Showing posts with label Ketua Pemuda Pas. Show all posts
Showing posts with label Ketua Pemuda Pas. Show all posts

Friday, 14 August 2015

Ketua Pemuda PAS...Apalah lagi kamu neh! Meroyan dengan Gerakan Harapan Baru ke?

Jumaat, 14 Ogos 2015

Nik Abduh Meroyan Dengan Gerakan Harapan Baru


PAS mungkin tidak dapat bersabar lagi langkah Gerakan Harapan Baru (GBH) yang dilihat terus menjadi duri dalam daging parti Islam itu.

Keadaan itu mungkin memaksa Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Mat menulis panjang menyeru golongan itu keluar parti kerana tiada lagi hujah untuk kekal dalamnya.

“Orang lain boleh mempersoal jemaah baru anda, syarie atau tidak. Anda pun berhak mempertahankan 'ijtihad' anda keluar PAS. Syarie atau tidak.

“Tetapi anda tak punya sedikit pun hujah syarie untuk kekal dalam PAS, dan dengan amanah jawatan yang anda masih pegang itu, anda gunakan untuk sabotaj PAS.

“Itu khianat dan tidak ada khianat sejelas itu,” katanya tanpa menyebut secara langsung nama GBH, kumpulan serpihan yang digerakkan bekas pemimpin kanan parti itu.

GHH pimpinan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sedang berusaha menubuhkan sebuah parti Islam baru.

Mereka juga dilihat bakal menggantikan PAS dalam gabungan baru pembangkang bersama PKR dan DAP.

Pakatan Rakyat sebelum ini berkubur susulan perselisihan pendapat dan pendirian berpanjangan PAS dan DAP, terutamanya dalam isu hudud.

BLM.
Read More

Tuesday, 2 June 2015

Suhaizan Ketua Pemuda PAS pilihan pembaca

Selasa, 2 Jun 2015

Suhaizan ketua Pemuda PAS pilihan pembaca


Dalam tempoh 24 jam, pembaca Malaysiakini memilih Suhaizan Kaiat untuk terus menerajui Pemuda PAS berbanding pencabarnya Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Dalam undi yang dijalankan sejak 6.30 petang semalam, seramai 2,875 pengunjung ambil bahagian dalam tinjauan itu.

Suhaizan, dilihat cenderung kepada kumpulan properubahan dalam PAS pimpinan calon presiden Ahmad Awang, mencatatkan sokongan popular 67 peratus atau 1,914 undi.

Nik Abduh pula memperoleh 33 peratus (961 orang) yang memilih beliau sebagai ketua Pemuda. Pemilihan kepimpinan Pemuda dijadual esok pagi.

Sementara itu, regu Suhaizan bagi jawatan timbalan pula, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob turut mencatat populariti tinggi berbanding pencabarnya anak lelaki Hadi - Muhammad Khalil.

Daripada 1,326 pengundi, Raja Ahmad Iskandar mendapat 59 peratus (782 orang) yang mengundi bagi membantu Suhaizan mengemudi Pemuda PAS.

Bakinya pula sebanyak 544 orang atau 41 peratus menyokong Muhammad Khalil untuk mempertahankan jawatannya itu.

Keputusan ini bagaimanapun hanya sekadar ukuran populariti umum.

Ia juga mungkin tidak mencerminkan keputusan sebenar kerana kebanyakan peserta tinjauan bukan perwakilan yang layak mengundi esok.

Calon-calom masih mempunyai tempoh beberapa jam untuk berkempen pada saat-saat akhir sebelum pemilihan berlangsung pada pagi esok.

Malaysiakini.
Read More

Monday, 1 June 2015

Tidak ada sebab perlu ditukar Ketua Pemuda PAS..."Anak Muda bersama-sama Pas berjuang menumbangkan UMNO/BN".

Selasa, 2 Jun 2015

Tidak ada sebab perlu ditukar Ketua Pemuda PAS

Oleh Sulaiman Ibrahim

Pemuda pas bergerak dengan pelbagai cara dan pendekatan bg menarik pelbagai golongan yg ada dibumi malaysia samada yg jelas atau tidak jelas fikrahnya. Tujuannya hanyalah demi kemantapan dan kekuatan anak2 muda dimasa depan.

Pendekatan yg dibuat menampakkan positif yg amat ketara dimana ramai anak2 muda berani mendekati parti pas dan tidak lagi takut untuk bersama2 berjuang menumbangkan UMNO/BN.

Pemuda PAS malaysia yg dipimpin oleh sdr Suhaizan Kaiyat membuktikan pendekatan dakwah dan tarikan kpd anak muda yg simple dan membuatkan mereka ingin mendekati PAS samada menjadi ahli atau menyokong dibelakang.

Perubahan ini amat jelas , anak2 muda dikawasan pedalaman mula tertarik dengan cara Pemuda PAS malaysia membangkitkan isu2 rakyat miskin dipedalaman seperti isu getah sehingga menggegarkan pejabat Lembaga Getah Malaysia dan mendesak kerajaan membuat sesuatu bagi membantu rakyat bawahan.
 Isu penyelewengan tanah ,peneroka ,nelayan dan membina rumah budiman dikelantan membuktikan pendekatan pemuda pas malaysia sentiasa bersama dengan rakyat bawahan.

Tidak ada sebab perlu ditukar Ketua Pemuda yg sedia ada dengan menggantikan yg lain oleh kerana pemuda pas malaysia mengambil pendekatan secara profesional .Rakyat dahagakan pendekatan dan inginkan seorang ketua yg sentiasa turun padang bagi meninjau masalah2 rakyat untuk dibangkitkan isu.

Seandainya ada segelintir pihak mengatakan Ketua pemuda bukan dari kalangan ustaz, ketua itu harus dari golongan agamawan , ini bukan satu masalah kerana seorang ketua itu harus peka dengan semua isu bukan sahaja berdakwah dan memberi kuliah dimasjid. Jika seorang ustaz dipilih menjadi ketua tetapi tidak turun kebawah mendekatkan diri dengan isu2 rakyat ,adakah tugas seorang ketua itu melaksanakan tugasnya dengan baik ?

Pemuda pas harus bergerak kehadapan ,bukannya memilih untuk mundur kebelakang . Zaman telah berubah kealaf globalisasi dan berintelektual. Kita harus faham keinginan anak muda sekarang mengikut landas islam dan syarak yg telah ditetapkan mengikut peredaran zaman .

Pendekatan yg dilakukan oleh Sdr Suhaizan sebagai Ketua Pemuda adalah satu momentum baru bagi anak muda yg baru mengenali dan ingin mendekati Parti Islam Malaysia PAS. Perwakilan harus bijak memilih seorang ketua untuk masa depan parti dan rakyat bg mendominasikan jiwa anak2 muda yg pelbagai kaum.

Dari segi teknikal politiknya , Suhaizan sudah berjaya membolos pemikiran anak2 muda yg dahulunya membenci parti pas dan menampakkan pemimpin pas ini adalah extrim. Berilah sokongan dan mandat kepada beliau demi harapan anak2 muda generasi baru.

Sulaiman Ibrahim ( Leman RL )
Ajk Lajnah Politik Dewan Pemuda Pas Malaysia
Read More

Friday, 8 November 2013

Legasi Baru Ketua Pemuda PAS : Persaingan 3 penjuru - Suhaizan, Kamarulzaman & Zulhazmi

Jumaat, 8 November 2013
Persaingan 3 Penjuru merebut Ketua Pemuda PAS - Suhaizan, Kamarulzaman & Zulhazmi
NONE
ANALISIS Seperti yang dijangka, selepas ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan timbalannya Nik Abduh Nik Aziz tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan sayap PAS kali ini, persaingan merebut dua jawatan teratas sayap itu terbuka luas tetapi sengit.

Mahu tidak mahu, Pemuda dan penyokong Pemuda PAS di seluruh negara bakal mendapat ketua dan timbalan yang baru dalam pemilihan dewan itu kali ini, selepas langkah mengejut Nasrudin dan Nik Abduh itu.

Yang pasti, pemilihan kali ini menjadi kayu ukur sama ada calon kepimpinan Pemuda yang baru mampu berdepan dan menangani isu besar untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan Pemuda DAP dan PKR.
Ini ekoran legasi, agenda dan pendekatan sedia menerima kritikan hebat banyak pihak kerana dilihat gagal untuk menyaingi keupayaan Pemuda BN yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Kedua-dua kumpulan itu kini rancak mencongak dan berkempen bagi memastikan pilihan masing-masing terpilih mengisi kekosongan jawatan itu, termasuk jawatan naib ketua Pemuda pada saat-saat akhir penerimaan pencalonan petang ini.

Sepanas pemilihan kepimpinan tertinggi PAS Pusat, penentuan calon ketua Pemuda bakal menyaksikan pertembungan antara Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang mewakili kumpulan profesional dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kamarulzaman Mohamad bagi kumpulan proulama.

Sementara seorang lagi calon ketua Pemuda Zulhazmi Sharif yang turut menawarkan diri dilihat tidak mampu memberi saingan kepada kumpulan ini dan peguam itu sekadar memeriahkan demokrasi dalam pemilihan Pemuda PAS.
'Merakyatkan Pemuda, Memudakan Rakyat'
Johor PAS Youth chief Suhaizan Kaiat press conference on clone voters front
Zulhazmi juga adalah peguam Kempen Anti-Saman Ekor (Kase) yang tidak mewakili kumpulan tertentu dan membawa tema kempen "Merakyatkan Pemuda, Memudakan Rakyat".

Dari satu sudut, Suhaizan dan Kamaruzaman dilihat mempunyai trek rekod dalam sayap itu dengan bermula daripada bawah. Suhaizan pernah menjadi exco pemuda sementara Kamaruzaman pernah memegang jawatan setiausaha.

Namun, umum melihat Suhaizan mempunyai kelebihan dari sudut penglibatan meluasnya, antaranya bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) pada 2009 sehingga berjaya mengerah puluhan ribu rakyat Malaysia turun ke jalan raya memastikan dasar itu dimansuhkan.

Beliau juga antara individu yang meneruskan pembongkaran isu "Mismah Gate" - siri pendedahan mengenai penduduk tetap yang didaftar sebagai pengundi sehingga ia menjadi isu nasional sebelum kerajaan memandang berat berhubung pendedahan yang dbuat.

Umum juga melihat Kamaruzaman yang juga timbalan yang dipertua Putrajaya pula mempunyai jasa dalam Pemuda PAS, apabila menjadi setiausaha dewan itu sebelum ini.
NONE
"Saya sangat rapat dengan Suhaizan. Tapi (buat masa ini) saya tidak mahu memberi sebarang komen sehingga selepas 9 November ini," kata Kamaruzaman sambil ketawa kecil kepada Malaysiakini semalam.

Seorang lagi calon 'simpanan', Ketua Penerangan Riduan Mohd Nor turut dicalonkan dan tidak mustahil pertukaran boleh berlaku sebelum tarikh tutup pencalonan petang ini.

Bagaimanapun sumber-sumber Pemuda memberitahu Malaysiakini persaingan Suhaizan-Kamaruzaman itu dilihat berkebolehan dan sama tahap memandangkan mereka seangkatan sewaktu berkhidmat dalam Pemuda .

Padang sama rata
"Kedua-dua mempunyai perwatakan profesional. Dari mata kebanyakan perwakilan, mereka nampak berbelah bagi yang mana nak sokong.

"Mereka satu angkatan, bermula dalam Pemuda, dan berkawan baik," kata sumber Pemuda yang enggan namanya disebut kepada Malaysiakini semalam.
NONE
Bagi persaingan merebut jawatan timbalan ketua pemuda pula, umum melihat persaingan seimbang tetapi sengit antara anak lelaki Presiden PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dan naib ketua pemuda sekarang Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.

Muhammad Khalil yang berkelulusan universiti di Yaman dikatakan mewakili kumpulan proulama, manakala Raja Ahmad Iskandar mewakili kumpulan profesional - dikatakan akan berentap di padang yang sama rata. Kedua-dua pernah menuntut pelajaran di United Kingdom.
NONE
Bagi jawatan naib ketua Pemuda pula, umum melihat persaingan antara dua profesional muda - peguam Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan jurutera sebuah syarikat terkenal Mohd Khairul Nizam Khairuddin.

Ahmad Zamri adalah timbalan pengerusi lajnah Undang-undang PAS dan bekas calon PAS bagi kerusi parlimen Titiwangsa, manakala Mohd Khairul Nizam adalah bendahari Pemuda PAS.
Posted by Kedah Lanie at 7:02 PM
Read More

Monday, 4 November 2013

Nasrudin tidak pertahan Ketua Pemuda PAS

Isnin, 4 November 2013
Ahli parlimen Temerloh itu memilih bertanding AJK PAS pusat dalam pemilihan 22 November ini...
Photo: Anda sokong siapa ? Sokong KP atau TKP ?
Fb Nasrudin Hassan
.

IPOH: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan akan bertanding jawatan Anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat pada Muktamar Tahunan kali ke-59 yang berlangsung dari 22 hingga 24 Nov.
Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh berkata beliau bersedia memikul tanggujawab itu selepas perwakilan memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding jawatan berkenaan.
“Saya ditawarkan untuk bertanding dua jawatan, iaitu Anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan Naib Presiden PAS. Bagaimanapun, saya menarik diri untuk jawatan Naib Presiden dan hanya sekadar bersedia untuk memberi khidmat bakti kepada Jawatankuasa PAS Pusat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Perak kali ke-30, di sini hari ini.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussien, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Mohd Zawawi Abu Hassan dan timbalannya Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.
Beliau menarik diri bertanding jawatan Naib Presiden selepas melihat calon lain lebih berkemampuan dan berkaliber untuk memikul tanggungjawab itu.

Tidak pertahan Ketua Pemuda
Nasrudin turut menyatakan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat untuk memberi ruang dan peluang kepada calon lain meneruskan kepimpinan untuk parti itu.
“Terserah kepada perwakilan untuk memilih calon yang layak kerana mereka (perwakilan) mampu menilai calon berdasarkan rekod dan prestasi (calon)  masing-masing. Yang menang akan teruskan perjuangan manakala yang kalah tidak bermakna gagal, mungkin ada jawatan lain yang sesuai untuk mereka,” katanya.
Nasrudin yang memegang jawatan itu sejak 2009, mengharapkan calon yang dipilih bersedia untuk menyahut cabaran lebih besar selain boleh melakukan sesuatu lebih baik.
“Saya tidak berpuas hati dengan pencapaian yang telah saya lakukan, sebab itu saya mengharapkan siapa yang ambil alih tempat saya meneruskan perjuangan ini dengan sempurna, namun Alhamdullilah saya telah beri yang terbaik dan mudah-mudahan ia memberi kebaikan kepada parti,” katanya.
Bernama




Senyum si-'dia' bila Yb Nasrudin dan YBb Nik Abduh umum tak bertanding.....kenapa ya?
Photo: Senyum menempuh badai 󾌵 :)
Fb Nasrudin Hassan

YB Nasrudin telah isytihar tak tanding Ketua Pemuda PAS manakala YB Nik Abduh pun sudah umum tak nak tanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS....kenapa si 'dia' tersenyum dan diam seribu bahasa.

Kalau tidak, si-'dia' inilah yang buat bising dan mempengaruhi orang lain untuk mencorakkan perjalanan PAS.

Kenapa mesti 'orang' lain cuba mencorakkan perjalanan PAS?

Kenapa mesti berusaha mempengaruhi orang lain agar menerima laras pemikirannya.....?

Biarlah perwakilan memilih dan mencorakkan PAS kerana perwakilan itu pun adalah mewakili suara akar umbi.

Kalau terasa atau terperasan diri sendiri terlampau hebat, bertandinglah jawatan yang paling tertinggi.....kita pakat tengok samada timbul atau tenggelam.

al-brangionline:
Musuh dalam selimut.....kucing bersisik ikan.....musang berbulu ayam
Posted by al-brangi Online at 12:55 PM
Read More

Monday, 20 May 2013

GST: Rakyat diperas untuk BN terus boros & Bekas Pengerusi Eksekutif MAS Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta mencapai penyelesaian luar mahkamah..

Isnin, 20 Mei 2013
GST: Rakyat diperas untuk BN terus boros
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan yang nekad mahu melaksanakan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) pada kadar 7 peratus dilihat satu lagi projek untuk menekan rakyat sedangkan pada masa yang sama pemerintahan BN meneruskan sikap boros mereka.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia mampu memperolehi pendapatan negara mencecah sehingga RM27 bilion, jika GST dilaksanakan pada kadar 7 peratus, menunjukkan kerajaan BN kini dalam keadaan begitu terdesak.

"Dengan kenyataannya baru-baru ini menunjukkan Kerajaan BN yang baru ini begitu tamak dan terdesak mengurangkan kadar defisit dengan menaikkan cadangan asal dari 4 peratus kepada 7 peratus iaitu hampir sekali ganda. 

"Malah kadar itu dilihat lebih tinggi dari kadar cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada sebanyak 6 peratus sahaja," katanya.
Menurut Nasrudin, sekalipun kerajaan BN mahu meningkatkan pendapatan negara, tidak perlulah menekan rakyat yang sedia terbeban dengan sedemikian rupa.

Katanya, masih terdapat banyak lagi cara lain khususnya dengan menukar dasar pentadbiran boros kepada yang lebih berjimat cermat.

Ianya termasuk penguatkuasaan kutipan Cukai Pendapatan yang perlu dibuat secara telus serta kutipan hutang kepada sektor swasta dan korporat khususnya dari kroni-kroni BN wajib dibuat secara jujur. 

"Kita tidak mahu hutang korporat dihapuskan begitu sahaja atas faktor menjaga kepentingan kroni seperti yang Kerajaan BN berikan kepada Tan Sri Tajuddin Ramli, dimana hutang korporat MAS berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja sedangkan peminjam PTPTN dikejar sampai ada yang disekat ke luar negara dan dibawa ke Mahkamah kerana gagal membayar hutang.

"Pendedahan Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen sebelum ini, bahawa delegasi Perdana Menteri yang melawat London, New York dan Washington tahun lepas sahaja sudah mencecah RM 3 juta amat mengejutkan rakyat sedangkan anggaran sebenar bagi lawatan di tiga tempat ini hanyalah RM 400 ribu. Jika pembaziran seperti ini di teruskan oleh pemimpin BN, sampai bila pun negara akan terus mengalami belanjawan defisit," katanya.
Harakahdaily.
Tajudin selesai kes hutang RM589 juta luar mahkamah
Tajudin

PUTRAJAYA - Bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd mencapai

penyelesaian luar mahkamah berkaitan satu saman yang difailkan enam tahun lepas membabitkan hutang RM589 juta tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.

Peguam Lim Kian Leong yang memaklumkan perkara itu kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, bagaimanapun tidak mendedahkan terma penyelesaian tersebut dan ia disahkan Tommy Thomas yang mewakili Danaharta.

Sehubungan itu, Lim berkata Tajudin berhasrat menarik balik semua rayuan terhadap Pengurusan Danaharta, dua anak syarikatnya serta 24 responden lain yang
dinamakan dalam tuntutan balas beliau.

Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin, yang mengetuai panel itu, kemudian memutuskan untuk membatalkan semua rayuan berkaitan.

Selain itu, panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, memerintahkan Tajudin membayar sejumlah RM15,000 kepada beberapa responden sebagai kos perundangan dan RM5,000 lagi kepada kerajaan Malaysia bagi prosiding di Mahkamah Rayuan.

Pengurusan Danaharta, Danaharta Urus Sdn Bhd dan Danaharta Managers Sdn Bhd serta pegawainya bagaimanapun tidak menuntut kos perundangan.

Terdahulu, Lim memaklumkan panel itu Tajudin dan Danaharta berjaya mengatasi semua permasalahan yang dihadapi kedua pihak berhubung terma penyelesaian.

Semalam, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Lim untuk menangguhkan prosiding sehingga hari ini bagi membolehkan Tajudin dan Danaharta mencari
penyelesaian berhubung 'masalah kecil yang muncul pada saat-saat akhir'.

Berbekalkan semangat penyelesaian luar mahkamah yang dicapai hari ini, Lim meminta semua pihak terbabit menanggung kos perundangan masing-masing bagi
prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Kecuali Danaharta, responden lain tetap mahukan Tajudin membayar kos perundangan mereka.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tajudin membayar RM589 juta kepada Danaharta yang menguruskan pinjaman tidak berbayar akibat hutang yang ditanggung tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.

Jumlah itu merupakan baki pinjaman berjumlah RM1.79 bilion yang diberikan kepada Tajudin oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32 peratus
kepentingan dalam MAS pada 1994.

Tajudin diperintah membayar jumlah asas pinjaman pada 31 Disember 2005 sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah dua peratus atas kadar pemberian pinjaman asas Malayan Banking Bhd mulai 1 Jan 2006 sehingga tarikh penyelesaian penuh kes itu kepada Pengurusan Danaharta dan dua anak syarikatnya.

Mahkamah Tinggi turut membatalkan tuntutan balas Tajudin, yang berjumlah RM13.46 bilion, terhadap 24 responden termasuk Danaharta, dua anak syarikat serta pegawainya, Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah.

Responden lain ialah pentadbir khas Naluri Corporation Bhd iaitu Mohamad Raslan Abdul Rahman, Ooi Woon Chee dan Gan Ah Tee serta syarikat Telekom
Malaysia Berhad, Telekom Enterprise Sdn Bhd, Technology Resources Industries Berhad, Celcom (Malaysia) Sdn Bhd, Commerce International Merchant Bankers
Berhad (CIMB), Atlan Holdings Bhd, Atlan Properties Sdn Bhd, Multi Esprit Sdn Bhd, Datuk Seri Adam Sani Abdullah, Datuk Ong Kim Hoay, Datuk Khalid Mohamad
Jiwa, Datuk Ong Kar Beau, kerajaan Malaysia dan Naluri Corporation Berhad.

Dalam penyataan tuntutannya, Tajudin berkata beliau diarah Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) membeli 32 peratus
kepentingan dalam MAS bagi menyelamatkan Bank Negara yang mengalami kerugian dalam tukaran asing.

Pada prosiding hari ini, Lim turut memaklumkan mahkamah bahawa Tajudin kini dalam proses menyelesaikan beberapa kes lagi yang membabitkan rayuan beliau
terhadap pihak lain termasuk Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), yang akan didengar di Mahkamah Rayuan Khamis ini.

Lim berkata selepas kes saman antara Tajudin dan Danaharta berjaya diselesaikan, anak guamnya kini berharap perkara sama dapat dicapai dalam kes
beliau yang lain.

Katanya, beliau akan mengemukakan permohonan untuk menangguhkan prosiding rayuan dalam kes berkaitan. - Bernama/
WARTAWAN SINAR HARIAN 
14 Februari 2012


Ameno World
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena