Showing posts with label bunuh. Show all posts
Showing posts with label bunuh. Show all posts

Wednesday, 28 May 2014

Penculikan! Pembunuhan! Penyebaran khabar angin di Internet dan media sosial?

Rabu, 28 Mei 2014

Penculikan! Pembunuhan!


Kita Bantai Dot Info shared Aisha Sofiea's photo.
Jupa dh 2 mayat prmpn yg d masuki pculik dlm kerete semasa isi minyak. Skrg sdket jual organ dlm. Sumber bukit Aman.
Semoga semua berhati2
Whatsapp dari KPD

Salam sejahtera semua. Saya panjangkan maklumat yang diterima dari YDH Dato' Wira KP Pg.

Maklumat yg diterima drpd Inbox FB PDRM
Copy dpd group lain. Utk peringatan dn berhati2 ahli keluarga @@BACAAA!! BAHAYA NI!! Semua wanita wajib baca.. Lelaki juga wajib baca untuk mereka yang terrsayang .. HARUS BACA !!!!!!!!!!!!!! Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam .

- Dari acp rizal- kisah benar...
-Di bagi kepada Sarjen Safar...

Batu sebesar buah kelapa di PLUS Bertam - Sg Petani



Bagi mereka yng selalu memandu di lebuhraya..sila ambil perhatian!!!

Salam para sahabat. Sila ambil perhatian tentang adanya satu kumpulan perompak pengguna lebuhraya PLUS sedang berleluasa di kawasan sekitar KM 102, di antara Tmn Ria Jaya
, pasar Singgah Selalu sebelah Timur dan Tmn Ria Indah sebelah Barat. Modus operandi mereka ialah meletakkan batu2 dari sungai sebesar buah kelapa dan berwarna gelap pada waktu tengah malam. Bila kita langgar batu tersebut dan terpaksa berhenti kumpulan perompak ini akan menyerang hendap dan merompak. Saya terlanggar batu tersebut pada pukul 1.10 pagi 14 Mei lepas, dari arah tol tmn Sejati ke tol SP(U). Alhamdulillah kereta saya boleh terus dipandu, dgn keadaan minyak selinder habis bocor sebab bhg bawah enjin pecah, sampai enjin mati selepas tol SPU.

Berikut gambar kereta saya dan mangsa lain..

Malam tadi Cikgu Izady tel saya menceritakan beliau mengalami kemalangan yg serupa pada pukul 5 pagi 1 km sebelum sampai tol Bertam dari arah utara. Jadi rupa2nya penjenayah / pengkhianat anak haram jadah ini, seorang atau berkumpulan, adalah mobile dan memasang perangkap di lokasi2 pilihan. Maknanya operasi puak2 tak berhati perut ini boleh dibuat di mana2 sahaja lokasi yg strategik di lebuhraya. Mereka akan pilih lokasi yg hampir dgn tol sebelum sampai tol supaya senang mereka melarikan diri keluar dari lebuhraya selepas dapat hasil. Anak haram sungguh depa ni.

Saya harap pihak PLUS dpt mengesan barua2 ini dari rakaman kamera di palang2 tol akan kereta2 syak yang lewat selepas waktu kejadian.

Selepas cikgu Izady tel tu baru saya teringat, dlm kejadian yg menimpa saya pada awal pagi 14 Mei itu, sebaik shj saya terlanggar batu tersebut, dlm saya panik mengawal kereta dari terbabas, saya ternampak seorang lelaki berdiri di belakang sebuah kereta di tepi lebuhraya sebelah kiri. Skg baru saya terfikir apa kejadahnya anak haram jadah tu dok tunggu di tepi highway pada waktu2 larut mlm awal pagu mcm tu?

Dalam kes saya, Alhamdulillah.. Allah membolehkan kereta saya itu, walau pun minyak enjin dah habis terkeluar melalui pecahan enjin yg besar di bhg bawah, masih hidup enjinnya, walau pun saya terasa enjinnya semakin nak mati, dan saya masih boleh terus memandunya sehingga sempat melewati palang tol lorong SmartTag Sg. Petani Utara tepat pada jam 01.11:35 (dari rakam kamera PLUS), dan sempat saya membelok ketepi jalan dimana selepas itu baru enjin mati. Habislah hancur bahagian2 dlm enjin yg bergerak kerana enjin terus hidup sejauh 3 km dlm keadaan tidak ada minyak enjin.

Saya difahamkan oleh sahabat yg berkerja dgn PLUS, pada malam yg sama terdapat 8 lagi kes serupa yg dilaporkan kpd PLUS.
Saya harap para sahabat berhati-hati ketika menggunakan lebuhraya pada waktu dinihari yg sebegitu. Pada ketika seperti itu, jln lengang, speed trap pun kita rasa mungkin tak ada, apa lagi, kira nak laju sajalah kita. Tak terlintas langsung ada anak-anak haram jadah sedang menunggu memasang perangkap dgn meletakkan ketulan2 batu sungai yg besar yg gelap warna pada laluan sebelah kanan, iaitu laluan laju. Menurut sahabat saya yg kerja kat PLUS tu gambar2 batu tersebut ada pada PLUS.

Mungkin anak2 haram jadah tu tunggu nak rompak atau tunggu nak panggil tow truck.

Diharapkan para sahabat berhati2. Juga diharapkan pihak PLUS dan Polis dpt memberkas penjenayah / pengkhianat anak haram jadah yg seorang atau bergerak secara berkumpulan itu dgn segera.


SEBARAN BERITA PALSU BERHUBUNG KANAK-KANAK DISELUDUP KE SEMPADAN

Penyebaran khabar angin di Internet dan media sosial bahawa terdapat sekumpulan kanak-kanak yang ditemui di dalam sebuah lori di sempadan utara Semenanjung Malaysia dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai ingin diseludup ke negara jiran adalah TIDAK BENAR.

Hasil semakan mendapati tiada laporan kes sedemikian diterima dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh mendatangkan ketakutan dan kebimbangan kepada umum.

Read More

Friday, 3 May 2013

Video: Anwar Ibrahim Perlu DIBUNUH!...

Jumaat, 3 Mei 2013
HAMIDAH NAK BUNUH ANWAR IBRAHIM


HAMIDAH CEKIK DR LEE BOON CHYE
Kalau rakyat di DUN Sungai Rapat mahukan seorang Adun yang amanah dan bersopan santun, pilihlah Ust Radzi Zainon, calon dari PAS yang masih muda, bertenaga dan handsome! 

Tapi kalau nak pilih yang dah tua, dan samseng ala Sharif Dol, samseng Kampung Dusun itu, pilihlah Hamidah!
Hamidah sangat terkenal dengan ketenginannya dan gelagat samseng ganasnya. 

Siapa yang tidak kenal Hamidah? Yang pernah mencekik Dr Lee Boon Chye seminggu yang lalu? Yang sering menggangu gugat majlis ceramah Pakatan Rakyat! 

Korang kena kepit dan jaga teloq korang kalau berhadapan dengan samseng gila-gila nih sebab kemungkinan dia cekau .... aaargh!

Ketika Anwar Ibrahim turun ke Pengkalan Pegoh, pada 13 Februari 2013 yang lalu, Hamidah juga panggil Ummi Hafilda utk berceramah ditempat yg sama.

Pakatan Rakyat terpaksa pindah ke tempat lain bagi mengelakan bertembung dgn Hamidah. 

Saksikanlah rakaman pada majlis yang Hamidah adakan itu.Gambar tidak jelas, tetapi suara Hamidah yang menyatakan nak bunuh Anwar Ibrahim itu amat jelas sekali! 

Adakah rakyat memerlukan seorang samseng seperti Hamidah Tengin ini untuk menjadi wakil rakyat mereka? Dengarlah ugutan bunuh Hamidah Tengin itu : 


















Read More

Sunday, 7 April 2013

Banner 'Bekas PM': Umno sendiri yang bunuh Najib?

Ahad, 7 April 2013
Bekas PM? Erk..Dah Tahu Ke..
Umno sendiri yang bunuh Najib
Oleh sebab dia tak mau bunoh diri, mereka ambil keputusan untuk bunoh dia !
Kah..Kah..Kah..
POSTED BY DOLLAH YANKE
Najib 'langgar' peraturan kerajaan sementara?
KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya bersama Trasparency International Malaysia pada 20 April lalu disifatkan sebagai kosmetik semata-mata. 
Ini kerana, baru sahaja empat hari parlimen dibubarkan, semalam Najib Tun Razak pula mengumumkan tiga projek pembangunan di Cyberjaya membabitkan kos keseluruhan mencecah RM8 bilion bermula tahun ini. 
Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Najib telah menipu rakyat negara ini dengan apa yang pernah dijanjikan sebelum ini.
Katanya, Najib dilihat telah menyalahgunakan kuasa apabila mengumumkan projek berskala mega sedangkan ianya penyalahi garis panduan kerajaan sementara.
"Sepatutnya dia tidak ada hak untuk mengumumkan apa-apa projek dan dia hanya boleh buat urusan pentadbiran sahaja misalnya soal gaji kakitangan awam," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau turut meminta rakyat negara ini melihat sendiri pemimpin parti dan kerajaan BN yang secara terang-terangan telah membohongi mereka.
"Adakah rakyat Malaysia masih ingin memilih pemimpin dan kerajaan yang pembohong?" soal Mahfuz.
Semalam, Najib mengumumkan tiga projek iaitu merangkumi pembinaan sebuah masjid, 2,500 unit rumah kediaman termasuk 794 unit di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta pembangunan pusat bandar Cyberjaya.
Perdana Menteri berkata, pembinaan masjid bernilai RM62 juta yang mampu memuatkan 8,500 jemaah akan dibina di atas tapak seluas 6.8 hektar dan dijangka siap pada 2015.

Selain pembinaan masjid, Perdana Menteri turut mengumumkan pembangunan projek perumahan di tapak seluas 43.6 hektar dengan kos RM1.2 bilion.

Katanya, sebanyak 2,500 unit rumah dan komersial akan dibina dalam satu persekitaran unik dan kondusif pada harga mampu milik untuk rakyat kategori profesional dan pendapatan sederhana berharga antara RM220,000 dan RM250,000.
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/04/najib-langgar-peraturan-kerajaan.
 photo Header_zps1184082a.gif
Takbir...Allahuakbar
Read More

Wednesday, 27 February 2013

PENDEDAHAN P.I. Bala: Siapa Arah Bunuh Altantuya?...*Video Updated

Khamis, 28 Februari 2013
Video BALA!...untuk VVIP?
Masih Kronologi......Suspen!!!
P. Balasubramaniam Bohong..


P.I. Bala gagal kemuka bukti? 


KUALA LUMPUR - Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang pulang ke negara ini Ahad lalu dengan disambut oleh beberapa pemimpin pembangkang gagal mengemukakan sebarang bukti berkaitan dakwaan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya, `ceramah’ yang disampaikan Balasubramaniam menimbulkan lebih banyak persoalan kepada hadirin yang berada di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu kota malam ini serta para pengikut di Internet serta pengguna twitter di `hashtag’ #tanyabala.

Apa yang jelas, penyiasat persendirian yang pernah membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa Najib terlibat dalam kes itu, tetapi kemudiannya menarik balik tuduhan berkenaan dalam SD kedua, mengakui membenci kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dia berumur 14 tahun.

Walaupun berucap dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh moderator, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin selama kira-kira satu jam setengah, Balasubramaniam dilihat seolah-olah hanya melontarkan tohmahan dengan `bermodalkan air liur’.

Dengan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang kurang baik, penyiasat persendirian itu juga dilihat gugup apabila terhenti menyampaikan ucapan dan beberapa kali berkata: “Minta maaf, sudah lama (kes ini) jadi saya lupa."

Sebagai contoh, dia mendakwa pernah mengambil gambar Altantuya sewaktu wanita itu berada di hadapan Bangunan Getah Asli di ibu kota pada sekitar 2006 sewaktu dia berkhidmat dengan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda namun tidak pula menunjukkan gambar tersebut.

Penyiasat persendirian yang pernah lari ke luar negara selama kira-kira tiga tahun selepas membuat SD kedua berkenaan turut mendakwa pernah membuat rakaman perbualannya dengan peniaga permaidani, Deepak Jaikishnan berkenaan tawaran Deepak sebanyak RM100,000 bagi menarik balik SD pertama, namun rekod tersebut tidak diperdengar kepada hadirin.

Selain itu, Balasubramaniam juga tidak menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan para pengikut twitter di #tanyabala berkenaan secara terus tetapi Badrul Hisham bertindak menyaring serta memilih soalan yang perlu dijawab penyiasat persendirian tersebut.

Salah seorang pengguna twitter @lisajariffin turut mencabar Badrul Hisham yang menggunakan nama @chegubard supaya bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan itu bertanya kesemua soalan yang dikemukakannya di twitter bagi membuktikan keikhlasan mereka dalam pendedahan kes tersebut.

Balasubramaniam serta Badrul Hisham juga tidak membuka ruang kepada hadirin untuk bertanya soalan dan kemudiannya penyiasat persendirian itu `melarikan diri’ ke kereta yang sedia menunggunya bagi mengelakkan diri daripada ditemui para pemberita selepas selesai ceramah. - UTUSex

PI Bala Dedah 'VVIP' Dalang Pembunuhan Altantuya

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) mendedahkan, ‘VVIP’ yang terlibat menjadi dalang di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bala yang membuat pendedahan umum kali pertama malam tadi, sekembalinya ke tanah air Ahad lalu menceritakan kronologi pembunuhan Altantuya bermula beliau dipanggil bekerja oleh Abdul Razak Baginda.

Menurut Bala, Razak, sekutu rapat dan orang kepercayaan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengarahkan supaya beliau melindungi rumah dan anaknya 24 jam selama 10 hari.

Beliau mendedahkan perbualan Razak bersama seorang individu ketika pertemuan mereka.

“Semasa (saya) bertemu Razak, dia menerima panggilan dari seseorang bernama ‘Tan’ yang mengugut akan mencederakan anak Razak jika beliau tidak membayar wang ‘wanita’ itu,” kata Bala, merujuk Altantuya.

“Kemudian saya tanya kenapa tak buat laporan polis? Razak jawab tak boleh, sebab ada VVIP yang terlibat. Saya tanya lagi kenapa tak halang saja dia (Altantuya) dari masuk negara ini? Razak kata tak boleh, Altantuya ada banyak pasport,” kata Bala di hadapan 3,000 hadirin pada forum ‘Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).

Menurut Bala lagi, Razak memberitahunya, Altantuya menuntut bayaran sebagai perantara dalam urusan pembelian kapal selam di Perancis sebanyak USD500 juta dan tiga tiket kapal terbang pulang ke Mongolia.

Kata Bala, kali terakhir dia melihat Altantuya pada 18 Oktober 2006 iaitu di hadapan rumah Razak.

“Sebelum itu Razak cakap, kalau Altantuya ada depan rumahnya, (saya perlu) mesej beliau (dahulu). Saya hantar SMS kepada Razak memberitahunya (tentang kehadiran Altantuya).

Kemudian Razak kata ‘lengahkan dia, tunggu sampai orang saya sampai’,” kata Bala.

“20 minit kemudian, sebuah kereta Proton Aeroback warna merah tiba dengan seorang wanita dan dua lelaki. Wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, dan dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azhar (Umar). Mereka semua berpakaian biasa.

Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu dalam kereta,” jelas Bala.

“Azilah tanya saya dalam Bahasa Melayu: ‘inikah perempuan itu’, menyebabkan Altantuya tak faham apa yang kami cakap. Saya kata ‘ya’. Azilah pula berkata, mereka (tiga individu berkenaan) akan bawa Altantuya pergi. Saya beritahu Altantuya bahawa dia ditahan dan perlu mengikut mereka naik kereta tersebut.

Altantuya masuk dan duduk di belakang bersama Korporal Rohaniza, manakala Azilah dan Sirul berada di depan,” kata Bala.

Azilah dan Sirul – kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Najib. Mereka bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan di Shah Alam, hampir tujuh tahun lalu.

Sah Najib terlibat
Menurut Bala lagi, beliau hanya mengetahui kematian Altantuya selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) pada November 2006.

“Sewaktu (saya) bertemu Razak dan peguam Puvanendran, Razak menerima SMS dan menunjukkan kepada kami kandungan SMS itu – “Meeting IGP at 11am, be cool”. (Pada SMS itu) tertera nombor Datuk Seri Najib Razak. Maka terjawablah VVIP yang terlibat,” kata Bala disambut sorakan hadirin.

Mengesahkan lagi keterlibatan Najib, Bala memberitahu, adik Najib, Datuk Nazim Razak pernah berjumpanya, mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama.

“Saya dipanggil ke hotel untuk bertemu Nazim. Nazim tanya saya, kamu sayang keluarga kamukan? Saya jadi takut dengan soalan-soalan ugutan seperti itu dan memutuskan untuk membuat akuan bersumpah kedua,” jelas Bala yang meninggalkan Malaysia sejak 2009 disebabkan ugutan itu.

Forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tersebut dipengerusikan Presiden Kumpulan Anak Muda Independan (Kami), Khalid Ismath.

Panelis melibatkan kartunis politik, Zunar; Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel, manakala Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin selaku moderator.

Hadir sama di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat antaranya, Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu.

Kehadiran Bala disambut meriah penyokong pelbagai kaum yang melimpah hingga ke luar dewan.

Ekoran sambutan itu, penganjur memasang skrin di perkarangan dewan, supaya hadirin dapat sama mengikuti pendedahan yang dinanti-nantikan itu. 

Turut sama mengambil peluang, para peniaga yang membuka gerai jualan seperti baju dan makanan.-KD

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa penganalisis politik Abdul Razak Baginda menyatakan kekesalan kerana tidak membayar komisyen US$500,000 yang dituntut wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Beliau mendakwa Razak berkata demikian sejurus sebelum ditahan pada 2006.

Balasubramaniam berkata beliau pada masa itu sedang meninggalkan pejabat seorang peguam yang dikenali sebagai Puravelan, bersama Razak dalam satu lif.

Balasubramaniam, yang diupah Razak pada masa itu, membuat pendedahan mengenai peristiwa berhubung kematian Altantuya, dalam kemunculan pertamanya di majlis umum di negara ini, selepas melarikan diri hampir lima tahun lalu.

Akhbar pada waktu itu sudahpun menimbulkan spekulasi mengenai penahanan Razak pada hari itu dan peguam berkenaan sedang membuat persediaan mengenai kemungkinan tersebut.

Balasubramaniam juga mendakwa, beliau memberitahu Razak: "Bos, tengok sini.

Apa nasihat saya pada awak? Laporan polis.

Awak sepatutnya sudah buat laporan polis."

Balasubramaniam mendakwa Razak mengupahnya untuk menghalang Alantuya, namun beliau menasihati Razak supaya membuat laporan polis.

Balasubramaniam mendakwa, Razak bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana "seorang VVIP terlibat"



wargamarhaen.blogspot

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena