Showing posts with label Liang Lahad. Show all posts
Showing posts with label Liang Lahad. Show all posts

Saturday, 20 June 2015

Ulama sedang menghantar PAS ke Liang Lahad...?

Ahad, 21 Jun 2015

Ulama Sedang Menghantar PAS Ke Liang Lahad...



Bukan Islam tidak akan menyokong PAS lagi, kata Mat Sabu

Mohamad Sabu adalah antara pemimpin paling popular PAS di luar parti dan di kalangan orang bukan Islam. Beliau dipinggirkan partinya selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan baru-baru ini. Dalam bahagian pertama temubual bersamanya, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bimbang kehilangan kepercayaan sokongan pengundi bukan Islam yang selama ini menyokong parti Islam itu.

Biarpun beliau diundi semula ke dalam kepimpinan parti, PAS tidak akan mendapat kembali sokongan orang bukan Islam, kata bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan popular di kalangan bukan Islam, beliau memberitahu betapa sukarnya beliau berusaha memujuk ahli akar umbi PAS keluar dan berhimpun dengan bukan Islam dalam demonstrasi anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

Bagi Mat Sabu, masa depan adalah suram bagi parti itu, yang memegang ideologi agama yang menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, buat masa ini tiada lagi jalan penyelesaian bagi PAS mendapatkan semula sokongan orang bukan Islam.

"Orang bukan Islam yang kecewa dan patah hati terhadap semua keadaan ini.

"Tambahan pula, PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur, yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,"
 katanya kepada The Malaysian Insider.

Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.

"Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.

"Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, terdapat juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40%," katanya.

Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian pilihan raya umum.

"Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.

"Ini semua sudah terkebelakang," katanya.

Katanya, ketika perhimpunan Bersih pertama kali dirancang pada 2007, beliau mengambil masa hampir setahun mengajak ahli PAS mengambil bahagian dan menyertai kaum lain dalam demonstrasi itu.

Kejayaan perhimpunan tersebut, katanya, menyumbang kepada kemenangan pembangkang di 5 buah negeri - Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan - dalam pilihan raya umum 2008.

"Sekarang ini, imej berbilang kaum yang kami bina sudah hilang. Saya berasa sedih. Biarkan kepimpian PAS yang ada sekarang cuba mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai kaum sekarang.

"Ulama dalam PAS mula menganjurkan perhimpunan anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tetapi himpunan itu hanya dihadiri oleh orang mereka sendiri. GST memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Anda perlu melibatkan semua orang
.

"Ini adalah apa yang kita lihat. Jika PAS kembali kepada suatu parti serantau, ia akan menjadi lebih kuat. Tetapi apabila pilihan raya datang, ia menjadi perkara yang lain," katanya.

Mat Sabu berkata, walaupun ketika ini PR sudah mati, Barisan Nasional (BN) masih boleh tumbang tidak kira jika ada PAS atau tidak.

Ini kerana, rakyat terutama generasi muda, menolak parti pemerintah.

Beliau berkata PAS perlu berhati-hati cubaan untuk bersama dengan Umno kerana ini hanya akan menghancurkan parti.

"Jika PAS mahu bekerjasama dengan Umno, ia juga akan mengundang perkara yang sama. Orang ramai cuma tidak mahukan BN atau Umno.

"Lihatlah pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lepas. Di semua saluran, peratusan undi untuk PKR dalam kalangan belia meningkat. Ini bukan kerana mereka adalah ahli PKR. Mereka hanya tidak menyokong Umno."

PR "secara rasmi berkubur" selepas PKR bersetuju dengan DAP yang pakatan itu tidak lagi wujud.

Ia berakhir berikutan kepimpinan PAS yang kini dikuasai golongan konservatif, diketuai presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menerima usul tanpa bahas memutuskan hubungan dengan DAP.

Hubungan DAP-PAS mula rapuh tahun lepas sejak kemelut menteri besar Selangor dan bertambah buruk selepas PAS membentang dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di negeri itu.

Kemelut itu akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila PAS menetapkan pendiriannya melalui usul tanpa bahas dalam muktamar parti itu baru-baru ini bagi memutuskan hubungan dengan DAP.



ULASAN GB

PAS sedang mengalami fasa menurunnya di bawah kepimpinan baru.

Yang pasti bukan-Islam akan menolak PAS di dalam pilihanraya akan datang. Tanyalah mana-mana kaum Cina dan India, malah dari DHPP pun. Mereka meluat dengan perangai ulama PAS, terutama Presiden PAS sendiri, Haji Hadi yang mutakhir ini begitu celupar mulutnya dengan sumpah dan makihamun seperti BARUA dan TOLOL. Ini diikuti dengan para penyokongnya dialam siber atau alam dunia. Dengan perangai jelek mereka memfitnah, memaki dan memboo, akan menjadi peluru yang akan memakan diri mereka sendiri. Itulah hukum alam, itulah hukum kebenaran dan keadilan. Itu sunnatullah!

Haji Hadi sebagai Presiden dan Mustafa Ali sebelum ini sebagai Setiausaha Agung membiarkan fenomena buruk dan jahiliyah itu berlaku di dalam parti untuk memberi kemenangan kepada golongan ulama. Oleh itu kemenangan golongan ulama adalah dengan cara yang begitu keji dan hina, yang mana sudah pasti tiada keredhaan dan keberkatan dariNya.

Jika bukan Islam sudah tidak sokong PAS lagi, hendak diharap daripada siapa lagi yang menyokong PAS? Malah separuh dari akar umbi PAS pun sudah tidak akan menyokong PAS lagi. Mereka bersimpati dengan golongan profesional yang disingkirkan di dalam muktamar lalu sedangkan golongan profesional inilah yang telah mengangkat martabat PAS ke aras yang ada sekarang ini.

Dengan ketiadaan sokongan bukan Islam, ketiadaan separuh akar umbi PAS, kat siapa lagi PAS nak raih undi? Raih daripada UMNO... mungkin... tetapi mahukah UMNO memberi undi kepada mereka sedangkan dalam UMNO sendiri sudah ramai calon yang perlu mereka fikirkan?

Siapa yang mahu sokong PAS di bawah ulama yang suka maki hamun?

Sebagai seorang Islam, kita dilarang mengambil pemimpin yang tidak berakhlak Islam seperti memaki-hamun dan memfitnah walaupun ia seorang ulama. Akhlak sedemikian tidak selaras dengan hukum hudud yang diperjuangkan. Kelak kita akan ditanya oleh Allah swt mengapa kalian memilih pemimpin yang tidak mempunyai akhlak Islam? Nak jawab apa?

Sebenarnya ulama PAS inilah yang sedang menghantar PAS ke liang lahad. 

Read More

Sunday, 31 March 2013

*Liang Lahad Lahad Datu: Permainan Najib Dalam Insiden Lahad Datu Ini Memakan Dirinya Sendiri...

Ahad, 31 Mac 2013
 liang lahad
POLITIK LAHAD DATU : KETIKA PENDUDUK BERSEDIH,MEREKA DIPAKAIKAN BAJU "1M4U"?

Sejak insiden pencerobohan Lahad Datu berlaku..
pihak kerajaan BN/UMNO seringkali menggunakan malapetaka insiden pencerobohan tersebut bagi kepentingan politik mereka..

Di mana-mana acara dan majlis BN akan mengambil peluang mempergunakan insiden tersebut bagi mengajak rakyat berada di dalam barisan penyokong BN di dalam menghadapi penceroboh tentera Kesultanan Sulu..

Malah ketika penduduk di bawa melawat kampung halaman mereka bagi meyaksikan kediaman mereka yang telah musnah akibat pertempuran yang berlaku bagi menggembur penceroboh,para penduduk dipaksa untuk memakai baju berwarna putih secara seragam yang tertera "1M4U"..
1M4U adalah salah satu dari program BN bagi menarik sokongan golongan pengundi muda terhadap BN..

Petikan dalam akhbar Kosmo baru-baru ini.

Mengapakah penduduk perlu dipakaikan dengan baju 1M4U ketika lensa-lensa wartawan arus perdana berpusu-pusu merakamkan detik-detik penduduk di bawa melawat kediaman mereka yang sudah musnah akibat pertempuran dengan pihak penceroboh?

Berikut adalah gambar yang dipetik dari Buletin Utama pada 29 March 2013.

Di saat penduduk-penduduk ini berasa marah dan sedih kerana kediaman mereka musnah,
ada pihak yang menggunakan situasi sedih itu untuk kepentingan politik mereka..

Jadi siapa yang sebenarnya mempolitikkan insiden Lahad Datu..?
siapa yang mendapat keuntungan dari insiden pencerobohan tersebut..?

Di kala umum mengetahui rakyat Sabah sudah bersedia mahu melakukan perubahan pentadbiran politik dalam PRU 13 nanti..
maka ada pihak yang mengambil kesempatan dari insiden pencerobohan ini untuk meraih sokongan rakyat Sabah supaya rakyat Sabah menyokong kerajaan BN..
Ini adalah satu contoh propaganda jahat yang selalu diamalkan oleh Yahudi..

Yahudi pada mulanya akan menyeksa rakyat Palestin dan memprovok rakyat Palestin dengan pelbagai kezaliman,pembunuhan dan keganasan..

Dan apabila rakyat Palestin bertindak balas bagi mempertahankan diri, maka yahudi akan memperbesar-besarkan dan mewar-warkan serangan pejuang Palestin itu ke seluruh dunia bagi mendapatkan sokongan seluruh dunia..
dan meminta seluruh dunia bersama mereka sambil menyatakan sokongan apabila negara yahudi melakukan serangan balas secara besar-besaran menggunakan segala teknologi dan peralatan ketenteraan yang canggih ke atas negara Palestin sebagai tindakbalas..

Dalam insiden Lahad Datu ini..
kita tahu siapa sebenarnya yang sedang mengambil keuntungan politik...
sebelum berlakunya pencerobohan,rakyat Sabah sudah pun membuat keputusan untuk menyokong PR dan mengubah kerajaan negeri dari BN ke PR..

Maka kini permainan "semangat patriotik" dan "semangat sokong BN" sedang rancak dijalankan dengan harapan rakyat Sabah mengubah pendirian mereka supaya kembali menyokong BN..

Siapa yang sebenarnya cuba mengambil keuntungan dari insiden Lahad Datu ini..?

Baca juga sini..
NAJIB MULA TERPERANGKAP,UTUSAN MULA MAIN PERANAN DALAM PENAMATAN KARIER NAJIB!

Nampaknya permainan Najib dalam insiden Lahad Datu ini memakan dirinya sendiri..

Dalam pada UMNO dan BN mahu menggunakan insiden Lahad Datu untuk meraih kembali sokongan rakyat Sabah di atas kesempatan semangat patriotik... 

Nampaknya ada beberapa pihak dalam UMNO dan BN yang mengambil kesempatan mendedahkan kepincangan pentadbiran Najib dalam isu pencerobohan ini..

Kenyataan itu dapat dilihat apabila Kosmo,media Kumpulan Utusan yang merupakan media rasmi UMNO selama ini berani membuat satu pendedahan yang akan memburukkan imej Najib..

Kosmo hari ini menyiarkan pendedahan penduduk Kampung Tanduo,Lahad Datu yang mendakwa pengganas Sulu datang ke Kampung Tanduo selepas mendakwa mendapat jemputan orang kenamaan (VIP) di negara ini yang turut berjanji akan menyerahkan Sabah kepada mereka..

Petikan Kosmo bertarikh 11 March di muka surat 4.
Siapa lagi VIP di negara kita ini yang mampu buat keputusan menyediakan tanah di Sabah untuk tentera Sulu melainkan ianya seorang pemimpin yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian..?

Perlu diingat,bulan March ini yang masih memegang tampuk kuasa di negara ini masih lagi BN..
dan sudah tentu pemimpin BN jugalah yang mampu membuat janji sedemikian rupa sehingga meyakinkan Sultan Sulu untuk mengerahkan tenteranya datang ke Sabah.. 
Apatah lagi Najib sendiri pernah dikaitkan dengan satu perjanjian dengan Sultan Sulu..
Najib dikatakan pernah berjanji untuk memberikan penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu..

Dan pendedahan mengenai perjanjian ini pernah di siarkan oleh portal berita Filipina sebelum ini..
Rakyat Malaysia memang amat faham..
apabila Kumpulan Utusan melalui Kosmo sudah berani untuk menyiarkan pendedahan yang sedemikian,itu bermakna Kosmo tidak bertindak sendiri..

Kerana selama ini Kumpulan Utusan memang tidak akan menyiarkan berita-berita yang akan menjatuhkan imej pemimpin UMNO dan BN melainkan ianya sudah mendapat "green light" dari pihak atasan..

Perkara ini pernah berlaku kepada Sharizat Jalil dalam kes penyelewengan dana NFC tidak lama dulu,apabila wartawan Utusan dihantar untuk membuat liputan pendedahan pembelian tanah 
[PETANDA KARIER SHARIZAT AKAN DITAMATKAN]
sehingga menyebabkan Sharizat terpaksa melepaskan jawatan menteri beliau..

Nampaknya Najib sudah mula terperangkap dalam permainan yang beliau mulakan...

Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang bencikan Najib mula menggunakan peluang yang ada untuk menjatuhkan pemimpin No. 1 mereka (yang selama ini banyak memalukan UMNO dan BN dengan pelbagai skandal) juga atas nama "semangat patriotik"
kah..kah..kah..
Liang Lahad.
Tengok Sapa Kena Main!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena