Showing posts with label Jho Low. Show all posts
Showing posts with label Jho Low. Show all posts

Tuesday, 12 December 2017

[Video THE 1st SABAHAN'S SIKH IN WARISAN "Sabah Ubah! Undi Warisan!"] TN50 TANPA JHO LOW & Rakyat Sabah tidak lagi percaya janji manis Najib Razak.

Rabu, 13 Disember 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Rabu ini!

FORUM ANAK MUDA;
TN50 TANPA JHO LOW

Tarikh : 13 Disember 2017 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Tempat : MyTalent Training, Bangi Gateway

Bersama barisan panelis pimpinan muda Pakatan Harapan.

Semua dijemput hadir!

Anjuran :
Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL)
Pemuda Amanah Serdang
Image result for Gambar Tong Biru 1malaysia
Apa boleh buat orang Sarawak & Sabah pun terus bersyukurrrr pada KERAjaan BN.. sbb kerajaan DAP tak pernah bagi TONG BIRU camni kat rakyat.

Rakyat Sabah tidak percaya janji manis Najib Razak

Kerajaan perlu mengusulkan beberapa pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan pada sidang Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi memenuhi segala janjinya terhadap Sabah dan Sarawak kata Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin.
“Kami tak percaya janji manis semata-mata. Beliau (Najib) tidak boleh anggap hanya dengan janji sebegitu orang Sabah akan puas hati.
“DAP Sabah mendesak kerajaan mengembalikan hak-hak Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebelum PRU14 yang dijangka sekitar April atau Mei 2018,” katanya dalam kenyataan.
Beliau merujuk ucapan penutup Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017 minggu lalu yang berjanji akan mengembalikan hak Sabah dan Sarawak sekiranya ‘terambil’.
Menurut Adun Sri Tanjung itu, cadangan pindaan tersebut bukanlah perkara baru dan telah diusulkan dua kali oleh Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong pada tahun 2016 namun ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin.
Usul pindaan yang dibawakan Wong sebelum ini bertujuan bagi pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1976 yang telah memberi kesan terhadap status dua wilayah Borneo ini.
Akibatnya Sabah dan Sarawak diturun taraf menjadi satu daripada 13 buah negeri dalam Malaysia.
Jelasnya, perubahan dalam perkataan dari tiga kategori negeri-negeri di Malaysia (Negeri-negeri Malaya, Negeri-negeri Borneo dan Singapura) kepada satu kenyataan merangkumi semua menggambarkan tidak wujud perbezaan dengan negeri-negeri terbabit.
DAP Sabah juga katanya mahu supaya definisi “Hari Malaysia” dimasukkan dalam Artikel 160(2).
“Amat memalukan sehingga sekarang, lebih lima dekad selepas pembentukan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan masih tidak memiliki definisi Hari Malaysia,” ujar beliau.
Ini termasuk pindaan terhadap terma “Persekutuan” dengan memadamkan ‘definisi Persekutuan’ yang dilihat meminggirkan Sabah dan Sarawak apabila menyatakan satu-satunya Persekutuan yang diiktiraf Perlembagaan Malausia hanyalah Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Justeru, perkara tersebut katanya haruslah dipinda dan diperbetulkan dengan segera bagi menutup segala keraguan dan isu yang timbul.
“Kami percaya pindaan-pindaan ini tidak memerlukan kerja yang terlalu rumit demi mengembalikan semangat MA63.
“Jika Najib tidak tahu melakukannya, kami DAP Sabah sedia membantu,” katanya lagi. – Roketkini.com
Read More

Tuesday, 24 October 2017

[Video Apakah Polis Berusaha Menjejaki Jho Low & Kapal Jho Low di Aceh: Zahid Belum ada maklumat?] Selamat Malam Rohingya...Jangan menangis sahabat...

Selasa, 24 Oktober 2017


Foto Otai BERSIH.

Selamat Malam Malaysia ðŸŽµðŸŽµðŸŽµðŸŽ¶ðŸŽ¶ðŸŽ¶
Meski Lena BersamaMu di Tv tiga🎶🎶🎵🎵
Jangan menangis sahabat, ðŸŽ¶ðŸŽµðŸŽ¶ðŸŽµ
Malaysia di ambang PRU🎵🎶🎵🎶
Lalalalalalalala

Read More

Monday, 22 August 2016

Kapal layar 'super mewah' dikaitkan Jho Low belayar ke Hong Kong

Isnin, 22 Ogos 2016


Kapal layar mewah dikaitkan Jho Low belayar ke Hong Kong

Kapal layar super mewah dikaitkan dengan ahli perniagaan Malaysia Jho Low telah belayar ke perairan Hong Kong, menurut akhbar South China Morning Post.
Akhbar itu berkata, walaupun terdapat spekulasi bahawa kapal layar itu, yang merupakan antara yang terbesar di dunia akan dijual, tujuan perjalanan ke Hong Kong adalah tidak jelas.
"Dan tidak ada yang berkaitan dengannya bersedia untuk bercakap," katanya.
SCMP telah menghubungi Northrop & Johnson, broker berpangkalan di Hong Kong bagi kapal layar berkenaan, tetapi firma itu enggan mengulas.
Salah satu broker jualannya memberitahu syarikat itu mempunyai perjanjian kerahsiaan dengan pelanggan.
"Pelanggan tidak mahu sebarang publisiti," kata broker itu.
Menurut SCMP, kapal layar itu sering dipetik kepunyaan Jho Low tetapi peguamnya menafikan perkara itu.
"Walaupun begitu, kapal layar itu kelihatan miliknya dan beliau telah menganjurkan parti mewah di atas kapal dengan bintang Hollywood seperti Leonardo DiCaprio," lapornya.
Malaysiakini.
Read More

Friday, 24 June 2016

Kafir Harbi, JHO LOW & Mufti Pahang yang 'ketinggalan dalam fatwa terkini'.

Sabtu, 25 Jun 2016
BEBAN 1MDB & JHO LOW, PENGUNDI PRU 14 PASTI PEDULI
PROVEN! ROSMAH THE POWER BEHIND NAJIB'S THRONE: PM'S WIFE TELLS HIS GOVT TO ACT AGAINST 'SEDITIOUS SPEECH'
NAJIB MAKES 'EMERGENCY' MOVES: 'DISLOYAL' ZAHID TO BE PUNISHED FOR SECRET TALKS WITH DR M, COUSIN HISHAM TO TAKE OVER MoF & THEN DPM?
Meskipun pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah dimenangi BN yang menurut penyokong, pengampu dan penerima dedak daripada Najib Razak sebagai membuktikan pembohongan dan fitnah 1MDB tidak diterima pengundi, isu berkaitan syarikat pelaburan itu sebenarnya belum lagi berakhir.
Selari dengan maklumat yang diperolehi Bank Negara, agensi berita antarabangsa, Reuters yang melihat dokomen berkaitan telah menerbitkan pengakuan seorang pegawai yang berpengetahuan dalam penyiasatan kawal selia mengesahkan bahawa Good Star Ltd yang telah menerima wang sebanyak RM1.03 bilion daripada 1MDB adalah milik Jho Low.
Syarikat itu adalah milik eksklusif Jho Low, ditubuhkan pada 18 Mei 2009 iaitu empat bulan sebelum ia menerima pembayaran awal daripada 1MDB dan dibubarkan pada 2 Mei 2014.
Kenapa setelah dapat wang, syarikat itu ditutup? Ke mana wang telah dipindahkan?
Dengan pengesahan ini bermakna ia bercanggah seratus-peratus dengan pendirian kerajaan selama ini bahawa Good Star Ltd adalah milik rakan kongsi PetroSaudi, begitu juga dengan kenyataan Pengerusi PAC, Hasan Arifin yang mendakwa kaitan Jho Low dengan Good Star itu adalah tidak tepat.
Kini bukan saja sudah disahkan Good Star adalah milik Jho Low, bahkan kita tentunya harus bertanya mengapa dan sebab apa bayaran selumayan itu perlu dibayar kepada playboy yang gemar berhibur dengan artis Hollywood itu?
Bersama pengesahan mengenai Jho Low itu, sekurang-kurangnya tujuh negara juga masih lagi menjalankan siasatan terhadap 1MDB berkaitan penipuan dan penggubahan wang haram.
Dalam tempoh setahun dua akan datang, pasti banyak lagi berita-berita sensasi mengenai 1MDB yang dihidangkan kepada kita. Di akhir cerita, pasti nama Najib yang menubuhkan 1MDB sukar dielakkan daripada terpalit sama.
Mungkin pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak berapa peduli mengenai 1MDB, Jho Low, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadi Najib, pembelian hartanah oleh anak tiri Perdana Menteri di luar negara dan macam-macam lagi kaitannya dengan syarikat yang berhutang lebih RM50,000 juta itu, tetapi tentunya ramai pengundi PRU 14 nanti yang celik mata mengenainya.
Ini kerana, berbanding pilihanraya kecil yang hanya untuk memilih wakil rakyat atau Ahli Parlimen, pilihanraya umum adalah memilih kerajaan dan menentukan masa depan.

Dr. Mujahid - Kafir Harbi dan Mufti Pahang

1. Mufti Pahang dinasihatkan bercermat dalam mengkategorikan orang bukan Islam dalam negara ini sebagai Kafir Harbi atas dasar mereka menentang Islam. Kenyataan umum demikian amat merbahaya dalam konteks pembinaan negara bangsa yang terdiri dari berbagai agama di Malaysia, apatah lagi diisyaratkan kepada parti politik tertentu.
2. Apakah yang didefinisikan sebagai alasan 'menentang Islam' sebelum Kafir Harbi dikategorikan? Apakah Sohibus Samahah Mufti Pahang mengandaikan memberi pandangan dalam konteks demokrasi dalam soal perundangan negara dan perlembagaan negara dalam hal pentadbiran Islam itu menentang Islam?
3. Mufti Pahang nampaknya keliru antara mengkritik isu pentadbiran Islam dengan menentang Islam, ia adalah dua perkara yang berbeza, malah kedudukan beliau sebagai mufti juga ditentukan oleh perundangan  negara yang boleh dikritik dan dipertikaikan dari segi pentadbiran. Apakah Mufti menganggap dirinya yang ditentukan oleh pentadbiran sebagai 'suci' tidak boleh dikritik?
4. Mufti Pahang juga ketinggalan dalam fatwa terkini yang diterimapakai oleh dunia Islam bahawa pengkategorian hubungan Muslim dan bukan-Muslim dalam konteks kenegaraan atau Muwathanah ditentukan oleh prinsip kewarganegaraan atau kerakyatan yang diikat dengan undang-undang negara dalam memberi hak dan  keadilan kepada semua warganya. Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan hak mendapat keadilan undang-undang untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, keturunan, bangsa dan tempat lahir.
5. Dr Yusof Qaradhawi dalam bukunya Al Jihad dan lain-lain ulamak berwibawa menjelaskan bahawa tiada sebab wujudnya Kafir Harbi dan Kafir Zimmi kerana hubungan antara negara dan dalam negara ditentukan oleh kedaulatan undang-undang negara masing-masing dan terikat di bawah piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Kafir Harbi dan Zimmi hanya wujud atas sebab dunia dibahagikan atas geo-politik masa itu antara Darul Harb dan Darul Islam. Tiada Darul Islam atau Darul Harb hari ini dalam konteks hubungan resmi antara negara mahupun dalam negara.
6. Implikasi Kafir Harbi ialah dihalalkan darah mereka dan semua harta dan barangannya dirampas dan mereka boleh dihalau keluar. Apakah Mufti sedar kenyataannya itu? Melainkan IS dan kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Taliban, seluruh dunia Islam menafikan pengkategorian Harbi atau Zimmi ke atas bukan Islam dalam negara masing-masing dan digantikan atas pendekatan prinsip kerakyatan. Apakah Mufti Pahang mempunyai pandangan yang sama dengan IS?
7. Saya menuntut Mufti Pahang  menarik balik kenyataan Kafir Harbi dalam konteks negara Malaysia yang menerima pakai pendekatan Fiqh Muwathonah (kefahaman kerakyatan) sebagai asas hubungan berbagai agama di negara ini. Kenyataan Sohibus Samahah menggalakkan kebencian antara kaum dan amat bahaya kepada integrasi nasional yang dipupuk selama ini. Lebih membimbangkan ialah kerangka pemikiran sempit Mufti boleh membawa kepada menularnya fahaman ekstrimisma di kalangan umat Islam sedangkan beliau adalah penjawat awam negeri.
8. Saya menasihati Mufti Pahang mengemaskini bacaannya tentang konsep kepelbagaian dalam Islam dan hubungan Muslim dan Non Muslim dalam konsep kerakyatan yang telah dibentangkan dalam seminar NUNJI 15 (Nadwah Ulamak Lil Nahdhah Jadidah) oleh Parti Amanah Negara. Malah saya berbesar hati mengundang beliau untuk membentang konsep Kafir Harbi dalam perspektif negara agar orang ramai lebih mudah melusuri pemikiran Sohibus Samahah dalam menjalankan tugasnya sebagai Mufti Negeri yang tertakluk kepada pentadbiran agama Islam negeri.
Sekian semoga Mufti Pahang menarik balik dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berbagai kaum di negara ini atas keterlanjuran kenyataannya tentang Kafir Harbi tanpa disiplin ilmu waqie (realiti) yang termaktub dalam kerangka negara bangsa Malaysia hari ini.
Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Parti Amanah Negara
Ahli Parlimen Malaysia
24 Julai 2016.
Read More

Tuesday, 19 April 2016

Mukhriz - Rakyat tak bodoh...Hutang 1MDB sbyk RM50,000,000,000 (50 bilion)! Kenapa susah sangat nak tangkap Jho Low ni?

Selasa, 19 April 2016
Page Liked · 3 hrs
Yer lh.... Btl tue....

Page Liked · 5 hrs


Inilah Negara Ku..]

Air mani 'sexfool' lagi bahaya lagi dititikberatkan oleh KERAjaan umno/bn berbanding hutang 1MDB sbyk RM50,000,000,000 (50 bilion)...
Tanah dan orang Melayu di bandar semakin hilang dikerjakan oleh umno.
Kita sedia maklum semakin hari semakin kurang tanah orang melayu di kawasan bandar kerana telah dijual oleh kerajaan umno sekarang..di kg ladang dan kg tanjung contohnya kerajaan bn telah menukar tanah syarat reserved melayu kepada freehold dan tanah ini didirikan bangunan oleh syarikat outsource yang diarahkan oleh kerajaan negeri..
Bangunan bangunan ini dijual kepada orang asing atau bukan melayu utk mendapat pendapatan yang lumayan tanpa memikirkan yang orang melayu semakin hari semakin terpinggir..siapa merosakkan quadran dominasi melayu dan menjualnya?
Jawabannya tidak lain tidak bukan ialah umno..
Setiap kali nak dekat pru melayu didengar dengan slogan HIDUP MELAYU..
Manakala selepas pru melayu ditipu lagi..Mampuslah wahai melayu bodoh..
Perkataan ini selalu berbunyinya selepas pru..melayu ditipu oleh umno dulu kini selamanya..melayu tak pernah serik bila setiapkali ditipu oleh umno..
Melayu kena sedar lambat laun habis tanah melayu, kg melayu hilang begitu saja dan dijual kepada syarikat asal..
Betapa bodohnya masyarakat melayu yang mendapat habuan yang sedikit apabila menjelang pilihanraya umum...

Rakyat tak bodoh – Mukhriz

 | April 19, 2016
Mukhriz berkata, kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu telah menimbulkan banyak persoalan dan keraguan
muhkriz,adel
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membidas kenyataan beberapa menteri yang meminta semua pihak berhenti melemparkan tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal sumbangan RM2.6 bilion.
Katanya, rakyat tidak bodoh dan begitu mudah mempercayai kenyataan seorang menteri luar dari Arab Saudi.
“Kita tidak boleh terima hanya satu kenyataan secara spontan oleh seorang menteri di luar negara dan anggap kes ini tutup, maka tidak perlu lagi kita bangkitkan perkara ini.
“Kalau kita nak siasat, ia ada proses dan prosedur tertentu. Kita kena interview (temuramah) pihak terlibat, dapatkan kenyataan bersumpah, kena tunjuk bukti-bukti, contohnya akaun, bagaimana wang ini bergerak daripada satu akaun di luar negara ke akaun Perdana Menteri sendiri,” katanya dalam satu wawancara khas yang dimuat naik ke dinturtleoriginal.blogspot.my.
Mukhriz merujuk kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir pada minggu lalu yang mengakui sumbangan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sememangnya datang dari negara itu.
Adel dilaporkan sebagai berkata, sumbangan itu diberikan tanpa mengharapkan sebarang balasan dan pihaknya juga sedar Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti berhubung perkara itu dan mendapati ia tidak membabitkan sebarang salah laku.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata, kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu juga telah menimbulkan banyak persoalan dan keraguan.
“Apa kena-mengena seorang Menteri dari negara asing menyatakan dia pun anggap kes ini tutup, kerana Peguam Negara telah buat keputusan tersebut.
“Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu langsung tidak menyentuh soal angka yang dimaksudkan, siapa sebenarnya yang menderma. Dia tak sebut ini dari putera raja Arab Saudi dan apa tujuannya.
“Dia juga tidak sebut apa yang telah disebut Peguam Negara bahawa 2.03 bilion ringgit telah dipulangkan,” katanya lagi.
Read More

Wednesday, 23 March 2016

[Video] PKR: KDN disaran letakkan Jho Low sebagai 'orang dikehendaki'

Rabu, 23 Mac 2015


Read More

Sunday, 20 September 2015

[Video] Himpunan BAJU MERAH melayu...Jho Low, George Kent & Arul Kanda GELAK BESAR?

Ahad, 20 September 2015


HIMPUNAN BAJU MERAH MELAYU BANGKIT : JHO LOW GELAK BESAR, GEORGE KENT KETAWA PUAS DAN ARUL KANDA SENYUM SAMPAI TELINGA DAN NAJIB ROSMAH KENDURI BESAR.
1. Himpunan Baju Merah Melayu Bangkit telah pun berakhir. Mereka yang datang berhimpun sudah pun pulang dan sampai ke kampung halaman sendiri dengan selamatnya. Semangat yang berkobar kobar untuk Melayu semasa di Padang Merbuk mungkin sudah pun luntur dan cair setelah RM100 yang diberi telah habis dibelanja.
2. Mereka pulang untuk menyambung kehidupan keluarga yang berhadapan peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Penoreh getah terus ke kebun untuk mendapat 1kg sekerap RM2.15 yang dibahagi dua antara tuan punya kebun dengan penoreh. Pesawah padi terus ke bendang untuk 1kg padi RM1.20. Si Nelayan terus ke laut melabuh pukat untuk menyambung nyawa kehidupan keluarga.
3. Yang pastinya, Jho Low tetap mendapat kepercayaan Najib untuk menjaga harta kekayaan Najib. Bukannya Peneroka Felda Chini di Pekan. Sementara George Kent (Tan Kay Hock), rakan golf Najib terus mendapat habuan projek LRT3 daripada Kerajaan Najib dan bukannya ahli Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia. Manakala Arul Kanda terus diyakini untuk mengurus 1MDB bagi melindungi Najib dan bukannya PTD. Sebab itu, Najib terkejut dan terharu dengan perhimpunan yang bersemangat tanpa menyentuh dirinya sebaliknya mempertahankan beliau sebagai PM walaupun banyak masalah pada negara berpunca daripada pentadbiran Najib.
4. Timbalan Menteri dan mereka yang ada kepentingan dalam GLC dan agensi kerajaan yang hadir di padang merbuk pulang dengan rasa yakin selamat kerusi empuk yang mereka duduki. PM, TPM serta Menteri-Menteri pula tersenyum lebar kerana masih ada lagi orang melayu yang mahu menjadi hulubalang dan pendekar untuk melindungi mereka, pemimpin yang rendah moral bergelumang dengan pelbagai penyelewengan hatta ketamakan.
5. Apa pun yang lebih tersenyum tanpa berpanas, berpeluh dan tanpa pun menjerit laungan hidup Melayu ialah Jho Low, George Kent (Tan Kay Hock) yang merupakan rakan kongsi Najib membantai harta negara dan Arul Kanda yang diberi kepercayaan mengurus 1MDB dengan gaji yang lumayan bagi melindungi penyelewengan Najib. Mereka bertiga terus mendapat kepercayaa Najib, si pemimpin besar bangsa Melayu.
Jo Low, George Kent dan Arul Kanda gelak besar, peserta baju merah hanya dapat RM100.
NASIB KAU LAH LABU.
Read More

Wednesday, 2 September 2015

Hah? Terkini: Najib mempunyai 4 syarikat yang di kawal oleh Jho Low...Laporan Polis dibuat Ibu Pejabat Polis Hong Kong!

Khamis, 3 September 2015

Terkini: Najib mempunyai 4 syarikat yang di kawal oleh Jho Low....

   

LAPORAN POLIS TRRHADAP SYARIKAT-SYARIKAT DIKAWAL OLEH NAJIB TUN RAZAK DAN KELUARGA JHO LOW DI IBU PEJABAT POLIS HONG KONG
Saya secara rasminya telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Hong Kong pada 30 ogos 2015 jam 2 petang waktu tempatan keatas empat buah syarikat yang mana najib tun razak menjadi 'signatory' serta syarikat-syarikat yang dimilikki oleh jho low serta keluarganya.
Khairuddin Abu Hassan
Dalam laporan polis di Hong Kong; saya telah memohon pihak berkuasa di sana untuk menyiasat secara rapi terhadap empat buah syarikat iaitu:
1) ALLIANCE ASSETS INTERNATIONAL LIMITED
2) CITYFIELD ENTERPRISES LIMITED
3) BARTINGALE INTERNATIONAL LIMITED
4) WONDER QUEST INVESTMENTS LIMITED
Syarikat-syarikat ini amat meragukan kerana difahamkan bahawa najib tun razak adalah 'signatory' nya dan di dalam akaun-akaun syarikat ini pernah mempunyai rekod simpanan sejumlah RM1.125 billion yang disimpan melalui bank CREDIT SUISSE HONG KONG BRANCH.
Saya turut memohon pihak polis Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan komprehensif mengenai sumber kewangan syarikat ini dan transaksi dananya.
Pada masa yang sama, saya turut membuat laporan polis keatas syarikat-syarikat yang dimilikki oleh jho low dan ahli keluarganya merangkumi syarikat-syarikat:
1) JYNWELL CAPITAL (HK)
2) JYNWELL CHARITABLE FOUNDATION
3) STRATEGIC RESOURCES (GLOBAL LIMITED)
Satu siasatan yang teliti akan dilaksanakan oleh pihak polis Hong Kong bagi menyiasat samada syarikat-syarikat milik kepentingan jho low serta keluarganya pernah berusurusan ataupun tidak dengan syarikat 1MDB yang mencecah hutang piutang sejumlah RM42 billion setakat bulan mac 2014.
Saya juga memohon pihak polis Hong Kong untuk menyiasat samada syarikat-syarikat milik jho low serta keluarganya pernah membuat apa-apa pelaburan ataupun tidak bagi pihak syarikat 1MDB di Hong Kong?!
Laporan polis di Hong Kong dibuat adalah semata-mata kerana saya mahu pihak polis dari negara luar menyiasat secara komprehensif, telus serta tanpa sebarang pengaruh dari Perdana Menteri Malaysia yang nampak kini sedang menyalah-guna kuasa bagi mengambil pelbagai tindakan terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang sedang menyiasat kes skandal 1MDB ini!!
Sepertimana yang saya pernah katakan; secara jujur dan ikhlas saya tidak lagi mempunyai kepercayaan mahupun keyakinan terhadap PDRM, Bank Negara Malaysia serta Pejabat Peguam Negara Malaysia.
Badan-badan berkuasa ini tidak berani untuk menyiasat kes skandal 1MDB secara bebas, adil, telus serta komprehensif!! Keseluruhan rakyat dah mula sedar seolah-olah ada 'tangan ghaib' yang sedang mebuat 'kawalan jauh' untuk memperlahankan seterusnya kemungkinan menutup kes penyelewangan skandal syarikat 1MDB!!
Dengan izin Allah swt; seandainya berlaku pertukaran kepimpinan di negara kita maka kesemua pegawai tertinggi badan-badan berkuasa ini bersama sesiapa saja yang terlibat di dalam konspirasi untuk menutup kemungkaran kes skandal syarikat 1MDB mesti didakwa dan dihukum secara setimpalnya!!
Kalangan ini telah menodai dan mengkhianati amanah Allah swt serta rakyat Malaysia untuk melaksana tanggungjawab secara teramanah yang mungkin!!
Adalah tidak keterlaluan sekiranya saya katakan puak-puak haprak ini adalah pengkhinat kepada bangsa, agama mahupun tanahair kita yang tercinta ini!!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena