Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts

Sunday, 31 March 2013

*Liang Lahad Lahad Datu: Permainan Najib Dalam Insiden Lahad Datu Ini Memakan Dirinya Sendiri...

Ahad, 31 Mac 2013
 liang lahad
POLITIK LAHAD DATU : KETIKA PENDUDUK BERSEDIH,MEREKA DIPAKAIKAN BAJU "1M4U"?

Sejak insiden pencerobohan Lahad Datu berlaku..
pihak kerajaan BN/UMNO seringkali menggunakan malapetaka insiden pencerobohan tersebut bagi kepentingan politik mereka..

Di mana-mana acara dan majlis BN akan mengambil peluang mempergunakan insiden tersebut bagi mengajak rakyat berada di dalam barisan penyokong BN di dalam menghadapi penceroboh tentera Kesultanan Sulu..

Malah ketika penduduk di bawa melawat kampung halaman mereka bagi meyaksikan kediaman mereka yang telah musnah akibat pertempuran yang berlaku bagi menggembur penceroboh,para penduduk dipaksa untuk memakai baju berwarna putih secara seragam yang tertera "1M4U"..
1M4U adalah salah satu dari program BN bagi menarik sokongan golongan pengundi muda terhadap BN..

Petikan dalam akhbar Kosmo baru-baru ini.

Mengapakah penduduk perlu dipakaikan dengan baju 1M4U ketika lensa-lensa wartawan arus perdana berpusu-pusu merakamkan detik-detik penduduk di bawa melawat kediaman mereka yang sudah musnah akibat pertempuran dengan pihak penceroboh?

Berikut adalah gambar yang dipetik dari Buletin Utama pada 29 March 2013.

Di saat penduduk-penduduk ini berasa marah dan sedih kerana kediaman mereka musnah,
ada pihak yang menggunakan situasi sedih itu untuk kepentingan politik mereka..

Jadi siapa yang sebenarnya mempolitikkan insiden Lahad Datu..?
siapa yang mendapat keuntungan dari insiden pencerobohan tersebut..?

Di kala umum mengetahui rakyat Sabah sudah bersedia mahu melakukan perubahan pentadbiran politik dalam PRU 13 nanti..
maka ada pihak yang mengambil kesempatan dari insiden pencerobohan ini untuk meraih sokongan rakyat Sabah supaya rakyat Sabah menyokong kerajaan BN..
Ini adalah satu contoh propaganda jahat yang selalu diamalkan oleh Yahudi..

Yahudi pada mulanya akan menyeksa rakyat Palestin dan memprovok rakyat Palestin dengan pelbagai kezaliman,pembunuhan dan keganasan..

Dan apabila rakyat Palestin bertindak balas bagi mempertahankan diri, maka yahudi akan memperbesar-besarkan dan mewar-warkan serangan pejuang Palestin itu ke seluruh dunia bagi mendapatkan sokongan seluruh dunia..
dan meminta seluruh dunia bersama mereka sambil menyatakan sokongan apabila negara yahudi melakukan serangan balas secara besar-besaran menggunakan segala teknologi dan peralatan ketenteraan yang canggih ke atas negara Palestin sebagai tindakbalas..

Dalam insiden Lahad Datu ini..
kita tahu siapa sebenarnya yang sedang mengambil keuntungan politik...
sebelum berlakunya pencerobohan,rakyat Sabah sudah pun membuat keputusan untuk menyokong PR dan mengubah kerajaan negeri dari BN ke PR..

Maka kini permainan "semangat patriotik" dan "semangat sokong BN" sedang rancak dijalankan dengan harapan rakyat Sabah mengubah pendirian mereka supaya kembali menyokong BN..

Siapa yang sebenarnya cuba mengambil keuntungan dari insiden Lahad Datu ini..?

Baca juga sini..
NAJIB MULA TERPERANGKAP,UTUSAN MULA MAIN PERANAN DALAM PENAMATAN KARIER NAJIB!

Nampaknya permainan Najib dalam insiden Lahad Datu ini memakan dirinya sendiri..

Dalam pada UMNO dan BN mahu menggunakan insiden Lahad Datu untuk meraih kembali sokongan rakyat Sabah di atas kesempatan semangat patriotik... 

Nampaknya ada beberapa pihak dalam UMNO dan BN yang mengambil kesempatan mendedahkan kepincangan pentadbiran Najib dalam isu pencerobohan ini..

Kenyataan itu dapat dilihat apabila Kosmo,media Kumpulan Utusan yang merupakan media rasmi UMNO selama ini berani membuat satu pendedahan yang akan memburukkan imej Najib..

Kosmo hari ini menyiarkan pendedahan penduduk Kampung Tanduo,Lahad Datu yang mendakwa pengganas Sulu datang ke Kampung Tanduo selepas mendakwa mendapat jemputan orang kenamaan (VIP) di negara ini yang turut berjanji akan menyerahkan Sabah kepada mereka..

Petikan Kosmo bertarikh 11 March di muka surat 4.
Siapa lagi VIP di negara kita ini yang mampu buat keputusan menyediakan tanah di Sabah untuk tentera Sulu melainkan ianya seorang pemimpin yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian..?

Perlu diingat,bulan March ini yang masih memegang tampuk kuasa di negara ini masih lagi BN..
dan sudah tentu pemimpin BN jugalah yang mampu membuat janji sedemikian rupa sehingga meyakinkan Sultan Sulu untuk mengerahkan tenteranya datang ke Sabah.. 
Apatah lagi Najib sendiri pernah dikaitkan dengan satu perjanjian dengan Sultan Sulu..
Najib dikatakan pernah berjanji untuk memberikan penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu..

Dan pendedahan mengenai perjanjian ini pernah di siarkan oleh portal berita Filipina sebelum ini..
Rakyat Malaysia memang amat faham..
apabila Kumpulan Utusan melalui Kosmo sudah berani untuk menyiarkan pendedahan yang sedemikian,itu bermakna Kosmo tidak bertindak sendiri..

Kerana selama ini Kumpulan Utusan memang tidak akan menyiarkan berita-berita yang akan menjatuhkan imej pemimpin UMNO dan BN melainkan ianya sudah mendapat "green light" dari pihak atasan..

Perkara ini pernah berlaku kepada Sharizat Jalil dalam kes penyelewengan dana NFC tidak lama dulu,apabila wartawan Utusan dihantar untuk membuat liputan pendedahan pembelian tanah 
[PETANDA KARIER SHARIZAT AKAN DITAMATKAN]
sehingga menyebabkan Sharizat terpaksa melepaskan jawatan menteri beliau..

Nampaknya Najib sudah mula terperangkap dalam permainan yang beliau mulakan...

Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang bencikan Najib mula menggunakan peluang yang ada untuk menjatuhkan pemimpin No. 1 mereka (yang selama ini banyak memalukan UMNO dan BN dengan pelbagai skandal) juga atas nama "semangat patriotik"
kah..kah..kah..
Liang Lahad.
Tengok Sapa Kena Main!
Read More

Thursday, 21 March 2013

‘MAHKAMAH RAKYAT: Isu sebenar Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar?’

Khamis, 21 Mac 2013
MAHKAMAH RAKYAT PUTUSKAN MAHATHIR PENGKHIANAT SEBENAR
 Kenyataan Media

19 Mac 2013

MAHKAMAH RAKYAT PUTUSKAN MAHATHIR PENGKHIANAT SEBENAR

SolidaritiAnakMuda Malaysia merakamkan terimakasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ‘Mahkamah Rakyat :Isu sebenar Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar?’ Program anjuran SAMM bersamaAngkatanPerubahan Sabah (APS) malamtaditelahdihadiriolehlebih 5,000 orang.

Program dikendalikan secara 3 segmentasi - Segmentasi suara anak muda telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili suara anak muda Semenanjung).

Kemudian segmentasi kedua menampilkan Sdr. Hasnar danPn. SitiAminah yang kedua – duanya bekas tahanan ISA dan terlibat sendiri dalam projek kad pengenalan dibawah Dr.Mahathir yang mengagadaikan kedaulatan dengan memberikan warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan parti komponen Bn.

Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi apabilaparti Berjaya (komponen Bn) tewas kepada PBS, beliau telah terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan yang dikenali sebagai ‘silent riot’ itu sememangnya dicipta Bn dengan perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian. 

Pendedahan dua saksi ini benar – benar menyentak hadirin semalam. Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam yang digelar projek IC Dr.M.

Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato Ghafir yang menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan mengganggu operasi di Lahad Datu.

Duawakil APS Sabah iaituDatuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir. Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia.

Tn Hj. MohamadSabu tidak dapat hadir saat akhir kerana mewakili Presiden untuk program ke Johor, DatukYahya Lampung hadir tetapi tidak berucap kerana tidak sihat, YB Tian Chua hadir tetapi terpaksa beredar awal kerana program di tempat lain bersama YAB MB Selangor. Keluarga Tun Datu Mustafa juga hadir dan Cik Roni cucunda beliau telah sudi sama naik ke atas pentas meraikan majlis. kemunculan Sasterawan rakyat Pak samad yang memberikan ucapan ringkas dan membacakan sajak cukup mengujakan hadirin.

Antara rumusan Mahkamah Rakyat semalam :
Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara.
 Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan Bn terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti
Projek IC menyebabkan banyak masalah , ramai punya dua kerakyatan (contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk mengundi Bn bukan kerana kesetiaan pada negara, Janeral kumpulan militan yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai kerajaan Bn Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC
Pemimpin Bn lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada mulanya umum yang penceroboh bukan militant/pengganas dan perlu berunding ? Kenapaberunding ? Apa isi perundingan ?Apa yang diselindungkan ? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada rakyat Malaysia.
Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya keranapunya pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU13.
Sekian
Source: Info Terkini

Ini...Kali...Lah...Kita...Makan-makan!!!
Read More

Tuesday, 19 March 2013

‘Najib Tidak Berani Siasat Pencerobohan Sabah’ - Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur...

Selasa, 19 Mac, 2013
Sejarah Rebutan Sabah
‘Najib tidak berani siasat pencerobohan Sabah’
K Pragalath | March 19, 2013

Datuk Mat Zain Ibrahim turut menuduh Peguam Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah sebagai bersandiwara dalam usaha mengekstradisi ketua kumpulan pengganas Sulu.

PETALING JAYA: Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendakwa  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes pencerobohan Lahad Datu di Sabah  kerana kepentingan politik dan kroni.
“Kuasa ada di tangan Perdana Menteri dan beliau sepatutnya boleh mengisytiharkan pembentukan RCI itu serta merta, jika kerajaan yakin yang tidak ada isu yang ingin disembunyikan atau dipolitikkan.
“Selain daripada menumpukan minat untuk menyiasat dalang disebalik pencerobohan tersebut,kerajaan juga wajar mengenalpasti kesilapan, kecuaian dan campurtangan pemimpin politik yang dipercayai telah menyumbang kepada tragedi berdarah pertama di-Kampung Tanduo dan disusuli di-Semporna ketika diperingkat Ops Sulu.

“Setelah melebehi 70 orang dilaporkan terkorban bagi kedua-dua pihak pasukan keselamatan dan penceroboh, Najib nampaknya masih lagi teragak-agak dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk membentuk RCI tersebut.
“Beliau seolah lebih mementingkan kedudukkan politik beliau dan kroni-kroni beliau sahaja, daripada mencari punca dan kecuaian, bagaimana sebegitu ramai anggota keselamatan kita khasnya dari Pasukan Polis, bukan sahaja terkorban malahan ditawan,diseksa dengan kejam sebelum dibunuh,” kata Mat Zain dalam sepucuk surat terbuka kepada Ketua Polis Negara. Tan Sri Ismail Omar.

Bersandiwara
Mat Zain turut menuduh Peguam Negara Tan Sri  Abdul Gani Patail dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sebagai bersandiwara dalam usaha mengekstradisi ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie atau Abgimuddin kerana Malaysia tidak pernah menandatangani perjanjian ekstradisi dengan Filipina.
“Mereka berdua tidak menerangkan perkara sebenar kepada rakyat, bahawa proses mengekstradisi Jamalul dan Azzimudie Kiram itu, bukan sahaja memerlukan kerjasama erat pihak berkuasa Filipina, malahan memerlukan kelulusan daripada Manila,” jelas Mat Zain.
Tambahan pula Mat Zain turut menyoal peranan Patail dan Hamza untuk mengelakkan Manuel Amalilio ditahan oleh pihak berkuasa Filipina kerana menipu 15,000 rakyat Filipina dalam skim cepat kaya berjumlah RM900 juta.

“Sekiranya Hamza dan Gani Patail mempunyai peranan dan terlibat secara langsung dalam “merampas”
Manuel Amalilio daripada tangan pihak berkuasa Filipina, beberapa minit sebelum penjenayah yang sangat mereka kehendaki itu, menaiki pesawat ke Manila di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 26 Januari lalu maka apakah kerjasama yang Gani Patail dan Hamza Taib boleh harapkan dari Manila, untuk mengekstradisi Jamalul dan Azzimudie pula?
Setiausaha Dalam Negeri Filipina,Mr.Mar Roxas telah dilaporkan sebagai menuduh Ketua Menteri Sabah,  Datuk Seri Musa Aman campur tangan dalam menghalang saudara bau bacangnya, Manuel Amalilio daripada dibawa balik ke Filipina pada saat-saat akhir.
Mat Zain membuat spekulasi bahawa keengganan Malaysia untuk menghantar Manuel ialah antara sebab yang akan menyebabkan usaha ekstradisi kumpulan Sulu akan gagal.

Apa kaitan dengan Manuel Amalilio?
“Persoalannya ialah apakah kaitannya proses ekstradisi Manuel Amalilio dengan pencerobohan bersentaja pengikut Jamalul Kiram di Lahad Datu, sehingga menyebabkan Manila membatalkan proses membawa Amalilio balik ke Filipina? Jika ia tidak ada kaitan,mengapa pula Setiausaha Jabatan Keadilan Filipina Leila de Lima berkata sedemikian?
“Perlu diingatkan bahawa Leila de Lima membuat kenyataan tersebut hanya beberapa hari sahaja selepas Gani Patail mengumumkan di Putrajaya akan meneliti proses ekstradisi keatas Jamalul Kiram.
Pada 13 Mac Leila menyatakan usaha ekstradisi Manuel dibatalkan ekoran konflik di Sabah.
Seterusnya Mat Zain turut menyifatkan kelemahan tentera Malaysia yang menjaga sempadan dan kenyataan  menteri yang mengelirukan menyebabkan krisis di Lahad Datu berterusan.
Sebagai contoh beliau memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 16 Februari dan Ketua Menteri Sabah Musa.

Hishammuddin dilaporkan berkata: “Kesemua ahli kumpulan bersenjata dari Filipina yang telah mendarat di Lahad Datu,Sabah, akan dihantar pulang ke negara asal mereka seberapa cepat yang mungkin. Berdasarkan daripada sumber inteligen, mereka bukan terdiri daripada kumpulan militen atau pengganas. Mereka merupakan penyokong Kesultanan Sulu dan beliau berharap dan berdoa mereka dapat diusir keluar segera”.
Musa pula dilaporkan berkata: “Kerajaan telah selesai mengadakan perbincangan (dengan penceroboh)dan mereka akan dihantar pulang ke negara asal.”

Menurut Mat Zain kenyataan sebegini telah mengelirukan tahap kewaspadaan pihak keselamatan dan menyebabkan Sabah dibolosi pengganas.
Setelah melebehi 70 orang dilaporkan terkorban bagi kedua-dua pihak pasukan keselamatan dan penceroboh sejak mereka menceroboh Sabah 12 Februari lalu.
mi1

Read More

Saturday, 16 March 2013

Najib Semakin Gentar!: Altantuya, Kiram III & 8 Dosa Besar!


Ahad, 17 Mac,2013


SABAH panas: Filipina temui BUKTI babitkan pembangkang 
Kantoi la pulak...

Rupa-rupannya pembangkang yang dimaksudkan oleh media Filipina yang membiayai penganas di Sabah adalah PEMBANGKANG DI FILIPINA..!!

Ini dilaporkan sendiri di Utusan setan lidah Umno kelmarin... hehehe...
Nak kata apa dah memang Umno dengan macai-macainya memang kaki fitnah... Kan dah makan diri... Kahkahkah...!!

Take Note !!!
Diharap Umno spare siap-siap duit untuk bayar saman terhadap fitnah yang di buat terhadap PR...

[ Realisasikan Amar Makruf Nahi Mungkar ] ... ALLAHU AKBAR !!!

shalehudin
Menggelabah!!
Najib setiap hari keluar berkempen memaki-hamun semua parti dalam PR dan kerajaan negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat.

Bagi kita yang sudah berumur dan ada sedikit pengalaman berpolitik ini, memahami apa yang ada di dalam hati dan sanubari pemimpin utama negara kita itu. Beliau gentar dan resah gelisah.

Cara beliau bercakap bergegar-gegar itu tidak lebih dan tidak kurang menunjukkan yang beliau amat gelisah dengan apa yang berlaku di kalangan rakyat akar umbi. Najib sedang panik dan masih tidak berkeyakinan yang BN akan mendapat mandat kali ini walaupun berbillion-billion ringgit telah dibelanjakan membeli hati dan jiwa rakyat sekalian.

Cara beliau berucap tidak menampakkan yang beliau seorang Perdana Menteri. Mungkin beliau terlupa sekejap yang beliau itu Perdana Menteri kerana selalunya pemimpin utama negara akan bercakap dengan nada yang rendah tapi meyakinkan. Di Pulau Pinang semalam Najib bercakap dengan nada yang begitu tinggi dan nampak jelas beliau terlalu banyak kelemahan yang beliau mahu lindungi daripada pandangan rakyat. Beliau mempunyai banyak perkara yang putus yang perlu disambung dan yang koyak untuk ditampal.

Setiap malam tidak ada orang lain di kaca TV selain dari Najib berkempen melaluinya. Bahan kempennya tidak lain hanya memperlekehkan pentadbiran semua kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Najib tidak nampak apa kebaikan yang telah dilakukan oleh PR di P Pulau Pinang, Selangor dan Kedah serta Kelantan. Najib amat resah dengan pengaruh kerajaan-kerajaan negeri dalam PR kerana kerajaan Pakatan Rakyat melakukan pembersihan segala kekotoran politik dan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan BN dahulu.
Lapan Dosa Besar Umno Terhadap Rakyat & Umat Islam
1. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).

2. JUDI : UMNO sejak penubuhan telah meluluskan “Loteri UMNO” yang telah dijual dan dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun Razak meluluskan lagi 10 lesen “Special Draw”/Judi tidak berapa lama dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram.


3. ARAK : UMNO yang mendokong polisi “menjual arak untuk keuntungan”. Dalam negara-negara Scandinavia, yang tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Persekutuan” dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk tujuan mencari keuntungan. Arak hanya dibenarkan dijual hanya untuk memenuhi keperluan dalam negeri semata-mata.

Di Malaysia, UMNO menyokong penjualan arak untuk tujuan keuntungan sehingga saham-saham Calrsberg dan Guiness-Anchor adalah antara saham kualiti tinggi (“blue-chip”) di KLSE.

Begitu semangat UMNO menyokong aktiviti arak di Malaysia sehingga ada 3 orang Melayu duduk di dalam LEmbaga Pengarah Calrsberg dan 2 orang Melayu duduk dalam lembaga Pengarah Guiness-Anchor. Sepatutnya, Kementrian Kewangan boleh campur tangan menghalang perlantikan ini, tapi UMNO membiarkannya sahaja. Mengapa? Kerana industri arak ni halal bagi UMNO.

4. PENOLAKAN HUKUM SYARIAH ISLAM: Tak payah komen la. Sampai hari ni, UMNO tidak mahu mengubah Perlembagaan Malaysia membenarkan hukum Syariah Islam dijalankan dengan sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu.

Menarik untuk disebut: dalam forum di Kelantan baru-baru ini, wakil UMNO telah mencabar PAS untuk membentangkan “Private Bill” bagi memudahkan perjalanan hukum Syariah. Ustaz Nik Amar menjawab, wakil UMNO itu tak pernah masuk Parlimen. Maka dia tak tau.

Setiap “Private Bill” harus mendapat lampu hijau dari Menteri yang bertanggungjawab (dalam isu hukum Islam, Menteri tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Zahid Hamidi).

Setakat ini, UMNO tidak pernah bagi apa-apa lampu hijau untuk mana-mana Undang-Undang seperti ini dibenarkan.

Pokoknya mudah. Kalau UMNO sanggup menyokong hukum Islam terlaksana di Malaysia, siapa yang boleh menghalang? DAP pun takkan menentang kerana pada waktu itu, MCA pun terpaksa sokong hukum Islam. Lebih2 lagi hukum Islam hanya tertakluk kepada orang2 Islam sahaja.

Tak jadi isu walau sedikit pun. Isunya adalah UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH ISLAM

5. FITNAH : Agen fitnah UMNO adlaah media-media mereka i.e. Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku dsbnya. Dah berapa kali diorang ni kena saman. Baru2 ni Sdr Mahfuz sendiri menang saman terhadap media2 milik UMNO ini. Namun UMNO tetap meneruskan aktiviti memfitnah dan menista mereka terhadap sesama Islam

Secara pribadi, saya telah berhenti membaca dan mempercayai Utusan Meloya dan Berita Hairan semenjak peristiwa Memali lagi. Sah PENIPU dan PEMBOHONG.

6. PENIPU : Tak payah komen la. Benda yang maklum

g. KORUPSI : Lagi tak payah komen. Dalam UMNO sekarang ni, sapa tak korupsi tu yang dipandang serong. Sedangkan korupsi ni HARAM mengikut IJMAK ULAMA. Tapi, bagi UMNO, makan duit haram tu tak jadi masaalah. Dalam UMNO ni, hanya BABI sahaja yang haram. Yang lain, kao bedal la

7. SIHIR : Rujuk kes Mona Fendi. Tanya la sesiapa sahaja dalam UMNO pasal amalan sihir dalam UMNO. Semua akan akui betapa meluasnya amalan sihir dalam UMNO.

8. BEKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM :Rujuk artikel saya berkenaan Ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation di mana Dato Najib berbangga membantu usaha Amerika dalam memerangi “keganasan” (Baca: memerangi Islam).

Sebagai penutup, janganlah termakan dengan kata-kata seperti “Bekerja dengan UMNO lebih Syariee berbanding dengan DAP”. Perkataan macam ini datang dari ulama-ulama yang menjual agama untuk kepentingan dunia. Bukan datang dari ulama yang “mukhliseen”.

Apa bezanya DAP dengan UMNO? Yang saya tahu seorang pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara kerana mempertahankan seorang gadis yang diperkosa salah seorang pemimpin UMNO. Itu sahaja.

<Tulang Besi>
 Posted in: Umno Hina Islam.Pencacai Umno,Umno Pengkhianat Melayu,Umno Penipu Rakyat
Geriji Ini Menanti Anda!
Read More

Friday, 15 March 2013

*Panas Lahad Datu: Video "The Silent Riot' ni.. dan bandingkan dengan apa yang berlaku di Sabah sekarang..

Sabtu, 16 Mac, 2013
Sabah Times: DAY OF TERROR
Ini adalah catatan perjalanan sebuah sejarah di Sabah yang memaparkan apa yang berlaku di negeri tersebut apabila percaturan untuk kekal berkuasa menemui kegagalan.

Ianya berlaku pada tahun 1986 setelah sebuah parti yang baru ditubuhkan iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bergabung dengan USNO menewaskan parti BERJAYA yang merupakan komponen Barisan Nasional..
Dalam pergelutan untuk mengekalkan kuasa ini 5 rakyat Sabah telah terbunuh, Masjid diconteng dengan lambang Salib dan dibakar oleh pendatang yang di bawa masuk dari Pulau Gaya.

Mereka merupakan rakyat Islam Filipina yang ingin menyelamatkan diri dari kezaliman kerajaan mereka..

Mereka juga telah dipergunakan oleh pemimpin yang gila untuk mengekalkan kuasa.. sebagaimana yang diamalkan Najib..'U help me, I help you'..

Dalam hal ini You ikut arahan I, I bagi you IC..

Rusuhan selama 48 hari ini telah menyebabkan Sabah dikenakan perintah berkurung selama 30 hari..

Lihat betul-betul dan bandingkan dengan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu, Sabah hari ini..

Dan fikir dengan hati yang terbuka kerana Sejarah tidak pernah berbohong, kecuali buku sejarah yang ditulis oleh macai UMNO/BN..
Lihatlah!!
Itulah puncanya IC diberikan kepada pendatang Filipina yang kebanyakkannnya dari kaum Sulu secara besar-besaran..

Siapakah yang menjadi barua dalam menggadaikan negara demi mengekalkan kuasa itu??.. video di bawah memberikan jawapannya..
Kredit:Sabahkini.net
'The Silent Riot'

Ini... Kali Lah!

PengKHIANAT!
Read More

Bekas Ketua Polis Lahad Datu: BN Punca Wira Negara Terkorban?

Jumaat, 15 Mac,2013

Bekas Ketua Polis Lahad Datu dakwa sifat bodoh sombong pemimpin Barisan Nasional punca wira negara terkorban?


Bekas Ketua Polis Lahad Datu mempersalahkan Kerajaan UMNO/Barisan Nasional yang memandang remeh isu keselamatan di Lahad Datu berikutan terbunuhnya sembilan orang Anggota Keselamatan negara dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu. 
Seterusnya sila baca di bawah.. 
Ex-Lahad Datu OCPD: If only KL had listened
Kota Kinabalu: A former Lahad Datu police chief blamed what happened last month that cost nine servicemen their lives on the Federal Government for continuous ignorance on the security aspect in Sabah especially at the affected district.

Kamis Daming said Kuala Lumpur never entertained any suggestions and requests for upgrading security in the district. 

"When I was in Lahad Datu five years ago, I had often expressed concerns to our superiors about the possibility of intrusion by foreign elements, but our proposals and requests for security beef-up were looked at very lightly," he told reporters, Thursday.

Kamis said Lahad Datu district police have never had sufficient equipment and their four-wheel drive vehicles always broke down and the patrol boats would be in dire condition.

He said the district also had insufficient personnel and always faced fuel supply shortage because the supplier refused to supply due to the great amount of debt that had yet to be settled. 

"Another sad thing is that some of the police officers and personnel have to rent a house outside the police compound because there are not enough quarters," he said.

Low-rank personnel are forced to stay in dilapidated police barracks which have holes on the ceiling and floors because there were no houses outside available for them to rent.

"And when we filed an application for funds to repair the barracks, headquarters would reply that no allocations were available yet," said Kamis.

"Living under such an environment is so demoralising for the low-rank personnel, so what can be expected from them?" he asked. 

Kamis supported Sabah Progressive Party (SAPP) President Datuk Yong Teck Lee's statement that Sabahans have sounded the alarm bells for decades about the threat posed by illegal immigrants in Sabah but that it was Kuala Lumpur that was nonchalant about it.

According to Yong, the statement by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak describing the Sulu intrusion into Sabah as a wake-up call is already too late because serious damage had already been inflicted on Sabah.

"Many alarm bells were sounded by Sabahans over the decades but Kuala Lumpur never woke up until it is too late," Yong had said ~ Daily Express

Kenapa kerajaan memandang remeh tahap keselamatan di Lahad Datu?.. video ini mungkin ada jawapannya.. sila lihat di SINI
Seorang Warga Buta Beri Sokongan Moral......
Thursday, 14 March 2013
TABIK SPRING DAN KAGUM!!!!.. SEORANG WARGA BUTA SANGGUP DATANG KEMAHKAMAH UNTUK BERI SOKONGAN MORAL KEPADA YB TIAN CHUA!!!!!
 rasa terharu, kagum,hormat dan tabik spring kepada seorang warga emas yang mata buta sanggup datang ke Mahkamah bersama isterinya semata-mata  untuk memberikan sokongan moral kepada YB Tian Chua yang dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan dibawah Akta Hasutan 1948.

Walaupun buta tapi jiwanya celik,mindanya waras hatinya murni.

Boleh tahu membezakan kebenaran dan kebatilan..Tiada gunanya mata celik tapi hati buta dan kaudu.

SALUTE!!!! DARI OMAK KAU. YOU ARE THE BEST BEB!!!!
Busman Original's photo.
TABIK SPRING DAN KAGUM!!!!.. SEORANG WARGA BUTA SANGGUP DATANG KEMAHKAMAH UNTUK BERI SOKONGAN MORAL KEPADA YB TIAN CHUA!!!!!

Rasa terharu, kagum,hormat dan tabik spring kepada seorang warga emas yang mata buta sanggup datang ke Mahkamah bersama isterinya semata-mata untuk memberikan sokongan moral kepada YB Tian Chua yang dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan dibawah Akta Hasutan 1948.

Walaupun buta tapi jiwanya celik,mindanya waras hatinya murni.

Boleh tahu membezakan kebenaran dan kebatilan..Tiada gunanya mata celik tapi hati buta dan kaudu.

SALUTE!!!! DARI OMAK KAU. YOU ARE THE BEST BEB!!!!
Dicatat oleh atsixty di 4:30 PM 
Janji.... DiCapati!!
Read More

Sultan Kelantan Mengetuai Majlis Tahlil Allahyarham Ahmad Hurairah...Takbir! Allahuakbar..

Jumaat, 15 Mac 2013
Sultan Kelantan Mengetuai Majlis Tahlil Allahyarham Ahmad Hurairah.

Sultan Muhammad V (Sultan Negeri Kelantan) yang berjiwa rakyat... bertanyakan sesuatu semasa menghadiri dan MENGETUAI majlis tahlil Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah, di kampung Bayu Lalang, di Pasir Mas, Kelantan malam tadi.
Takbir... Allahuakbar 3x..
Sultan Kelantan ganti "Daulat Tuanku" kepada "Allahuakbar"

Info yang sudah lama namun ReJaM© rasa sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada para pembaca yang belum mengetahui hal ini. Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V Tuanku Muhammad Faris Petra Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang telah bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bersemayam di Istana Negeri, baginda telah memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.

Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).

Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.

Sebenarnya beberapa lagi pembaharuan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra demi ketinggian syiar Islam dan demi kebaikan rakyat jelata, lihat dan tunggulah pengumuman-pengumuman mengenainya nanti.

Berikut salah satu bukti bahawa istilah "Daulat tuanku" telah diubah kepada "Allahuakbar" di dalam ucapan tahniah kepada baginda Tuanku Sultan. Sila klik untuk membesarkan image.
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2010/11/sultan-kelantan-ganti-daulat-

Read More

Dalang LAHAD DATU?: Zahid Mencari Pengkhianat Negara!

Jumaat, 15 Mac, 2013
Lori Ikan Meniaga Depan Masjid Negara

Zahid Mencari Pengkhianat Negara?
Zahid Mencari Pengkhianat?
Dalam hal ini Zahid kena buka mata, celikkan hati!

Kiram? - 'subpoena' pun Manila tarik balik inikan pula nak serahkannya untuk dibicarakan di Mahkamah Malaysia

Hakikat dan yang utama sepatutnya dicari dan dikenalpasti adalah:
Apa yang mendorong mereka menceroboh?
Bagaimana mereka berjaya lolos dan bolos?
Siapa yang bantu mereka dengan logistik dan sewaktu dengannya?
Kenapa kita tunggu lama untuk bertindak?
Dari sudut manakah kelemahan kita?
NizarAzu.com
'Bagaimana Jamalul Kiram beli senjata baru?'
mk - 10:14AM Mac 15 2013
Tindakan tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah membuktikan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Filipina.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan itu dimaklumkan kepadanya oleh rakan sejawatannya dari Filipina selain memberitahu beliau semua pengganas terbabit akan dihadapkan di mahkahmah di sana.

"Siasatan akan dilakukan terhadap kesemua 35 mereka. Kita akan tunggu laporan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bersama rakyat sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di Langkawi malam tadi.

Ahmad Zahid berkata Malaysia juga sedang berusaha untuk mendapat perintah bagi memungkinkan pengganas terbabit didakwa di negara ini.

Semalam agensi berita luar negara melaporkan 35 pengganas itu termasuk seorang wanita ditahan oleh dua buah kapal tentera laut Filipina berhampiran Pulau Tawi-Tawi, kira-kira 12 kilometer dari perairan Sabah. 

Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Lt Jen Rey Ardo dipetik sebagai berkata mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki pengganas Sulu yang memasuki Lahad Datu.

Beliau juga dilapor berkata ketika ditahan suspek pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III itu sedang menuju ke sebuah pulau di Filipina.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata walaupun Malaysia dan Filipina tidak mempunyai perjanjian ekstradisi untuk membolehkan Jamalul Kiram dibicarakan di negara ini, ada peruntukan undang-undang yang boleh diteliti untuk membenarkan perkara tersebut dilakukan.

"Secara konvensional Malaysia pernah serahkan (pemimpin) Moro National Liberation Front (MNLF)) Nur Misuari (yang berada di Sabah) ketika dia jadi pemberontak kepada Manila. Kita harap beberapa perkara kajian perundangan dilakukan supaya Jamalul Kiram dibawa ke Malaysia.

"Bezanya Nur Misuari adalah rakyat Filipina dan dibawa ke Filipina manakala Jamalul Kiram adalah rakyat Filipina, berada di Filipina dan tertakluk kepada undang-undang Filipina," katanya.
Posted by mountdweller at 2:00 PM
N23 DUN MANJOI

atsixty.blogspot
Read More

LAHAD DATU:Publisiti Terbaik IC Scandal - UMNO SUICIDE?

Jumaat, 15 Mac, 2013
TIAN  CHUA
UMNO bunuh diri?

Berita di TV sebentar tadi menyiarkan liputan pendakwaan Tian Chua, yang dituduh di bawah akta hasutan.Menariknya, pertuduhan itu apabila dibaca berbunyi UMNO dan pemberian IC.Sudah tentu ianya merupakan publisiti percuma kepada Tian Chua dan PR yang selama ini kenyataan pemimpinnya tidak pernah mendapat liputan TV.Pertuduhan tersebut yang dibuat dalam empat tuduhan hanyalah kenyataan Tian Chua tentang kelemahan menangani pencerobohan dan penipuan UMNO dalam isu pemberian IC kepada warga asing termasuk bangsa Sulu.
Nampaknya UMNO semakin huru hara kerana militia Sulu menuntut Sabah.Ezam baru sahaja mengumumkan penubuhan Bersatu, NGO yang tidak bermotifkan politik yang disertai oleh NGO bukan politik seperti PERKASA dan beberapa NGO yang mengamok di depan ibu pejabat PKR baru baru ni.Ezam medakwa peristiwa Lahad Datu patut membawa kita bersatu, kalau kita gagal bersatu kerana anasir luar ini, alamak negara kita akan menjadi negara yang gelap(maaf lupa kata kata ezam tadi).Ezam mahu kita bersatu dalam masa dia mendesak supaya kerajaan mengkaji undang undang yang lebih berat untuk mendakwa Tian Chua, katanya pertuduhan itu masih belum cukup, kalau boleh kerajaan patut menggunakan peruntukan yang boleh menggugurkan kerakyatannya kerana kurang ajar.

Huru haranya UMNO nampak jelas sekarang, siapa yang mengembangkan dan menyuburkan peningkatan anasir luar? Tapi UMNO tetap mahu menyalahkan orang lain.Tian Chua yang kurang ajar atau Ezam dan NGO bukan politiknya? Ezam mahu kita(merujuk kepada orang melayu) bersatu dan mahukan Tian Chua(bangsa cina) dilucutkan kerakyatannya.Apa maknanya? maknanya dia menyanggah dasar 1Malaysia Najib dan menyegarkan perkauman.Dari sudut perundangan, kata kata Ezam ini adalah hasutan yang boleh didakwa seperti Tian Chua.

UMNO mungkin hanya menggali kuburnya sendiri dari dakwaan kepada Tian Chua, apabila dibicarakan nanti, pasti nama UMNO dan IC kepada pendatang asing bakal berkumandang di mahkamah, samaada Tian Chua bersalah atau tidak, rakyat kebanyakan terutamanya pengundi atas pagar akan mendapat lebih maklumat dan kefahaman mengenai pengkianatan UMNO selama ini.

Sandiwara yang didakwa disebut ole Tian Chua ialah sandiwara UMNO bukannya sandiwara polis atau pasukan keselamatan.Tiada langsung unsur menghina polis seperti didakwa sebelum ini.Bagi seorang yang waras, sudah tentu timbul persoalan di pertuduhan mana Tian Chua menghina polis? Tian Chua hanya mengata UMNO, jadi kenapa UMNO tidak boleh dikata sehingga boleh didakwa? orang mengigaupun boleh sedar tentang ini, tidak ada penghinaan langsung, jadi di mana warasnya orang UMNO minta dilucutkan kerakyatannya?

Mungkin ramai akan membuka mata melihat tuduhan yang dikenakan ke atas Tian Chua kerana publisiti yang diperolehinya.UMNO hanya membunuh diri dengan tindakan tidak bijaknya dan kalau DSAI ditangkap dan didakwa kerana menjadi dalang pencerobohan,maka usia UMNO mungkin lebih cepat ditamatkan.
-tranungkite-
at 3/15/2013 10:18:00 PG  
PANTAI TIMUR SABAH DIKUASAI PATI DAN PADI?
Saudara Pengarang,
SAYA sangat bersetuju dengan pendedahan berhubung warga asing yang mendapat kerakyatan secara tidak sah dan sangat gembira kerana ada anak Sabah yang berani membuat pendedahan ini demi masa depan anak cucu cicit kita.

Tidak tahu di mana silapnya Kerajaan Malaysia kerana semua akui bahawa daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Tungku dan Sandakan seolah-olah telah di kuasai oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) ini.
Sabahkini.net
PENDATANG HARAM INDIA DI SABAH?
MURAH...Yakub menunjukkan simbolik betapa murahnya Mykad berlatar belakang Mykad Ansar, Setiausaha Agung DPIM.

ISU Pendatang asing tanpa izin di Sabah semakin menular berikutan pendedahan seorang warganegara Malaysia, Kamaruddin Omar bahawa ramai warga asing India menetap di Sabah setelah memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan projek atau palsu.


TERJEMAHAN PERCAKAPAN KAMARUDDIN.
"Vanakam, Nama saya Kamaruddin, saya warganegara Malaysia.
Ramai orang INDIA datang ke sini untuk mencari kerja. Untuk masuk ke Sabah, kamu menggunakan Pas Lawatan. Sesudah datang ke negeri ini, tolong hormati undang-undang negara ini!"

Segelintir kamu tidak menghormati undang-undang negara ini. Kamu sanggup buang passport kamu untuk mendapatkan status warganegara (melalui IC-Projek) dan MYKAD palsu. Semua ini kamu lakukan secara salah disisi undang undang. Selepas itu kamu menjadi warganegara Malaysia mengikut 'pintu belakang'. Bagaimana kalau perkara ini terjadi di negara kamu?
Read More

Wednesday, 13 March 2013

*Panas Lahad Datu: Klip Video Jeneral Haji Musa - Pengganas di Tanduo, yang mengaku sebagai askar kesultanan sulu

Rabu, 13 Mac 2013
Pengganas di Tanduo, yang mengaku sebagai askar kesultanan sulu
facebook
Title:Pengganas di Tanduo, yang mengaku sebagai askar kesultanan sulu
Shared with:Public
Mata Mata Lahad DatuMata Mata Lahad Datu
Mata Mata Lahad Datu
Jeneral Hj. Musa yg mengetuai ketenteraan sultan sulu, diprcayai terbunuh dalam serangan manakala lelaki yg menerima topi daripada hj.musa merupakan "Tali Barut" pengganas.. Video ini terperolehi dari salah seorang pengganas yg berjaya dibunuh. kedengaran dalam perbualan mereka ada menyebut "LAHAD DATU"... Dipercayai rakaman ini dibuat sebelum berlakunya peperangan.
WEDNESDAY, 13 MARCH 2013
Azmin bidas WikiLeaks, gesa jangan salahkan Anwar
PETALING JAYA - Menjawab mengenai spekulasi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan tidak lama lagi ekoran dakwaan pembabitannya dalam insiden di Lahad Datu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang turut membidas WikiLeaks menegaskan, ia perkara lumrah apabila Ketua Pembangkang itu sering dikaitkan dengan pelbagai masalah dan isu negara.

"Sudah berbelas-belas tahun semua masalah diletakkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Maka kita minta rakyat bangkit untuk menyatakan pendirian mereka memberi amaran yang keras kepada pimpinan politik kerajaan pusat, jangan bermain politik tetapi menumpukan kepada usaha menangani isu keselamatan rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Menurut Azmin, tindakan itu hanyalah bertujuan untuk mengalihn perhatian daripada isu sebenar yang dalam kes Lahad Datu ini, jelas gagal ditangani oleh kerajaan.

"Untuk menutup kelemahan diri, pihak berkenaan cuba menyalahkan pimpinan Pakatan.
"Walau bagaimanapun, ini bukan perkara baru," kata Azmin.

Azmin berkata, beliau turut berhadapan tindakan sama apabila dipanggil petang ini untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kononnya dikaitkan dalam isu Sabah.

Azmin turut menyangkal keras laporan WikiLeaks kononnya Anwar punya hubungan dengan Nur Misuari.
"Semua pimpinan bertemu dengan Nur Misuari, jangan mereka cuba menafikan. Tetapi cubaan hendak mengaitkan dengan insiden yang berlaku itu sebagai sesuatu yang melampau," tegas Azmin.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, laman web WikiLeaks pada 2007 pernah mendedahkan Misuari yang merupakan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ketika menjadi tahanan di rumahnya pernah mempunyai hasrat untuk
menakluk Sabah dari Malaysia.

Kabel itu turut mendedahkan pemimpin Kanan Angkatan Tentera Filipina (AFP), Mejar Jeneral Ben Dolorfino sebagai berkata, Malaysia bimbang terhadap niat Misuari yang masih mempunyai beratus pengikut di negeri itu.

Malah katanya, Malaysia juga bimbang tentang hubungan Anwar yang disifatkan sebagai 'rakan lama' Nur Misuari.
-sinarharian.com
Wednesday, March 13, 2013
Tragedi Lahad Datu: Kemungkinan Anwar Ibrahim ditangkap
Tragedi Lahad Datu: Kemungkinan Anwar Ibrahim ditangkap


Berdasarkan helah dan propaganda media pro BN serta tindak-tanduk beberapa pemimpin kanan Umno BN terkini, terdapat usaha terancang yang diketuai oleh Najib Razak untuk menangkap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba dikaitkan dengan kes pencerobohan askar Kesultanan Sulu di Lahad Datu

Malahan telah terbukti ada usaha untuk bunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim, malangnya pihak polis langsung tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap niat jahat penyokong Umno tersebut. 

It is highly probable that Opposition Leader Anwar Ibrahim may be arrested soon for supposedly being involved in the Lahad Datu intrusion, said PKR deputy president Azmin Ali.
Kerajaan Rakyat
Anwar mungkin ditangkap – Rafizi Ramli
March 13, 2013 admin
Anwar
Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR berkata Anwar mungkin ditangkap tak lama lagi. Ini kerana kerajaan Najib dan UMno menuduh Anwar sebagai dalang pencerobohan Lahad Datu.
Beliau berkata, sumber maklumat peringkat tertinggi yang beliau perolehi serta rentetan peristiwa yang ‘dirancang’ seolah-olah menambah kebencian terhadap Anwar dan penangkapan tersebut boleh berlaku. Penahanan Anwar boleh menyekat kemaraan Anwar dan PR untuk ke Putrajaya.
“Saya rasa adalah wajar bagi saya untuk sekurang-kurangnya tidak memandang remeh apa-apa kemungkinan kerana kebarangkalian adalah sangat tinggi. Jika anda bercakap dengan sesiapa sahaja, memang sudah jelas terdapat kemungkinan bahawa Pakatan Rakyat akan menang.”
“Pada mulanya saya fikir kita telah menolaknya. Tetapi setelah memerhatikan bagaimana peristiwa telah dirancang sejak 2 minggu yang lalu, mesej keseluruhan seolah-olah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik kejadian. Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang keterlaluan jika kita mengambil langkah berjaga-jaga kerana negara ini pernah menyaksikan perkara yang lebih teruk daripada itu. Jika mereka telah melibatkan Anwar Ibrahim dalam dua kes tuduhan liwat yang dibuat-buat, saya tidak fikir ia adalah sukar bagi mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai modal politik yang bakal menguntungkan mereka dalam pilihanraya yang akan dating. Kita sudah begitu hamper pada pilihanraya, jadi kita sedang memantau dan melakukan yang terbaik untuk mengumpul seberapa banyak maklumat. Tetapi saya fikir orang ramai juga perlu berwaspada jika terdapat sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku di Sabah, bagi saya, ia perlu ditolak dengan serta-merta kerana ia tidak lebih daripada helah politik Umno.” kata Rafizi Ramli kepada Malaysia Chronicle.
Kita berharap kenyataan Rafizi tersebut tak menjadi kenyataan. Kemaraan PR dan Anwar serta rakyat untuk ke Putrajaya menjadi kenyataan dengan cara terbaik. - Lagi
Read more: http://www.ekeleh.com/anwar-mungkin-ditangkap-rafizi-ramli/#ixzz2NMWqYvH3
 rafizi whistleblower bafia
PKR Strategy Director Rafizi Ramli 
Lately, pro-Umno dailies have played up a report by Filipino media, the Philippines Daily Inquirer, which claimed that a politician linked to Anwar had invited the Sulu intruders to Sabah.

Despite denials by Anwar and Sulu leader, Sultan Jamalul Kiram III, many have lodged police reports against the former deputy prime minister.

PKR strategy director Rafizi Ramli as saying that there were speculations that Anwar would be arrested soon over the alleged “invitation”.

Azmin said that the government was already targeting several other opposition leaders to blame, including himself.
Tragedi Lahad Datu: Kemungkinan Anwar Ibrahim ditangkap


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena