Education World University Rangkings 2012/2013

Tiada satupun universiti di Malaysia masuk dalam senarai 400 universiti terbaik di dunia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus menerima tamparan hebat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila tidak ada universiti dari Malaysia disenarai dalam 400 universiti terbaik dunia yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ini membuktikan agenda transformasi Najib gagal memulihkan perpaduan, mencapai kecemerlangan dan mengembalikan daya saing antarabangsa menerusi pelbagai usaha seperti program “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Katanya, dalam laporan terbaru keluaran Times Higher Education (THE) World University Rankings 2012-2013 semalam, tidak ada satu pun universiti dari Malaysia untuk dua tahun berturut-turut termasuk dalam senarai 400 universiti teratas dunia.

Editor THE World University Ranking, Phil Baty, dalam ulasannya mendakwa keseimbangan kuasa sedang berganjak. universiti terkemuka dari rantau Asia-Pasifik menunjukkan peningkatan ketara kedudukan mereka untuk sebelum ini tradisinya dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan United Kindom (UK).

“Pada 2012-2013, institusi terkemuka China, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan telah meningkatkan kedudukan mereka. jiran Asia Pasifik, Australia, juga hebat, berbeza dengan AS dan UK kerana majoriti wakil Anglo-Amerika dalam senarai 200 teratas, sekalipun masih dominan daripada segi bilangan, telah semakin hilang tempat.”

“Saya amat sedih tetapi mengingatkan rakyat Malaysia berhubung kegagalan empat tahun program transformasi Najib, dengan Malaysia dikecualikan terus daripada fenomena kebangkita Asia-Pasifik yang ditunjukkan THE World University Rankings 2012-2013 mengenai “kebangkitan Universiti Asia-Pasifik,” kata Lim Kit Siang (gambar) ketika mengulas mengenai Pengiraan Detik 37 Hari ke PRU-13, semalam.

Kebangkitan universiti Asia-Pasifik dalam pendidikan tinggi dinyatakan seperti berikut:

1)    Kemajuan ketara bagi Australia dan New Zealand. Institusi nombor satu Australia, University of Melbourne, melonjak daripada kedudukan ke-37 tahun lalu kepada 30 teratas iaitu di tempat ke-28. Australia mendapat tambahan dalam 200 universiti teratas, dengan University of Adelaide memasuki senarai 200 teratas menduduki tempat ke-176. Daripada tujuh universiti Australia, enam memperbaiki kedudukan mereka, 18 lagi tersenarai dalam 400 universiti terkemuka.

2)   200 institusi terkemuka China kedua-duanya bangkit, dengan  Universiti Peking meningkat daripada ke-49 kepada ke-46 dan Tsinghua melonjak 19 tempat daripada 71 ke-52. Universiti yang diperuntukkan pihak berkuasa China juga semakin maju: Universiti Fudan dan Universiti Shanghai Jiao Tong, masing-masing semakin hampir menduduki 200 teratas sementara Nanjing kekal pada kedudukan 250-257.

3) Dua institusi terkemuka Singapura mencatat kejayaan mengkagumkan. Universiti National Singapura naik daripada 40 ke-29 dan Universiti Teknologi Nanyang meningkat daripada ke-169 ke-86.

4) Setiap institusi Korea Selatan juga mengkagumkan, Universiti National Seoul meningkat daripada tempat ke-124 ke-59. Negara itu menjadi wakil baru dalam senarai 200 universiti terkemuka, termasuk Universiti Yonsei yang menduduki tempat ke-183.

Universiti National Taiwan, adalah satu-satunya universiti dalam senarai 200 universiti terkemuka yang meningkat daripada ke-154 ke-134, sementara institusi Hong Kong kekal akan meningkat. 

Universiti King Monghut, dari Thailand juga termasuk dalam 400 universiti terkemuka menduduki dalam lingkungan 351-400.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, daripada 81 universiti di rantau Asia Pasifik dalam 400 universiti terkemuka dunia, universiti dari Malaysia tidak tersenarai sedangkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mendakwa Malaysia mempunyai sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, malah lebih baik daripada Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.

“Sekiranya Malaysia mahu menjadi sebahagian daripada Kebangkitan Universiti Asia-Pasifik dan dikenali di peringkat antarabangsa bukan saja mempunyai universiti dalam senarai 400 teratas malah 100 teratas, keseluruhan sistem pendidikan perlu dibaikpulih, bermula daripada sekolah rendah, menengah hingga ke universiti.

“Ini hanya dapat dicapai sekiranya ada permulaan baru memperbaharui negara dengan mengubah Kerajaan Persekutuan di Malaysia pada PRU-13 daripada terus dikuasai Barisan Nasional (BN) sejak 56
N23 DUN MANJOI
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena