Monday, 30 November 2015

Sudahkah tiba masanya? Melayu akan hina Umno!

Isnin, 30 November 2015

Melayu akan hina Umno jika setia demi kepentingan diri, kata Dr Mahathir 
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat budaya setia kepada pemimpin demi kepentingan peribadi akan menyebabkan Umno hilang kesenangan hari ini pada masa akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 November, 2015.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat budaya setia kepada pemimpin demi kepentingan peribadi akan menyebabkan Umno hilang kesenangan hari ini pada masa akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 November, 2015. 

Seruan itu dibuat pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu dalam satu surat terbuka menjelang Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung pada 8 sehingga 12 Disember akan datang.
"Wahai ahli dan pemimpin Umno di akar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini.
"Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan Umno. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan kerajaan parti lawan akan bertindak ke atas kesalahan mereka semasa memerintah," tulisnya dalam blog popularnya www.chedet.cc hari ini.
Menurut Dr Mahathir, peringatan itu diberikan melalui blognya kerana kini tidak lagi boleh bercakap terus dengan ahli Umno dan orang ramai.
Beliau mengulangi dakwaan kini dihalang jentera kerajaan yang sekaligus membuktikan mereka sebenarnya takut dan bersalah terhadap orang ramai.
"Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli Umno dan orang awam.
"Jentera yang diguna yang terdiri daripada badan kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan sedang dilakukan," tulisnya.
Seruan Dr Mahathir ini berupaya menyemarakkan lagi protes terhadap Najib daripada akar umbi kerana sejak dua hari lepas beliau turut mengiktiraf sekumpulan ketua cawangan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).
Dr Mahathir berkata kumpulan itu bersuara mendesak Najib meletak jawatan selepas ketua bahagian kini "menjadi bisu". – 30 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/melayu-akan-hina-umno-jika-setia-demi-kepentingan-diri-kata-dr-mahathir#sthash.ljm3hNmh.dpuf
Read More

Dr Mahathir ramal Umno kalah PRU14...Bersedialah BN & Pakatan Harapan!

Isnin, 30 November 2015
Dr Mahathir ramal Umno kalah PRU14
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 November, 2015.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 November, 2015. 

Bekas perdana menteri itu membuat ramalan dalam satu surat terbuka kepada pemimpin dan ahli akar umbi Umno yang disiarkan menerusi blog popularnya www.chedet.cc.
"Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. Barisan Nasional (BN) dan Umno akan menjadi parti pembangkang.
"Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat Umno untuk bangsa, negara dan agama," tulis bekas presiden Umno itu.
Beliau turut mengulangi gesaannya sebelum ini agar Umno menolak Najib jika mahu parti itu kekal memerintah negara selepas PRU14.
"Sebaliknya, jika Najib berhenti daripada menjadi presiden Umno dan perdana menteri, besar kemungkinan Umno akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14.
"Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat," katanya.
Gesaan ini merupakan siri terbaharu dalam asakan berterusan personaliti Umno yang tidak lagi sebulu dengan Najib.
Selain Dr Mahathir, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal yang disingkir Najib daripada Kabinet terus mengkritik pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib. – 30 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-ramal-umno-kalah-pru14#sthash.CLevIOEd.dpuf
Read More

Muhyiddin beri AMARAN! Sokongan orang Melayu pada Umno tinggal 30% aje...

Isnin, 30 November 2015

Muhyiddin: Sokongan orang Melayu pada Umno tinggal 30%

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa sokongan orang Melayu kepada parti itu kini tinggal 30 peratus, manakala 78 peratus lagi tidak berpuas hati dengan keadaan semasa ekonomi.

Memetik kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center, Muhyiddin berkata, sokongan orang Melayu kepada Umno selama ini melebihi 50 peratus.
Bagaimanapun, tegasnya, sokongan itu tinggal 30 peratus sekarang.
Umno, katanya, sentiasa berada di barisan hadapan dari segi mendapatkan sokongan orang Melayu, tetapi ini telah berkurangan.

Begitu juga, katanya, dengan peratusan yang berpuas hati dengan keadaan ekonomi sekarang hanya 17 peratus manakala 78 peratus tidak berpuas hati.

Tahap sokongan kaum Cina kepada kerajaan, katanya, juga telah berkurangan daripada 13 peratus pada pilihan raya umum lepas, kepada hanya lima peratus pada masa ini dan ia mungkin lebih rendah dalam dua tahun.

Muhyiddin berkata, ini adalah realiti yang dihadapi Umno dan BN ekoran kepimpinan sekarang dan 1MDB.

Dan jika tidak diperbetulkan, tegasnya, dalam tempoh dua tahun (pada pilihan raya umum akan datang), Umno boleh kalah.

Bercakap lebih satu jam di perhimpunan Umno Bahagian Pagoh semalam sebagai tanda sokongan untuk beliau, Muhyiddin berharap kepimpinan sekarang, sama ada di peringkat bahagian atau Majlis Tertinggi, akan mengambil iktibar daripada kaji selidik itu, kerana ia mewakili sentimen rakyat.

Bagaimanapun, timbalan presiden Umno itu tidak menyatakan bilakah kajian Merdeka Center itu telah dijalankan.

Muhyiddin, yang juga ahli Parlimen Pagoh dan bekas timbalan perdana menteri berkata, itulah sebabnya beliau telah menyuarakan kebimbangannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara berkaitan 1MDB.

Tindakannya itu, jelas Muhyiddin, adalah untuk cuba membetulkan keadaan dan parti.
Posted by Kedah Lanie 
Read More

Sunday, 29 November 2015

'Azmin Benci Pakatan Harapan Sayang PAS'? Jangan lagakan saya dengan Wan Azizah.

Ahad, 29 November 2015

Jangan lagakan saya dengan Wan Azizah – Azmin Ali

 | November 29, 2015
Azmin tidak mempunyai sebarang masalah dengan Wan Azizah sebaliknya menghormatinya sebagai ketua parti
azizha
SHAH ALAM: Timbalan Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, memberi amaran kepada pihak yang cuba-melaga-lagakan kepimpinannya dengan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Amaran itu diberikan susulan terdapat laporan daripada beberapa agensi media yang cuba melakukan perkara seperti itu dengan mengatakan kononnya beliau dan presiden parti tidak sehaluan semasa menghadiri Kongres Nasional PKR.
Tuduhan itu katanya dibuat ekoran beberapa kemelut melibatkan gabungan parti pembangkang.
Azmin menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Wan Azizah sebaliknya menghormatinya sebagai ketua dalam parti.
“Kalau lihat laporan media, Ohh Azmin ke sana, Presiden ke sini (ketika menghadiri ko Kongres PKR). Jangan laga-lagakan saya dan presiden.
“Sebagai timbalan saya akan patuh dan setia pada presiden, ketua umum dan keputusan parti. Jangan Jadi (macam) Utusan Malaysia dan TV 3,” katanya semasa ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR Ke-11, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Azmin berkata, pihaknya tidak pernah menghalang mana-mana petugas media membuat liputan Kongres PKR sebelum ini.
Malah, beliau berkata, pihaknya juga mengambil inisiatif menyediakan ruang khas lengkap berserta kerusi dan meja panjang bagi petugas media untuk memudahkan mereka melaksanakan tugas masing-masing.
“Dulu semasa kongres berlangsung, tidak ada petugas media datang untuk buat liputan. Sekarang media memenuhi ruang di hadapan saya ini,” katanya.
Sehubungan itu, Azmin berkata, petugas media perlu melaporkan berita berasaskan fakta yang betul.
“Janganlah salah lapor dengan tujuan untuk memecah belahkan parti. Laporlah dengan jujur berdasarkan fakta dan kebenaran,” katanya.
FMT. 
View image on Twitter


Azmin/PKR Benci Pakatan Harapan, Sayang PAS. FAKTA

Perwakilan2 PKR memberi tepukan gemuruh kepada wakil PAS apabila nama wakil PAS diumumkan oleh Pengerusi Majlis.

Ini menandakan kempen Azmin seluruh Malaysia kepada akar umbi PKR telah berjaya.

Selama ini Azmin telah turun bertemu akar2 umbi PKR memberitahu mereka bahawa kerajasama dgn PAS masih ada harapan.

Nampak gayanya usaha Azmin berjaya sungguh.

Walaupun dua minggu lepas, terus terang Presiden PAS tolak Azmin ke tepi demi menyokong bajet Najib Tun Razak.

Satu demi satu PAS menunjukkan sikap tidak hormat kepada PKR terutamanya kepada Anwar Ibrahim.

Namun, Azmin tidak kesah semua itu.

Azmin tidak kesah PAS benci kepada Anwar Ibrahim.

Azmin cuma pentingkan diri sendiri dan jawatan beliau sahaja.

Sudah tiba masanya Pakatan Harapan membuang PKR dan Azmin dari Pakatan Harapan.

Sekiranya tidak, bala akan menimpa kedua2 Amanah dan DAP.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Zuhdi berani kata Pakatan Harapan akan bungkus sebab dia tau konspirasi Azmin dlm PKR untuk menghancurkan Pakatan Harapan.

Atas sebab itu dia dapat agak Pakatan Harapan tidak mampu bertahan lama.

Sekarang ini Presiden PKR sendiri menjauhkan diri dari program2 Pakatan Harapan.

Ini petanda jelas hayat Pakatan Harapan ini sudah hampir.

Jadinya, Amanah dan DAP harus bertemu dan membuat keputusan memecat PKR dari Pakatan Harapan.

Seterusnya DAP perlu menarik dari dari menyokong Azmin Ali sbg MB Selangor dan membuat usul undi tak percaya.

Tulang Besi yakin usul undi undi tak percaya akan disokong UMNO dan PAS.

Cumanya selepas itu UMNO dan PAS akan cuba menaikkan Khalid Ibrahim dan membuang Azmin Ali.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kesimpulannya, tiada harapan PKR utk duduk dalam PAkatan Harapan.

Tiada harapan utk Azmin menyukai Pakatan Harapan.

Teori Tulang Besi adalah Azmin Ali melihat Pakatan Harapan sebagai halangan kepada beliau untuk naik lebih tinggi yakni Perdana Menteri Malaysia.

Sehingga kiamat pun Azmin Ali tidak akan menyokong Pakatan Harapan

TULANG BESI

ps Pastikan tiga penjuru di Parlimen Gombak serta DuN Hulu Klang PRU depan

Read More

Pilihan Raya Negeri Sarawak - Amanah optimis lahirkan ‘anak sulung’

Ahad, 29 November 2015
Amanah optimis lahirkan ‘anak sulung’ di Sarawak
 | November 29, 2015
Ahli-ahli Parlimen yang berada di dalam Amanah sebelum ini bertanding menggunakan tiket dari parti Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13).
123KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat untuk melahirkan ‘anak sulung’ nya sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti itu berhasrat untuk meletakkan calonnya sendiri di dalam PRN Sarawak yang dijadual berlaku pada bila-bila masa.
Hal ini kerana, ahli-ahli Parlimen yang berada di dalam Amanah bertanding menggunakan tiket parti Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13).
“PRN Sarawak dijangka berlaku pada bila-bila masa. Bila diumumkan, Amanah akan cuba bertanding di Sarawak.
“Yang ada sekarang ini, orang kata anak tumpang,” katanya sewaktu ditemui pemberita selepas merasmikan Wisma Amanah Negara di Jalan Ipoh pada petang Sabtu.
Namun, Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mad Sabu menjelaskan bahawa sehingga kini masih belum ada sebarang perbincangan mengenai pilihan raya di Semenanjung.
“Di Semenanjung, kita belum bincang lagi. Kerana dalam tiga bulan pertama ini kita hanya tumpu soal pendaftaran ahli dalam parti,” katanya.
Mad Sabu juga menyatakan sehingga kini Amanah masih belum berbincang mengenai gesaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang menyarankan agar pertandingan satu lawan satu dan pertikaian di antara gabungan dari Pakatan Harapan (PH) itu perlu diselesaikan.
“Kita belum bincang lagi. Nanti akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat,” ujarnya.
FMT.

Read More

'Sasaran Satu Lawan Satu' Amanah bantah usaha Pas kudakan PKR.

Ahad, 29 November 2015

Amanah bantah usaha Pas kudakan PKR

 | November 29, 2015
Kebersamaan semua parti dalam Pakatan Harapan dalam menyokong sasaran satu lawan satu mampu mencapai matlamat untuk melihat era pemerintahan UMNO-BN berakhir
khalid-samad,pas,pkr
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) membantah langkah Pas yang mahu memperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa pertandingan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, Pas harus faham bahawa semua parti termasuk Amanah berhak untuk bertanding di mana-mana kawasan ketika PRU-14 nanti.
Katanya, kebersamaan Amanah dengan Pakatan Harapan bukan kerana parti itu tidak mampu bersendirian tetapi atas kesedaran akan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang ingin melihat kekuatan semua parti pembangkang digemblengkan dalam usaha bersama untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Sikap parokial, tertutup dan anti-demokratik Pas seperti ini adalah antara sebab Amanah ditubuhkan.
“Amanah dengan ini mengesyorkan supaya semua pihak menyokong penuh usaha menjamin satu lawan satu pada PRU-14 sambil mengiktiraf kekuatan dan hak masing-masing,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Dalam perkembangan lain, Khalid mengingatkan agar parti-parti dalam Pakatan Harapan mempersetujui sasaran satu lawan satu dalam pertandingan merebut kerusi pada PRU-14.
Katanya, langkah itu bagi mengelak daripada berulangnya pengalaman yang pernah dilalui semasa PRU-13.
“Seperti mana sedia maklum, satu lawan satu walaupun dipersetujui semasa PRU ke-13, khususnya di semenanjung, tetapi, ada juga yang telah engkar dengan apa yang telah dipersetujui bersama.
“Akhirnya, calon UMNO-BN telah menang di kerusi-kerusi berkenaan,” ujarnya.
Khalid menaruh keyakinan bahawa, sekiranya sasaran satu lawan satu itu dilakukan maka matlamat untuk melihat era pemerintahan UMNO dan BN berakhir akan tercapai.
FMT.

Read More

'Vape Haram'? Ibarat makan babi haram tapi makan rasuah tak haram..."Kapal kita pulak dah hampir bocor."

Ahad, 29 November 2015

Terbaik bang mustapa kamal..ayat yg last tu ibarat makan babi haram tpi makan rasuah x hram..


Nahh....rakyat fikir lah sendiri..!!!


Apa lagi cai?? Tak mau jgk mengaku umno dah nazak??

Hamidah berkata, beliau sudah bersedia dipecat sebelum ini, tiada gunanya berada dalam Umno kerana tidak dapat melakukan apa-apa untuk menyelamatkan parti.
“Kapal kita dah hampir bocor, sekejap senget ke kiri... sekejap senget ke kanan.... tunggu tenggelam,, nakhoda saja yang yakin, yang belakang-belakang nakhoda pun dah goncang juga,” katanya.


Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016

Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

"Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan lapormStar

... Ni kata Ismail Sabri hari tu..
"Berita baik untuk vapers, vapers brewers (pembancuh perisa vape) dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.

"Terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," 
.. Aspirasi anak muda ya Ismail Sabri.. aspirasi anak muda kepala hotak hang! 
Posted by Anak Sungai Derhaka 

Read More

Pas kuat di Kedah? "Kenyataan yang tidak berpijak kepada hakikat yang nyata"' - Ketua Pemuda Amanah.

Ahad, 29 November 2015

DAKWAAN PAS DOMINASI POLITIK KEDAH ADALAH TIDAK TEPAT

Merujuk kepada kenyataan yang telah  dikeluarkan oleh Ketua AMK Kedah di Kongress Nasional Keadilan dan kenyataan media Ketua Pemuda Pas Kedah, saya terpanggil untuk menjawab kedua-dua kenyataan tersebut secara kolektif.

Pada mulanya, saya tidak berhasrat untuk menjawab kenyataan Ketua AMK Kedah tersebut kerana kenyataan beliau tidak berpaksikan kepada realiti politik yang sebenar.Akan tetapi apabila sahabat daripada sebuah parti yang menganggap mereka dominan menyahut kenyataan tersebut, saya terpanggil untuk memberikan pendapat dan pandangan di dalam perkara ini.

1- Kenyataan bahawa Pas adalah sebuah parti yang dominan adalah tidak berpijak kepada realiti politik.Ini adalah kerana hakikatnya Pas hanya memerintah Kedah apabila mendapat sokongan daripada semua pihak apabila berada dalam Pakatan Rakyat, kita tidak dapat menolak sokongan daripada masyarakat Tionghua yang merupakan salah satu faktor kemenangan Pakatan Rakyat di Kedah.

Sebagai contoh dalam PRU10 tahun 1999 ketika 65% undi Melayu berpihak kepada pembangkang, Pas hanya mampu mendapat 12 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen.

2- Kenyataan Ketua AMK Kedah bahawa Pas mempunyai sokongan daripada majoriti institusi pondok di Kedah juga adalah tidak tepat.Ini kerana hakikatnya Pas telah kalah di kawasan Pondok yang majoritinya adalah daripada pengundi melayu contohnya seperti di Parlimen Sik di mana Pas telah kalah di kedua-dua Dun dan Parlimen yang ditandingi.Begitu juga di Parlimen Padang Terap, Jerlun dan Baling di mana Pas kalah di Parlimen dan Dun yang majoriti penduduknya berbangsa melayu dan di dalamnya terdapat pondok-pondok.

3. Walaupun Parti Amanah Negara berumur tidak sampai 3 bulan, ramai anak muda telah mula menyertai Parti berteraskan Islam yang baru ini kerana lahir daripada desakan dan kehendak rakyat yang resah dengan kemelut serta kepincangan tatakelola negara.

4- Secara hakikatnya, Pas tidak serius dalam menumbangkan kerajaan UMNO/ BN kerana telah menolak pelawaan untuk berada bersama-sama dengan Pakatan Harapan sedangkan hakikat politik Malaysia UMNO/ BN tidak pernah lagi tewas apabila parti-parti pembangkang tidak bersama.

5. Pemuda AMANAH Kedah komited memperkukuhkan Pakatan Harapan yang telah dibentuk di peringkat Nasional mahupun di peringkat negeri Kedah dan Seketeriat Pakatan Harapan peringkat negeri Kedah telah menjalankan pelbagai aktiviti bersama sebelum ini.

Oleh yang demikian saya menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua pimpinan sahabat pemuda Parti daripada Pas dan AMK Kedah tersebut adalah tidak berpijak kepada hakikat yang nyata.

Asmirul Anuar B. Aris
Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara Negeri Kedah
29 November 2015

Read More

Thursday, 26 November 2015

Apamacammm Walaunta? Saya letak jawatan di Penang, jika menantu Hadi letak jawatan di GLCS S'gor! Kalau lagu ni mampos Pas K'tan! Pulak...

Jumaat, 27 November 2015


Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Laporan Lewat - Kalau lagu ni mampos Pas...

Kalau lagu ni mampos Pas...

Orang ramai mengikut dialog Husam menerusi kelir.
Semasa berlangsung majlis dialog Husam Musa "Demo Tanya Ambo Jawab" di Bandar Kota Bharu saya sengaja tidak masuk ke dalam dewan berkenaan. Kebetulan dalam dewan penuh "pepak" jadi saya berada di luar guna untuk melihat dan meninjau orang ramai.

Di perkarangan bangunan Kelab Suara Muda tempat berlangsung dialog itu juga "penuh penar" sehingga hampir menutupi jalan raya berkenaan.


Suasana himpunan malam itu persis suasana di Dataran Ilmu tempat Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajar dan memberi kuliyah minggunya setiap Jumaat. Melihat keadaan itu teringat kepada Tokguru.

Saya menganggarkan hadirin malam itu lebih 2,500 orang seramai seramai yang mendengar kuliyah Tokguru. Jumlah itu dikira memuaskan kalau dibandingkan dengan suasana hari ini. Menurut pemerhati jumlah itu adalah teramai setakat ini berbanding dengan majlis-majlis politik lain, baik yang dianjurkan oleh Pas Kelantan maupun Amanah yang mengadakan road show di beberapa jajahan di Kelantan.

Orang ramai memenuhi sepanjang jalan.
Husam sudah menjadi satu fenomena di Kelantan sejak ke belakangan ini dan penampilannya di khalayak ramai ditunggu-tunggu. Perkara ini perlu disedari oleh Pas dan juga mereka yang mendendaminya.

Sanggup berdiri untuk dengar dialog Husam.
Apabila majlis berlangsung kira-kira 2 jam itu selesai, saya beredar sambil membuntuti sekelompok hadirin yang berjalan pulang. Kumpulan pertama yang saya turuti itu bercampur antara mereka berusia lebih seabad dan anak muda. Sambil berjalan mereka mengulas majlis berkenaan.

"Kalau lagu ni mampos Pas Kelantan," kata salah seorang dari kumpulan berkenaan. Saya percaya dia merujuk kepada sambutan majlis berkenaan yang luar biasa.

"Kawan rasa gitu juga," jawab yang seorang lain bersetuju dengan pandangan kawannya itu.
Dalam dewan penuh sesak melimpah ke luar.
Saya mendengar dan mengikuti dari belakang penuh minat.

"Kalau Husam round Malaysia, rasanya teruk Pas," kata yang pertama tadi dengan membawa pandangan sedikit ke luar Kelantan. Dia dapat mengagak apa akan menimpa Pas dengan suasana malam itu.

"Kawan tengok budak-budak muda yang ramai tadi," balas yang seorang lagi.

"Memang orang muda minat Husam," balas pulak yang seorang lagi sambil menambah, kalau tidak dia (Husam) sapa lagi yang diharap. Dialah yang dikira memahami kehendak orang mudah."

Saya setuju dengan pendapat itu. Memang kebanyakan yang hadirin ialah anak-anak muda. Lebih separuh orang muda, manakala yang veteran pula semacam orang pencen sahaja atau kalangan cerdik pandai. Kehadiran kaum wanita juga boleh kira ramai juga.

Beberapa anak muda yang berani menyapa saya menjelaskan suasana itu. Dua tiga orang yang datang bersalam dan menyedari kehadiran saya mengakui akan perkara itu.

Misalnya dua anak muda di Tanah Merah, mengakui dia tidak aktif dalama parti tetapi minat dengan Husam. Baginya Husam adalah idola anak muda di Kelantan. Begitu juga dengan seorang anak muda dari Kuala Krai. Katanya dia sanggup datang kerana ingin memberi sokongan kepada Husam. "Saya percaya apa yang Husam dedahkan benar berlaku," jelasnya. Dan yang paling jauh datangnya dari Sungai Petani Kedah, mereka sanggup bekereta semata-mata untuk mendengar dialog Husam.

Berbalik kepada kumpulan tadi, ketika mereka membelok ke jalan menuju ke Bulatan Tuan Padang, manakala saya pula mengambil ke jalan sebelah kiri saya terdengar seorang dari mereka berkata; Datuk Mat Yakob dan Datuk Nik Amar kena jawab. Kalau tak jawab... teruk Pas." Saya faham kata-kata itu berkenaan dengan beberapa dakwaah Husam mengenai kelemahan dan salah guna kuasa dalam kerajaan seperti isu pembalasakan dan juga Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).

Ertinya beberapa isu yang dibangkitkan Husam sudah mula ditelan oleh rakyat Kelantan. Mereka bersetuju dengan Husam. Ini semua kerana mereka mengenali akan kemampuan Husam dan juga wibawanya sebagai pemimpin. Mereka menjadi lebih percaya lagi kerana mengenangkan Husam pernah duduk dalam kerajaan. Lagi pun Husam tidak akan bercakap sesuatu yang beliau tidak tahu. Husam dikenali sebagai seorang pentadbir dan perancang politik dan ekonomi khususnya di Kelantan.

Selepas itu saya tidak dengar lagi apakah dialog mereka. Dari perbualan anak muda itu saya menyimpulkan mereka berpuas hati dengan jawaban yang diberikan Husam. Berpuas hati apabila Husam menjelaskan kenapa dia menegur kerajaan Kelantan. Berpuas hati apabila Husam mengatakan dia berbuat begitu kerana sayangkan kerajaan Kelantan dan bukan untuk dirinya.

"Saya tegur kerana saya hendak selamatkan hak rakyat, saya sayang kepada negeri ini," begitu laung Husam penuh emosi.

Dan apa yang sangat memuaskan hati mereka dan segenap yang hadir malam itu apabila Husam mengatakan dia sedia bersumpah atas apa-apa yang didedahkan itu termasuk juga rancangan untuk menyatukan Pas dengan Umno jika diminta berbuat demikian. Kesediaan Huam ini disambut dengan laungan takbir Allahuakbar.

Saya ada pandangan tersendiri mengenai majlis malam itu. Saya ingin rumuskan di sini, tindakan Husam itu mendapat sambutan rakyat dan menjadi satu masalah besar kepada kerajaan Kelantan. Keberaniannya tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, menyebabkan rakyat Kelantan menunggu-nunggu apakah pendedahan beliau seterusnya. Apakah yang menanti itu orang Pas atau Umno, tetapi itu adalah hakikatnya.

Paling gembira dengan tindakan Husam tentulah Umno. Cara Husam itu memberi peluru hidup kepada Umno. Ada juga yang menyifatkan Husam sebagai sepak bola ke dalam gol sendiri. Umno tidak perlu bersyarah atau membuat propaganda lagi untuk melawan Pas, cukup dengan apa yang Husam lakukan. Makanya Pas Kelantan perlu berbuat sesuatu membendung tindakan Husam seterusnya. Ahmad Yakob terutama perlu memikir sesuatu dan tidak membiarkan Husam bebas mendedahkan apa-apa yang diketahui.

(Dan orang yang mengatakan Husam menendang bola ke dalam pintu gol sendiri juga harus membuat kajian dengan penuh adil dan terbuka kenapa Husam tersalah sepak bola itu. Jangan hanya tahu menuduh tetapi tidak mahu mengetahui sebab musababnya. Kalau hendak menjadi seorang pengulas biarlah adil dan saksama serta profesional).

Saya yakin apabila Husam sudah sedia melakukan "harakiri" dia akan mendedahkan perkara lebih besar dari itu. Jadi sebelum ia "memborak" eloklah dibendung. Semua pihak juga perlu sedar bahawa apa yang bekas Naib Presiden Pas itu lakukan bukan untuk kepentingan dirinya, tetapi untuk Kelantan. Jadi kalau dia membuat teguran untuk maslahat bersama, kenapa tidak mahu menerimanya?

Sebaiknya Ahmad Yakob panggil Husam dan adakan pertemuan secara anak beranak. Saya jamin Husam sedia untuk hadir asalkan niatnya baik. Isu yang dibangkitkan oleh Husam dan masalah Husam hanya boleh diselesaikan di Kelantan tidak perlu dibawa ke Kuala Lumpur. Ahmad dan pimpinan Pas Kelantan kena menerima masalah dibawa Husam adalah masa personal Pas Kelantan yang tidak perlu dicampuri oleh Pas luar yang sangat tidak memahami hati naluri orang Kelantan. Politik Kelantan sangat unit dan difficulty.

Ingatan saya, jangan hendaknya Husam terus dicabar kerana kalau dicabar beliau akan menyambutnya dan keadaan menjadi lebih parah lagi. Bagi Husam kalau dia melakukan tindakan lebih teruk daripada apa dilakukan sekarang dia tidak kerugian apa-apa sebaliknya mungkin Pas Kelantan akan menanggung masalah besar.

Saya sangat bimbang ketidakpedulian kepada Husam dan serangan balik terhadapnya, akhirnya menyebabkan rakyat akan bersimpati dengannya. Sejarah lampau yang berlaku ke atas Pas Kelantan terhadap apa yang berlaku dizaman Mohamad Nasir hendaklah diingati. Mohamad Nasir dilempar oleh Pas, tetapi beliau diterima sebagai wira oleh rakyat Kelantan. Dan dengan keperwiraan Mohamad Nasir itu akhirnya menyebabkan kerajaan Pas jatuh.

Lainlah kalau Pas sudah berkira untuk berkerja sama dengan Umno, Pas boleh lupakan begitu sahaja Husam tanpa merawatnya. [wm.kl.9:36 am 18/11/15]
Read More

Sultan Perak beri anugerah “Datuk” kepada Kevin Morais.

Jumaat, 27 November 2015

Bekas timbalan pendakwa raya Kevin Anthony Morais menerima pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak yang membawa kepada gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2015.
Bekas timbalan pendakwa raya Kevin Anthony Morais menerima pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak yang membawa kepada gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2015.

Sultan Perak beri anugerah “Datuk” kepada Kevin Morais
Mendiang menerima pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa kepada gelaran Datuk.
Anugerah secara Anumerta diberikan kepada seseorang yang sudah meninggal dunia.
Selain itu Sultan Perak juga berkenan memberi anugerah secara Anumerta kepada 5 penerima lain.
Mereka ialah pengasas Umno, Datuk Sir Onn Jaafar dan Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, yang menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM); bekas pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Aminuddin Baki (Darjah Seri Paduka Mahkota Perak – SPMP) dan Tan Sri Koo Chong Kong (Darjah Seri Panglima Taming Sari – SPTS).
Sementara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengetuai senarai 702 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat pada majlis hari ini.
Zahid adalah penerima pertama Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan pada sidang media di pejabatnya di Ipoh semalam berkata SPSN diperkenal buat pertama kali pada tahun ini, lapor Bernama.
Manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin adalah antara 5 penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Penerima lain ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya Tan Sri Arsyad Ayub, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Datuk Ranjit Singh.
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor pula dianugerah SPTS yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran berlangsung di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini dan akan disambung pada 12 Disember serta 19 Disember.
Puhat berkata, upacara itu dimulakan dengan Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia diikuti Istiadat Penyembahan Kembali Baur dan Istiadat Menjunjung Duli. – 27 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kevin-morais-terima-pingat-kebesaran-sultan-perak#sthash.mTMu7yj4.dpuf
Read More

'Makang Abok Sokmo'! PENGKHIANAT bawa lari kerusi? "Telah dijadikan isu untuk memburukkan imej pemimpin2 Amanah"

Jumaat, 27 November 2015
Gambar hiasan - sarawakia.blogspot.com

PAS Sendiri Tidak Pulang Kerusi Kepada BN Tahun 1977 Selepas Keluar
Wakil2 rakyat Amanah yang lari dari PAS dituduh pengkhianat dan tidak ada perasaan tanggungjawab dan sopan.

Berbagai2 kata nista dihambur kepada mereka. Mereka didesak untuk memulangkan kerusi kerusi mereka.
Hakikatnya waktu Dato Asri isytihar keluar BN dahulu pun, tiada seorang pun wakil PAS yang serah balik kerusi2 mereka kepada kembali kepada BN.

Juga, antara yang menang kerusi atas tiket Barisan Nasional adalah Tok Guru Nik Aziz sendiri (yakni untuk kerusi Parlimen Kelantan Hilir skrg Pengkalan Chepa)

Tidak pun Tok Guru mahupun wakil2 rakyat PAS samada MP ataupun ADUN seluruh Malaysia menyerah kembali kerusi2 mereka kepada BN.

Kalau dulu tak serah, kenapa wakil2 rakyat Amanah kena serah balik?

Adapun wakil2 rakyat Amanah telah pun dihalau dari parti oleh Presiden PAS sendiri melalui kenyataaan ini:


Jadinya, mengikut budaya PAS sendiri ditambah oleh pelawaan Hadi Awang, maka tindakan wakil2 Amanah itu TIDAK ADA SALAHNYA.

Sepatutnya ini bukan isu pun.

Tapi dijadikan isu utk memburukkan imej pemimpin2 Amanah

Jahat sungguh parti Islam ni

XXXXXXXXXXXX

Ini salah satu contoh wakil2 rakyat PAS atas  tiket BN yang tidak memulangkan kerusi2 mereka:


XXXXXXXXX

Misteri kenapa Tok Guru sayang DAP dan Lim Kit Siang terjawab.

Tok Guru Nik Aziz ada dalam dewan waktu Lim Kit Siang berhempas pulas mempertahankan PAS walaupun secara teknikalnya PAS adalah musuh DAP kerana berada dlm Barisan Nasional.


Tok Guru nampak kebaikan Lim Kit Siang sejak zaman itu lagi.



TULANG BESI
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena