Showing posts with label Altantuya. Show all posts
Showing posts with label Altantuya. Show all posts

Thursday, 21 June 2018

[Video Najib jawab isu Jho Low, Birkin, Altantuya] KALAU SEMUA tak tahu, APA YANG NAJIB TAHU? Tahukah Najib, kamu hanyalah bekas PM yang sudah kehilangan kuasa?

Jumaat, 22 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.
Nampaknya Najib begitu yakin sekiranya Najib didakwa berkaitan kes 1MDB atas alasan politik, mahkamah akan membuktikan dirinya tidak bersalah..

InsyaAllah kami rakyat satu negara tak sabar menantikan saat-saat Najib dibicarakan di kandang mahkamah disusuli Rosmah..

KALAU SEMUA TAK TAHU, APA YANG NAJIB TAHU?

Najib tak tahu wang dalam akaun peribadinya adalah daripada 1MDB...
Najib juga tak tahu daripada mana datangnya dana membeli barang kemas Rosmah...
Najib turut tak tahu wang 1MDB diguna beli lukisan dan kapal layar mewah....
Akhirnya, Najib jadi tak sangka bala besar menimpanya dalam pilihanraya lalu...
Sejak kehilangan kuasa ini, watak Najib ternampak semakin menghairankan.

Semua yang berlaku sebelum ini, terutama berkaitan 1MDB, beliau  seperti tak tahu belaka.

Benarkah dia tak tahu? 

Kalau semua tak tahu, apa yang Najib tahu?

Najib tahu tak dia pecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir kerana mereka mempersoalkan wang dalam akaun peribadinya itu?

Najib tahu tak media sosial,  WSJ, Washington Post dan media antarabangsa lain sebelum ini banyak menyiarkan mengenai skandal 1MDB, sumber wang dalam akaun peribadinya dan pembelian barang-barang kemas untuk Rosmah?

Masih tak tahu juga?

Najib tahu tak bahawa beliau sebelum ini adalah Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB?

Tahukah Najib beliau kini hanyalah bekas Perdana Menteri yang sudah kehilangan kuasa dan tempatnya diambil alih oleh Tun Mahathir Mohamad?

Masih tak tahu lagi?

Akhirnya, tahu tak beliau sekarang ini masih suami Rosmah dan bapa tiri kepada Riza Aziz? (ShahbudinHusin 21/06/2018)
Read More

Wednesday, 24 August 2016

[Video] 'Kementerian Luar enggan kerjasama kes saman Altantuya'...Malaysia ramai ulama penghukum, tetapi tandus penentang korupsi.

Rabu, 24 Ogos 2016

'Kementerian Luar enggan kerjasama kes saman Altantuya'
Selepas hampir setahun kemukakan dokumen, tidak ada sebarang maklum balas daripada kementerian.

Patutler kes Altantuya senyap sekarang..


Image result for gambar altantuya
Saman sivil oleh keluarga Altantuya Shaariibuu yang difailkan terhadap pembunuhnya hampir sedekad lalu menemui jalan buntu setelah Kementerian Luar seolah-olah enggan memberi kerjasama.
Menurut peguam yang mewakili keluarga itu, kementerian tidak memberi maklum balas ke atas permintaan mereka untuk menyampaikan dokumen mahkamah kepada Koperal Sirul Azhar Umar, yang kini ditahan di Pusat Tahanan Villawood di Sydney, Australia.
Peguam Ram Karpal Singh yang juga anggota parlimen Bukit Gelugor berkata, mahkamah menghendaki saman yang dipinda itu disampaikan kepada Sirul sebagai salah seorang daripada responden dan perlu dilakukan menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia dan Kementerian Luar.
Image result for gambar altantuya

Malaysia ramai ulama penghukum, tetapi tandus penentang korupsi, kata Mat Sabu

Menyifatkan penentangan terhadap korupsi di negara ini masih perlahan, Mohamad berkata umat Islam khususnya menunggu ulamak yang lantang menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah persis Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan juga Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong.

“Umat Islam kaya dengan ulama-ulama yang menghukum, yang menggelarkan kumpulan-kumpulan yang tidak sealiran sebagai munafik, liberal, pengkhianat, khadam dan lain-lain perkataan jelik lagi.

“Sedangkan, rakyat menunggu mereka yang muncul untuk memimpin seperti Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad, skandal terbesar negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah tidak menjadi rahsia umum apabila didedahkan oleh banyak pihak termasuk Sarawak Report dan Department Of Justice (DOJ), Amerika Syarikat.

Malah kata beliau, nama "Malaysia Official One" iaitu Perdana Menteri Malaysia bersama tiga yang lain terdedah dengan begitu jelas sekali sehingga Malaysia kini digelar negara "Kleptocracy" iaitu negara yang diperintah oleh perompak dan pencuri.

Bagaimanapun kata Mohamad, sehingga kini belum ada ulama yang lantang menyatakan kritikan dan penentangan terhadap salah laku ini.

“Menjelmalah orang seperti ini untuk menjadi ikutan rakyat supaya kita dapat menentang segala bentuk korupsi.
“Kami dahagakan ulama-ulama seperti itu, bukan ulama yang menghukum seperti sekarang ini,” katanya.
Read More

Saturday, 12 March 2016

[Video] Altantuya: Balu P Balasubramaniam buat permohonan maaf terbuka kepada Najib, Rosmah.

Sabtu, 12 Mac 2016



Balu kepada bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam hari ini membuat kenyataan memohon maaf kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menuduhnya terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Menerusi satu kenyataan video, A Santamil Selvi membacakan permohonan maafnya di pejabat Persatuan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pimpinan Ramesh Raoi Naidu di Petaling Jaya.
Selain itu, Selvi juga turut mengakui menemui Ramesh selepas dijanjikan bantuan bagi membiayai pendidikan anaknya sebanyak RM20,000 sebelum bersetuju mengadakan sidang media itu. - Siakapkeli.my
BLM.
Read More

Friday, 5 February 2016

Malam tadi punya cerita...Altantuya In World News Again! Pihak berkuasa Monggolia pulak ditumbuk rakyat marhaen...

Sabtu, 6 Februari 2016

Ingatkan tutup satu lubang derma Najib boleh lena.

Rupa2nya lubang2 lain kebobrokan Najib bakal terbongkar satu persatu di peringkat antarabangsa.

Mahkamah dlm M'sia bolehlah kamu main jentik2.

Kenapa perlu 5 tahun baru nak nafi ??

Apa yg sebenarnya telah berlaku !!!

Malam tadi punya cerita...Pihak berkuasaMonggolia ditumbuk rakyat marhaen...

Betul atau tidak caranya...Ikut undang2 atau tidak...Bincang berhemah...Maki2 akan di ban... -tf
Read More

Friday, 10 April 2015

Isu 1MDB, Altantuya, GST jika pembangkang yang bangkit...Macai kata fitnah...Tapi Madey kopipes diangkat Hero!

Sabtu, 11 April 2015


Asal ada kenyataan keluar dari mulut MENTERI COKLAT MINDA pasti jumpa kebodohannya..

Iklan Watson tu buat promosi turun harga 3 hari, TAPI Ahmad Maslan kata harga turun kerana perlaksanaan GST - "Bodoh Yang Amat !!!"

p/s: Ada sesiapa sukarela nak sponsor Ahmad Maslan bg makan COKLAT MINDA sehingga PRU14 !!!.. Keperihatinan ANDA amat kami hargai..

#COKLATminda


#PMJawab PM Najib merupakan satu2nya pemimpin negara yg paling cerdik dlm dunia. Soalan2 yg berunsurkan subjektif tak mencabar tak akan jawab baginya. Beliau mahu soalan2 objektif di mana jawapan2 telah disediakan..

p/s: Kalau tak tahu siapa bg arahan jawab jer la tak tahu. Kan senang. Yg berbelit2 cerita pasal sumpah2 tu kenapa. Biasalah pemimpin dari golongan bangsawan mana reti soalan mudah..

Like · Comment · Share


Iye ke? Ntah le...














Read More

Tuesday, 7 April 2015

Altantuya – kaitan yang terputus

Selasa, 7 April 2015

Altantuya – kaitan yang terputus

Peguam Americk Sidhu berkata beliau bersetuju dengan pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.
Peguam Americk Sidhu berkata beliau bersetuju dengan pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.

Pertama kali dalam tempoh 34 tahun, saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Persoalan yang diutarakan rasional. Ia soalan yang sama diajukan kebanyakan rakyat Malaysia sejak 8 tahun lalu.

Bagaimanapun, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketua polis yang kita cintai pada masa ini menunjukkan reaksi sebaliknya cuba mengelak isu itu dengan menghabiskan masanya memeriksa mesej Twitter di media sosial.

"Khalid Twitter" mempunyai keberanian mengancam sesiapa yang membawa isu 'motif' pembunuhan kejam wanita warga asing tidak berdosa itu di tangan dua komando Malaysia yang terlatih.

Alasan Khalid, Mahkamah Persekutuan sudah membuat keputusan dan apa jua persoalan yang mempertikaikan keputusan itu dianggap menghina mahkamah.

Apa yang gagal dilihat Khalid ialah tiada yang mempersoalkan keputusan itu. Semua bersetuju keputusan itu betul.

Bagaimanapun, persoalannya ialah motif yang tidak pernah disebut dalam ketiga-tiga mahkamah yang membicarakan kes ini. Malah, bukti berkaitan motif tidak pernah diajukan pendakwaan.

Maka, sebagaimana saya (dan Dr Mahathir) bangkitkan, ia masih musim terbuka kepada motif.

Di sebalik mengganasi pengguna Twitter, Khalid mungkin dapat melihat rasional membawa kembali isu itu dengan lebih bersemangat berbanding apa yang ditunjukkan sebelum ini. – 7 April, 2015.

MENYUSUL LAGI

* Penulis merupakan peguam kepada bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang pernah berkhidmat untuk Abdul Razak Baginda.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/altantuya-kaitan-yang-terputus#sthash.goF4Ms1C.dpuf
Posted by Kedah Lanie 
Read More

Thursday, 2 April 2015

Ulasan Terkini Mahathir tentang Altantuya, 1MDB, Riza & Jho Low...Panasss!

Rabu, 2 April 2015

Ulasan Terkini Mahathir Tentang Altantuya, 1MDB Serta Kemewahan Anak Tiri Najib

Zalim jika Sirul dibunuh kerana jalankan arahan - Mahathir

KUALA LUMPUR: Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Datuk Seri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

Demikian pandangan yang dilontarkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam blognya, hari ini.

"Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia," tulisnya.

Baginya, amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

Berikut tulisan penuh beliau yang bertajuk Umno dan PRU14.

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri. -HARAKAHDAILY 2/4/2015

COPY PASTE DARI SINI
Read More

Sunday, 22 February 2015

[Video] "Ngape ye asal blogger Friends of BN aje KANTOI"...Berita PM M'sia terlibat kes Altantuya...

Ahad, 22 Februari 2015
KANTOI LAGI !!!.. Nampaknya admin2 page Friends of BN - Barisan Nasionalsudah kehabisan modal nak memfitnah page Suara Rakyat tanpa usul periksa & buat kajian sepenuhnya..
ANDA boleh ke link website The Sydney Morning Herald ini http://bit.ly/1AwE1T6dan bgtau Admin SIAPA SEBENARNYA PENABUR FITNAH & anda boleh menilaikannya..
Adakah dengan menyebarkan posting BERITA PALSU FOBN utk mendapat sokongan orang ramai ???


Lama2 glamour gak PM Najib nanti di mata dunia gara2 kes pembunuhan Altantuya & skandal rasuah Scorpene yg belum berkesudahan...

Membazir aja RM76.8 JUTA perabih bayar kat APCO semata nak gilap & menaikkan nama & pentadbiran Najib di mata dunia..

Di M'sia boleh lah kamu kata "MENGARUT".. tetapi, ADAKAH NAJIB PERNAH atau berani kluarkan kenyataan MENGARUT kpd media2 antarabangsa tentang kaitan PM Najib terhadap kes pembunuhan Altantuya & skandal rasuah Scorpene ???



Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena