Showing posts with label pemakan DEDAK. Show all posts
Showing posts with label pemakan DEDAK. Show all posts

Tuesday, 25 July 2017

[Video DUN Selangor panas isu 'pemakan dedak'] Himpunan PH dibenarkan jika penuhi syarat, kata Zahid.

Selasa, 25 Julai 2017

Image result for Gambar Anti kleptokrasi

Himpunan PH dibenarkan jika penuhi syarat, kata Zahid

Zahid hamidi himpunan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbuka untuk membenarkan perhimpunan Pakatan Harapan diadakan pada Oktober ini sekiranya ia memenuhi syarat termasuk notis dan lokasi di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Jika memenuhi syarat, kerajaan terbuka untuk mengizinkan, tetapi jika tidak memenuhi syarat, perhimpunan itu tidak dibenarkan," kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas mengenai rancangan Pakatan Harapan untuk menganjurkan perhimpunan pada 14 Oktober.
Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini, beliau berkata kerajaan Barisan Nasional tidak akan merasa tergugat dengan perhimpunan Pakatan Harapan itu kerana parti pembangkang juga pernah menganjurkan perhimpunan Bersih sebelum ini.
"Kita tidak merasa perhimpunan ini akan menyebabkan majoriti senyap bersama dengan mereka, tetapi berharap majoriti senyap terusmemberi kesinambungan sokongan kepada kerajaan memerintah," katanya.
Ditanya mengenai pembabitan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan itu, Ahmad Zahid menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan itu sebagai seorang tidak yang berprinsip kerana beliau menentang sebarang rapat umum atau perhimpunan ketika menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
"Sekarang, apabila berada di seberang sana (pembangkang), beliaulah penganjur utama.
"Seseorang yang ada prinsip, di manapun berada sama ada mempunyai kedudukan atau tidak, prinsip itu harus dipertahankan dan patut diikuti," katanya.
Kepada soalan mengenai laporan keganasan dari Amerika Syarikat 2016 yang melaporkan Malaysia menggunakan undang-undang keselamatan negara untuk menahan individu daripada parti politik pembangkang, Ahmad Zahidi bertanya semula kepada wartawan itu siapakah yang kena tahan, dan apabila dijawab Maria Chin (Pengerusi Bersih) ditahan tahun lalu, timbalan perdana menteri menjelaskan:
"Maria Chin ditahan bukan kerana perbezaan politik. Yang ada penahanan politik adalah pada era Mahathir apabila ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dilaksanakan, termasuklah dikenakan kepada saya pada 1998. Zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan Datuk Seri Najib Tun Razak tiada penangkapan semata-mata pegangan politik.
"Kerajaan kita lebih telus dan terbuka dalam mendepani perbezaan politik," katanya.
Read More

Tuesday, 17 May 2016

[Video] DERMA ARAB SAUDI - HANYA pemakan dedak gred A sahaja percaya & tahu dari siapa.

Selasa, 17 Mei 2016


Page Liked · 17 hrs
 
DERMA ARAB SAUDI..

3 BULAN LEPAS, kata Menteri Luar Arab Saudi..
"Funds deposited into M'sia PM's accounts NOT DONATION, but investment.."

BULAN LEPAS, tiba2 Menteri Luar Arab Saudi kata plok..
"Confirms DONATION to Najib came from saudi Arabia.."

HARI INI PULA, kata Putera Arab Saudi...
"I have no background on that.."

NAMPAK TAK !!!

SEHINGGA KE HARINI.. BELUM ADA LAGI pengesahan secara rasmi/ kenyataan rasmi dari Kerajaan Arab Saudi tentang derma tersebut.

YANG ADA PON.. hanya kenyataan yang SALING BERCANGGAH SATU SAMA LAIN setiap kali kenyataan dikeluarkan oleh individu/ menteri2 Arab Saudi sebelum ini.

HANYA pemakan dedak gred A sahaja percaya & tahu dari siapa.

KAH !!.. KAH !!.. KAH !!..

http://www.kinitv.com/video/33658O8



Read More

Monday, 11 April 2016

"Akhir jalan cerita 1MDB yang bermasalah, Najib tak salah? Pemakan dedak takkan akui keterlibatan Najib - A Kadir Jasin

Isnin, 11 April 2016
Kan? So patut lah WSJ dan Sarawak Report tak pernah kena saman oleh 1MDB.

Kan?


1MDB...
1 Malaysia di Bohongi...
1 Malaysia di Bodohkan...
-Dalam laporan PAC juga turut mengaitkan nama PM Najib sebanyak 6 kali...
Menteri Kewangan 8 kali...-sapa lagi.. 
Diperbadankan (MKD) 5 kali..
Pengerusi 1MDB 2kali...
Pengerusi Lembaga Penasihat 8 kali..

Yang PAC duk sebut tuu bukankah yg menaung 1MDB...
Macam mana pulak PM Najib boleh tak terbabit hinggakan nama tak disebut..
Akhir jalan cerita..1MDB yg bermasaalah...Najib tak Salah....!!
Tak ke Harammmmm 


Pemakan dedak takkan akui keterlibatan Najib

ULASAN Kita tahu dan kita akui yang pemakan dedak dan orang yang bergantung nasib kepada Umno/BN atau terhutang budi kepada Mohd Najib tidak akan percaya atau mengaku keterlibatan beliau dalam kes jenayah.
Walaupun butir dan bukti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara dan agensi penyiasat antarabangsa menjurus ke arah keterlibatan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak dalam salah tadbir korporat dan pecah amanah berkaitan 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan “derma Arab” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.
Sebaliknya mereka akan terus menuding jari dan memuncungkan bibir ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakyat jelata yang mahu Mohd Najib meletakkan jawatan.
Soalnya, siapakah yang dituduh melakukan perbuatan salah – Dr Mahathir atau Mohd Najib? Lagipun Dr Mahathir telah berulang kali mengalu-alukan siasatan ke atas beliau. Malah itulah yang sedang dilakukan oleh polis.
Siapakah yang menjadi Perdana Menteri dan merosakkan imej Malaysia dan kepercayaan dunia – Dr Mahathir atau Mohd Najib?
Kalau Mohd Najib cekap, bersih dan amanah, siapakah yang lebih dipercayai oleh majoriti rakyat jelata – beliau atau Dr Mahathir?
Tetapi mengapakah seorang tua berusia 91 tahun yang sudah lebih 12 tahun bersara, yang disekat dan dicaci oleh media arus perdana (MAP) masih mendapat sokongan kuat rakyat jelata?
Mengapa Mohd Najib dan konco-konconya dikutuk dan dibelasah teruk setiap kali mereka menyiarkan sesuatu dalam laman Facebook mereka atau apabila kenyataan mereka disiarkan oleh media atas talian?
Mengapa audiens MAP yang menjadi lidah dan risalah propaganda mereka semakin hari semakin menguncup?
Makan gaji
Untuk menang pertarungan ini, para pemakan dedak, orang yang bergantung nasib kepada Umno/BN dan yang terhutang kepada Mohd Najib hendaklah meyakinkan rakyat jelata bahawa Mohd Najib suci bersih, 1MDB telus mulus, ekonomi negara berkembang pesat, beratus ribu peluang pekerjaan diwujudkan, setiap graduan dapat kerja, setiap pelajar yang layak diberikan biasiswa dan pinjaman, hutang negara lebih rendah daripada zaman Tun Mahathir dan Tun Abdullah, harga barang dan perkhidmatan pengguna stabil dan GST tidak membebankan.
Itulah yang patut mereka diayah dan uar-uarkan bukan mencaci Dr Mahathir dan rakyat jelata yang menandatangani Deklarasi Rakyat.
Kepada bekas anak buah saya dalam dunia kewartawanan, saya faham dilema mereka.
Saya tahu mereka makan gaji. Tidak perlu cuba meyakinkan saya. Malah seperti yang saya nasihatkan, jagalah kerja kerana semakin hari semakin susah mendapat kerja dan ramai orang menganggur. Cuma janganlah keterlaluan memaki hamun orang tua yang pernah berjasa kepada kita semua.
Mereka wajib ingat. Di penghujungnya yang penting adalah pengedaran akhbar mereka dan bilangan penonton saluran mereka.
Kalau kerana menyokong Mohd Najib membabi buta dan mencaci Dr Mahathir tanpa batasan, pengedaran akhbar mereka dan penonton stesen mereka merudum, bukan sahaja mereka tidak dapat melindungi Mohd Najib malah periuk nasi mereka sendiri terancam.
Mereka harus sedar mengapa MAP yang begitu besar dan berusia, semakin hari semakin dikalahkan oleh media atas talian?

DATUK A KADIR JASIN Tokoh Wartawan Negara dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times. ArTikel ini pertama kali disiarkan menerusi blognya - The Scribe A Kadir Jasin.


Malaysiakini
Read More

Thursday, 31 March 2016

Kenapa tetiba PEMAKAN DEDAK jadi popular?

Jumaat, 1 April 2016


Betul gak kenyataan Tok Pauh. Banyak media2 antarabangsa pon ada ambil berita pasal PM kita.
Femes u ...

Alo Annuar Musa! Ngaku makan dedak ke? Kami yg menentang tak hingin makan dedak. Kan ..

Hakikatnya, perkataan dedak yang ironinya merujuk kepada makanan ternakan itu kini sudah mula digunakan kepada manusia dek kerana mahu memberi gambaran tentang betapa hinanya harga diri mereka yang mudah dibeli.

Kenapa tiba-tiba dedak jadi popular?

 | March 31, 2016
Penggunaan istilah pemakan dedak sudah menjadi satu perkataan popular untuk merujuk mereka yang mudah dibeli.
mahathir-najib
Apa itu pemakan dedak?
Menurut Wikipedia dedak merupakan campuran kasar dengan serpihan serkam-serkam kecil yang dimakan oleh ternakan.
Dalam politik, pemakan dedak ini diistilahkan mereka yang mudah dibeli oleh individu demi menjaga kuasa pembelinya agar tidak jatuh ke tangan orang lain.
Malah, pemakan dedak juga boleh dianggap mereka yang hanya mengiyakan sahaja perkara yang tidak betul meskipun ia diketahui salah.
Oleh kerana telah menerima habuan, ada pemakan dedak itu mungkin sanggup menggadaikan maruahnya.
Paling ditakuti, jika pemakan dedak seperti itu mempunyai sifat rakus tanpa mampu membezakan perkara benar dengan yang batil.
Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar penentang Datuk Seri Najib Razak menggunakan istilah `pemakan dedak’ dalam setiap ceramah mahu pun kenyataan mereka.
Ia dilihat sudah menjadi satu perkara yang sinonim dan boleh dianggap rempah ratus untuk menyedapkan ucapan-ucapan kepada para pendengar dalam satu-satu sesi ceramah yang mereka hadiri.
Bermula dengan ungkapan `lemah minda otak udang’ yang diguna pakai oleh bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, trend menggunakan ayat sesuai untuk merujuk kepada perbuatan Perdana Menteri sudah menjadi kemestian dan ia pasti akan disahut dengan sorakan oleh para penyokong yang setia.
Namun, ia sebenarnya adalah sindiran yang dilemparkan oleh mereka ke atas Najib ekoran dakwaan Perdana Menteri mahu membeli mereka setelah beberapa isu berjaya dibongkarkan yang antaranya termasuk skandal utama melibatkan syarikat pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International dan dana derma RM2.6 bilion.
Sebagai contoh, Dr Mahathir juga dalam ucapannya sering kali menggunakan istilah pemakan dedak bagi menunjukkan dakwaannya bahawa Najib memberi suapan kepada individu yang padanya mereka itu boleh dibeli.
Dengan merujuk kepada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Dr Mahathir dalam ucapannya pada Himpunan Selamatkan Malaysia di Shah Alam pada Ahad lepas berkata, pemberian itu salah satu daripada sikap memberi makan dedak terbesar yang dilakukan oleh Najib dalam membeli rakyat.
Katanya, langkah seperti itu tidak pernah dilakukan olehnya mahupun Perdana Menteri lain sebelum ini kerana ia tidak memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat sebaliknya, sekadar mahu mendapatkan populariti dengan harapan dapat mengaburi skandal yang dihadapi.
Perkara lain yang boleh dilihat kata Dr Mahathir apabila beliau merujuk kepada penerimaan wang berjumlah RM1 juta oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan daripada Najib selepas mereka menyatakan kepada siapa lagi bantuan harus diminta kalau tidak kepada Presiden parti (merujuk Najib sebagai Presiden UMNO).
Menerusi blognya Chedet.com pula, Dr Mahathir menguatkan dakwaannya itu dengan memuat naik petikan artikel daripada laporan sebuah akhbar arus perdana berhubung pengakuan Shahrir Samad itu yang mana wang tersebut digunakan untuk kepentingan parti di peringkat bahagian.
Namun, apa yang dikatakan bekas Perdana Menteri yang pernah menerajui negara selama 22 tahun itu tidaklah boleh dipertikai dengan begitu sahaja kerana beliau ada menyertakan sekali fakta bagi menguatkan hujahnya itu.
Tidak mungkin boleh dipertikai pengalaman yang ada oleh Dr Mahathir lebih-lebih lagi dengan usianya yang sudah menjangkau 91 tahun sudah pasti beliau mempunyai fikiran yang sangat ranum.
Tidak kurang juga dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang acap kali menggunakan istilah sama bagi menggambarkan betapa teruknya sikap penyokong-penyokong Najib menerusi beberapa program yang dihadirinya selepas beliau dipecat dari jawatannya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan.
Istilah itu sering disebut berulang-ulang lebih-lebih lagi selepas beliau digantung jawatan dalam parti sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Apa pun istilah pemakan dedak yang digunakan oleh Dr Mahathir, Muhyiddin dan beberapa orang lagi yang berjuang bersamanya sudah menjadi popular hingga menjadi bualan di mana-mana.
Hakikatnya, perkataan dedak yang ironinya merujuk kepada makanan ternakan itu kini sudah mula digunakan kepada manusia dek kerana mahu memberi gambaran tentang betapa hinanya harga diri mereka yang mudah dibeli.
FMT

Read More

Friday, 8 January 2016

Ringgit lagi 'bangsat' dari Peso, Rupiah & Bath? SIAPAKAH PM & Menteri Kewangan selama ini...'cina-DAP ka'?

Sabtu, 9 Januari 2016
... Najib Razak (kedua dari kanan) bersama pemimpin Asean semasa upacara pembukaan Sidang Kemuncak Asean kali ke-27 - TMI



Ingat yer...

Makan Untuk Hidup atau Hidup Untuk 'MAKAN' ??




Kenapa mereka suka jual kelentong ??

Mereka jual kelentong pasal #1MDB.. TAPI MASIH ADA JUGA YANG SUKA dan PERCAYA pada kelentong...

penang vs 1mdb



APA DAH JADI dgn nilai ringgit kita ??

SIAPAKAH yg memerintah negara kita selama ini ??? DAP ka ??

SIAPAKAH yg jadi PM & Menteri Kewangan selama ini ??? cina-DAP ka ??

FAHAM KER TAK !!!

FAKTA:
1) Ringgit masih KEKAL nilai matawang paling teruk di Asia Tenggara HINGGA KE HARI INI.

2) Ringgit LEBIH TERUK drpd mata wang Indon & Thai.

p/s: TERKINI.. Carta berikut adalah nilai matawang dunia yg berakhir pd 7 Januari 2016...

#RinggitJatuhLagi
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena