Tuesday, 29 September 2015

AMK, Wanita desak Salleh Man Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri PP LETAK JAWATAN.

Selasa, 29 September 2015
Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Mohd Salleh Man 

AMK, Wanita desak Salleh Man letak jawatan

BUTTERWORTH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR Pulau Pinang hari ini mendesak Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang disandangnya.

Ketua AMK Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar kerana Pas tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Beliau berkata, pengumuman ketua menteri itu jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf Pas dalam pentadbiran negeri dan Salleh yang merupakan wakil rakyat Pas harus mengosongkan jawatan YDP MAIPP.

"Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangkan wakil PKR untuk jawatan YDP MAIPP itu bagi mengantikan wakil Pas apabila penggalnya tamat akhir tahun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pelantikan setiap YDP MAIPP adalah untuk tempoh dua tahun dan tempoh untuk Salleh dijangka tamat akhir tahun ini.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan negeri, Nur Zarina Zakaria berkata, jawatan YDP MAIPP wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar di Pulau Pinang dengan 10 Adun.

Pelantikan YDP MAIPP untuk tempoh dua tahun setiap penggal ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas cadangan calon dikemukakan kerajaan negeri. - Bernama
Kedah Lanie.
Read More

Monday, 28 September 2015

FITNAH! AMANAH nafi peguam yang saman Hj.Hadi adalah ahli dan peguam mereka.

Selasa, 29 September 2015
Fitnah!...mereka bukannya ahli Parti Amanah Negara

Ini lah salah seorang dari empat orang melayu yg menyaman TGHH berhubung pembentangan rang undang2 bagi meminda Akta Mahkamah Syariah Akta 355 (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang bertujuan mendaulatkan undang2 HUDUD di bumi Malaysia...
 — with Mohd Nasir IsmailKamilah MamatPutera CahayaSrikandi IslamIsmail MuhamadAhmad Amzad HashimSyaiful HizamMaya Maisara,Hanisya Abdul Hamid and Pencinta Abadi.

AMANAH nafi peguam yang saman Hj.Hadi adalah ahli dan peguam mereka

Adalah di maklumankan, Azira(Kes saman Hj Hadi 'Isu Private Bill') bukannya ahli Parti Amanah Negara(AMANAH) atau Peguam AMANAH.

Beliau hadir di Majlis Perlancaran AMANAH 16 September 2015 sebagai NGO 'Demi Malaysia', Peguam dan Aktivis BERSIH 4.0.

Kesemua dakwaan yang sedang berlegar di Media sosial ketika ini adalah tidak tepat, fitnah dan tiada kena mengena dengan Parti Amanah Negara.

Saman yg dikemukakan adalah bukan soal hudud tetapi private bill yg berkaitan dengan hal-hal menyentuh hal-hal yg melibatkan penafsiran perlembagaan negara.


Yg bakal dibentangkan diparlimen melalui private bill bukanlah undang HUDUD tetapi prubahan /penambahan hukuman yg melibatkan rotan bagi mahkamah syariah.

p/s private bill yg dikemukakan oleh MP Marang ialah satu cadangan utk meminda Akta355 @ akta mahkamah syariah 1965 yg tidak ada kaitan pun dgn enakmen kanun jenayah syariah ii kelantan (1993) 2015.

Pindaan yg dicadangkan hanyalah sekadar mengubah kadar hukuman yg boleh dikenakan drp denda rm5000, penjara 3 thn dan sebatan 6 kali kpd mengikut hukum syarak, sedangkan bidangkuasa jenayah masih terhad spt yg asal iaitu kesalahan2 berhubung kekeluargaan islam shj.

Kedah Lanie
 
Read More

PKR bakal hilang 'Kelayakan Terajui Pakatan HARAPAN'..."kerana masih harapkan Pas?"

Selasa, 29 September 2015

Terus Harapkan PAS, PKR Bakal Hilang Kelayakan Untuk Terajui Pakatan Harapan



Pakatan Harapan perlu hayati aspirasi bersama 

BANTING - Rundingan meja bulat yang berlangsung membuahkan hasil dengan wujudnya pakatan baru, Pakatan Harapan biarpun tanpa kehadiran wakil Pas, namun ia tidak merencatkan perbincangan bagi merangka formula untuk mewujudkan sebuah barisan alternatif baru untuk berdepan dengan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum ke 14. 

Pensyarah Pengurusan Strategik Kualiti, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Kamarudin Musa berkata, sebuah barisan alternatif yang kuat memerlukan setiap anggota pendukung memahami dan menghayati aspirasi bersama, menumpukan kepada kepentingan bersama, berfokus kepada keserasian

Menurutnya, parti-parti politik yang bergabung membentuk Pakatan Harapan mesti meletakkan kepentingan rakyat dan pembinaan negara bersumberkan aspirasi perlembagaan sebagai agenda utama

“Pakatan Harapan tidak seharusnya mengulangi kegagalan Pakatan Rakyat apabila adanya anggota gabungan yang mengambil sikap membelakangi aspirasi bersama. 

“Pakatan Harapan perlu wujud atas dasar strategik ke arah hala tuju politik berteraskan sistem dua parti sebagai usaha untuk memperkukuh dimensi demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian mengulas mengenai senario yang berlaku sejurus Rundingan Meja Bulat dilakukan. 

Dr. Kamarudin berkata, penyokong Pakatan Harapan juga perlu melihat lebih jauh, bukan semata-mata proses penyertaan pilihan raya tetapi mekanisme jangka panjang untuk pendidikan politik serta pembangunan kesedaran politik bagi mewujudkan kematangan penglibatan politik. 

Katanya, Pakatan Harapan perlu menjadi model dalam konteks kepedulian perjuangan rakyat selain mengelak daripada terjerumus dalam konflik ideologi dan pendekatan politik secara terbuka. 

“Jika Pakatan Harapan mahu dipandang aktif, ia perlu menunjukkan hakikat ianya relevan diwujudkan serta mampu berperanan aktif dalam mempengaruhi landskap persekitaran politik di Malaysia,” katanya 

Katanya, dengan mempunyai kemahiran mengurus konflik dan ideologi, ia dapat menjadi model pakatan politik yang berwibawa sekali gus dapat menarik kepercayaan dan keyakinan rakyat. -SH 


ULASAN GB 
Sekalipun PAS telah berkali-kali sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH), dan telah terbukti bahawa PAS yang telah mengambil sikap membelakangi aspirasi bersama sewaktu di dalam Pakatan Rakyat dahulu, namun PKR nampaknya tidak serik-serik, malah terus mengharapkan PAS untuk menyertai Pakatan Harapan.

Pendekatan dan pendirian yang diambil oleh PKR itu sendiri telah membelakangi parti-parti komponen PH, DAP dan AMANAH. Di Selangor, PKR nampaknya membelakang aspirasi bersama di dalam PH apabila meneruskan kerajaan PR bersama PAS tetapi tidak mengikut aspirasi PH. Begitu juga dengan langkah PKR Kelantan untuk menyertai H60K anjuran PAS di Kelantan beberapa minggu lagi. Ia dilihat oleh beberapa penganilisis politik sebagai langkah awal "kecurangan" PKR sendiri terhadap Pakatan Harapan. 

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan... bahawa apabila sesebuah parti di dalam gabungan PH sudah tidak berlaku jujur atau dalam perkataan lain, berlaku curang" dengan aspirasi bersama, maka ia akan tercicir dan tergelincir dengan sendirinya dari pakatan itu. DAP dan AMANAH telah pun menunjukkan persefahaman apabila menerima cadangan agar Anwar Ibrahim menjadi PM jika PH berkuasa. Tetapi PKR pula membalasnya dengan membelakangkan DAP dan AMANAH apabila terus mengharapkan PAS berada di dalam PH. Peranan PKR selaku "abang besar" dalam PH juga akan turut terjejas dan ia akan terlucut dengan sendirinya apabila PKR berlaku curang dan gagal untuk mematuhi keputusan yang telah diputuskan bersama di dalam rundingan meja bulat. Yang curang tidak akan berjaya walaupun ia bona fide

Mengapakan tidak mahu berlajar dari hukum yang universal itu? 

Dicatat oleh 
Read More

AZMIN..."Bertindak segera sebelum terlambat"? Usahlah menyongsang dan membuatkan KEADILAN dilihat tidak jujur.

Isnin, 28 September 2015
Post Pic
Kini semakin jelas bahawa PKR cuma 'ajak-ajak ayam' apabila mempelawa PAS menyertai rundingan meja bulat untuk menubuhkan suatu gagasan pembangkang baru dalam menghadapi pilihanraya umum ke-14 kelak. - ELBI RISALAH

AZMIN TIDAK PERLU MENGAMBIL MASA TERLALU LAMA UNTUK MEMAHAMI KEHENDAK RAKYAT 

MASIH ramai yang mahukan penjelasan tentang hubungan KEADILAN dan Pas setelah kewujudan Pakatan Harapan yang disertai oleh KEADILAN, Dap dan Amanah.  Pakatan terbaru ini ditolak awal-awal dan mentah-mentah oleh Pas dengan berbagai alasan.  Itu hak Pas dan kita mesti hormatinya. 

Isunya sekarang, setelah P.Pinang serta merta mengistiharkan P.Pinang kini adalah Kerajaan Pakatan Harapan.  Itu bukti bahawa Dap amat serius dengan perbincangan dan berdisiplin dengan keputusan perbincangan.  Soalnya sekarang, bagaimana dengan Selangor? 

Azmin, selaku MB Selangor kata Pakatan Harapan tiada kaitan dengan Selangor.  Ertinya, kewujudan Kerajaan Negeri Selangor berasingan dari muafakat politik terkini.  Azmin dan beberapa pimpinan Pas masih iktiraf Pakatan Rakyat yang asal, sedangkan kita tahu Pakatan Rakyat yang asal adalah terdiri dari KEADILAN, Pas dan Dap.  

Apabila Pas mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Dap, apakah Azmin masih mahu mengatakan Pakatan Rakyat masih berfungsi seperti asal?  Jika benar, mengapa kita terlalu bodoh sangat mewujudkan Pakatan Harapan?   

Azmin juga menyebut kerajaan Selangor yang ada sekarang akan dikekalkan sehingga PRU14 akan datang.  Itu aku setuju.  Tiada keperluan untuk menukar MB baru mahupun bubar Dun.  Apa yang dipersoalkan sekarang adakah Azmin mengiktiraf Pakatan Harapan atau tidak?  Jika iktiraf, apakah yang patut beliau lakukan?  Jika tidak iktiraf, nyatakan sahaja bahawa kamu tidak iktiraf dan kita di dalam Pakatan Harapan boleh melakukan sesuatu agar Pakatan Harapan ini berfungsi di Selangor juga. 

Aku harap Azmin tidak lakukan kesilapan besar setelah di awal kemasukannya sebagai MB Selangor beliau dilihat mampu mengikut insiprasi rakyat berbagai kaum bukan sahaja melihat di kawasan beliau sahaja.  

Pakatan Harapan bukan arahan Azizah, Rafizi, Saifudin, Mat Sabu, Kit Siang atau sesiapa.  Pakatan Harapan adalah pilihan semua di antara kita, kecuali Pas.  Usahlah melakukan sesuatu yang menyongsang dan membuatkan KEADILAN dilihat tidak jujur apabila berunding.   

Buat masa ini aku masih yakin Azmin belum terlambat.  Aku tidak boleh melihat setiap hari beliau dicemuh dan diperlekehkan hanya kerana untuk melayan kehendak pihak yang tidak mahu bersatu di dalam Pakatan Harapan.  

Usah beri berbagai alasan atau strategi yang hanya seorang dua sahaja yang menentukan tetapi menolak strategi atau keputusan ramai.   

Bertindak segera sebelum terlambat.   

DICATAT OLEH WFAUZDIN NS 
Read More

[Video] Muhiyiddin di gesa lebih agresif melawan Najib...

Isnin, 28 September 2015



Muhiyiddin di gesa lebih agresif melawan Najib...

Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akan tiba di KLIA daripada lawatannya ke Bosnia dan Sarajevo, petang ini pada kira-kira jam 4.30 petang. – Foto Muhyiddin Yassin di Bosnia
Mesej kepada rakan-rakan, sahabat dan penyokongnya agar dapat bersama-sama menyambut kepulangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah mula diedarkan sejak semalam lagi.
Di Bosnia minggu lalu, Muhyiddin telah bersama-sama dengan Tun Mahathir diberi penghormatan meraikan ulangtahun ke 20 keamanan Bosnia di mana rakyat negara itu begitu menyanjung tinggi dan terhutang budi dengan peranan yang dimainkan oleh bekas Perdana Menteri terhadap mereka selama ini.
Mengikut laporan media, ramai rakyat Bosnia yang menangis ketika Tun Mahathir mahu pulang kerana mengenangkan begitu banyak sumbangan dan peranan yang dimainkannya sejak negara itu bergolak.
Walaupun sudah dipecat daripada jawatan kerajaan bersama dengan Najb Presiden UMNO, Shafie Apdal, realitinya Muhyiddin belum ditinggalkan sepenuhnya, terutama oleh penyokong setia ataupun daripada golongan pencinta kebenaran, walaupun tiada lagi “gula ditubuhnya” sebagaimana ketika berjawatan menteri sebelum ini.
Tetapi harapan ramai ialah agar Muhyiddin dan Shafie tidak sekadar berdiam diri saja dengan pelbagai isu yang melanda negara.
Memang Muhyiddin dan Shafie dilihat kerap memberi kenyataan media berkaitan isu-isu tertentu, tetapi peranan mereka sebenarnya diperlukan lebih daripada itu.
Kedua-dua mereka perlu lebih agresif turun padang menghadiri pelbagai program, menerima jemputan NGO-NGO dan menemui seramai mungkin kelompok masyarakat bagi menyuarakan pandangan mengenai permasalahan dalam negara.
Sekarang ini terlihat hanya Tun Mahathir seorang yang begitu aktif, bukan saja menyuarakan pandangan dan kritikan melalui blognya, bahkan tidak henti-henti menghadiri pelbagai program dalam usahanya menyingkirkan Najib Razak atas kepercayaannya untuk menyelamatkan negara ini.
Dalam hal ini, Muhyiddin dan Shafie harus sama aktif dengan Tun Mahathir jika mereka benar-benar yakin keadaan negara sedang bermasalah ketika ini dan perlu dipulihkan dengan segera.
Berdiam diri hanya akan menyebabkan mereka semakin dilupakan, tidak dipedulikan dan akhirnya “mati kering” begitu saja.
Turun naik dan kehilangan jawatan adalah perkara biasa bagi mana-mana pejuang, malah kebanyakan pemimpin terbilang biasanya pernah mengalami pengalaman terbuang sebelum nama mereka dijulang.
Read More

[Video Hidup Umno, Hidup Dap] #RinggitJatuhLagi...#UMNOperbodohkanMelayu? USD1 = RM4.48 hari ini.

Isnin, 28 September 2015
Video lawak...


  Video asal...


Undi la lagi umno BN beb...


#BREAKINGNEWS .. RINGGIT JATUH LAGI !!
Semakin hampir RM4.50 DAN SETERUSNYA TAK MUSTAHIL CECAH RM5.00 !!!

"RINGGIT JATUH BAIK UNTUK PELAJAR ASING" -Idris Jusoh

"RINGGIT JATUH BAIK UNTUK PELANCONG ASING" -Nazri Aziz

Tak heran pon Malaysia MAKIN JAHANAM...
Jika ini berterusan, tak mustahil negara kita akan muflis dengan peningkatan kadar inflasi yang mendadak...

Masih gah nak laungkan Hidup Melayu di PWTC ??

#RinggitJatuhLagi #UMNOperbodohkanMelayu

Ringgit pulih jika selesai dua isu



SHAH ALAM - Nilai ringgit akan kembali pulih sekiranya isu kejatuhan harga minyak dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diselesaikan serentak.

Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, jika salah satunya selesai, ia belum dapat menyelesaikan masalah kejatuhan ringgit.

“Walaupun 1MDB dapat diselesaikan, itu belum bermakna ringgit akan pulih kerana ia turut bergantung kepada situasi kejatuhan minyak dunia.
“Begitu juga sebaliknya. Saya berpendapat kedua-duanya perlu diselesaikan serentak,” katanya, semalam.

Menurutnya, isu 1MDB hanya mempengaruhi keyakinan pelabur asing yang ingin datang melabur di negara ini walaupun harga minyak kembali meningkat.

Beliau mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang yakin ringgit akan naik semula sekiranya isu 1MDB dapat diselesaikan.

Kata Abdul Rahim, harga minyak akan kembali naik apabila keadaan ekonomi di negara besar seperti China, Amerika Syarikat dan Eropah kembali pulih.

“Saya tidak fikir harga minyak akan kembali meningkat pada tahun ini melihatkan kepada ekonomi China yang belum ada perubahan drastik.

“Mungkin dalam enam bulan akan datang, keadaan akan berubah sedikit tetapi bergantung kepada ketiga-tiga negara besar itu (China, Amerika dan negara-negara Eropah),” katanya.

Kedah Lanie

Read More

Memalukan! Reezal Merican Tak Faham Protokol...Baru jadi tim/menteri dah mula tunjuk taring menjilat?

Isnin, 28 September 2015

2 hrs 
 

Inilah akibatnya jika menteri UMNO-'melayu' Reezal Merican yg hanya berjawatan Timbalan Menteri shj mula tunjuk taring menjilat melebihi kuasa Menteri Luar utk memanggil Duta China dgn alasan menuduh duta tersebut campurtangan daripada pihak asing ketika melakukan lawatan di Petaling street baru-baru ini.

Bagaimanapun, Huang dalam kenyataan selepas itu membidas tuduhan Reezal dengan menyatakan bahawa kunjungannya itu sebagai satu lawatan muhibbah.

#UMNOtetapBODOH

Memalukan.. Reezal Merican Tak Faham Protokol

Panggil duta China: Timbalan menteri luar tak ikut protokol


Timbalan Menteri Luar Negara Datuk Seri Reezal Naina Merican didakwa tidak mengikut protokol ketika memanggil duta China Huang Huikang.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata untuk memanggil Huang, ia mesti dibuat oleh menteri luar negara selepas berunding dengan perdana menteri.

“Sekarang kedua-dua pihak, perdana menteri dan menteri luar negara berada di luar negara, jadi pemangku menteri luar ialah (Datuk) Hamzah (Zainuddin),” katanya kepada Malaysiakini.

Nazri berkata perbualannya dengan Hamzah semalam mendapati pemangku menteri luar itu tidak menerima arahan daripada menteri atau perdana menteri untuk memanggil Huang.

“Timbalan menteri tidak boleh panggil duta kerana pemangku menteri ialah Hamzah,” katanya.

“Itulah sebabnya bila saya sahkan dengannya (Hamzah) beliau tidak terima arahan daripada kedua-dua pihak, menteri luar dan perdana menteri (untuk memanggil Huang) yang saya simpulkan tiada keperluan kepada duta itu untuk ke Wisma Putra.”

Nazri bagaimanapun tidak pasti sama ada Reeezal (gambar) membuat silap susulan baru dilantik ke jawatan itu. Tugasannya berkuat kuasa pada 28 Julai selepas rombakan kabinet terbaru.

Sin Chew hari ini melaporkan Hamzah sebagai membatalkan panggilan itu.

Hamzah merupakan timbalan menteri luar sehingga rombakan kabinet Julai lalu, yang mana beliau dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

Kenyataan Huang semasa melawat Jalan Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini dilihat sebagai campur tangan asing, tetapi Huang menjelaskan ia hanya lawatan muhibah.

Sin Chew melaporkan Huang tidak menerima panggilan rasmi daripada Wisma Putra dan Huang tidak akan ke Wisma Putra di Putrajaya hari ini.

Huang dijadualkan untuk menghadiri satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.

Malaysiakini telah menghubungi Reezal dan Hamzah untuk mendapatkan respons mereka.

- mkini
BLM
Read More

'Cina Babi' Melayu berhutang, sehinggakan buku hutang bertapuk-tapuk tidak berbayar di kedai Cina...

Isnin, 28 September 2015

Cina Babi: Ridhuan Tee sekolahkan gang 'Baju Merah'



LAMA sudah saya tidak mendengar kata-kata “Cina babi”, kecuali selepas perhimpunan Merah 16 September. Menyamakan manusia, Cina dengan binatang (babi), adalah perbuatan manusia tidak bertamadun. Orang sebegini tidak layak memimpin dan menjadi pemimpin.

Atas apa jua alasan, sama ada orang Cina suka makan babi atau tidak, perkataan ini sepatutnya tidak boleh sama sekali dikeluarkan di khalayak. Apa kata, kalau orang lain berkata, Melayu lembu. Apabila ada yang protes, maka kita pun jawab, ia tidak sensitif, kerana orang Melayu memang suka makan lembu.

Saya harap orang yang mencari alasan sebegini, bertaubatlah. Perbuatan itu tidak menguntungkan dakwah, malah merugikan. Ya, memang saya tidak nafikan, turut melabelkan segelintir Cina dengan istilah ultra kiasu, tetapi saya merujuk kepada sikap mereka, yang asyik mahu menang, tanpa sedikit pun mahu kalah. Tidak kira sama ada Cina atau Melayu atau lain-lain.

Perlu diingat, tidak semua Cina makan babi. Ada Cina Islam dan segelintir Kristian yang tidak makan babi. Terdapat lebih 80 juta Cina Islam di negara China, lima kali ganda jumlah Melayu Islam di Malaysia, yang tidak pernah menyentuh babi, kerana mereka beragama Islam.

Malah, orang Cina di China, menerima Islam lebih awal daripada kita. Orang Melayu menerima Islam 600 tahun lalu. Orang Cina telah menerima Islam hampir 1400 tahun yang lalu. Malah, sejarah pengislaman orang Melayu, turut dilakukan oleh pendakwah Cina.

Tanpa orang Cina datang berdakwah dan berdagang ke Alam Melayu (selain Arab dan India), mungkin pengislaman orang Melayu secara besar-besaran menjadi tidak sempurna.

Justeru, berhati-hatilah apabila 'membabikan' orang lain. Mungkin sebelum Islam dahulu, orang Melayu turut memakan dan bermain dengan binatang ini.

Dalam insiden kali ini menjadikan saya malu dan terasa ingin memohon maaf kepada orang Cina yang tidak ultra kiasu, atas keceluparan orang yang mengaku Islam, menggunakan kata-kata kesat.

Saya melakukan sebegini kerana saya amat faham tentang sifat dan makhluk yang ALLAH jadikan. Babi sekalipun, haram dimakan atau dipelihara oleh orang Islam, namun sifatnya sebagai makhluk ciptaan mesti dihormati, kerana ia ciptaan ALLAH, bukan syaitan. Hatta, syaitan sekalipun adalah ciptaan ALLAH, sekalipun ia musuh kepada manusia dan bertugas menyesatkan manusia.

Apakah salah ALLAH menjadikan syaitan? Begitu juga dengan orang Yahudi. Benar, ALLAH melaknati Yahudi dalam al-Quran, kita pun sebut Yahudi laknatullah. Pada masa sama, ALLAH memberi kelebihan kepada Yahudi. Yahudi menguasai dunia dan ekonomi. Kenapa ALLAH lakukan sedemikian? Patutkah kita menyalahkan ALLAH? Yahudi tidak salah, tetapi sikap Yahudi itu yang perlu ditangani.

Terkadang saya amat sedih melihat orang Melayu yang mengaku Islam, menganiaya makhluk yang tidak berdosa seperti anjing, yang turut menjadi sensitif kepada orang Melayu, sehingga kita sanggup menyamak beratus-ratus troli, sedangkan perkara yang lebih haram seperti rasuah dan riba dibiarkan berleluasa, malah diambil menjadi darah daging.

Justeru, saya memohon supaya kita tidak terlalu beremosi. Ya, memang kita menentang sikap ultra kiasu. Tetapi itu bukan bermakna kita mengambil sikap memusuhi mereka, kecuali ia memberikan ancaman terhadap Islam.

Ambillah iktibar, cerita ibu bapa saya yang berniaga di kawasan orang Melayu suatu ketika dahulu. Ibu saya sanggup ‘mencuri’ beras, yakni mengambil beras tanpa pengetahuan bapa saya dan memberikannya kepada orang Melayu yang mempunyai ramai anak atas dasar belas kasihan.

Saya tidak boleh bayangkan betapa besarnya jasa ibu bapa saya ‘membesarkan’ orang Melayu yang kesusahan di kampung saya, dengan memberikan mereka berhutang, sehinggakan buku hutang bertapuk-tapuk tidak berbayar, sehinggakan ada hutang yang ditulis di dinding-dinding kedai.

Orang kampung membesar dengan hutang kepada ibu bapa ayah. Ramai anak mereka berjaya masuk universiti, hutang masih tidak berbayar.

Bacalah kisah Hajijah Saini mengambil upah menjaga dua anak Cina sejak mereka masih bayi lagi sehingga memberi gelaran nama yang sinonim dengan bangsa Melayu dan Islam iaitu ‘Hassan dan Abu’.

Hajijah menjaga dan menyayangi anak Cina ini seperti anak sendiri. Makan bersuap, tidur di riba, mandi diurus. Adakah wajar kita membenci Cina kerana dia Cina?

Begitu juga kisah seorang Cina tua tinggal seorang diri, membeli nasi lemak daripada peniaga Melayu. Melihat keadaan Cina tua itu, peniaga Melayu ini memberikan nasi lemak secara percuma kepadanya.

Kesimpulan, kita tidak melarang kebebasan berhimpun, jika ada tujuannya. Tetapi jagalah akhlak dan mulut. Jika bersalah, mengakulah. Tidak perlu mencari alasan yang tidak munasabah. Itu ultra kiasu namanya.

Ultra kiasu tidak hanya ada pada orang Cina, tetapi Melayu juga. Berhimpunlah secara baik, tonjolkan imej baik Islam seperti yang dikehendaki pimpinan negara kita ~ Sinar Harian
Read More

PAS perlu tinggalkan Selangor jika tak sertai Pakatan HARAPAN..."Rakyat nak tahu apa sebenarnya pendirian PAS"

Isnin, 28 September 2015
PAS perlu tinggalkan Selangor jika tak sertai Pakatan Harapan

Beliau berkata, PAS perlu tegas dalam membuat keputusan kerana rakyat kini menilai apakah pendirian sebenar parti Islam itu.
Katanya, sekiranya PAS berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu atau Pakatan Harapan, ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor.
Keengganan berbuat demikian katanya, akan menyebabkan penyokong menganggap PAS sebahagian daripada pakatan pembangkang baharu.
"Rakyat nak tahu apa sebenarnya pendirian PAS. Jika tegas dengan prinsip untuk tidak bersama pakatan baharu, maka PAS wajar putus hubungan dengan PKR dan tarik diri daripada kerajaan Selangor.
"Sekiranya tidak bertindak demikian, bermakna PAS juga sebahagian daripada pakatan baharu.
"Oleh itu PAS perlu keluar kenyataan agar parti itu dilihat tidak berdolak dalik," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.
Pakatan Harapan diumumkan pembentukannya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas tiga parti politik itu mengadakan satu mesyuarat minggu lalu yang turut dihadiri beberapa pemimpin badan bukan kerajaan.
Meskipun pada mulanya, PKR menetapkan akan menarik PAS untuk turut menyertai mereka, namun ia ditolak parti Islam itu atas alasan tidak boleh bekerjasama dengan Amanah yang dibentuk bekas pemimpin dalam PAS.
Bagaimanapun, PAS memberi jaminan akan tetap bekerjasama dengan PKR. – 28 September, 2015.
The Malaysian Insider
Read More

Sunday, 27 September 2015

MERAH NAJIB, kuning rakyat...Siapa yang membela anak dara melayu DIPERKOSA oleh pemimpin Melayu?

Isnin, 28 September 2015

MERAH NAJIB, KUNING RAKYAT

HIDUP MELAYU adalah lauangan dari HIMPUNAN MERAH yang diadakan pada sambutan kelahiran hari Malaysia yang lalu, Laungan garang kemerehan ini dengan nada perkauman Melayu di jadikan wacana pasca perhimpunan.

Namun beberapa orang penganalisa politik Malaysia berpendapat gelora perkauman ini perlu dikeluarkan secara berperlembagaan supaya berlaku perbincangan, pendidikan demokrasi dan akhirnya perdamaian ke arah menghormati hak-hak asasi manusia.

Himpunan Baju Merah lebih baik terjadi daripada ia terpendam di bawah tanah, bergerak seperti mafia ataupun pergerakan ektremis yang bersandarkan keganasan untuk merebut kekuasaan – pembunuhan bersenjata seperti gerakan penghapusan etnik di Rwanda dahulu.
Saya percaya setakat hari ini, pihak keselamatan dan keamanan – juga pihak perniagaan dan perdagangan – Malaysia tidak akan membenarkan peristiwa 13 Mei berulang lagi.

Maka tiga orang anggota polis cedera ringan dalam mempertahankan Petaling Street daripada dirempuh para penunjuk perasaan, meski mereka dilemparkan kata-kata kesat “barua Cina.”
Saya boleh katakan Himpunan Baju Merah berjaya mencapai tujuannya untuk menunjukkan (tidak sama sekali kebenaran, melainkan tanggapan) bahawa kononnya orang-orang Melayu tanpa berbelah bahagi bersatu menyokong padu Najib Razak.

MERAH pada dasar beranggapan mereka telah berjaya mengenal pasti apa yang berlaku selama ini antara kaum di Malaysia, Melayu terus tertindas, semua permasalahan adalah di sebabkan oleh kaum Cina khususnya parti DAP. Tuduhan kepada kedua anak berank ini Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sampai ke peringakat kemuncaknya.

Tapi malangnya tuduhan dan tangapan serong MERAH ini tidak di sokong dengan faktar atau pertimbangan akal budi, Tohmahan di buat hanya untuk meraih simpati Melayu yang lain. Pesoalannya benarkan mereka ingin menggadai atau menjual negera ini?

MERAH juga lupa atau sengaja tidak memahami kesilapan lalu, apakah pengagihan kekayaan di negara ini di agihkan oleh DAP atau dari kalangan Cina untuk kepentingan rakyat atau MERAH cuma menukkan rasa untuk mempertahankan tindakan kepimmpinan Melayu yang hidup rakus dengan kekayaan hingga melupakan rakyat jelata.

1- Siapa membela anak dara di pekosa oleh pemimpin Melayu? 
2- Kaum mana yang mempertahankan Akta Pengambilan Tanah negara dari dipinda?
Akta gila yang membolehkan tanah sesiapapun di negara ini dirampas kerajaan atas tujuan pembangunan ekonomi semata-mata, yang tersangat luas taksiran dan ruang lintup kuasanya, meliputi kepentingan ekonomi pihak swasta yang boleh saja bertentangan dengan kepentingan orang ramai. Walhal sebelum itu, kerajaan hanya boleh mengambil tanah milik peribadi dan orang ramai atas tujuan kemudahan dan infrastruktur awam.
3- Untuk Melayu Cina DAP juga sanggup merengkok di penjara, ISA 2 tahun.

Pembaca cari lah sendiri siapa mereka.

Pada masa yang sama negara di bawah kepimpinan Najib sedang berperang dengan isu-isu semasa yang amat sukar untuk di bendung. Projek 1MBD contohnya telah mengambil masa yang panjang dn ianya cukup berliku, penyelewangan " Derma RM2.6b " Projek TPPA, Pembunuhan Altantuya di hidupkan kembali juga kaitan dengan masalah hutang negera dan murahnya mata wang Malaysia berbandingan dengan US.

Dengan demonstrasi Baju Merah, sekurang-kurangnya perhatian masyarakat tempatan dapat dialihkan seketika daripada isu yang paling mencabar hari ini, iaitu 1MDB dan desakan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad agar Najib Razak meletakkan jawatan PM.
Ribuan Baju Merah yang berhimpun itu memang menang sorakannya, dengan seruan slogan perkauman yang penuh gegak gempita. Kemenangan sorakan MERAH adalah untuk Najib Razak dan bukannya untuk penambahbaikan untuk rakyat. 

MERAH telah menyelamatkan problem Najib buat seketika. Tahniah Merah

Jauh berbeza himpunan MERAH dengan KUNING dalam mempejuangkan hak Rakyat. 

Pendekkan tulisan Himpunan Merah lebih kepada mempertahankan Najib dari untuk rakyat.
Read More

Kesian orang Melayu terbelenggu dengan khurafat Melayu akan jadi ‘bangsat’...Rakyat dapat gaji RM10 sebulan? Alahaiii...

Isnin, 28 September 2015
LELAKI YANG HANYA MENDAPAT GAJI RM10 SEBULAN MASIH WUJUD DI SABAH.

Baru-baru ini, saya telah singgah ke sebuah hospital di pekan Ranau, Sabah sekitar jam 2.00 pagi untuk menemani sahabat saya yang sakit akibat keracunan makanan.

Sambil menanti rakan saya yang sedang menerima rawatan di bahagian kecemasan hospital tersebut, mata saya tiba-tiba tertumpu kepada seorang lelaki yang berumur sekitar 30-an duduk di hadapan wad kecemasan dengan wajah yang sangat lesu dan lemah.

Lantas, saya mengambil keputusan untuk menyapa lelaki tersebut dan berborak bersama beliau.

Lelaki itu bernama yunting dan berasal daripada sinuran (sebuah kawasan pendalaman di Ranau). Beliau datang ke hospital kerana terpaksa menghantar anak beliau yang demam panas ketika itu.

Perjalanan dari pendalaman Sinuran ke pekan Ranau memakan masa satu hari (24 jam) walaupun jaraknya hanya sekitar 70 km sahaja.

Menurut abang yunting, beliau terpaksa menaiki bot dan berjalan kaki dalam jarak yang cukup jauh kerana tiada jalan raya untuk menuju ke kawasan tempat tinggal beliau di Sinuran.

Semua anak-anak beliau juga tidak bersekolah kerana tiada sekolah yang dibina di kawasan tersebut dan beliau juga tidak mampu untuk menghantar anak-anak beliau ke sekolah kerana masalah kewangan.

Kemudian, saya bertanya apa pekerjaan beliau dan berapa pendapatan beliau sebulan.

Satu jawapan daripada beliau yang membuatkan saya terdiam dan menangis seketika.

Beliau beritahu yang beliau bekerja sebagai pemotong pokok dan memperolehi gaji oleh pihak syarikat hanya sebanyak RM10 sebulan dan diberikan bahan-bahan makanan asas yang akan dihantar oleh helikopter setiap bulan.

Hati saya bagai dihiris dengan pisau ketika itu. Sakit dan pedih.

Saya segera menamatkan perbualan kami ketika itu sambil bersalaman bersama beliau kerana rakan saya telah selesai menerima rawatan.

Saya sempat juga menasihat abang yunting agar berpindah ke tempat yang lebih dan membina masa depan yang cerah.

Semoga Allah swt memberkati kehidupan abang yunting.

Muhammad Asyraf Che Ani.
12.00 Tengahhari.
23 September 2015/9 Zulhijjah 1436 Masihi

Sukan Star TV


1 hr 
 

Respons saya sebenarnya. Sedih atau suka apabila Perdana Menteri Datuk sri Najib Razak kata Melayu akan jadi ‘bangsat’ sekiranya Umno kalah dan hilang kuasa kerajaan persekutuan.

Secara ikhlasnya memang ada perasaan sedih dan kecewa mengenangkan masih ramai orang Melayu yang percaya akan khurafat dan doktrin hanya Umno mampu membela Melayu. Untuk membebaskan Melayu daripada doktrin ini sangat sukar.

Orang Melayu khasnya di luar bandar bahkan juga di bandar, yang kurang bermaklumat atau mendapat maklumat daripada akhbar perdana seperti Utusan dan RTM, akan terus percaya hanya Umno yang mampu membela Melayu.

Ya, memang sedih dan kesian orang Melayu terbelenggu dengan khurafat ini. Mereka kekal dalam politik perlindungan atau ‘patronage’ ini. Mereka mudah ditakut-takutkan atau diugut. Mungkin sampai kiamat agaknya.

2 hrs 
 

Inilah nasib bangsaku...sekali melangkah...dgn memijak bangsanya sendiri...menipu dan mempermainkan bangsa sendiri...alahaiii...!..

8 hrs 
 

ANDA KENAL Rosmah Mansor.. ???
Tahu ke tak jawatan Rosmah Mansor..??
Siapa sebenarnya Rosmah Mansor..??

Jika ANDA mahu negara kita 'SELAMAT', anda kekalkanlah Rosmah Mansor di Sri Perdana, Putrajaya sampai ke kiamat..

Mudah2an khazanah & harta negara dapat disapu licin supaya rakyat dpt menikmati rahmat #BR1M & #GSTbuat selama2nya...
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena