Showing posts with label PUTAR BELIT. Show all posts
Showing posts with label PUTAR BELIT. Show all posts

Saturday, 26 March 2016

Nazir: Bon 1MDB Dikendalikan Dengan Cara Sangat Luar Biasa! Putar belit & penipuan 1MDB terus berterusan?

Ahad, 27 Mac 2016
1MDB nyatakan tidak menerima sebarang pemberitahuan rasmi daripada Bank Negara Malaysia (BNM)..

DAN..

BUKTI kenyataan rasmi BNM pada Oktober tahun lepas lagi..

SIAPA PENIPU BESAR !!!
Putar belit & penipuan 1MDB terus beterusan...

Nazir: Bon 1MDB Dikendalikan Dengan Cara Sangat Luar Biasa

PETALING JAYA: Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak menyuarakan keyakinan bahawa sesuatu ‘tidak kena’ berlaku terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mstar Online semalam melaporkan, Nazir sebagai berkata, jumlah hutang 1MDB adalah jauh lebih banyak daripada modal asasnya.

“Pada tahun 2009, 1MDB menerbitkan RM5 bilion bon ke atas pasaran modal tetapi tidak banyak maklumat yang saya tahu mengenainya.

“Bon itu telah menunjukkan bahawa urusniaga tidak dinilai sewajarnya dan dikendalikan dengan cara yang sangat luar biasa.

“Oleh itu, pada tahun 2009, berdasarkan maklumat awam, saya berkata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam 1MDB,” kata Nazir menjawab soalan peserta dalam sesi soal-jawab pada sebuah program perniagaan di sini, semalam.

Menurut Nazir, terdapat kurangnya ketelusan dalam urus niaga dan kebimbangan terhadap pertukaran juruaudit dan akaun yang tertangguh.

“Dari segi betapa besarnya salah laku, apa yang salah dan siapa yang melakukan kesalahan, itu adalah tugas Ketua Audit Negara, PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) dan tugas-tugas itu masih dalam proses,” katanya.

Beliau berkata, individu bertanggungjawab melakukan sebarang salah laku seharusnya bertanggungjawab terhadap tindakannya supaya tiada siapa lagi yang berani melakukannya sekali lagi.

“Sesuatu yang tidak betul berlaku dalam 1MDB dan tiada siapa boleh menafikannya,” katanya.
BLM.
Read More

Monday, 7 December 2015

IS - Apahal PAS (Iszuree) buat laporan polis terhadap Mujahid? Mereka putar belit kenyataan saya, kata Naib Presiden Amanah.

Selasa, 8 Disember 2015

Ketua penerangan PAS negeri Pulau Pinang Iszuree Ibrahim.

PAS buat laporan polis terhadap Mujahid

PAS Pulau Pinang dan penyokong bukan Islamnya menuntut Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mujahid Yusuf Rawa menarik balik kenyataan yang didakwa mengaitkan mereka dengan pengganas Negara Islam (IS) dan Al-Maunah. 

Ketua penerangan PAS negeri Iszuree Ibrahim kenyataan itu berniat jahat kerana PAS terlibat mempromosikan demokrasi dan keamanan sejak ditubuhkan pada tahun 60-an. 


Beliau menegaskan parti itu menolak aktiviti sedemikian.

Malah, katanya, ketika serangan pengganas di Paris, presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tampil ke kedutaan Perancis di ibu negara bagi menyatakan rasa simpati. 

Iszuree berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Mujahid. 

Iszuree menyifatkan pemimpin AMANAH seperti Mujahid sudah muflis idea dan pilih mengkritik PAS kerana gagal mendapat sokongan awam. 

Putar belit, kata Mujahid 

Mujahid bagaimanapun menafikan mengeluarkan kenyataan sebegitu seperti disebarkan. 

“Mereka putat belit kenyataan saya dan hasilnya saya terima banyak kritikan. 

“Mereka patut berhenti putar belit dan baca kenyataan sebenar saya yang disiar dalam beberapa portal berita,” katanya. 

Mujahid antara pemimpin kanan PAS yang keluar beramai-ramai daripada parti itu dengan menubuhkan AMANAH sebagai sebuah parti Islam baru. 

Langkah itu diambil setelah mereka ditolak beramai-ramai oleh golongan proulama dalam pemilihan PAS Jun lalu. 

AMANAH mengambil pendekatan bergabung bersama pembangkang lain manakala PAS pula memilih haluan baru dengan bersendirian. -mk 


ULASAN GB

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian kita mengenai isu PAS dan ISIS ini.

Pertama, kenyataan Ust Mujahid sebenarnya telah diputarbelitkan. Beliau menyebut "jalur pemikiran ekstreme", bukan ISIS. Tetapi tafsirannya dilakukan oleh pemberita-pemberita portal yang mengaitkannya dengan ISIS - maka itu bukan kesalahan Mujahid.

PAS juga tidak akan dapat membuktikan kenyataan Mujahid yang mengaitkan PAS dengan ISIS.

Kedua, yang membuat laporan polis ialah Iszuree Ibrahim, seorang pemimpin PAS Pulau Pinang yang telah dipecat daripada semua jawatan yang disandangnya dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sedikit masa lalu.

Siasat punya siasat, hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan Iszuree mempunyai rekod disiplin yang kurang baik ... seseorang yang suka tidur dalam mesyuarat... inikah perwatakan seorang "pejuang hukum Islam"?

Jadi tidaklah hairan Iszuree membuat laporang polis berdasarkan hanya kepada maklumat yang tersiar di portal, bukan dari kenyataan asal Mujahid... tertidur agaknya...

Ketiga, kenyataan setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri yang mendapat jolokan sebagai Ketua Lajnah Penafian PAS Pusat...

Tindakan MP Parit Buntar yang melarikan kerusi yang ditandingi oleh beliau sebagai ahli PAS, watikah dari PAS, kerja penat ahli PAS dan rakyat di kawasan beliau yang tidak mengimpikan jawatan dan pangkat itulah sebenarnya satu tindakan ekstrem, ganas, pentingkan diri dan pelampau.

Tak sudah-sudah menuduh AMANAH melarikan kerusi PAS. Memang sakit hati PAS apabila kerusinya berkurangan... tetapi apa yang dilakukan oleh Mujahid dan beberapa orang MP dan ADUN yang lain yang menyertai AMANAH adalah betul, samada dari segi undang-undang atau pun moral.

Dari segi undang-undang tiada apa-apa kesalahan untuk mereka beralih kepada parti lain. Dari segi moral pula memang patut pun mereka kena ikut suara rakyat kerana mereka menang dulu kerana sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukan kerana mereka calon PAS semata-mata. Berdasarkan kenyataan itu, sepatutnya wakil rakyat PAS yang perlu letak jawatan kerana mengkhianati rakyat.

Jadi ternyata kritikan Samsuri itu kesasar dan justeru itu kritikannya itu merupakan tindakan ekstreme, ganas, pentingkan diri dan pelampau .... kerana taksub kepada Presidennya.

Seterusnya persoalan jalur ekstrem... jalur kekerasan yang disebut oleh Mujahid.

Ia sesuatu yang terang dan nyata... semenjak dari muktamar yang ke 60 lagi... sudah wujud jalur ektreme di mana para pemuda PAS sudah mula melakukan ejekan dan boo-mengeboo di dalam muktamar PAS. Kemudian diikuti dengan beberapa siri keganasan dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin progresif yang ada di dalam PAS termasuk insiden Safwan Anang yang diugut oleh beberapa orang ahli PAS. Himpunan demo depan pejabat PAS yang mencaci dan memaki golongan progresif dalam PAS. Beberapa minggu lalu, keluarga pemimpin AMANAH Marang iaitu Ust Miqdad Zakaria diganggu dan diugut....

Semuanya itu adalah jalur ekstrem yang berlaku di dalam PAS. Dan itu semua adalah "hasil tarbiyah" pimpinan PAS sendiri yang telah menghamburkan kata-kata cacian dan makian terhadap mereka yang tak sehaluan... dengan perkataan-perkataan seperti broker, barua, tolol, pengkhianat, anjing dan sebagainya.

Hukum kebenaran dna keadilan akan tetap berjalan.... yang bersalah tetap terhukum... tunggukan!
Read More

Thursday, 21 May 2015

PUTAR BELIT & pembohongan oleh PM yang berbangsa UMNO...Giliran Husni Hanadzlah pula bersilat?

Khamis, 21 Mei 2015


PUTAR BELIT & pembohongan oleh PM yg berbangsa UMNO sudah menjadi makanan ruji dlm UMNO..

Daripada Abu Hurairah beliau berkata: Rasulullah bersabda:

"Akan ada pada akhir zaman pemerintah-pemerintah yang zalim, menteri-menteri yang fasiq, hakim-hakim yang khianat dan para fuqaha' yang menipu. Barangsiapa antara kalian yang menemui zaman tersebut janganlah kalian menjadi untuk mereka pemungut cukai, pegawai kanan dan polis."

[Al-Thabrani dalam Mu'jam al-Ausath (4190) dan al-Shaghir (564); al-Khathib dalam Tarikh-nya (11/577)]




SIAPA PEMBOHONG SEBENARNYA !!!
KENAPA PM suka kencingkan rakyat ???

Sampai bila nak kelentong & mengencing pada rakyat pasal #1MDB.. lagi lama kamu bertahan jadi PM & pertahan kebobrokan 1MDB, lagi banyaklah kebobrokan & penipuan kamu akan terbongkar satu persatu..

Admin berharap agar Najib kekal PM sampai PRU14 agar mudah bg kami di SR nak 'telanjangkan' kamu kelak..

p/s: KENAPA admin2 Friends of BN - Barisan Nasional tak berani nak dedahkan kenyataan CEO 1MDB tu..


https://www.facebook.com/frensofbn/photos/a.10150838414749998.412748.129843674997/10153073828244998



1MDB - Giliran Husni Hanadzlah Pula Bersilat Pertahan Najib

Simpanan 1MDB di Pulau Cayman 'unit', bukan tunai

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui terdapat salah tafsir berhubung sejumlah AS$1.1 bilion (RM3.97 bilion) yang ditebus daripada Kepulauan Cayman oleh 1MDB.

Katanya mungkin terdapat kesalahan tafsiran bahawa jumlah yang ditebus dan disimpan di Singapura itu dalam bentuk tunai.

Sebaliknya, kata beliau lagi, simpanan itu dalam bentuk “unit”.

Diminta mengulas maksud sebenarnya sama ada dalam bon atau bentuk lain, beliau hanya menjawab “unit”.

Husni mempertahankan 1MDB dengan menegaskan bahawa unit simpanan itu benar-benar ada dan bertujuan untuk membayar semula hutang secara khusus.

- mkini
BLM.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena