Showing posts with label Laporan polis. Show all posts
Showing posts with label Laporan polis. Show all posts

Wednesday, 31 May 2017

[Video Khalid Samad AMANAH-Politik PAS Yang Kononnya Matang] Larangan Edar RDPT - Laporan Polis Seluruh Negara! Bagaimana SPR boleh tercicir hampir 28,000 nama pemilih?

Khamis, 1 Jun 2017

Foto Mohd Sany Hamzan.
Laporan telah dibuat di seluruh negara oleh pemuda-pemuda Amanah berkenaan larangan edaran RDPT oleh SPR.

Foto Mohd Sany Hamzan.

Foto Mohd Sany Hamzan.

Bagaimana SPR boleh tercicir hampir 28,000 nama pemilih?


KUALA LUMPUR, 31 MEI: Timbul keraguan terhadap pertambahan sebanyak 28,416 pengundi di bawah prosedur tuntutan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suka tahun pertama 2017.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, perkara itu tidak dimaklumkan melalui kenyataan media seperti mana kebiasaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghebahkan mengenai pameran RDPT.
Melalui hasil semakan lanjut, beliau mendapati SPR menggunakan peruntukan Seksyen 14 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang jarang digunakan dan kurang diketahui bagi tujuan pertambahan tersebut.
Peruntukan itu, katanya, membenarkan pengundi baru, yang namanya tercicir daripada daftar pemilih atau berlaku kesilapan berkaitan nama dan alamat, ditambah atau diperbetulkan dalam senarai yang dikemas kini.
Namun, katanya lagi, adalah sukar untuk mempercayai SPR terlupa untuk memasukkan lebih 28,000 pengundi dalam RDPT bagi suku tahun pertama 2017.
“Mengapa SPR tergesa-gesa ingin memasukkan nama berkenaan dan tidak menunggu sehingga pameran awam dalam RDPT bagi suku tahun kedua 2017.
“Adakah kerana SPR mahu memastikan semua pengundi berkenaan berada dalam rang daftar pemilih sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) berlangsung pada September?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Melalui analisis lanjut, katanya yang juga Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, pertambahan sebanyak 1,170 pengundi di Selangor kebanyakannya melibatkan anggota tentera atau pasangan.
“Saya tidak membantah penambahan pengundi tentera dalam rang daftar pemilih. Sebaliknya mempersoalkan prosedur yang digunakan untuk membolehkan nama mereka ditambah,” ujarnya.
Beliau telah menulis surat kepada Pengarah SPR Selangor bagi menuntut penjelasan mengenai pertambahan pemilih tersebut.
“Kegagalan SPR memberikan penjelasan yang memuaskan akan menjejaskan kepercayaan awam terhadap integriti agensi tersebut,” tegasnya. – Roketkini.com
Read More

Wednesday, 2 September 2015

Hah? Terkini: Najib mempunyai 4 syarikat yang di kawal oleh Jho Low...Laporan Polis dibuat Ibu Pejabat Polis Hong Kong!

Khamis, 3 September 2015

Terkini: Najib mempunyai 4 syarikat yang di kawal oleh Jho Low....

   

LAPORAN POLIS TRRHADAP SYARIKAT-SYARIKAT DIKAWAL OLEH NAJIB TUN RAZAK DAN KELUARGA JHO LOW DI IBU PEJABAT POLIS HONG KONG
Saya secara rasminya telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Hong Kong pada 30 ogos 2015 jam 2 petang waktu tempatan keatas empat buah syarikat yang mana najib tun razak menjadi 'signatory' serta syarikat-syarikat yang dimilikki oleh jho low serta keluarganya.
Khairuddin Abu Hassan
Dalam laporan polis di Hong Kong; saya telah memohon pihak berkuasa di sana untuk menyiasat secara rapi terhadap empat buah syarikat iaitu:
1) ALLIANCE ASSETS INTERNATIONAL LIMITED
2) CITYFIELD ENTERPRISES LIMITED
3) BARTINGALE INTERNATIONAL LIMITED
4) WONDER QUEST INVESTMENTS LIMITED
Syarikat-syarikat ini amat meragukan kerana difahamkan bahawa najib tun razak adalah 'signatory' nya dan di dalam akaun-akaun syarikat ini pernah mempunyai rekod simpanan sejumlah RM1.125 billion yang disimpan melalui bank CREDIT SUISSE HONG KONG BRANCH.
Saya turut memohon pihak polis Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan komprehensif mengenai sumber kewangan syarikat ini dan transaksi dananya.
Pada masa yang sama, saya turut membuat laporan polis keatas syarikat-syarikat yang dimilikki oleh jho low dan ahli keluarganya merangkumi syarikat-syarikat:
1) JYNWELL CAPITAL (HK)
2) JYNWELL CHARITABLE FOUNDATION
3) STRATEGIC RESOURCES (GLOBAL LIMITED)
Satu siasatan yang teliti akan dilaksanakan oleh pihak polis Hong Kong bagi menyiasat samada syarikat-syarikat milik kepentingan jho low serta keluarganya pernah berusurusan ataupun tidak dengan syarikat 1MDB yang mencecah hutang piutang sejumlah RM42 billion setakat bulan mac 2014.
Saya juga memohon pihak polis Hong Kong untuk menyiasat samada syarikat-syarikat milik jho low serta keluarganya pernah membuat apa-apa pelaburan ataupun tidak bagi pihak syarikat 1MDB di Hong Kong?!
Laporan polis di Hong Kong dibuat adalah semata-mata kerana saya mahu pihak polis dari negara luar menyiasat secara komprehensif, telus serta tanpa sebarang pengaruh dari Perdana Menteri Malaysia yang nampak kini sedang menyalah-guna kuasa bagi mengambil pelbagai tindakan terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang sedang menyiasat kes skandal 1MDB ini!!
Sepertimana yang saya pernah katakan; secara jujur dan ikhlas saya tidak lagi mempunyai kepercayaan mahupun keyakinan terhadap PDRM, Bank Negara Malaysia serta Pejabat Peguam Negara Malaysia.
Badan-badan berkuasa ini tidak berani untuk menyiasat kes skandal 1MDB secara bebas, adil, telus serta komprehensif!! Keseluruhan rakyat dah mula sedar seolah-olah ada 'tangan ghaib' yang sedang mebuat 'kawalan jauh' untuk memperlahankan seterusnya kemungkinan menutup kes penyelewangan skandal syarikat 1MDB!!
Dengan izin Allah swt; seandainya berlaku pertukaran kepimpinan di negara kita maka kesemua pegawai tertinggi badan-badan berkuasa ini bersama sesiapa saja yang terlibat di dalam konspirasi untuk menutup kemungkaran kes skandal syarikat 1MDB mesti didakwa dan dihukum secara setimpalnya!!
Kalangan ini telah menodai dan mengkhianati amanah Allah swt serta rakyat Malaysia untuk melaksana tanggungjawab secara teramanah yang mungkin!!
Adalah tidak keterlaluan sekiranya saya katakan puak-puak haprak ini adalah pengkhinat kepada bangsa, agama mahupun tanahair kita yang tercinta ini!!
Read More

Saturday, 9 May 2015

Huh! Ada 'Lembaga Hitam di Bangunan LUTH'? Tiga laporan polis dibuat...

Ahad, 10 Mei 2015

Pedoman Buat Rakyat Malaysia...

"Sesungguhnya.. Simpanlah duit kamu di mana jua kamu mahu. Asalkan TIADA AHLI UMNO di situ maka SELAMATLAH DUIT-DUIT KAMU DARI MEREKA..." - Biro Agama Suara Rakyat

#TabungHaji #1MDB #Lembaga

8 hrs · 
 

REZEKI (BUTIR BERAS) DARI UMNO ???

Agaknya sebelum UMNO wujud kat Tanah Melayu ini, mungkin tok nenek moyang kita tak makan nasi, kerana setiap butir beras yang kita makan adalah kerana UMNO.

BILA DAH MAKAN 'BERAS UMNO' inilah hasilnya...

p/s: Patutla ramai sokong UMNO, rupa2nya ramai kuncu2 UMNO dlm pentadbiran Tabung Haji.. Drpd Pengerusi sampai la ke bawahnya..

Tiga Laporan Polis Dibuat Terhadap Tabung Haji



Tiga laporan polis setakat ini dibuat terhadap Lembaga Tabung Haji berhubung perjanjian pembelian tanah seluas 0.63 hektar dengan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di tapak projek Tun Razak Exchange (TRX).

Kesemua laporan itu kini di bawah kajian Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kata ketua polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa.

"Siasatan akan dijalankan satu pasukan dari ibu pejabat polis persekutuan.”

Dua daripada laporan itu dibuat hari ini oleh Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan seorang pembantu khas exco Selangor, Abdul Razak Ismail, menggesa polis menyiasat pembelian pada harga RM188.5 juta itu, dan tiga pegawai tinggi yang terlibat dalam kedua-dua syarikat.

Tabung Haji pada Khamis mengesahkan membayar RM188.5 juta kepada 1MDB bagi membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan TRX itu.

"Kami khuatir wujud percanggahan kepentingan kerana ketiga-tiga eksekutif Tabung Haji itu juga memegang jawatan di dalam 1MDB," kata Nik Nazmi selepas membuat laporan di balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Tiga eksekutif yang dimaksudkan itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Datuk Johan Abdullah dan Ahli Panel Pelaburan Tan Sri Dr Abdul Samad Alias.

Mengenai laporan polis dibuat Tabung Haji berkenaan dokuman sulit tentang perjanjian itu yang didakwa dibocorkan blog yang dikenali dengan nama “The Benchmark”, Tajuddin berkata, polis menyiasat kes itu bukan sahaja mengikut Akta Rahsia Rasmi, tetapi juga Seksyen 500 Kanun Keseksaan, kerana jenayah fitnah, dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Pasukan jenayah komersial Kuala Lumpur sedang menyiapkan kertas siasatannya,” katanya.

Blog “The Benchmark” mendakwa, Tabung Haji membeli dua plot tanah di projek TRX dengan harga sejumlah RM772 juta tunai, sedangkan sebenarnya hanya satu plot tanah yang dibeli dan pada harga potongan RM188.5 juta.

Dalam laporan polis dibuat Johan semalam, beliau menyatakan, tanah seluas 67,954 kaki persegi itu ialah bagi membina kondominium mewah dan menafikan yang Tabung Haji dalam proses memperoleh sebuah “Signature Tower” seperti didakwa blog itu. – tmi
BLM.
Read More

Tuesday, 6 May 2014

Laporan Polis ke atas tulisan Abu Amru Radzi Othman.. Harap segera mohon maaf!

Selasa, 6 Mei 2014

Written By canang

Photo: INILAH WAJAH SETIAUSAHA ULAMA MUDA UMNO YANG HINA MUSLIMAH BERTUDUNG LABUH SEBAGAI PELACUR KELAS ATASAN!!!! 
http://omakkau.blogspot.com/2014/05/inilah-wajah-setiausaha-ulama-muda-umno.html
Read More

Friday, 3 January 2014

Laporan Polis Telah Dibuat Terhadap Harussani...Seksyen 502 dan 503(c)...

Jumaat, 3 Januari 2014
Laporan polis terhadap Harussani...

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena