Showing posts with label Dyana Sofya. Show all posts
Showing posts with label Dyana Sofya. Show all posts

Friday, 13 June 2014

Hudud: Nik Aziz tegur Dyana... Bekas calon DAP PRK TK Intan hargai semangat Muslimat PAS bantu kempen

Sabtu, 14 Jun 2014

Hudud: Nik Aziz tegur Dyana




KOTA BHARU – Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara perkara dijelaskannya semasa pertemuan dengan Dyana Sofya Mohd Daud semalam adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan baru-baru ini.

Menurutnya, Dyana sepatutnya ambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik.

“Dyana salah dari segi tekniknya. Di peringkat awal kenyataan dia terus sebut tolak hudud.

Dari segi teknik tidak betul. Kalau buat senyap atau sebut akhir-akhir, apa salahnya,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, hari ini.

Beliau mengulas pertemuannya dengan Dyana yang mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang hadir di pejabatnya semalam, bagi memperjelaskan beberapa isu dibangkitkan pada PRK Teluk Intan dua minggu lalu.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, kenyataan Dyana mengenai hudud telah dimanipulasikan sehingga calon DAP itu dilihat seolah-olah menentang hudud.

“(Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu) Datuk Wan Abdul Rahim (Wan Abdullah) cuma cakap sebagai orang Islam dia tidak boleh tolak hudud tapi parti tolak hudud, maka dia terimalah, cuma wartawan sahaja yang tidak menekankan apa yang disebut, sedangkan saksi (Wan Abdul Rahim) ada," katanya.
BLM.

Dyana hargai semangat Muslimat PAS bantu kempen

SALMAH MAT HUSAIN 

KOTA BHARU:  Bekas calon DAP pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud  mengucapkan terima kasih kepada aktivis Muslimat PAS seluruh negara kerana telah membantu kempen pilihan raya beliau.

Menurut Dyana, Muslimat PAS dan Wanita PKR  khususnya dari Kelantan telah bersungguh-sungguh berkempen untuk membantu beliau yang mewakili Pakatan Rakyat.

Berucap pada majlis ramah mesra bersama Muslimat PAS Kelantan, Rabu lalu, Dyana berkata  walaupun tewas di Teluk Intan, usaha bersungguh-sungguh yang ditunjukkan Muslimat PAS dan wanita Pakatan Rakyat membuatkan beliau begitu terharu.

"Semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat yang ditunjukkan Muslimat PAS membuatkan saya kuat.

"Kesepakatan kita ketika berkempen baru-baru ini membuktikan perpaduan kita dalam Pakatan Rakyat benar-benar utuh," ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mumtaz Md Nawi, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan para pemimpin Muslimat PAS negeri.

Read More

Thursday, 5 June 2014

YB Nga Kor Ming ke Istanbul menziarahi TGHH...Dyana Sofya sepatutnya menang!

Jumaat, 6 Jun 2014
DAP menghantar utusan khas menziarahi Presiden PAS di Medipol Universitasi, Hastanesi, Istanbul di Turki 
Gambar: Kenyataan media pengerusi DAP Perak Yb Nga Kor Ming : 

DAP hari ini menghantar utusan khas menziarahi Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang di Medipol Universitasi, Hastanesi, Istanbul di Turki sebagai tanda keprihatinan serta menyampaikan salam rakyat di tanah air semoga beliau cepat sembuh. 
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming selepas melawat Ustaz Hadi di Istanbul berkata, keadaan beliau kini sudah bertambah stabil tetapi beliau masih perlu menerima rawatan rapi di wad Hospital tersebut utk memastikan kesihatannya pulih sepenuhnya. Ustaz Hadi dijangka akan pulang ke tanah air dalam masa seminggu lagi.
Nga berkata, Ustaz Hadi ingin menyampaikan penghargaan & salam kpd semua pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat yg mendoakan kesihatan beliau. Presiden PAS itu menggesa semua jentera PAS lebih memantapkan hubungan bersama PR & perjuangan PR mesti diperkukuhkan demi masa depan negara.
Kenyataan media pengerusi DAP Perak Yb Nga Kor Ming :

DAP hari ini menghantar utusan khas menziarahi Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang di Medipol Universitasi, Hastanesi, Istanbul di Turki sebagai tanda keprihatinan serta menyampaikan salam rakyat di tanah air semoga beliau cepat sembuh.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming selepas melawat Ustaz Hadi di Istanbul berkata, keadaan beliau kini sudah bertambah stabil tetapi beliau masih perlu menerima rawatan rapi di wad Hospital tersebut utk memastikan kesihatannya pulih sepenuhnya. Ustaz Hadi dijangka akan pulang ke tanah air dalam masa seminggu lagi.
Nga berkata, Ustaz Hadi ingin menyampaikan penghargaan & salam kpd semua pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat yg mendoakan kesihatan beliau. Presiden PAS itu menggesa semua jentera PAS lebih memantapkan hubungan bersama PR & perjuangan PR mesti diperkukuhkan demi masa depan negara.

Pilihan Raya Kecil : Dyana Sofya sepatutnya menang


Oleh Subky Abdul Latif


Parlimen Teluk Intan pernah dua kali berwakil rakyat DAP. Pertama seorang India dan yang kedua seorang Cina.Tetapi apabila calonnya gadis Melayu muda lagi cun, kalah tipis.

Jika undi rosak hampir sekali ganda daripada majoriti, dipercayai tidak suka BN diberi pada Dyana Sofya, maka anggota Parlimenlah dia sekarang.

Kebanyakannya mengharapkan Dyana menang, dan kemenangan kembali Gerakan mengajaibkan.

Orang-orang yang tidak berparti tetapi berminat dengan politik, seperti profesor, tidak pilu dengan kekalahan DAP, tetapi musykil dengan kekalahan calon Melayu.

Dalam suasana kerajaan memperagakan semboyan 1Malaysia, pengundi setia DAP tidak cukup mengundi calon Melayu.

Mereka tidak menyokong DAP, tetapi pengundi Teluk Intan sepatutnya meraikan promosi 1Malaysia sebagai usaha mengendurkan perbezaan dan perselisihan kaum.

Pengundi DAP Teluk Intan boleh mengundi calon India dan Cina, tetapi teragak-agak untuk mengundi Dyana.

Undi BN bertambah sedikit sahaja, jika tujuh ribu DAP tidak ambil lewa, Gerakan tidak ada peluang lagi.

Jika Dyana acap ke Teluk Intan selepas ini, kemenangannya yang tertangguh dalam PRK itu akan jadi miliknya dalam PRU akan datang.

Ada yang berkata hudud memberi kesan. Pengundi DAP tahu payah diketengahkan tanpa  sokongan DAP.

Dyana akan sama dengan Anwar Ibrahim tidak menyokong usul persedirian PAS nanti.

Justeru hudud payah direalisasikan, tiada sebab penyokong DAP tidak mengundi Dyana, kerana kemenangan Dyana dan DAP di Teluk Intan penting bagi DAP.

Sebagai orang yang percaya kepada agama dan beriman kepada Allah, kita yakin ada balasan Allah kepada yang menentang hudud.

Kedua-dua calon menolak hudud. Jika Dyana tidak menyokong politik hudud, tidak sangat kerana DAPnya, tetapi parti emaknya pun tidak begitu positif dengan hudud.

Dyana dan DAP menolak hudud, Allah tangguh kemenangan. Gerakan menolak hudud, Allah beri kemenangan tipis kepadanya.

Ketika hudud tidak jadi isu Gerakan/BN kalah besar. Ketika hudud ditentangnya, ia menang pula.

Hanya Allah yang tahu apa yang dikehendakiNya. Tetapi bukan mustahil Allah perkenan kemenangan Gerakan sekalipun ia juga tidak terima hudud, ada sedikit adabnya dalam isu itu.

Gerakan minta pertemuan dengan pemimpin  PAS bagi bersemuka. Ia hendak menjelaskan mengapa ia menolak  dan ia hendak mendengar apa penjelasan PAS bertegas sangat dengan hukum itu?

Sekalipun ia keras, ada juga lembutnya. Mungkin hati Gerakan yang keras itu bertambah lagi lembutnya sekiranya PAS menerima cadangan pertemuan dengannya.

Penolak hudud yang lain tegas, bahkan tidak bercadang dan tidak berminat untuk bertemu dengan pihak yang memperjuangkannya.

Ketika Rom dikalahkan oleh Parsi, Rasulullah SAW dukacita dengan kekalahan Rom sedangkan kedua-duanya kafir.

Baginda masyghul, justeru Rom penganut agama langit yang dekat dengan Islam manakala Parsi adalah penyembah berhala, agamanya adalah ciptaan manusia.

Justeru Gerakan menentang hudud tetapi mahu berjumpa, ia ada diplomasi sikit. Maka Allah beri ia kemenangan yang sikit.

Sedangkan DAP sikapnya bertegas sekalipun hari-hari berjumpa PAS, makan dan tidur bersama, tidak terbuka hatinya untuk bertanya dan mencadangkan bagaimana ia patut tangani keadaan itu, dan tetap menentang.

PAS bertungkus lumus membantu Dyana dan DAP menang, tetapi Allah tutup pintu hati 7,000 pengundinya tidak turun mengundi.

Allah buka peluang berfikir kepada semua. Tidak bolehkah semua berfikir atas ketentuan Allah mengenai keputusan PRK Teluk Intan itu?
Dicatat oleh 
Gambar: Kepada seluruh jentera dan petugas IT yang banyak membantu dalam PRK P0.76 Teluk Intan. Semoga pengorbanan anda diberkati Allah dan mendapat manfaat daripadanya demi kelangsungan perjuangan
Read More

Sunday, 1 June 2014

Kekalahan Dyana - Anak muda agak kecewa....'obor' politik baharu!

Isnin, 2 Jun 2014


Anak muda agak kecewa dengan kekalahan Dyana

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia terutama golongan muda agak kecewa dengan kekalahan Dyana Sofea pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam, tulis Abu Hassan Adam.

Menurutnya, mereka telah menaruh sepenuh harapan agar Dyana akan membawa’obor’ perjuangan politik baru ke arena politik Malaysia bersama-sama dengan pemimpin muda lain.

“Mereka telah menaruh sepenuh harapan yang beliau akan termampu untuk menukar lanskap politik Malaysia ke suatu era yang sesuai dengan perkembangan politik abad ke-21,” tulis beliau di dalam blognya.

Sebenarnya, bagi beliau Dyana hanya kalah di PRK Teluk Intan tetapi telah memenangi hati ramai rakyat Malaysia yang tidak mengira bangsa dan kaum.

“Anak muda pastinya menaruh harapan menggunung kepada Dyana Sofea. Teruskan perjuangan murni itu,” tulisnya lagi.

Calon BN, Datuk Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan mendapat 20,157 undi sementara calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud, memperoleh 19,919 undi dengan 550 undi rosak.

PRK Teluk Intan daiadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi dan calon Bebas, Moralingam Kannan 279 undi. - HARAKAHDAILY 1/6/2014

Read More

Saturday, 31 May 2014

Kemenangan tipis BN ini cukup memalukan... JUMLAH UNDI DAN PENGUNDI YANG PELIK DI TELUK INTAN!

Ahad, 1 Jun 2014
BLM.

Punca Kekalahan Dyana Sofya Di PRK Teluk Intan Tersebar


Walaupun Dyana Sofya Mohd Daud kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, namun calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat itu tetap menang dari segi moral.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kekalahan dengan majoriti yang kecil itu membuktikan kekalahan moral kepada calon Barisan Nasional (BN).

BN memenangi PRK Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi, apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong mendapat 20,157 undi manakala Dyana mendapat 19,919 undi.

"Tahniah kepada Dyana kerana saingan yang beliau berikan kepada BN."Walaupun kalah tetapi beliau tetap menang dari segi moral dan kemenangan tipis BN ini cukup memalukan apatah lagi yang bertanding merupakan Presiden Gerakan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Katanya lagi, sejak awal lagi Dyana diserang dari pelbagai sudut termasuk daripada agensi kerajaan sendiri, namum beliau mampu menghadapinya."Dyana bukan sahaja menghadapi serangan dari jentera BN tetapi dari agensi kerajaan.

"Ketabahan yang beliau tunjukkan ini merupakan satu permulaan baik untuknya bagi meneruskan perjalanan politik pada masa akan datang," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai peratusan keluar mengundi yang merosot iaitu hanya 66.5 peratus sahaja, beliau berkata jangan selesa dengan keputusan PRU13 lalu".

Ini suatu peringatan kepada pengundi walaupun di mana sahaja, kita jangan berasa selesa bila melihat majoriti yang tinggi diperolehi pada pilihan raya umum  yang lepas.

"Setiap pengundi perlu keluar dan balik bila adanya PRK, kemenangan dahulu tidak boleh menjamin kemenangan akan datang, saya harap ini dapat memberi pengajaran," sambung beliau. ~hrkh
Read More

Keputusan 'Pelik' PRK Tk Intan: Peguam DAP kemungkinan mencabarnya di mahkamah...

Ahad, 1 Jun 2014
TELUK INTAN Penurunan undi Cina kepada DAP mungkin kerana calonnya Dyana Sofya Mohd Daud adalah seorang Melayu , kata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Namun, beliau berpendapat akan tiba masanya apabila mereka boleh menerima idea tersebut.

Beliau percaya berlaku penurunan 10 peratus sokongan kepada parti itu dalam pilihan raya kecil hari ini..

Bercakap selepas keputusan diumumkan , Lim berkata DAP juga menyaksikan penurunan sokongan daripada semua kaum dalam pilihan raya kecil Teluk Intan.

Beliau menambah ini mungkin disebabkan Dyana "seorang yang
muda",  "seorang wanita " dan "seorang Melayu"....lagi



Kadang-kadang, katanya, pengundi  tiada biasa dengan keadaan sebegitu.

Malah, tambahnya, orang Melayu pun tiada biasa dengan calon-calon wanita yang muda.

Faktor-faktor lain kekalahan parti itu, kata Lim, mungkin kerana jumlah rendah pengundi luar kawasan yang balik mengundi, berbanding pada tahun 2013 serta dakwaan ancaman samseng dan hakikat bahawa Dyana adalah pendatang baru dalam politik.

Dalam pertandingan yang sengit, Dyana , 27, tewas kepada calon BN Datuk Mah Siew Keong , 53, dengan majoriti tipis 238 undi.
  
Mah memperolehi 20,157 undi manakala Dyana Sofya meraih 19,919 undi.

Ditanya sama ada perbalahan dalaman parti menyumbang kepada kekalahan tipis itu, Lim menyalahkan media kerana mewujudkan tanggapan seumpama itu.

Beliau mendakwa semua peringkat dalam parti itu berkempen sebagai satu pasukan.

Ditanya jika DAP akan mencabar keputusan itu, beliau berkata peguam parti itu akan meneliti kemungkinan mencabarnya di mahkamah.

"Kami menarima bahawa keputusan memihak kepada BN.

"Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh mencabarnya, kita memerlukan masa untuk menilai perkara itu," katanya.
Read More

Friday, 30 May 2014

Hari Kemangkatan Sultan: BN buat ceramah dituduhnya DAP yang buat...

Sabtu, 31 Mei 2014

Muhyiddin Yassin tipu kaki putarbelit, BN buat ceramah dituduhnya DAP yang buat

DAP menggesa BN agar berhenti menipu dengan mendakwa DAP tidak hormat kepada kemangkatan bekas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan meneruskan ceramahnya di Jalan Mahkota, semalam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berhenti mengaitkan Raja-Raja Melayu dalam kempen mereka kerana BN turut mengadakan ceramahnya di Dataran Menara Condong semalam.

"Ini sungguh tak bertanggungjawab dan tak bermoral cuba mainkan api perkauman.

"BN juga adakan ceramah. Bukankah mereka juga terdesak, kalau mereka tak buat ceramah Ok-lah tapi mereka juga cuba buat ceramah.

"Kalau sendiri buat, pembangkang tak boleh buat?" kata Guan Eng dalam sidang media petang ini.

Menurut Lim, kenyataan Muhyiddin pagi ini amat "berbahaya" kerana cuba membangkitkan sentimen seperti itu.

Walhal, DAP sendiri tidak membangkitkan mengenai kempen anjuran BN pada malam kemangkatan Sultan Azlan Shah, Rabu lalu.

Menurutnya, rakaman DAP menunjukkan BN meneruskan ceramah mereka pada satu majlis makan malam anjuran GERAKAN di sebuah restoran.

"Bagi kita, kita hanya atur kempen selepas majlis pengebumian.

"Hari Rabu kita buat makan sahaja (kerana) makan malam amal itu orang dah beli tiket.

"Kita buat makan sahaja tak ada ceramah.

"Kita tak pernah mainkan serangan begini, ia amat berbahaya dan satu kenyataan yang tidak patut datang dari mulut seorang timbalan perdana menteri," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media di pusat operasi DAP di Bandar Baru Teluk Intan.
Read More

Tuesday, 27 May 2014

Dyana Sofya jawab tuduhan menipu...‘Lady D’ Jadi Buruan Di Teluk Intan

Selasa, 27 Mei 2014
Posted 2014/05/27 by Ana Ghoib in Berita Terkini

Dyana jawab tuduhan menipu sebagai peguam

dyana sofya gambar lama

TELUK INTAN – Calon Pakatan Rakyat dari DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini mendakwa bahawa beliau merupakan seorang peguam yang sah.
Pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini hari ini, beliau turut membawa bukti surat akuan daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Istana Kehakiman Putrajaya.
“Ini bukti yang mengesahkan saya sebagai peguam.
“Dengan bukti ini saya harap ia dapat menyelesaikan apa jua persoalan yang timbul dalam kedudukan saya sebagai seorang peguam,” jelasnya.
Penjelasan itu sebagi manjawab dakwaan pihak tertentu kononnya beliau menipu mengenai kelayakan beliau dalam profesion tersebut.
Dalam akuan itu, Dyana diperakui sebagi seorang Peguambela dan Peguamcara, bermula pada 19 Januari 2012 dibawah Akta Profesion Undang-Undang 1976. – HARAKAHDAILY

dyana sofya daud
Dyana Sofya menjadi tumpuan orang ramai mengambil peluang bergambar dengan calon DAP Teluk Intan, pada Sabtu. Gambar dan laporan ihsan mStar
TELUK INTAN: Hujung minggu kali ini berbeza sekali, selain menziarahi keluarga, ada di kalangan anak kelahiran bandar Teluk Intan di sini yang pulang dari luar untuk merasai suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK).
Tinjauan mStar Online mendapati banyak kereta dengan nombor pendaftaran luar Perak memenuhi sekitar bandar ini terutama pada hujung minggu.
Read More

Sunday, 25 May 2014

Dyana Sofya bukanlah cantik sangat, kata Zahid..."Isteri Tuan Goh lebih cantik!" Gitu pulak!

Ahad, 25 mei 2014




Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap di Ibu Pejabat Polis Taktikal (Martek) hari ini. – GambarThe Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Mei, 2014.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap di Ibu Pejabat Polis Taktikal (Martek) hari ini. – GambarThe Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Mei, 2014.


Tidak ada gunanya mengundi calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hanya kerana rupa parasnya kerana beliau sebenarnya tidaklah secantik seperti yang dipaparkan dalam gambar dan televisyen, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden Umno itu memberitahu kira-kira 200 anggota polis di Teluk Intan hari ini bahawa beliau sendiri pernah bertemu dengan Dyana‎ sekali dan tidak kagum dengan penampilannya.
"Undi awal, dan undi calon terbaik di kalangan semua calon yang baik. Jika anda mahu memilih seseorang yang cantik, tetapi tidak boleh berkhidmat kepada anda, apa gunanya?" tanya Zahid dalam majlis bersama anggota polis tersebut di sini.
"Beliau tidak tinggal di sini. Saya melihatnya, berhadapan dengannya dan ‎berjabat tangan, beliau tidaklah cantik sangat! Dalam gambar, beliau memang cantik, dalam televisyen, cantik sedikit sahaja," katanya yang mencetuskan ketawa daripada hadirin yang kebanyakannya adalah lelaki.
Katanya kepada hadirin malah "isteri Tuan Goh" lebih cantik daripada Dyana, yang dipercayai merujuk kepada Ketua Polis Hilir Perak Penolong Komisioner Goh Kak Liang.
"Isteri Tuan Goh lebih cantik! Semasa dia muda. Tetapi dia masih cantik. Adakah dia ada di sini?" kata Zahid berjenaka.
"Tetapi saya tidak berkempen. Hanya memilih sesiapa sahaja, asalkan orang itu sama seperti saya , " katanya.
Sementara itu, pada sidang akhbar kemudian, Zahid menafikan dakwaan DAP kurang daripada 10,000 polis ditugaskan memerangi jenayah, dan sebahagian besar pasukan polis ditugaskan melindungi ahli politik. – 25 Mei, 2014.
Read More

Friday, 23 May 2014

PRK Tk Intan:.Dyana 'bela' rakyat, Najib 'bela' Panda...Zambry Kadir pulak kena kepung...

Jumaat, 23 Mei 2014
"....biar saya yang membela rakyat kerana mereka lebih berminat membela panda." kata  Dyana.


Foto menarik sewaktu penamaan calon Prk Teluk Intan. Zambry Kadir kena kepung dengan pimpinan PAS Perak.


Malaysia Darul apa ? ?

Tolong baca berita kat atas sampai habis. Siyes aku rasa UTUSAN cuba bertindak memperbodohkan rakyat Malaysia ataupun lebih tepat pembaca2 dia.

Fikirkan.

1. Pernah tak UTUSAN melaporkan secara besar-besaran mengenai kadar sewa yang Malaysia terpaksa bayar untuk pinjam sepasang panda dari CHINA?

2. Pernah masuk front page ke isu bayaran kepada panda?

3. Pernah tak UTUSAN melaporkan angka2 yang terlibat secara tepat?

Jawapannya tak pernah.

Dan fikir lagi.

4. Setiap kali update isu panda mesti citer bab ;

- Tujuan kajian dan perkongsian maklumat 

- Diplomasi

- Membayangkan panda2 itu dipinjamkan dipinjamkan dipinjamkan..

Padahal istilah yang lebih tepat ialah MALAYSIA SEWA SEPASANG PANDA tersebut.

Alasan menteri. Untuk buat kajian apa bagai.

Dan, apa yang aku fikirkan sekarang ialah ;

5. Kerajaan jadi bingung apabila rata2 rakyat dok bercerita dan troll pasal panda.

6. Kerajaan juga jadi bingung apabila kesusahan rakyat dibanding2kan dengan perbelanjaan kerajaan ke atas panda.

7. Kerajaan juga jadi bingung kerana trend penolakan terhadap tindakan Najib ini bukan sahaja datang dari geng2 pembangkang bahkan dari geng2 Barisan Nasional juga.

8. Kerajaan juga jadi bingung bila melihatkan rakyat tak henti2 ambil tahu kos keseluruhan yang melibatkan kemasukkan panda diteliti dan disebarkan oleh rakyat sejak panda2 tiba di Malaysia pada hari pertama lagi.

Oleh kerana sekarang neh MUSIM PRK. Di ulangi. PRK. Kat dua tempat pula tue. Maka ia bertambah2 membingungkan kerajaan jika isu2 berkaitan panda mungkin dijadikan modal kempen pembangkang untuk menolak kerajaan. Sungguhpun BN tidak bertanding di Bukit Gelugor, mereka tetap bertanding di Teluk Intan.

Tapi siyes la aku nak tahu. Kerajaan nak bagi China pinjam TAPIR secara percuma ataupun dikenakan sewa juga?

Kalau dikenakan sewa berapa juta pula?

Ke nak bagi terus sebab malas nak jaga?

KAH KAH KAH

Lue fikirlah sendiri.

Kbai. 


Read More

Thursday, 22 May 2014

[Video] 31 Mei Tk Intan Bersatu Hati: Dyana Sofya - Berjaya tambat hati Melayu...peluang cerah!

Jumaat, 23 Mei 2014


Berjaya tambat hati Melayu, peluang cerah Dyana menang

Keputusan DAP mencalonkan setiausaha politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud yang juga merupakan graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan dilihat sebagai langkah strategik bagi meraih undi orang Melayu di Parlimen berkenaan.

Ia sekali gus diharap dapat mengembalikan kepercayaan orang Melayu dan mengubah persepsi negatif mereka terhadap parti berkenaan.

Persoalannya, mampukah strategi ini berjaya pada PRK Teluk Intan nanti?


Jika statistik Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijadikan ukuran, maka DAP khususnya Dyana perlu bekerja keras bagi menambat hati orang Melayu yang merupakan majoriti kaum kedua terbesar di Teluk Intan.

Parlimen Teluk Intan mempunyai seramai 60,439 orang pengundi berdaftar dengan 42% orang Cina, 38% orang Melayu dan 19% orang India.

Menariknya, pada PRU13 lalu, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang juga merupakan calon BN pada PRK kali ini memperoleh 74% undi Melayu, 15% undi Cina dan 50% undi India meskipun BN kalah kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan majorit 7,313 undi.

74% undi Melayu kepada BN menggambarkan betapa orang Melayu secara terbuka menolak kepimpinan DAP di Parlimen Teluk Intan pada PRU13. Tambahan pula, jika diteliti secara dekat, kebanyakan undi untuk BN datang dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong yang penduduknya 64% orang Melayu dengan majoriti 1,118 undi sementara kebanyakan undi untuk DAP datang dari DUN Pasir Bedamar yang penduduknya 69% orang Cina dengan majoriti besar 13, 037 undi.

Parlimen Teluk Intan mempunyai dua DUN di bawahnya iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Mampukah Dyana mengubah pendirian 74% undi orang Melayu yang menyokong Mah daripada parti Gerakan pada PRU13 yang lalu dan meyakinkan mereka untuk mengundi beliau selaku calon Melayu daripada parti DAP pada PRK kali ini?

Dilema orang Melayu Ini merupakan situasi yang jarang berlaku dalam pilihan raya di Malaysia apabila calon Melayu parti majoriti Cina seperti DAP akan bersaing dengan calon bukan Melayu parti komponen BN dan semestinya situasi ini menyebabkan orang Melayu berada dalam keadaan dilema terutamanya bagi golongan pengundi atas pagar.

Untuk rekod hanya dua ahli Parlimen DAP yang berbangsa Melayu iaitu di Bukit Bendera, Zairil Khir  Johari dan di Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Mereka menang pada PRU13 yang lalu dengan menewaskan calon bukan Melayu.

Situasi di Teluk Intan kali ini persis seperti di Bukit Bendera di mana calon Melayu DAP menentang calon bukan Melayu Gerakan dan majoriti penduduknya adalah kaum Cina. Mampukah skrip Bukit Bendera berulang kembali di Teluk Intan? Sama-sama kita nantikan 31 Mei ini.

Apa yang penting ialah Dyana perlu berusaha menambat hati orang Melayu di Teluk Intan dan mengembalikan kepercayaan mereka kepada beliau. Jika perkara ini berjaya dilakukan, maka peluang cerah untuk Dyana Sofya menang pada PRK ini dan seterusnya membolehkan beliau menjadi ahli Parlimen termuda dan ahli DAP wanita berbangsa Melayu pertama dalam sejarah Malaysia. – 23 Mei, 2014

* Penulis ialah pembaca The Malaysian Insider.

BLM
Read More

Wednesday, 21 May 2014

Tok Det kena "Tamparan Wanita"...Politik Moden: Zaman Umno Tok Det dah berlalu...

Rabu, 21 Mei 2014

Dyana Sofya pemenang perang poster di Teluk Intan

OLEH EILEEN NG
Salah satu poster kempen Dyana Sofya, calon DAP bagi PRK Teluk Intan yang tersebar luas di laman sosial.
Salah satu poster kempen Dyana Sofya, calon DAP bagi PRK Teluk Intan yang tersebar luas di laman sosial.

#Dyana4TelukIntan : Pimpinan PAS telah buat kenyataan..

Sekiranya kempen poster menjadi kayu pengukur populariti, calon DAP bagi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sudah pasti menjadi pemenang dalam pilihan raya itu.

Poster “pop art" peguam berusia 27 tahun itu memenuhi laman sosial Facebook dan akaun Twitter.
Satu poster berwarna merah dengan hashtag #DyanaforTelukIntan memaparkan imejnya dengan petikan:"Saya mendokong amalan politik baru yang meruntuhkan benteng perkauman, menghargai persamaan dan meraikan perbezaan".

Poster kempen berwarna kuning pula tertera:“Dyana For Teluk Intan” memaparkan gambarnya berlatarbelakangkan harimau dengan tagline – "You Will Hear Me Roar!" – memetik lagu hit penyanyi Inggeris Katy Pery bertajuk ‘Roar’ sebagai kempennya.

Poster lain berwarna kelabu turut disebar luas oleh kakitangan parti di laman Facebook The Rocket.
Pembantu politik kepada veteran DAP, Lim Kit Siang itu sangat popular sehinggakan wujudnya laman Facebook Kelab Penyokong Dyana Sofya sejak minggu lalu yang sudah pun memperolehi kira-kira 5,500 ‘Like’.
Poster kempen DAP berwarna merah untuk Dyana Sofya Mohd Daud sempena PRK Teluk Intan.
Dyana Sofya bakal berdepan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dalam PRK pada 31 Mei ini, selepas penyandangnya, Seah Leong Peng daripada DAP meninggal dunia akibat kanser awal bulan lalu.

Mah, merupakan presiden Gerakan memenangi kerusi itu dua kali pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan 2004 namun tewas kepada M Manogaran dan Seah dari DAP pada PRU 2008 dan 2013 dengan masing-masing 1,470 dan 7,313 undi.

Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi, meliputi  59,927 pengundi biasa dan 410 pengundi awal.

Kawasan Parlimen itu mempunyai 23,301 pengundi Malayu (38.6 %), 25,310 pengundi Cina (41.9 %) dan 11,468 pengundi India (19%).
Undi awal bermula 27 Mei ini.

DAP memenangi kerusi itu yang dikenali sebagai Teluk Anson pada 1969 apabila Chan Fu King menewaskan Menteri Kesihatan MCA ketika itu Dr Ng Kam Poh.

Sejak persempadanan semula kerusi Parlimen pada 1974, 1984, dan 1993, kerusi ini dimenangi calon Gerakan bermula 1974 sehingga pilihan raya pada 1995.


#Dyana4TelukIntan : Tok Det kena "Tamparan Wanita"....hehehehe. Cukup-cukup la tu Tok Det, pegi buat kerja Pengerusi Proton jangan menyibuk hal politik moden, zaman Tok Det dah berlalu
Read More

Monday, 19 May 2014

[Video] PRK TK Intan: Erk! Penyokong BN Bertindak Menyerang Anggota Polis...Ganas!!!

Isnin, 19 Mei 2014


Penyokong BN Serang Polis Di Penamaan Calon Teluk Intan





Teluk Intan - Satu kekecohan telah berlaku di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah diarahkan tidak keluar dari kawasan yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.Kejadian berlaku apabila berlaku sedikit perselisihan faham selepas selesai perarakan bersama calon BN Parlimen Teluk Intan menyebabkan berlakunya pertelingkahan sehingga tidak terkawal.

Pihak polis dikatakan cuba bertindak menolak lantas mengasari Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman sehingga menyebabkan para penyokong BN memarahi para petugas polis berkenaan.

Insiden dilihat semakin di luar kawalan apabila penyokong BN menyerang pihak polis sehingga berlaku pergaduhan di antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, pergaduhan berjaya dileraikan sejurus pihak polis menerangkan situasi sebenar yang berlaku. -rakyatnews

ULASAN GB

Jikalah yang menyerang pihak plis itu terdiri dari kalangan anggota Pakatan Rakyat sudah pasti ianya menjadi bahan berita panas 7 hari 7 malam oleh media massa perdana di negara ini.

Insiden di atas bukankah membuktikan UMNO itu samseng? Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan sekalipun pihak polis kerap kali tidak mengambil tindakan ke atas mereka, sebaliknya menekan dan mencaeri kesalahan pihak PR. 
karangan ~PakKaramu~
Jika yang menyerang pihak polis terdiri dari kalangan anggota Pakatan Rakyat sudah pasti ianya menjadi bahan berita panas 7 hari 7 malam oleh media masa UMNO BN di negara ini.

Insiden di atas bukankah membuktikan UMNO BN itu samseng ?, Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan sekalipun pihak polis kerap kali tidak mengambil tindakan ke atas mereka, sebaliknya menekan dan mencari kesalahan pihak Pakatan Rakyat. 

Memalukan sungguh macam-macam perkataan keluar, Inilah budaya UMNO BN samseng tak kena gaya, jangan harap malam ni akan masuk TV3. 

Macai-macai UMNO BN, Tidak akan didakwa !, Ini kalau puak-puak Pakatan Rakyat yang buat macam ni mesti lidah biawak UMNO TV3 dan Utusan spin sampai lumat, Polis pula akan siar muka-muka yang cuba bertindak menyerang anggota polis.

- IdaMan 



 Penyokong BN mengganas semasa Penamaan Calon Teluk Intan tersebar!! Saksikan!


Jadi benarlah bagai dikata.. Pilihanraya Kecil baik di kawasan mana sekalipun diadakan jika UMNO/BN tidak meletakkan calonnya untuk bertanding pasti aman pilihanraya itu..

Contoh yang terbaru ialah semasa penamaan calon bagi Bukit Gelugor baru-baru ini, UMNO/BN tidak meletakkan calon mereka, jadi suasana penamaan calon itu aman saja..

Berbeza dengan apa yang berlaku di penamaan calon Teluk Intan ini.. Polis pun depa nak lawan.. samseng sungguh!

TELUK INTAN 19 Mei - Satu kekecohan telah berlaku di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah diarahkan tidak keluar dari kawasan yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.  
Kejadian berlaku apabila berlaku sedikit perselisihan faham selepas selesai perarakan bersama calon BN Parlimen Teluk Intan menyebabkan berlakunya pertelingkahan sehingga tidak terkawal.  
Pihak polis dikatakan cuba bertindak menolak lantas mengasari Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman sehingga menyebabkan para penyokong BN memarahi para petugas polis berkenaan.

Insiden dilihat semakin di luar kawalan apabila penyokong BN menyerang pihak polis sehingga berlaku pergaduhan di antara kedua-dua pihak.  
Bagaimanapun, pergaduhan berjaya dileraikan sejurus pihak polis menerangkan situasi sebenar yang berlaku lapor RakyatNews 


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena