Saturday, 31 January 2015

Polis siasat gambar Saravanan bawa pistol...Terima ugutan bunuh?

Sabtu, 31 Januari 2015
Polis siasat gambar Saravanan bawa pistol 
OLEH KUMARA SABAPATTY DI KUALA LUMPUR - 31 JAN 2015

Gambar yang menunjukkan pistol terselit di pinggang M. Saravanan
Polis sedang menyiasat gambar yang memaparkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan membawa pistol yang diselit dipinggangnya. Gambar tersebut menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, polis juga sedang meneliti elemen ugutan berikutan insiden itu dan telah merekodkan kenyataan daripada beberapa orang. "Kita sedang mengendalikan siasatan," katanya hari ini.

Foto yang memaparkan Naib Presiden MIC itu diambil pada Rabu lalu di ibu pejabat parti ketika beliau dan beberapa pemimpin lain dihalang memasuki bangunan tersebut. Mengulas perkara itu, Saravanan berkata, dia tidak menggunakan senjata api itu untuk mengancam sesiapa dan apa yang berlaku ialah butang baju kotnya terbuka sehingga menampakkan pistol yang dibawanya itu.

Ahli Parlimen Tapah itu berkata, beliau mempunyai permit untuk membawa pistol sejak menjadi Senator pada 2003. Pada hari yang sama, Saravanan juga mendakwa menerima ugutan bunuh oleh individu tidak dikenali. 
MalaysiaGazette Posted by mountdweller 
Read More

Friday, 30 January 2015

Kebergantungan "keselamatan palsu” dana KWSP? Ramai rakyat Malaysia takut menghadapi hari tua dalam kemiskinan...

Sabtu, 31 Januari 2015

KEBERGANTUNGAN KEPADA SIMPANAN KWSP HANYA " KESELAMATAN PALSU" KEPADA PERSARA?

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak bersedia tempuhi usia persaraan




Ramai rakyat Malaysia takut menghadapi suku terakhir hidup mereka dalam kemiskinan.

Selain hidup dengan gaji yang hanya cukup makan, mereka sering terpaksa menggunakan baki pendapatan mereka untuk membayar hutang peribadi.

Jadi tidak mengejutkan yang seramai 81 peratus rakyat Malaysia takut menjadi miskin selepas bersara. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang telah dilakukan untuk mengurangkan kebimbangan itu dengan menyimpan lebih banyak wang.

Ada yang keliru dengan jumlah yang mereka perlu simpan, atau mereka tidak dapat memiliki apa-apa simpanan, kerana perlu membayar komitmen kewangan semasa seperti pinjaman bank.

Menurut laporan HSBC mengenai rancangan rakyat Malaysia selepas bersara, mereka mendapati yang 49 peratus daripada 1,000 responden yang ditinjau tidak boleh menyimpan kerana mereka terpaksa membayar hutang, dan 27 peratus belum pun mula merancang untuk menyimpan bagi usia persaraan mereka.

Ini adalah peningkatan yang mengejutkan dari laporan sebelum ini yang dikeluarkan pada tahun 2013, yang menyaksikan hanya 43 peratus daripada 1,000 responden yang dikaji tidak bersedia secukupnya untuk bersara, dan 28 peratus daripada responden tidak pernah menabung untuk menghadapi usia persaraan.

Bank yang berpangkalan di London itu berkata keselamatan kewangan selepas persaraan akan menjadi isu, kerana PBB meramalkan bahawa akan ada seorang rakyat Malaysia yang berumur lebih 65 tahun bagi setiap empat orang yang berusia 15 hingga 64 tahun, pada tahun 2050.

Pengurus Besar HSBC Bank Malaysia, ES Lim dilaporkan berkata bahawa 28 peratus lagi tidak mengetahui jumlah yang sepatutnya mereka simpan bagi usia persaraan, dan ramai rakyat Malaysia mengandaikan bahawa usia persaraan mereka akan terjaga, jika mereka menyumbang kepada dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

Beliau dilaporkan berkata yang kebergantungan kepada dana KWSP ini perlu diubah kerana ia adalah "keselamatan palsu”

Lim juga mengaitkannya dengan tahap gaji yang rendah di Malaysia, kerana isi rumah purata di negara ini akan memerlukan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan, untuk memiliki kehidupan selepas persaraan yang selesa.

"Hakikatnya adalah 31 peratus daripada pesara sebenar hidup dengan kurang daripada RM3,000 sebulan," katanya yang dipetik oleh The Malay Mail Online. 

Beliau menasihatkan golongan dewasa muda di bawah usia 30 tahun yang bekerja, untuk mula menyimpan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 peratus daripada pendapatan bulanan mereka, walaupun kadar optimumnya adalah 30 hingga 40 peratus.
Read More

'Perbalahan'? Ini antara saya dan Guan Eng, kata Mustafa Ali...Mat Sabu benar!

Sabtu, 31 Januari 2015

Mat Sabu Benar, Mustafa Ali Akui Perbalahannya Dengan LGE Bersifat Peribadi



Ini antara saya dan Guan Eng, kata Mustafa Ali

Datuk Mustafa Ali meminta ahli DAP lain tidak masuk campur dalam perbalahan di antara beliau dan Lim Guan Eng mengenai isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana perkara itu ialah antara mereka berdua dan ia melibatkan soal integriti.

Merujuk kenyataan kenyataan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook dan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari dalam perkara itu, Mustafa berkata kedua-duanya "sama ada tidak faham isu sebenar atau cuba mengalih isu."

"Isu sebenar adalah mudah... saya cabar Lim kerana dia menuduh saya tidak jujur dan saya kata dia berbohong. Sebenarnya, dia yang berbohong dengan isu itu kerana mulut celuparnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loke semalam berkata, pendekatan yang diambil Mustafa dengan mencabar Lim berdebat seolah-olah ingin "membakar jambatan" dengan DAP dan menganggap DAP sebagai musuh politik PAS dan bukannya rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR).

Sementara Zairil hari ini menggesa setiausaha agung PAS itu menyelesaikan perselisihan faham dengan DAP secara tertutup atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya beliau berasa Lim tidak jujur.

Mustafa berkata, orang yang kelihatan memahami isu itu ialah ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad walaupun mereka berdua tidak pernah mengadakan perbincangan bersama mengenai hal itu.

"Beliau (Khalid) faham isu ini adalah antara saya dengan Lim dan tidak ada kena mengena dengan orang lain sama ada PAS atau DAP," katanya.

Mustafa pada Rabu mencabar setiausaha agung DAP itu “bersemuka” secara terbuka bagi “menentukan siapa yang berbohong atau sebaliknya” dalam isu pilihan raya PBT di Pulau Pinang.

Beliau menyifatkan Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang sebagai seorang bermulut celupar.

“Perkataan yang digunakan Lim itu bukan sahaja tidak tepat malah tidak betul dan menggambarkan beliau seorang manusia mulut celupar.

“Saya cabar dia supaya bersemuka secara terbuka, biar dia bagi versi dia, saya bagi versi saya. Biar masyarakat tentukan siapa betul, siapa salah, siapa bohong, siapa tidak bohong,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS.

Mustafa berkata, Lim ada menghubungi­nya berkenaan hasrat DAP melaksanakan pilihan raya PBT tetapi ia dibuat selepas beberapa hari cadangan berkaitan perkara itu diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Mustafa berkata, perkara itu melibatkan soal integriti seseorang.

"Kalau isu ini tidak diselesaikan, dalam keadaan integritinya tercabar sebagaimana saya dituduh tidak jujur, saya tidak layak duduk dalam pimpinan tertinggi PR.

"Begitu juga Lim, dalam dia dituduh berbohong, maka dia tidak layak duduk dalam majlis pimpinan tertinggi PR," katanya.

Isu integriti ini penting katanya, demi menjaga kepentingan PR, dan ia mesti diselesaikan.

"Saya tidak mahu libat pimpinan PAS yang lain dalam isu ini," kata Mustafa dalam kenyataan hari ini.

Mustafa menegaskan, jalan penyelesaian terbaik ialah beliau dan Lim bersemuka secara terbuka dan berhujah mengenai isu pilihan raya PBT tersebut seperti diminta beliau sebelum ini.

"Carilah masa yang sesuai dengan ada penyaksian. Saya akan buktikan dia (Lim) berbohong," katanya.

Mengulas cadangan Zairil agar membawa perkara itu ke mahkamah, Mustafa berkata ia jalan yang panjang. "Ia tidak akan menyelesaikan isu dengan cepat."

Beliau juga meminta Loke tidak "berbelit" dalam perkara itu, mengatakan: "Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini."

Loke dalam kenyataannya mempertikaikan sikap PAS yang mencabar rakan sekutu dalam PR tetapi tidak mencabar lawan politik sebenar mereka, Umno. -TMI 
Read More

'Petunjuk Baharu' Kes Pembunuhan Altantuya Terbongkar? Mengapa Razak Baginda melindungi Najib...

Sabtu, 31 Januari 2015

Petunjuk Baru Kes Pembunuhan Altantuya Terbongkar?


Petunjuk Baru Kes Pembunuhan Altantuya Terbongkar? Peguam Americk Sidhu mempersoalkan mengapa penganalisis politik Abdul Razak Baginda melindungi Datuk Seri Najib Razak berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu 9 tahun lalu apabila perdana menteri tidak pernah terlibat dalam jenayah itu.


Americk Sidhu yang menyediakan akuan bersumpah yang pertama (SD1) untuk penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang diupah Razak pada 2006 berkata, Razak terus-terusan mengatakan dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider baru-baru ini yang Najib tidak bersalah dan diperlakukan dengan tidak adil.

Dalam temu bual yang disiarkan pada Khamis, Razak memberitahu The Malaysian Insider semuanya ialah mainan politik dan tiada kaitan antara Najib dan kematian Altantuya.

Americk berkata, Razak bagaimanapun tidak menerangkan kenapa beliau merasakan Najib perlu dilindungi.
"Tiada siapa yang tuduh Najib terlibat. Bala dalam SD1 beliau tidak mengatakan Najib mempunyai apa-apa kaitan dengan pembunuhan Altantuya," kata Americk dalam satu kenyataan eksklusif kepada The Malaysian Insider.

Mendiang Bala, seorang bekas anggota polis, berkata dalam SD pertama beliau yang Razak mengambilnya bekerja pada Jun 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mendekatinya.

Americk berkata apa yang dinyatakan Bala dalam SD itu ialah Razak memberitahunya mengenai penglibatan Najib dengan Altantuya.

(Bala berkata kedua-dua Razak dan Altantuya memberitahunya, Altantuya pernah menjadi teman wanita Najib. Dakwaan ini terdapat pada perenggan 25 dan 28 dalam SD1.)

Americk berkata Razak masih belum secara khusus menafikan beliau memberitahu Bala perkara ini.

"Bala mengakui sedari awal yang beberapa perkara dalam SD1 beliau merupakan khabar angin. Jadi, apa tujuannya apabila Razak mengatakan SD Bala itu khabar angin?" soal Americk.

Petunjuk Baru Kes Pembunuhan Altantuya Terbongkar?

Katanya, Razak juga mengelak daripada mengatakan mengapa Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Nazim Razak, peniaga karpet Deepak Jaikishin dan ramai individu lain merasakan Bala dan keluarganya perlu meninggalkan negara ini sebaik SD1 itu dikeluarkan.

"Ini tidak benar-benar memberi sebarang kredibiliti kepada penegasan Razak yang Najib ialah mangsa yang tidak bersalah dalam satu kes tipu helah politik," kata Americk.

Bala merupakan saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, tetapi meninggalkan Malaysia dalam tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah kedua (SD) pada 2008, yang kononnya membersihkan Najib daripada terlibat dalam kes itu.

Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac, 2013, beberapa minggu selepas pulang ke negara ini setelah 5 tahun memaksa diri menjadi orang buangan di India.

Americk juga berkata Razak gagal menghargai kesetiaan Bala kepadanya.

Beliau berkata, apabila Bala ditemuramah akhbar di London pada Julai 2010 di Holiday Villas, Bayswater, dia memberitahu pemberita dia merasakan Razak tiada kaitan dengan pembunuhan itu dan dia tidak bersalah.

Americk berkata Bala merasakan Razak naif dalam menyangkakan 2 komando polis itu tidak akan membahayakan Altantuya.

"Adakah semua ini mengarut Encik Razak Baginda?" soal Americk, merujuk kepada wawancara Razak dengan The Malaysian Insider apabila beliau mengatakan SD Bala mengarut.

Americk juga menyebut tentang satu makan malam di sebuah restoran di Brickfields pada 13 Oktober 2006, yang diatur Bala supaya Razak boleh berjumpa seorang yang bernama ASP Suresh yang sepatutnya menguruskan penangkapan Altantuya.

Tetapi Suresh tidak hadir kerana beliau sendiri ditangkap Badan Pencegah Rasuah (namanya ketika itu) pada malam itu juga.

Ketika makan malam itu, Razak secara khusus memberitahu Bala dia mesti pastikan Altantuya tidak disakiti walau apa cara sekali pun, kata Americk.

"Tetapi Razak tidak sedar apa akan terjadi apabila beliau terlibat dengan Musa Safri dan Azilah. Adakah semua ini mengarut?" soalnya lagi, merujuk kepada bekas pegawai khas Najib Timbalan Superintenden Musa Safri dan Ketua Inspektor Azilah Hadri.

Razak ketika wawancara itu tidak membesarkan kes jenayah itu, mengatakan dia tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya, tetapi menyatakan ramai yang mati dalam tahanan polis tanpa sebarang penjelasan.

Beliau dibebaskan daripada bersubahat dalam pembunuhan tahun 2006 itu tetapi dua bekas komando polis, Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar, didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan pusingan terakhir bulan ini.

"Hanya 2 anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," penganalisis politik itu memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya mengenai motif pembunuhan itu.

Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia sedang memohon agar dia diekstradisikan.

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.

Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Musa kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.

Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu. ~malaysian insider
Posted by 
Read More

[Video] Kerajaan Kalah Dalam Saman Terhadap BERS✓H...Akan terus berdemonstasi di jalan – Maria Chin

Sabtu, 31 Januari 2015

Kerajaan Kalah Dalam Saman Terhadap BERS✓H

Mahkamah tolak saman Putrajaya atas himpunan Bersih 2012 

Mahkamah Tinggi menolak tuntutan saman ganti rugi kerajaan persekutuan terhadap kumpulan reformasi pilihan raya Bersih bagi kerosakan harta benda semasa perhimpunan pada April 2012 di Kuala Lumpur, mengatakan Putrajaya tidak dapat membuktikan “balance of probability” (kebarangkalian yang munasabah). 
Hakim John Louis O' Hara mengumumkan keputusan itu dalam satu penghakiman lisan hari ini.

Pada Mei 2012, Putrajaya mengambil langkah yang tidak pernah dibuat sebelum ini dengan menyaman pengerusi bersama Bersih ketika itu, Datuk Ambiga Sreenivasan, dan ahli jawatankuasa pemandu kumpulan itu, sebagai penganjur perhimpunan, menuntut ganti rugi sebanyak RM122,000.

"Plaintif (kerajaan) mengatakan, defendan gagal menjalankan tanggungjawab berkanun mereka apabila perhimpunan itu menjadi hilang kawalan dan bertukar menjadi rusuhan, menyebabkan kerosakan kepada kenderaan, kebanyakannya milik polis dan membabitkan kos pembaikan berjumlah RM122,000," menurut tuntutan itu.

Kerajaan memfailkan saman terhadap Ambiga di bawah Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 yang menyatakan penganjur perlu "memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar".

Tetapi pada Jun 2012, Ambiga memfailkan saman balas terhadap Putrajaya, mendakwa kerajaan melanggar hak perlembagaan beliau.

Antara lain, bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata, PAA bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Seksyen 6 yang katanya membataskan haknya terhadap kebebasan berhimpun.

O'Hara juga membenarkan tuntutan tangkapan tidak sah, penahanan dan serangan oleh polis terhadap Wong Chin Huat, salah seorang ahli jawatankuasa pemandu, dan mengarahkan beliau dibayar RM21,000 sebagai ganti rugi.

Hakim juga mengarahkan beliau Wong dibayar RM30,000 sebagai kos.


Beliau juga menolak tuntutan Putrajaya untuk satu deklarasi yang sebagai penganjur perhimpunan, Bersih mesti bertanggungjawab terhadap kerosakan harta benda awam, termasuk kenderaan polis.

"Adalah jelas pada pandangan mahkamah ini yang kerosakan berlaku hanya selepas Ambiga membatalkan perhimpunan tersebut.

"Tambahan pula, tiada bukti yang membolehkan mahkamah berpuas hati yang kerosakan yang berlaku adalah disebabkan peserta perhimpunan yang sah atau dilakukan ejen bebas," katanya.

Ambiga kemudian memberitahu pemberita, hakim membuat beberapa komen yang signifikan mengenai tingkahlaku polis.

"Ini keadilan bagi Bersih dan hak rakyat untuk berhimpun, dan ini hari yang sangat positif bagi Malaysia. Saya harap kerajaan tidak memfailkan rayuan," katanya.

"Saya rasa hakim itu sudah menyatakan dengan jelas, apa saja keadaan, kerajaan perlu membuktikan kesnya terhadap individu-individu tertentu itu."

Beliau juga mengulangi kenyataan yang Bersih tidak pernah menyokong keganasan.

Wong berkata pampasan yang diterimanya sangat bermakna kepada semua peserta perhimpunan aman kerana anggota polis menjadikan modus operandi mereka untuk tidak memakai tag nama dan nombor mereka.

"Tetapi saman ini menunjukkan apabila saya dibelasah polis, mereka tidak terlepas daripada bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata keputusan itu juga bermakna polis sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang.

"Mereka mempunyai tanggungjawab, dan dalam kes saya, pegawai polis itu tidak memberitahu saya mengikut undang-undang mengapa saya ditangkap dan ditahan," katanya.

Katanya wang RM21,000 itu akan diberi kepada satu dana kebebasan yang ditubuhkan Naib Pengerusi Bersih Thomas Fann bagi menyokong mana-mana rakyat Malaysia yang menghadapi masalah menjalankan hak perlembagaan mereka.
 


Akan terus berdemonstasi di jalan – Maria Chin

KUALA LUMPUR: Ekoran penolakan tuntutan saman pihak kerajaan Malaysia terhadap Pengerusi BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga dan 14 jawatankuasa penganjur, Aktivis Maria Chin Abdullah menyatakan akan terus berhimpun di jalanan.

Baginya, keputusan Mahkmah ini menunjukkan bahawa rakyat mempunyai hak untuk berdemonstrasi di jalanan. “Kami akan teruskan untuk berhimpun di jalanan kerana itu adalah hak kami, dan kami akan terus berjuang bagi memastikan Pilihanraya Umum berjalan dengan bersih,” katanya sewaktu ditemui pemberita di luar mahkamah.

Pada masa sama, Maria turut mengharapkan agar kerajaan tidak mengemukakan rayuan kerana ia akan lebih membazirkan wang, masa dan tenaga rakyat.

“Sudah terjamin di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan adalah tidak perlu untuk kerajaan mengambil tindakan ke atas perkara ini.

“Jika kerajaan membenarkan perhimpunan ini dilakukan, pastinya tidak ada kemusnahan harta awam dan pastinya juga kami tidak ada di sini,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga turut menyatakan bahawa Bersih sendiri tidak pernah menyokong keganasan.

“Mereka yang melakukan keganasan harus bertanggungjawab di atas keganasan yang dilakukan,” ujarnya. Selain itu, defenden ketujuh, Dr Wong Chin Huat yang menerim wang ganti rugi bersyukur dengan jumlah ganti rugi sebanyak RM51,000 yang diterimanya.

Beliau sebelum ini telah dipukul oleh pihak polis pada perhimpunan itu, menyatakan wang tersebut akan didermakan.

“Duit ganti rugi itu saya akan dermakan kepada tabung kebebasan,” ujarnya. -FMT
Kelab Greenboc 
Dicatat oleh 

Read More

'Berpuas Hati' Dengan Prestasi Datuk Najib? [Vote 31Jan]

Sabtu, 31 Januari 2015

Berpuas Hati Dengan Prestasi Datuk Najib Razak Sepanjang Menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Berpuas Hati Dengan Prestasi Datuk Najib Razak Sepanjang Menjadi Perdana Menteri Malaysia?


Read More

“Korek lubang, tutup lubang” Akhirnya apa yang 1MDB mampu lakukan sekarang ini?

Jumaat, 30 Januari 2015

Berita Terkini 1MDB Malaysia : Pinjaman Hutang 1MDB Dijelaskan Ananda Krishnan? Bakal Untung RM6 Bilion?

BY  ON
1MDB
Berita Terkini 1MDB Malaysia; Pinjaman Hutang 1MDB Dijelaskan Ananda Krishnan? Bakal Untung RM6 Bilion? 1MDB…..daripada banyak duit sampai berhutang tapi tak mampu bayar pinjaman hutang sendiri? Tepuk dahi Berita semasa melihatnya…Ibarat cacing yang kepanasan, lembu yang sedang dikorbankan mengelupur tidak tentu hala. Akhirnya apa yang 1MDb mampu lakukan sekarang ini?
“Korek lubang, tutup lubang”
1MDB terpaksa meminta talian hayat daripada Ananda Krishnan bagi melangsaikan pinjaman hutang Rm2 bilion dengan Maybank, RHB

Laporan Berita Terkini 1MDB Malaysia oleh The Edge

Jikalau anda semak laporan berita terkini The Edge berdasarkan pinjaman hutang RM2 bilion yang bakal diberikan Ananda bagi menjelaskan pinjaman hutang Maybank RHB, Tan Sri Ananda Krishnan akan diberikan majoriti pegangan dalam Powertake Investment Holdings Sdn Bhd. Jikalau berdasarkan nilaian hari ini, Ananda Krishnan sudah untung RM6,000,000,000 di situ sahaja. Hebat taikun telekomunikasi ini berniaga…
1MDB bought Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd owned by Ananda Krishnan at RM8.5 billion (with RM6.17bil loan) and renamed to Powertek Energy Sdn Bhd became a subsidiary of Powertek Investment Holdings Sdn Bhd in 2012.
Manakala 1MDB masih lagi terhegeh-hegeh menanggung hutang di sana sini.
After having acquired Tanjong’s power plants for a total of RM8.5bil, 1MDB also acquired the Genting group’s power generation unit for RM2.38bil.
To purchase Genting Sanyen Power, 1MDB took up a bridging loan of RM607mil that is payable on a semi-annual basis over 42 months.
Hutang lagi…..1MDB. Hebat anda berniaga. Akhirnya Ananda Krishnan yang kenyang.

Risiko Pelaburan 1MDB Kepada Ekonomi Malaysia?

Bagi Berita Semasa melihatkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada kadar 3%-5% pada tahun 2015 ini, memnang tiada masalah di situ. Masalahnya sekarang ini, “lubang-lubang gomen” seperti 1MDB ini yang telah membawa kepada apa yang dipanggil sebagai “systemic risk”
  1. Systemic risk: Aka Jangkitan. 1MDB tidak mampu bayar hutang, bank mula sangkut daripada “capital adequacy ratio”.
  2. Apabila Bank mula sangkut = ia sekaligus akan mengehadkan keupayaan bank untuk memberi kredit, yang memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.
  3. Itu belum masuk lagi “contingent liability” kepada kerajaan Malaysia (yang boleh membawa kesan kepada defisit bajet) bahkan juga kesan rantaian kepada para pemodal melalui pendedahan mereka kepada nota gadai gomen dan 1MDB itu sendiri.
  4. Di bawah ini Berita semasa sertakan bersama laporan berita pernigaan yang disediakan oleh StarBiz pada 23 April 2014 yang mana menunjukkan liabiliti luar jangka yang dijamin oleh kerajaan Malaysia.
1MDB malaysia
Ahmad Maslan pandai“. Ahmad Maslan mengatakan surat sokongan kerajaan untuk 3 bilion dolar Amerika itu bukan jaminan. Ini sebiji seperti apa yang pernah kerajaan Malaysia lakukan pada tahun 80an dalam percubaan “corner” pasaran timah menggunakan Maminco, tetapi akhirnya “kantoi”. Yang mana anda boleh semak laporan kes Kleinwort Benson Limited v Malaysia Mining Corporation Berhad [1989] 1 WLR 379 :
Lord Gibson ruled “the comfort letter containing no more than the assumption of moral responsibility by the defendants in respect of the debts of Metals.”
Berbalik kepada soal 1MDB itu, pendek kata apa yang berlaku sekarang ialah pergerakan pasaran dalam mensasarkan hasil setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuklah :
  1. kejatuhan harga minyak dunia
  2. kadar hutang isi rumah
  3. kadar hutang kerajaan
  4. risiko dari 1MDB
Ini yang dipanggil sebagai “The beauty of market forces“. Anda akan dilihat berharga pada nilai yang sepatutnya kerana anda berhak selepas dinilai secara adil.
Nilai ringgit Malaysia mula merudum dengan dahsyatnya terutama sekali berkala dengan kejatuhan harga minyak. Dan situasi semakin buruk apabila ia turutn mendadak dalam bulan disember 2014; sejurus selepas kegagalan 1MDB bayar hutang walaupun telah berjanji untuk membayar semula sebelum itu.
Nah disebabkan itulah, apabila diperhatikan penanda aras sovereign cds :
Malaysia 1MDB
  • Pada mulanya 4 Disember 2014 kadar CDS untuk Malaysia naik melebihi kadar Filipina atau Thailand
  • Ini adalah sesuatu diluar daripada kebiasaan memandangkan kadar CDS Malaysia adalah sentiasa rendah berbanding Thailand atau Filipina
P/S : CDS ini adalah Credit Default swap rate (yakni insuran tambahan pasaran kenakan ke atas kadar pulangan nota gadai kerajaan). *dalam dunia kewangan, risiko dinilaikan dengan kadar pulangan.
PP/S : Baht semakin menguat. Hari ini 100 baht = RM 11.11 … Jatuh teruk ringgit Malaysia sekarang.
Read More

Pas dan Umno umpama ketam dalam bakul!...Ye ke?

Jumaat, 30 Januari 2015

Pas dan Umno umpama ketam dalam bakul

Mohd Sayuti Omar, 

BICARA JUMAAT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg18Sv-XI4uCDLAaF68S-jcmmCZhfYYhkjYLdhH1mXYCtlBxUOkNQ6IXn61lUTPzIxnsaYo6cJhpPUxzBV79CW5QL0ib9kPPpEZ-3Pxk4pFNlLHn0sZVtC0pmA6v7Efyhfg1s-srB4MUOI/s1600/pas+dan+umno+bersatu.jpg
Empat hari saya meninggalkan laman blog tanpa mengisinya dengan sebarang catatan kerana berada di luar negara, ada beberapa penjengok setia menghantar pesan bertanya kenapa dan apa jadi dengan saya. Ada yang bersinikal apakah saya juga sudah jadi persis Zainuddin Maidin?

Yang pertama ada dalam fikiran mereka, apakah saya sakit. Tidak, saya masih sihat dan sengaja tidak mahu mengisinya atau cuba mengisinya dari luar sana walaupun boleh berbuat demikian. Sesekali biarlah saya merihat dan menggamit idea yang lebih baik daripada menulis bahan-bahan seperti terisi sebelumnya.

Dalam beberapa pertanyaan yang ditimbulkan, banyaknya pastilah mengenai politik. Mengenai hubungan dan masa depan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, khasnya bagaimana kesudahan kahwin tanpa ijab antara Pas dengan DAP serta PKR. Pergaduhan mulut antara beberapa pemimpin Pas dengan DAP menjadikan ada orang bingung dan menjadi gila. Apakah selepas ini akan ada "cina buta" sekali lagi di antara keduanya?

Selebihnya ada yang mahu saya memberi ulasan tentang nasib untung Anwar Ibrahim dengan keputusan rayuan pendakwa di Mahkamah Persekutuan. Apakah Anwar akan "bernasyib" sekali lagi dalam penjara atau dibebaskan untuk beliau menjadi seperti seorang 'utun inji" untuk kali kedua? Sekiranya Anwar dibebaskan di atas pertuduhan sama kali kedua, beliau bolehlah dianggap sebagai manusia keramat. Dan dengan kekeramatan itu melayak dan mewajarkan untuk beliau menjadi perdana menteri.

Mengenai Anwar saya sudah membuat ulasan dan ramalan sebelum ini. Berdasar kepada keperluan politik kontemporari tidak ada sebab untuk regim Najib Razak memenjarakannya. Perkembangan muasir ini, serangan oleh regim Mahathir Mohamad kepada Najib bagi saya ia mengukuhkan untuk mengatakan ramalan saya mengenai Anwar kuat dan menjadi kenyataannya. Anwar akan bebas?

Dan bagaimana kalau Anwar tetap juga dipenjara. Siapakah yang akan menjadi pemegang panji Pakatan Rakyat atau peta Pakatan Rakyat yang membingkai membentuk empayar akan runtuh begitu sahaja? Pakatan Rakyat selepas ini tidak ada. Tentunya persoalan dan ramalan ini diandaikan memandangkan Anwar adalah mediator licit dan bijak "mendempetkan" Pas dan DAP yang memegang unsur bagaikan api dengan minyak.

Ada juga yang bertanya bagaimana nasib Pakatan Rakyat sekiranya Anwar ke penjara. Mereka yang meletakkan kompas dan mata angin perjuangan mereka kepada Anwar, merasakan Pakatan Rakyat akan luyur sekiranya Anwar berada dalam penjara. Bagi mereka yang menjadikan Anwar sebagai teras perjuangan atau pengobor semangat akan lemah bila Anwar dikurung.

Sebaliknya bagi mereka yang menjadikan Anwar sebagai pembuka semangat (appetizer) dalam perjuangan, tidak kisah Anwar ada atau tidak, perjuangan mereka yang bertolak dari reformasi menuntut keadilan, kebenaran dan ketelusan akan diteruskan. Perjuangan mengeakkan keadilan tidak berasas dan bersendikan kepada peribadi seseorang, tetapi keyakinan dan iltizam dari pancar budi kita sendiri. Kalau umat Islam berjuang menegakkan agama (ad-den) kerana berteraskan kepada Muhammad s.a.w., sudah lama Islam itu lenyak kerana Muhammad sudah lama mati.

Rentetan dari itu semua ada yang bertanya apakah perkembangan politik hari ini dimana ia seolah dirancang, merealisasikan pertemuan dan kerjasama politik antara Pas dengan Umno? Mengenai ini saya boleh mengatakan cita-cita dan harapan boleh digarap bersama, tetapi politik (strategi) tidak boleh digabung. Politik adalah peperangan, ia adalah api, lautan dan gunung ganang yang "rohok" (sukar dan payah) untuk disatu dan dipadukan.

Pas dengan Umno hanya boleh disatukan diatas kertas dan wujud daripada pemikiran yang idealis, tetapi sukar untuk menjelma menjadi realiti yang praktis. Ketam boleh dimasukan dalam satu bakul dijunjung dan dipikul sipenjaja, tetapi makhluk dalam bakul itu tetap akan bercakaran dalam bekas itu akhirnya menganggui si pemikul bakul.

Kita semua adalah si pemikul bakul itu akan melakukan kerja yang sia-sia untuk melihat kerja kita itu kesampaian.

Melainkan ketam-ketam itu, Pas dan Umno dimatikan kemudian dihidupkan semula dalam alam baru. Sekian. [wm.kl.9:52 am 30/01/15]
Posted by Kedah Lanie 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena