Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Thursday, 5 May 2016

Letih Kita 'Dikerjakan' Hadi? Lagi 8,000 tahun la BN pegang Sarawak.

Khamis, 5 Mei 2016

Letih Kita Dikerjakan Hadi Awang


Kerusi ADUN Sarawak ada berapa puluh? Kerusi DAP bertanding ada berapa ribu?

Kalau nak Bumiputera Islam memerintah, maknanya lagi 8,000 tahun la BN pegang Sarawak. Parti bumiputera di Sarawak semua condong senget ke HAMNO/BN.

Tak kan itu pun tak nampak. Kahkahkah!

Sapa pegang tak penting. Yg penting jgn rasuah, jgn rembat balak suka hati, jgn kebas tanah org asal suka pala bapak kau.

Lebih baik duduk celah kangkang kapir yg bersih drpd duduk bawah payung HAMNO/BN yg korup sampai tulang sum-sum. Kahkahkah!

DAP tak boleh. HAMNO/BN tak boleh. Habis nak bagi sapa?

Bagi PAS la.... Kakahkah!

Sudah lah! Pooorah!

Dapat pegang Tganu sekali, dah terkebil-kebil.

Letih. Kahkahkah! Kahkahkah!

Posted by 

Hadi: PAS mahu hanya bumiputera Islam perintah Sarawak

Anne Muhammad

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya 'tidak menghalalkan' orang lain dan tidak setuju DAP memerintah Sarawak.
PAS, katanya, mahu pemerintah itu di kalangan orang Islam bumiputera.
Abdul Hadi berkata bangsa Cina dan India boleh menjadi rakyat namun ia perlu dipimpin oleh pemimpin beragama Islam.




“PAS mahu Sarawak diperintah oleh bumiputera, bukan kaum lain tapi bumiputera mesti perintah Sarawak dan PAS mahu ia bumiputera Islam.
“Kita tak menghalalkan orang lain, kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak kita tidak setuju. Kita terima orang Cina, India jadi rakyat, kita layan adil semua tapi memerintah negeri mesti bumiputera,” katanya.
Hadi berkata demikian dalam ceramahnya yang di hadiri kira-kira 250 orang di Padang Hadapan Masjid Ikhwanul Muslimin, Taman Sukma, Kuching malam tadi.
'PAS nak jadi penasihat'
Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS hanya menghantar 11 calon, bukan mahu memerintah Sarawak, sebaliknya kerana mahu menjadi penasihat kepada kerajaan yang akan dibentuk selepas pilihan raya negeri (PRN) nanti.
“PAS bertanding 11 kerusi (dalam PRN), kalau PAS menang 11 kerusi masih ada 72 kerusi ada lagi, PAS tidak boleh memerintah dengan 11 kerusi.
“Mereka nak 71 kerusi ambil ambil sebab PAS cuma nak 11 kerusi sahaja tujuannya apa, untuk jadi penasihat dengan menasihati kerajaan supaya memerintah dengan mana adil seperti ditunjuk oleh Islam,” katanya disambut dengan sorakan ‘Allahuakbar’.
Hadi turut mengingatkan rakyat di negeri Sarawak bahawa PRN merupakan amanah mereka untuk memilih pemimpin yang boleh membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri supaya dapat didengari.
“Pilihan raya adalah beri kuasa pada rakyat untuk pilih pemimpin dia setiap lima tahun sekali. Pilih pemimpin bukan dibayar RM10, RM50, bukan RM5,000. Pilih pemimpin adalah amanah tapi kita difahamkan pilihan raya ini adalah peluang dapat wang tambah poster, dapat duit.
“Pilihanraya ini amanah, kita pilih pemimpin kita duduk di dewan negeri bercakap bagi pihak kita di dewan, bercakap perjuangan kita, hak kita, tuntutan kita itu makna pilihanraya,” tegasnya.
Malaysiakini.


Read More

Monday, 25 April 2016

LIVE: Sarawak tanpa kehadiran Umno! Hari penamaan calon Mat Sabu berjaya "lolos" ke Sarawak.

Isnin, 25 April 2016




Hari penamaan calon Mat Sabu berjaya "lolos" ke Sarawak
25 April 2016 | HAZRI NAWAR
Kemasukan topeng muka wajah Mat Sabu dengan jumlah yang banyak itu bakal memeriahkan lagi suasana kempen pilihan raya kali ini.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) yang dihalang daripada memasuki Sarawak, akhirnya berjaya 'meloloskan' diri ke negeri ini bagi menyertai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 kali ini.
Mohamad yang dihantar pulang ketika cuba memasuki Sarawak pada 22 Mac lalu, dilihat kembali berada di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi parti itu sejak petang semalam.
Malah kemasukan topeng muka wajah beliau dengan jumlah yang banyak itu dilihat bakal memeriahkan lagi suasana kempen pilihan raya kali ini.
Pagi ini sempena hari penamaan calon, rata-rata penyokong Amanah dilihat mengenakan topeng wajah Mohamad, sebagai tanda kebersamaan dengan presiden parti itu selepas beliau tidak dapat menyertai kempen kali ini.
Amanah yang dilancarkan September tahun lalu, buat julung kalinya menyertai pilihan raya kali ini bersama PKR dan DAP dalam muafakat Pakatan Harapan.
Mereka akan meletakkan calon bertanding di 13 daripada 82 kawasan Dun Sarawak termasuk Demak Laut, Muara Tuang, Sadong Jaya, Samariang, Gedong, Sebuyau, Kuala Rajang, Beting Maro, Kabong, Semop, Daro, Jemoreng dan Balingian.
Sumber: Malaysia Dateline


  • Diterbitkan pada 25 April 2016 12:37
  •   
Read More

Tuesday, 5 April 2016

[Video] Kami tak akan bawa Umno ke S'wak, kata pemimpin PBB & "Umno sebenarnya tak pernah wujud secara rasmi di Sarawak".

Rabu, 6 April 2016

Kami tak akan bawa Umno ke S'wak, kata pemimpin PBB

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abang Johari Openg hari ini menafikan khabar angin bahawa parti komponen BN itu akan cuba menubuhkan Umno di Sarawak.
"Saya ingin nyatakan dengan jelas, bahawa kita tidak akan membawa Umno ke Sarawak, sama ada oleh pemimpin semasa atau masa hadapan," kata Abang Johari kepada pemberita selepas taklimat pilihan raya parti hari ini.
Umno tidak wujud secara rasmi di Sarawak. Pemimpinnya tidak pernah dihalang daripada memasuki negeri ini.
Abang Johari juga menafikan pembabitan Ahli Parlimen Petra Jaya, Fadillah Yusof dalam melobi untuk membawa Umno.
"Fadillah dikatakan sebagai pemimpin yang cuba membawa masuk Umno.
“Dulu mereka gunakan nama saya tetapi sekarang bahawa saya telah tua, mereka kata Fadillah pula akan membawa masuk Umno," katanya.
PBB menguasai 35 daripada 71 kerusi negeri dan dijangka meletakkan calon untuk bertanding di 11 kerusi baru yang diwujudkan November lalu.
Ditanya mengenai jaminan bahawa Umno tidak akan menjejak ke Sarawak, Abang Johari berkata kedua-dua komponen itu mempunyai "persefahaman bersama" bahawa PBB adalah tulang belakang BN negeri.
"Terdapat perbezaan yang besar antara Umno dan Sarawak, kerana di Sarawak kita mempunyai bumiputera dengan latar belakang yang berbeza-beza.
“Dalam Umno, mereka tidak mempunyai demografi seumpama itu. Terdapat perbezaan. Senario ini berbeza,” katanya.



Malaysiakini
Read More

Wednesday, 21 May 2014

Terkini! Kitak Tuk Sarawak: PERANG BESAR BN...tak boleh selesai punya!

Rabu, 21 Mei 2014

PERANG BESAR BN!!! Bukan di Teluk Intan tapi di Sarawak, tak boleh selesai macam kes Terengganu

 
Presiden sementara Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing mengisytiharkan, akan berlaku “perang terbuka” jika Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) diterima ke dalam BN negeri.

“Akan terdapat perang terbuka jika TERAS bertanding mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Anggota Parlimen Bintulu itu menambah:

“Bagaimana akan ada perpaduan jika tiga komponen parti akan hilang peruntukkan kerusi tradisional BN kepada TERAS jika ia diterima ke dalam gabungan?

“Musuh sedang menunggu untuk meraikan apabila kamu bertengkar dan berbalah.”

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Peter Minos menyelar Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kerana menentang kemasukan TERAS dalam BN.

Monos berkata, penentang langkah itu patut mengambil kita perpaduan dalam BN dan mengkaji semula pendirian mereka.

Sebelum ini, empat pemimpin SUPP, tiga daripadanya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), keluar parti dan memberi nafas baru kepada TERAS.

TERAS juga menerima penyertaan Menteri pembangunan sosial Tan Sri William Mawan Ikom dan anggota Parlimen Baram Anyie Ngau yang meletakkan jawatan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Menyertai mereka, ADUN Pelagus dan timbalan presiden Parti Pekerja Sarawak George Lagong dan empat wakil rakyat yang dipecat – dikenali G4 – iaitu Peter Nansian (Tasik Biru), Sylvester Entri (Marudi), Paulus Gumbang (Batu Danau) dan Rosy Yunus (Bekenu)
Read More

Friday, 16 May 2014

Tak 'Terkejut' Pung! Sarawak: Sembilan ADUN, dua ahli Parlimen tinggalkan parti...

Jumaat, 16 Mei 2014

Photo: Gua bukan nak membahan...Tapi please laa jangan tunjuk mentaliti bahalol dikhalayak ramai...Maaf terkasar bahasa...huhuhu~



4 hrs 


PANAS!!!!! VIRUS TERKEJUT BAKAL MEREBAK KE PAHANG PULA. Perubahan kepimpinan terutama Menteri Besar di Pahang dipercayai hampir pasti berlaku selepas beberapa kali tertangguh.

Selepas Mat Said digantikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu, angin bertiup kencang di Pahang pula. Desas desus mengatakan giliran Datuk Seri Adnan Yaakob dari Pahang pula bakal tiba dan pertukaran itu dijangka akan diumumkan tidak lama lagi. Dua nama disebut sebagai bakal menggantikan Adnan iaitu sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Shakar Shamsuddin dan ADUN Benta, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak. Selain Terengganu dan Pahang, ada ura-ura pertukaran yang sama di beberapa negeri lain bakal turut berlaku.

Nampaknya semakin menjadi jadi pulak virus ni.. Makin ramai yg akan terkejut nanti.. Adakah watak utama FILEM TERKEJUT DAN U-TURN akan bertukar??
 — withPakatan Harapan RakyatAhmad AzriLillie Leehanie Ori and 47 others.

Sarawak: Sembilan ADUN, dua ahli Parlimen tinggalkan parti

KUCHING: Persidangan hari terakhir Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-17 pada Khamis dikejutkan dengan pengumuman peletakan jawatan Tan Sri William Mawan Anak Ikom sebagai Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP ) yang juga merupakan Ahli Parlimen P205 Saratok.

William Mawan membuat pengumuman tersebut kepada pihak media selepas selesai majlis penangguhan persidangan di bilik media Dewan Undangan Negeri Sarawak di mana William Mawan turut mengumumkan beliau akan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) .

Selain William Mawan, turut membuat pengumuman keluar dari SPDP adalah empat orang ADUN iaitu ADUN Tasik Biru, Datuk Peter Nansian, ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri, ADUN Batu Danau Paulus Palu Ngumbang dan ADUN Bekenu Rosey Yunus. Turut mengumumkan keputusan meninggalkan parti ialah ahli Parlimen Baram Anyie Ngau.

"Bagi menyelesaikan masalah dalam SPDP, saya ingin mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai Presiden SPDP. Ini bukan kes kapten meninggalkam kapal, tetapi kerana kurang berpuas hati," kata William Mawan.

Beliau juga menyatakan bahawa dia percaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah maklum tentang peletakan jawatannya dan beliau bersedia untuk mengambil risiko berkenaan.

Tindakan William Mawan dan beberapa ahli SPDP yang menyertai parti TEGAS turut diikuti oleh empat ADUN Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang terdiri daripada ADUN Bawang Assan iaitu Datuk Seri Wong Soon Koh, ADUN Bengoh, Datuk Jerip Susil, ADUN Opar Ranum Mina dan ADUN Engkelili Johnichal Rayong Ngipa.

Selain itu, ADUN Pelagus dari Parti Pekerja Sarawak (SWP) iaitu George Lagong juga turut membuat keputusan untuk menyertai parti TEGAS.

Dalam pada itu, Datuk Peter Nansian yang merupakan ADUN Tasik Biru memaklumkan bahawa parti TEGAS akan membuat permohonan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai parti komponen BN negeri.

Peter turut menyatakan jawatan dalam parti TEGAS akan ditentukan kemudian selepas segala urusan selesai.

"Kami telah membuat permohonan kepada BN untuk menyertai parti komponen BN dan selebihnya kami serahkan kepada mereka. Selepas ini kami akan menghantar permohonan secara formal," kata Peter.

Namun demikian, kesemua mereka yang membuat pengumuman keluar parti SPDP masih lagi memegang beberapa jawatan menteri memandangkan mereka masih lagi bersama BN.

SPDP ditubuhkan pada November 2002 dan sebelum ini terdapat beberapa kekecohan dalam parti berkenaan dimana Ketua Wanita SPDP telah mengadakan serta meluluskan usul undi tidak percaya terhadap presiden parti.

Dalam satu mesyuarat yang diadakan oleh sayap Wanita pada Sabtu lepas, 18 daripada 20 orang yang hadir bersetuju untuk meluluskan usul tersebut.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak enggan memberi komen berkaitan penubuhan parti baru di Sarawak yang menjadi bualan ramai di negeri itu ketika ini di mana ramai di antara ahlinya merupakan individu-individu yang membuat pengumuman keluar parti SPDP mulai Khamis.

Ketika ditanya tentang parti TEGAS serta pengumuman William Mawan tentang keputusan beliau keluar parti, Tan Sri Adenan Satem berkata, buat masa ini beliau hanya akan bertindak melihat dahulu perkara berkenaan dan akan membuat kenyataan rasmi kepada pihak media dalam masa terdekat.
KERABU BERSUARA
Read More

Saturday, 29 March 2014

NASA: Malaysian negara nombor 1 di dunia dalam memusnahkan hutan... paling teruk Perak & Sarawak!

Ahad, 30 Mac 2014


~~TAHNIAH BUAT RAKYAT SARAWAK YANG MASIH MAHU BEE END MEMERINTAH...TIDAK LAMA LAGI RAKYAT SARAWAK AKAN MENERIMA PELBAGAI NIKMAT DARI BEE END PASTINYA JIKA UMNU BERTAPAK KUAT DI SARAWAK AKAN BERLAKU PENCERAHAN DARI KEGELAPAN ....SEMUA HUTAN DAN KHAZANAH NEGERI SARAWAK AKAN CERAH..SECERAHNYA...wkakaaakaaaa... — with Innalillahi Ozil Alvaro Arbeloa and 36 others.

Pembalakan hasil bumi serawak dibawa keluar dari hutan hutan hujanabgrara.wordpress.com
Read More

Friday, 14 February 2014

Mengapa PAS, PKR & DAP boleh bertapak dan bertanding di Sarawak? Umno No!

Sabtu, 15 Februari 2014

Photos of Buletin Pakatan



Aidila Razak
3:01PM Okt 5 2012

Walaupun anak ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir menjadi kaya raya hasil manfaat daripada negeri, Peruntukan undang-undang sedia ada tidak membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Tan Sri Taib Mahmud atas dakwaan salah guna kuasa.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Mohd Shukri Abdull berkata, Taib sama ada mengisytiharkan kepentingannya atau tidak hadir semasa mesyuarat yang membuat keputusan menganugerahi projek negeri kepada Bekir dibuat.

"Berhubung anaknya, dan pengakuan (bekas) menantunya di mahkamah. Betul, dia menerima konsesi seperti balak, yang boleh dijual dan menghasilkan banyak wang.

"Tetapi dia mohon projek itu dan dapat. Bapanya tidak membuat keputusan, ia diluluskan oleh ahli exco (kabinet Sarawak). Ini kelemahan undang-undang," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Shukri diminta mengulas sama ada keterangan dalam kes Bekir dan bekas isterinya Shahnaz A Majid yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah boleh digunakan sebagai bukti terhadap ketua menteri.

"Kamu sebut namanya (Taib), bukan saya," katanya.
 — with Dppk Bagan,Ismaily Bungsu BMohamad SulaimanTengku Seligi AlphaAsuwad IsmailApitz HafizFitri Fit IIPakatan Harapan RakyatDppk BakriNur ShahilBus ManSiti Aishah HanipahAsfanizam AbdullahAswadil Azmir IIIPakatan Rakyat HarderwijkAsrol AffandiAbdul Wahab Bin AliIpoh MaliHamid IsWak SenggolAlia Hamat AbdullahAnakSungai Derhaka,Ir ArtDap KepongFauzi Bakar


Taib Mahmud tahu 'Hamno Busok Sampai Ke Usus'

Photo: SOALAN YANG RAKYAT KENA TANYA DIRI SENDIRI:

1. Kenapa Taib Mahmud pesan jangan benarkan Hamno bertapak dibumi Sarawak?

2. Kenapa pula PAS, PKR & DAP buleh bertapak dan bertanding diSarawak?

Jawapan: Taib Mahmud tahu 'Hamno Busok Sampai KeUsus".
SOALAN YANG RAKYAT KENA TANYA DIRI SENDIRI:

1. Kenapa Taib Mahmud pesan jangan benarkan Hamno bertapak dibumi Sarawak?

2. Kenapa pula PAS, PKR & DAP buleh bertapak dan bertanding diSarawak?

Jawapan: Taib Mahmud tahu 'Hamno Busok Sampai KeUsus".


Ammm!! 
NO!!!!!!!
Photo: Ammm!! 
NO!!!!!!!


SPRM janganlah bacul sangat tolong siasat.betul ke tak ni..

Senarai harta milik Taib Mahmud.. Dia lebih kaya dari Husin Lempoya saudagar unta. Harta nya banyak di luar negeri, di pakistan, gohedgostan, hindustan dan negeri setan... Tengok sendiri, mana tau kawasan anda pun milik menteri pasola daripasir dua butir ini. Hanya jason King saja yang berani melawat menteri pasola ini.. Hahaha

1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk PlantationsEntiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60%pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi(sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas Celerity Design Sdn Bhd – AbuBekir Taib (anak Taib Mahmud).

3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang FutureAtmosphere Sdn Bhd Abu Bekir Taib.

4. 11,000 hektar di Ulu Medamit, Limbang –Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

5. 3,000 hektar … di Tinjar,Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad(keluarga Taib ygberkahwin dgn bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) & CEO kpdSCORE Wilson Baya Dandot.

6. 750 hektar … di Jalan, Miri.
7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan trbang,Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd & MestiBersatu Sdn Bhd Taib Mahmud & Raziah Mahmud.

8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – PremiumHaven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

9. 5,000 hektar … di Sungai Teru & Batang Baram –Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

10. 1,100 hektar di Sungai Karap Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

11. 10,000 hektar di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.

12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – UkiranMantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

13. 4,000 hektar di Sungai Bok, Tinjar – Log OakPromotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

14. 4,500 hektar di Sungai Tutoh Syarikat RadiantLagoon – Abu Bekir Taib.

15. 5,000 hektar di Sungai Karap & Sungai Kulak –Amgreen Gain Sdn Bhd –Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

16. 50 hektar … di SungaiKarabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupuTaib) & Hasmi bHasnan.

17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai –Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).

18. 2,600 hektar di Jalan Setium – Mega BumimasSdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi(sepupu Taib).

19. 10,000 hektar di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd –Mohamid Morshidi binAbdul Ghani (SetiausahaBN Sarawak).

20. 4,500 hektar … di Similajau– Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi binAbdul Ghani (SetiausahaBN Sarawak).

21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.

22. 1,600 hektar … di Setuan –Hasmi Hasan (proksi Taib).

23. 10,000 hektar di Sungai Takan & Ulu SungaiNyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd Elia Geneid (anak saudaraTaib).

24. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagianbesar kawasan ini asalnyaadalah hutam simpan Setuan Besar) – SaraduPlantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd & Kumpulan Parabena Sdn Bhd – RaziahMahmud (adik Taib) & Robert Geneid (ipar Taib).

25. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – SarawakPlantations Entitiperniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimilikiolh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmib Hasnan.

26. 5,000 hektar … di Mukah –Delta Padi Sdn Bhd (TaibMahmud) & LCD (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

27. 5,000 hektar di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd Taib Mahmud & AripMahmud.

28. 13,000 hektar di Sungai Bawan Golden Star AceSdn Bhd – Taib Mahmud &Arip Mahmud.

29. 4,000 hektar di Sungai Sikat, Mukah – BellaMagic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

30. 5,000 hektar di Kenyana Rajah Mutiara Sdn BhdTaib Mahmud & Arip Mahmud.

31. 2,000 hektar di Loba Kabang – Victoria SquareDevelopment Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

32. 2,050 hektar di Penasu Igan – Victoria SquareDevelopment Sdn BhdIbrahim Mahmud (abang/adik Taib).

33. 5,000 hektar di Antara Batang, Oya & Batang Mukah – Kub Sepadu SdnBhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

34. 10,500 hektar di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd Taib Mahmud & AripMahmud.

35. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus –Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd Ibrahim Mahmud(abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudaraTaib) & Mahmud bin Ibrahim (anak saudaraTaib).

36. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) &LCD(pengerusinyaialah Taib Mahmud).

37. 2,000 hektar … di BatangLebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) &LCDA (pengerusinyaialah Taib Mahmud).

38. 100 hektar … di SungaiLengan, Sibu – Delta PadiSdn Bhd (Taib Mahmud) &LCDA (pengerusinyaialah Taib Mahmud).

39. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong –Sarawak Plantations –Entiti perniagaan ini telahdiswastakan, 60%pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi(sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

40. 1,113 hektar di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta AnnHoldings) – Hamid Sepawi(sepupu Taib).

41. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – EuropalmSdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) HamidSepawi (sepupu Taib).

42. 90 hektar … di KampungTebang, Batang Lassa,Daro – Multi MaximumSdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) HamidSepawi (sepupu Taib).

43. 15,000 hektar di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd & Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud(abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adikTaib) & Azerina Mohd Arip (ipar Taib).

44. 7,700 hektar di Paloh Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA(pengerusinya ialah TaibMahmud).

45. 9,000 hektar di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – AbuBekir Taib (anak Taib).

46. 5,000 hektar … di SungaiSelepong & Sungai Kawasan – Ample AgroSdn Bhd – Fatimah AbdulRahman (kakak/adik kpd YB Norah bintiAbdul Rahman yg juga sepupu Taib).

47. 70,000 hektar di Bijat Land District, Sri Aman –beberapa buah syarikat yg diuruskan olhTitanium ManagementSdn Bhd – Abu Bekir Taib(anak Taib Mahmud).

48. 2,300 hektar di Sungai Klauh & Sungai Dor –Tabaruk Abadi Sdn Bhd Ali Mahmud (abang/adikTaib Mahmud).

49. 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – SarawakPlantations Entitiperniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimilikiolh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmib Hasnan.

50. 900 hektar … di Melugu,Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan,60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmib Hasnan.

51. 7,000 hektar di Simunjan GedongPlantation Sdn Bhd –Naroden Majais (ahlipolitik BN).

52. 5,000 hektar di BatangSadong – Indranika JayaSdn Bhd – Naroden Majais(ahli politik BN).53. 5,600 hektar …
di BatangSadong – Hydroflow SdnBhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

54. 700 hektar … di AntaraSungai Igom – Poliga SdnBhd – Ahmad bin Su’ut(bomoh Taib Mahmud).

55. 1,000 hektar … SarawakPlantations – Entiti perniagaan ini telahdiswastakan, 60%pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi(sepupu Taib) d Hasmi b Hasnan.

56. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh TaibMahmud).

57. 354 hektar … tanah NCRpenduduk KampungSegenam, di antara Batang Sadong &Ensengai Road, Serian –diberikan kpd UsahaJasamaju Sdn Bhd –pemegang saham UsahaJasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), TingKang Hwa (187,500 unit),
Betty Yii Pick Koung (7,500unit), Wong Kuok Kai(325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd(50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit),Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) &Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit)

– Nota :

Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun drpd Ta Ann Holdings & ChaiMin Kian adalah politikus parti komponen BNSarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dgn Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yg merupakan PengerusiEksekutif Ta AnnHoldings.

58. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings BerhadRaziah Mahmud (kakak/adik Taib).

59. 10,000 hektar di Sungai Bakong & Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd –Abu Bekir Taib (anak TaibMahmud).

60. 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA(pengerusinya ialah TaibMahmud) & Lanco Plantations (keluarga AripMahmud – abang/adikTaib).

61. 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga Sarawak Plantations –Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60%pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi(sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

Kekayaan perbadi Taib ialah AS$ 15 Billion (RM46 Billion).
Harta keluarga AS$21 bilion(RM64 bilion).
 — with Harris Nasril.


Orang Terkaya di Malaysia : Taib Mahmud VS Robert Kuok? Kekayaan Taib Mahmud Bernilai RM46 Bilion?

   
Email
Kami sangakakan pemimpin politik yang agak kaya dan mewah, pastinya Khir Toyo bekas doktor gigi yang pernah memegang jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini. Rumah Khir Toyo sahaja bernilai RM24 juta. Tetapi sangkaan kami meleset. Dilaporkan Taib Mahmud jauh lebih kaya berbanding pemimpin politik di Malaysia yang lain malahan besar kemungkinan jauh lebih kaya berbanding pemegang takhta orang terkaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok. Benarkah? Di mana kebenarannya…..

Orang Terkaya di Malaysia ? : Bagaimana Taib Mahmud & Keluarga Boleh Mengumpul Kekayaan Sebanyak US$21 (RM64 Bilion)?

Laporan NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menyebut Taib Mahmud :
Read More

Sunday, 31 March 2013

Kajian PRU13: Sokongan BN Merosot Di Sabah & Sarawak!

Ahad, 31 Mac 2013

Kajian PRU13 Di Sabah & Sarawak

Read More

Monday, 11 March 2013

Tanya Sama NAJIB Apa Sebab Goyang!!! - by Anwar Ibrahim

Selasa, 12 Mac 2013
Tanya Sama Najib....!!!

News Berkaitan:Perkonsian Idea!
WALAUPUN DALAM SUASANA PERANG DI SABAH, KITA DISAJIKAN DENGAN LAWAK BODOH DI SEMENANJUNG
SEKALI lagi rakyat Malaysia dihidangkan dengan lawak bodo pemimpin Umno.  Hiruk pikuk media mereka mengaitkan tragedi di Sabah dengan lagu popular DS Anwar yang menggerunkan Najib Altantuya iaitu "Tanya pada Najib Mengapa Sabah Goyang, Nanti Jawab Najib Sabah nak Hilang" maka dengan serangkap lagu itu maka musuh pun masuk dengan mudah ke Lahad Datu.  Kah...Kah...Kah...

Kita silap besar kerana tidak suruh DS Anwar menyanyi lagu berkenaan negara Israel pula kerana jika beliau menyanyi maka ghuyublah negara zionis tersebut.  Mudah, bukan?  Tidak perlu berperang dan berjihad lagi menentang Israel.  Hahahaha...

Semakin celaru otak pencacai-pencacai mereka yang taksub dengan "BR1M dan One Off".  Hari ini pemimpin Umno kutuk dan burukkan DS Anwar, malamnya secara diam-diam harga minyak naik 20 sen.  Dalam diam-diam juga sebelum itu Insuran kenderaan dinaikkan.  Mudah je mahu tipu puak-puak pencacai yang makan bersuap ini.

Dalam TV3 suku tadi, Zul Kulum pula mengulas pasal DS Anwar menyanyi lagu tersebut dan Sabah pun diceroboh.  Hahahaha....Aku sudah kata dulu tidak semua peguam tu cerdik, yang tolol pun bersepah dan salah satunya Zul Kulum seorang peguam yang tidak pernah kendalikan kes-kes besar melainkan menjadi tukang bawa beg dan fail Karpal Singh sewaktu kes fitnah Liwat DS Anwar yang pertama dulu.  Mungkin kes-kes laki bini mohon cerai atau bergaduh ada lah kot Zul Kulum ni kendalikan.  Itu pun banyak kalah dari menang gamaknya sebab susah mahu lihat Peguam bodoh boleh menang kes.

Mengapa Zul Kulum tidak bertanya persoalan asas isu di Lahad Datu iaitu, "Bagaimana musuh boleh melepasi sempadan dan menjejakkan kaki ke bumi Sabah dengan begitu ramai lengkap bersenjata?".  Selaku seorang peguam yang cerdik, tentulah terfikir oleh beliau soalan itu sepertimana juga kita terfikir mengapa Altantuya dibunuh dan siapa yang arahkan Altantuya dibunuh dan apa motifnya?  Itu persoalan asas je.  Tapi Zul Kulum tidak terfikir mahu bertanya soalan itu kerana mustahil beliau mahu bertanya pada Najib yang sering ditemaninya ke luar negara tentang perkara-perkara tersebut.

Syukur, rakyat tidak bodoh macam Zul Kulum.  Rakyat tahu negeri atau negara tidak boleh diceroboh oleh musuh dengan hanya serangkap lagu.  Negara boleh hancur hanya jika pemimpinnya tidak peka tentang keselamatan negara itu sendiri, sebaliknya sibuk mengkayakan anak bini dan adik beradik sendiri.  Beli peralatan pertahanan pun siap dengan komisyen, tetapi tentera pergi operasi naik Air Asia.  Kahkahkah...

Kita menyanjung tinggi pengorbanan pasukan keselamatan Polis dan tentera yang sedar akan amanah rakyat terhadap mereka untuk mempertahankan negara ini.  Pedulikan orang politik yang menyebabkan kerosakan ini kerana pasti rakyat akan menghukum mereka.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 10:57 PTG, 7 Mac 2013.
Komentar
4 ULASAN:

ymd8 Mac 2013 6:53 PG
ye ke bai..(kabatu siar tau jgn takut2 mcm hisaputing KDN)
Tahniah la.. krn berjaya buat kaum sulu membenci kerajaan..
kira ok la tu... selagi tembelang tak pecah k...
setahu aku 'dia' punya teruk 'berkerja' ..berbaloi apa...
kaum kristian sabah dah lama benci bn dah...tahniah la juga...selagi Allah tak murka ya..
ingat bai... Allah maha bijaksana walau dlm bidang politik pun....jgn happy sgt..

Balas
MariaCassiopeia Somewhere in earth8 Mac 2013 8:01 PG
DSAI bila ceramah selalu dia akan nyanyikan serangkap lagu ANAK Kecil MENANGIS, agak nya lah, selalu sebut Sabah nak hilang,DSNajib baru tersedar dari mimpi Sabah nak hilang, apa lagi kelam kabut...cipta satu sandiwara yang mana NYAWA Rakyat dan Anggota Keselamatan di PERTARUHkan utnuk memenuhi HAJAT sang PENGUASA agar terus BERKUASA...Ingat, macamana baik sekali pun Perancangan MANUSIA, Ingat, Perancangan ALLAH lagi MAHA HEBAT...

Balas
baretta8 Mac 2013 3:40 PTG
Dari awal hati aku dah bertanya, mcmana boleh di ceroboh? Mcmana MIO buat kja? Org dtg dgn senjata, kita pulak sambut dgn rundingan? Knpa polis yg handle? Knpa tidak askar? Yg dtg askar, yg sambutpun askar la! Apa ke jadahnya polis yg pegi? Rupa2 nya ada yg tersirat di sebalik yg tersurat.....!!! Klu majoriti rakyat berspekulasi ini berpunca dari projek IC mamak Kutty, aku pulak nak lontarkan idea aku. Apakah tidak mungkin ini rancangan serampang 2 mata si Pondan sepupu-sepapat? Klu Projek LD berjaya menarik semula sokongan rakyat, bn mungkin dpt jadi kerajaan lagi. Tapi klu tak berjaya, mamak Kutty berjaya disenyapkan mulutnya. Sekarang nmpknya plan B berjaya...

Balas
sazaleeahya8 Mac 2013 9:30 PTG
Aku ada satu soalan!Kalau kita nk menuntut hutang dr org yg berhutang,bila kh masa yg sesuai utk kita menuntut hutang itu?Sewaktu dia masih ada duit atau selepas dia tk berduit? Kesultanan Sulu datang utk menuntut JANJI Najib!Nak tuntut semasa Najib masih berkuasa atau selepas Najb terbongkang?

LAWAN!   TETAP   LAWANNN!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena