Showing posts with label barang naik. Show all posts
Showing posts with label barang naik. Show all posts

Sunday, 8 October 2017

[Video ANGIN PERUBAHAN POLITIK Rakyat Kelantan] Jangan beri peluang kepada Pas & Mereka tiada agenda untuk membela nasib rakyat menghadapi kemelut barang naik, GST, rumah mahal, kleptokrasi, dan pengganguran.

Isnin, 9 Oktober 2017

Jangan beri peluang kepada Pas

Jangan beri peluang kepada Pas 

Rakyat negara ini harus melihat kemelut yang sedang dihadapi oleh mereka kini amat kritikal.
Ia bukan setakat bebanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semata-mata, sebaliknya kenaikan kos sara hidup, kedudukan kewangan negara yang merudum serta kepimpinan negara yang semakin lemah di bawah kepimpinan Umno-BN.
Menyedari hakikat ini Pas tidak harus diberi sedikit pun mandat atau peluang untuk memenangi mana-mana kerusi Dun mahu pun Parlimen.
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berkata demikian ketika ditemui selepas program ceramah ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh malam tadi.
“Pas tidak mempunyai agenda untuk membela nasib rakyat sepertimana yang sedang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan kini.
“Kehidupan rakyat semakin melarat akibat kepincangan sistem pentadbiran Najib begitu ketara, tapi Pas tidak menentangnya.
“Isu 1MDB yang amat jelas wujud ketirisan sehinggakan dibawa ke Parlimen, sebaliknya mereka menjadi ‘yes man’, ” tegasnya lagi.
Menurut Faiz lagi, isu kemiskinan amat ketara di negeri Kedah sehinggakan ada yang masih menggunakan air sungai seperti di Baling dan Sik.
“Masalah air yang berlarutan sejak sekian lama di Kedah tidak mampu diatasi oleh kerajaan negeri.
“Namun begitu masalah ini tidak pun menjadi keutamaan untuk dibela dan diperjuangkan oleh Pas.
“Sekiranya keperluan rakyat yang sedemikian pun sukar untuk mereka perjuangkan, apa lagi yang boleh diharapkan untuk mereka menentang kepimpinan Umno dan BN, ” ujarnya lagi.
Malah jelasnya, Pakatan Harapan (PH) mempunyai agenda yang lebih besar bagi membela nasib rakyat.
“PH menentang amalan rasuah, penyelewengan dan salah laku yang dilakukan oleh Najib serta kepimpinan Umno dan BN.
“Kita membuat banyak laporan polis terhadap salah urus dan aktiviti kleptokrasi yang hangat diperdebatkan seluruh negara.
“Sebaliknya kita tidak melihat adanya bantahan Pas terhadap amalan kleptokrasi tersebut,” katanya.
Tambahnya lagi, sekiranya kesalahan yang begitu besar berada di hadapan mata oleh kerajaan yang memimpin pun tidak dapat dilihat oleh Pas, apatah lagi kepincangan yang lebih kecil seperti menyalahgunakan kuasa dengan menekan pimpinan pembangkang yang membongkar kesalahan kerajaan pimpinan Umno dan BN.
Sejajar dengan itu katanya, AMANAH Kedah telah pun menubuhkan banyak cawangan setelah mendapat sokongan yang amat memberansangkan, khususnya dalam kawasan yang didominasi oleh Pas sebelum ini.
“Banyak Pusat Khidmat Peduli Rakyat telah dibuka bagi memberi khidmat kepada rakyat tanpa perlu menanti kemenangan dalam pilihan raya umum.
“Amanah dan PH telah sepakat untuk terus memberi khidmat kepada rakyat dengan mengatur pelbagai aktiviti termasuklah turun padang menyelesaikan masalah kehidupan yang dihadapi oleh mereka.
“Alhamdulillah banyak masalah masyarakat telah berjaya diselesaikan dan sokongan semakin bercambah dengan hanya menanti masa untuk dibuktikan melalaui kertas undi sahaja,” katanya lagi.


Read More

Sunday, 8 June 2014

Ahmad Maslan: BN Barang Naik...Selepas GST barang turun?...Tahniah La Pengundi BN!

Isnin, 9 Jun 2014

Harga Makanan, Minuman & Barang Naik Lagi Selepas GST (April 2015), Inflasi Melonjak Naik! Nilai RM Semakin Mengecil?

Harga Barang Turun GST
Harga Makanan, Minuman & Barang Naik Lagi Selepas GST (April 2015) : Berita Semasa masih teringat kenyataan Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri Kewangan melalui laporan Bernama akhir tahun lepas mengatakan yang kerajaan tidak boleh dan tidak mampu mengawal sepenuhnya kenaikan harga harga barang & kos sara hidup di Malaysia.
Sebelum ini, Berita Semasa telah kongsikan bagaimana GST bakal menyebabkan gelombang kenaikan harga barang & lonjakan kadar inflasi di Malaysia (SEPERTI DI SINI). Terbaru….

Respon Pakar Ekonomi Terhadap Kesan GST April 2015?

Ketua penyelidikan Ekonomi Maybank Investment Bank (Suhaimi Illias) menjangkakan GST akan kenaikan kadar inflasi di kalaysia secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman serta baranga di Malaysia
  1. Sekarang ini, hanya 5000 restoran yang mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (10%). Tetapi bermula April 2015, sejumlah 15,000 restoran akan mengenakan GST kepada anda. Bersedia?
  2. Sekarang ini, hanya 40% jenis barangan & perkhidmatan disenaraikan di bawah Indeks Harga Pengguna (IHP). Tetapi bermula April 2015, peratusan akan meningkat sehingga 70%. Lebih banyak barangan akan dikenakan GST.

Apa Pula Kata Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan)?

Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Selama ini, mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun” – Ahmad Maslan
Read More

Monday, 13 January 2014

‘Barang Naik’ bukan disebabkan oleh kerajaan adalah melucukan - Dr Dzulkefly Ahmad

Selasa, 14 Januari 2014
Hasriqlatif IanEriq's photo.

Saya Benci Harga Barang Naik!

Barang naik: Apa lagi yang Najib nak nafi

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kemaman,Terengganu semalam ketika pemberian mangsa banjir adalah sangat mengejutkan kepada pelbagai. 

“Ataukah juga ia tidak lagi mengejutkan kepada pihak yang lainnya,” tanya Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, cubaan Najib untuk meyakinkan rakyat bahawa kenaikan harga barang atau ‘barang naik’ bukan disebabkan oleh kerajaan adalah melucukan. 

Beliau berkata, sama ada Najib sengaja memberi jawapan politik dan cubaannya berdalih atau benar-benar beliau tidak tahu apa punca kenaikan kos mutakhir ini.

“Rakyat lebih suka membaca Najib sengaja berpolitik dan berdalih kerana almaklumlah apa lagi yang dia takut kerana kedudukan dia dan Umno BN di Putrajaya sudah ‘selamat’ walaupun dia wajar diingatkan bahawa Umno BN hanya mendapat 47% dari undi popular.

“Untuk mudahkan Najib faham saya sebutkan begini. Kalau Maybank Investment Bank (IB) pada Oktober lalu mengumumkan inflasi paling tinggi dalam tempoh 20 bulan kerana kenaikan 20 sen RON95 dan diesel pada September 2013 lalu, maka apakah laporan yang bakal dibuat oleh kesemua pihak analysts dan Investment Banks di negara? 

“Ramalan IB-IB ini adalah inflasi tahun ini adalah 3% dan 2015 lebh parah lagi 3.5% hingga 4%,” jelasnya. 

Justeru, beliau menggesa agar Najib cuba memikirkan lebih serius sedikit iaitu impak kali ini adalah akibat dinaikkan serentak dan kesan 'rantaiannya' kepada barangan dan servis adalah sangat berat kepada rakyat. 

Baginya, adalah lucu dan aib bagi seorang PM untuk menafikan hakikat itu.

“Najib tarik 34 sen subsidi gula menjadi harga gula hari ini melonjak dari RM2.50 sekilogram ke RM2.84 sekilogram sebaik sahaja selepas pembentangan,” katanya lagi. 

Di samping itu, ujarnya bermula Januari lalu tarif elektrik pula dinaikkan 15% di Semenanjung dan 17% di Sabah dan Labuan. 

Kemudian, katanya pengumuman tentang kadar tol untuk 13 lebuh raya dibuat dan kos pengangkutan awam (LRT, Monorail, KTM, ERL dan ETS) serta bas sekolah mahu dinaikkan 40%.

“Najib menyebutkan tak semua kenaikan disebabkan oleh kerajaan BN. Dakwanya ada disebabkan cuaca buruk tangkapan ikan kurang dan hasil tanaman tak menjadi. 

“Apakah Najib dapat meyakinkan dirinya sendiri tentang dakwaannya itu?” tanya Dr Dzulkefly lagi.

Sehubungan itu, sebelum rakyat hilang kesabarannya Najib patut tahu kesusahan yang ditanggung rakyat yang berpendapatan rendah semakin parah dan gesaan supaya merubah cara hidup seperti naik motor ke pejabat dan suami-isteri yang buat 2 atau 3 kerja membawa implikasi sosial yang berat seperti hal ehwal anak-anak terbiar menambah pelbagai gejala sosial dan juga kemalangan meningkat.

Bagi beliau, adalah tidak patut sama sekali Najib merendah atau perbodoh rakyat sebegini. 

Katanya, rakyat juga tahu Najib tak mahu ambil tindakan merungkai atau memberhentikan monopoli yang merupakan antara sebab mengapa gula, beras, simen dan besi-keluli dan sebagainya.

Menurutnya, Najib takut bertindak memberhentikan konsesi-konsesi utiliti sperti air, IPP, lebuhraya, pelabuhan dan menamatkan keuntungan kroni yang lumayan tetapi sangat mudah untuk mengenakn apa-apa pun kepada rakyat. 

Katanya, ini semua sebab mengapa kos ditentukan mereka.

“Daripada menangani ketirisan dan kebocoran, hentikan runding langsung dan mewujudkan tadbir-urus yang baik, Najib lebih suka mengenakan GST bagi menambah pendapatan Negara. Inflasi tentunya akan menjadi lebih parah lagi.

“Apa lagi yang Najib nak nafi?” ujarnya lagi.
HD.
Read More

Monday, 9 September 2013

Ulama Umno dikecam kaitkan “Harga barang ketetapan Allah" dalam isu kenaikan harga barang...

Isnin, 9 September 2013
paspb2.blogspot.com
"Harga barang ketetapan Allah"
Mengelirukan orang ramai kerana menjadikan Allah sebagai alasan terhadap kenaikan harga barang...
Nasrudin Hassan - Beserah Kuantan
Nasrudin Hassan
Pemimpin politik dan tokoh agama mengecam tindakan Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang mengaitkan Allah dalam isu kenaikan harga barang, sejurus pengumuman peningkatan petrol dan diesel 20 sen minggu lalu.

Fathul dalam artikelnya di akhbar Sinar Harian bertajuk "Harga barang ketetapan Allah" berkata, kenaikan harga barang adalah ujian dalam bentuk kesusahan dan bukan kenikmatan, serta berhujah dengan peristiwa sama yang berlaku semasa zaman Nabi Muhammad SAW.

"Sedih pemikiran tokoh ilmuan begini.
"Apakah kelak beliau juga akan berkata, maksiat yang berleluasa, jenayah yang meningkat dan penyelewengan serta salah guna kuasa, sebagai rakyat bersabarlah kerana ini semua adalah ketetapan Allah," kata Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di akaun Facebooknya.

Fathul Bari dalam artikelnya berkata, rakyat perlu bersabar dengan kenaikan harga barang dan reda dengan ketentuan yang ditetapkan Allah.

"Siapa yang mengetahui kecuali Allah? Boleh jadi musibah lebih besar terjadi sekiranya hal itu berlaku.

"Oleh itu,Islam mengajar apabila berdepan situasi yang tidak disukai untuk mengucapkan Qaddarallah wama syaa-a fa’al (ALLAH telah menetapkan dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya)," kata Fathul Bari menulis di artikelnya lagi.
 Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas kenyataan Ulama Umno tersebut sebagai tidak berasas dan mengelirukan orang ramai kerana menjadikan Allah sebagai alasan terhadap kenaikan harga barang.

"Apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?" soal Mohd Asri dalam akaun Facebooknya.

Mohd Asri kemudiaan menggesa Fathul Bari supaya berhujah menggunakan ilmu serta meluahkan kebimbangannya terhadap artikel yang ditulis oleh Ulama Umno tersebut.

"Jangan sampai nanti ada pembunuh yang akan berhujah bukan saya membunuh tapi Allah yang menetapkan ajal, pencuri pula akan berkata bukan saya yang mencuri, tapi Allah yang menetapkan rezeki.
"Kerana saya berpegang dengan kata-kata ilmu bukan kerajaan yang mengurangkan subsidi tapi Allah yang menaikkan harga barang," katanya.

Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.

Sejurus pengumuman itu, orang ramai tidak berpuas hati dan menyifatkan langkah tersebut membebankan.

Pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar selepas pengumuman tersebut berkata kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3 peratus tahun ini.

Kerajaan pentadbiran Najib dikritik kerana boros berbelanja sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu dengan memberikan wang bantuan kepada rakyat walaupun dalam krisis kewangan global.

Kerajaan disedarkan mengenai realiti kewangan negara apabila Fitch Ratings, salah satu daripada tiga firma kadar antarabangsa, menurunkan taraf kredit Malaysia kepada negatif bulan lalu atas pengurusan kewangan yang teruk. - 9 September, 2013.
TMI/OLEH MD IZWAN
Read More

Sunday, 14 April 2013

'Mike Tyson' Bakal Mengisytiharkan Menjadi Ahli PAS....di kediaman Tuan Guru Haron Din di Seksyen 1, Bandar Bangi, Selangor jam 12.55 tengah hari tadi.

Ahad, 14 April 2013/3.05pm
KO....BN
BN....KO
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.
Beliau berkata, bekas menteri itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.
"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.
"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.
"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.
Harakahdaily
Mike Tyson Si Leher Beton
Mike Tyson yang terkenal dengan julukan Si Leher Beton boleh garang di atas ring tinju. Tak gentar berhadapan dengan siapapun. Namun, di Masjid Nabawi, ia tertunduk dan meratap hingga air matanya pun mengalir. Inilah pengalaman spiritual mantan juara dunia tinju kelas berat Mike Tyson ketika melaksanakan ibadah umrah. Tyson menjejak Tanah Suci untuk kali pertama pada Jumat, 2 July 2010,
Petinju yang selalu meng-KOkan lawannya di pusingan pertama itu tinggal di hotel dekat Masjid Nabawi dan mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya. Ia mendapat pengawalan ketat saat melakukan shalat Zuhur.
Begitu lah serba sedikit tentang sejarah kemasukan Mike Tyson kedalam Islam, dan terbaru berita gua baru baca, Mike Tyson Malaysia masuk PAS.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau nama timangannya Mike Tyson dilaporkan telahpun menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) sebentar tadi.
Walaupun media-media massa lidah biawak UMNO menafikan desas desus ini dan mengatakan mustahil ini berlaku tapi akhirnya apa yang di katakan oleh IR NIZAR, mantan MB Perak sudah direalitikan.

Ini memberi tamparan hebat kepada UMNO BN. Walaupun Najib cuba untuk di lihat dapat sokongan tapi akhirnya orang kuat BN sendiri sudah meninggalkan parti Lucah itu.
Posted by era pasca.
TERKINI - Muhammad Taib Bekas MB Selangor Sertai PAS Sebentar Tadi
KO...BN




Maklumat terbaru yang diterima mendakwa bahawa seorang bekas menteri besar Selangor difahamkan sudah menyertai PAS sebentar tadi.
Khabar gembira ini disedari beberapa sumber yang berada di kediaman Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din di Seksyen 1, Bandar Bangi, Selangor jam 12.55 tengah hari tadi.
Difahamkan juga bekas menteri besar Selangor yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Muhd Taib yang menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu sendiri kepada Tuan Guru Haron.
Menurut beberapa saksi, Muhammad dikatakan sudah banyak bertaubat dari dosa-dosanya yang lalu dan sering berada di kuliah agama dan masjid sejak beberapa tahun lalu, namun pegawainya meminta agar perkara ini tidak dihebohkan.
Ini bagi menjaga nama Muhammad yang pernah terpalit dengan skandal lama termasuk isu wang tunai 19 kilogram ketika ditahan di Lapangan Terbang Sydney, Australia pada 1998.

Muhammad juga sudah lama berjinak-jinak dengan PAS tetapi mahu perkara itu tidak disensasikan juga kerana masih ramai kawannya dalam Umno sebelum ini.
Setakat ini, PAS belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kemasukan Muhammad tetapi dijangka satu sidang media mengumumkan perkara tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.
Kelmarin, bekas ADUN Batang Kali, Zainal Abidin Sakom yang merupakan kenalan rapat Muhammad memberitahu bekas bosnya itu tidak akan menyertai PAS kerana dikatakan tetap setia dengan perjuangan Umno selain tidak mudah menggadaikan prinsip perjuangannya.
Muhammad menjadi menteri besar dari tahun 1986 hingga 1997 dan kemudian digantikan oleh Abu Hassan Omar.
Sebuah blog yang rapat dengan pimpinan PAS juga meramalkan Muhammad akan menyertai PAS awal pagi tadi namun pada masa itu belum disahkan.

Kita tunggu penerimaan ahli PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya terhadap keputusan mengejut ini.
JALAN PULANG


Ahad, 14 April 2013/ 9.00am
Mat Taib Bakal Isytihar Masuk PAS?
Maklumat terbaru Tulang Besi dapat dari salah seorang AJK PAS Pusat yang telefon terus Tulang Besi adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau nama timanggannya Mike Tyson bakal mengisytiharkan diri beliau untuk menjadi ahli PAS.
Saya tak tau berita ni betul atau tidak tapi sama2 lah kita tunggu pengisytiharan rasmi dari beliau.
Waktu Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat dari beliau pun, Mat Taib tidak menafikannya. Beliau cuma kata beliau tidak mahu komen.
Mari kita doakan hati Mat Taib tidak berubah dan beliau istiqamah untuk terus membuat pengisytiharan itu.
Kalau perkara ini berlaku, alamat UMNO Pusat dan UMNO Selangor habis dan hancur.

TULANG BESI
ps khabarnya Mat Taib telah pun mengisi borang PAS
SEARCH MALAYSIAWAVES
UMNO dan MCA
Hubungan UMNO-MCA Kukuh sbb Sama2 Anti Islam
Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yaasin, dilaporkan berkata bahawa hubungan PAS dan DAP tidak pernah kukuh.
Bagi Tulang Besi, hubungan PAS dan DAP tidak boleh disamakan dengan hubungan UMNO dan MCA. PAS tidak menggadai prinsip bila berkawan dengan DAP.
Sepanjang PAS berkawan dengan DAP, PAS tidak pernah meminda perlembagaan Parti yang menyatakan hukum tertinggi adalah Alquran, Al Hadeeth, Ijma dan Qiyas.
Cuma, PAS menghormati sikap DAP yang tidak bersetuju dengan perlaksaan hukum jinayat Islam.
UMNO pula, lebih senang mengikut cakap MCA apabila MCA tidak mahu hukum syariah dilaksanakan. Tidak berapa lama selepas CHua Soi Lek memberi amaran, Najib Tun Razak terus akur dan mengisytiharkan UMNO menolak perlaksanaan hukum hudud sama sekali. (Saksikan kenyataan CHua Soi LEk diikuti dengan laporan TV3 menunjukkan keakuran NAjib terhadap amaran CHua Soi Lek di sini)
Janganlah Tan Sri Muhyiddin Yaasin rasa hubungan PAS-DAP sama dengan UMNO-MCA. PAS tidak sanggup menggadai hukum Allah berbanding UMNO.
TULANG BESI

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena