Saturday, 31 December 2016

[Video] Misi kita bersama 'Simpan Umno Dalam Muzium'! Panjat Papan Tanda Ipoh: MBI Nafi Beri Kebenaran

Sabtu, 31 Disember 2016

Panjat Papan Tanda Ipoh : MBI Nafi Beri Kebenaran, Akan Buat Laporan PolisPerak Hari Ini

Foto
Otai BERSIH


Panjat papan tanda Ipoh
Foto BERNAMA
Panjat papan tanda Ipoh
Foto BERNAMA

Foto 
Otai BERSIH


Foto 
Otai BERSIH

IPOH:Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan dakwaan tindakan memberi kebenaran kepada sekumpulan remaja untuk memanjat papan tanda ‘IPOH’ di sini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man menegaskan, pihaknya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat papan tanda itu kerana ianya aktiviti yang membahayakan nyawa.

“Struktur yang didirikan itu bukan didirikan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan ‘IPOH’ tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalanraya.

“Pihak MBI ingin menegaskan bahawa ianya berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Terdahulu, viral di media sosial beberapa keping gambar sekumpulan remaja yang memanjat dan bergambar di papan tanda ‘IPOH’ di Jalan Kuala Kangsar di sini.

Seorang gadis yang memuatnaik gambar tersebut di laman Instagramnya mendakwa, beliau turut menerima keizinan daripada pihak MBI untuk memanjat papan tanda itu.

Susulan itu, Zamri berkata, MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu berkenaan.

“Mereka ini boleh dikenakan tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali,”katanya.

Otai BERSIH

Foto Otai BERSIH.

Read More

Friday, 30 December 2016

[Video] K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco...Bila nak buat PARTI GAYUNG?

Sabtu, 31 Disember 2016

Foto Suara Rakyat.

Macam ni pon boleh dapat DATO' SRI ??!!
Bertuah penduduk2 kawasan Sungai Besar ada pemimpin seperti ini..
Bila nak buat PARTI GAYUNG?
Foto Suara Rakyat.

APA TINDAKAN POLIS?

K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco


Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menutup atau menyita sebarang pusat perjudian kerana tanggungjawab mutlak untuk berbuat demikian terletak pada pasukan polis persekutuan, kata anggota Exco, Ean Yong Hian Wah.

Ini susulan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membidas kerajaan negeri yang didakwa gagal membendung pusat perjudian.
Jamal yang juga adalah ketua Umno Bahagian Sungai Besar, malam semalam bersama kira-kira 100 penyokongnya menyerbu beberapa pusat perjudian di Ampang Jaya.
Mengulas isu itu, Ean Yong mengingatkan Jamal bahawa kuasa untuk menyerbu atau memantau pusat perjudian adalah di tangan polis dan bukannya kerajaan negeri.
Oleh itu, beliau berkata Jamal tidak boleh melepaskan tanggungjawab berkenaan kepada kerajaan negeri.
"Saya gesa Jamal jangan bertindak tanpa mematuhi undang-undang.
"Jika beliau ada sebarang maklumat mengenai pusat judi haram, beliau perlu menyerahkannya kepada pihak polis," kata Ean Yong yang juga adalah ADUN Seri Kembangan pada sidang akhbar di Serdang hari ini.
Sambil menyifatkan pemimpin Umno itu sekadar "jagoh kampung", Ean Yong menyelar tindakan Jamal adalah untuk menutup kesilapannya.
Beliau berkata kerajaan negeri hanya diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen komersial dan bukan untuk membuat serbuan.
"Kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk menentukan sama ada mereka terlibat dalam aktiviti perjudian.
“Skop penguatkuasaan kami hanya tertumpu kepada operasi perniagaan yang tanpa lesen," katanya.
Ean Yong, yang bertanggungjawab terhadap portfolio kerajaan tempatan, berkata pihak berkuasa tempatan sedia bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras aktiviti perjudian haram.
Namun katanya, kekurangan anggota penguatkuasaan majlis tempatan menyukarkan mereka untuk bertindak.
"Perjudian dan pelacuran adalah kes jenayah. Beliau (Jamal) harus menyedari ini," katanya.
Sambil mencadangkan kerajaan persekutuan untuk mengagihkan kuasa, Ean Yong berharap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dapat membentuk pasukan penguatkuasaannya sendiri untuk menegakkan undang-undang.
Malaysiakini.
Read More

[Video Muhyiddin - Ringgit jatuh sebab 1MDB] Malaysia perlu amal 'ekonomi sebenar' untuk rawat ekonomi yang sakit & BR1M bukan polisi ekonomi bagi golongan berpendapatan rendah.

Jumaat, 30 Disember 2016
Foto Otai BERSIH.

Malaysia perlu amal 'ekonomi sebenar' untuk rawat ekonomi yang sakit

Malaysia perlu kembali mengamalkan 'ekonomi sebenar' berbanding 'ekonomi kewangan' bagi membariskannya dengan negara-negara serantau yang lain dan mengeluarkan rakyat daripada perangkap 'pendapatan sederhana', kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut beliau 'ekonomi sebenar' adalah kegiatan ekonomi yang menjana produk (goods) dan perkhidmatan (services) berbanding kegiatan transaksi dalam pasaran kewangan (financial markets).
Dr Dzulkefly berkata, Malaysia memasuki liga 'pendapatan sederhana' pada tahun 1969, sama seperti Korea Selatan namun negara tersebut telah memasuki kelompok negara 'pendapatan tinggi' pada 1995 sedangkan Malaysia kekal dalam 'Liga Sederhana Tinggi' (Upper-Middle) sejak 1996.
Beliau menambah, walaupun ekonomi negara berubah secara drastik sejak empat dekad lalu daripada mengeksport getah dan bijih timah kepada barangan elektronik dan elektrikal (E&E), malangnya ia terhad kepada kegiatan pemasangan bahan-bahan import tanpa nilai-tambah.
Ketiadaan aspek rantaian nilai dan nilai-tambah di bidang E&E tidak memerlukan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), sekaligus mengakibatkan ianya beku dan tidak berkembang.
Katanya, meskipun negara telah meneroka bidang solar dan sektor LED, bidang R&D masih pada negara HQ (negara asal) manakala dalam sektor automobil pula milik intelektual masih dipegang syarikat Jepun seperti  Mitsubisghi Motors.
"Hanya R&D dalam sektor minyak sawit yang boleh kita banggakan dari seluruh rantaian nilai dari bahan mentah sehingga produk-produk hiliran dengan nilai-tambahnya," ujarnya.
Laporan Organisation for Economic Co-Operation and Development (OECD) juga menyebut Malaysia gagal mengeksploitasi dan mengintegrasi konsep 'Rantaian Nilai Global' yang akan menjadikan produk-produk pembuatan tempatan diperlukan dan mampu bersaing di pasaran global.
"Pengisian domestik dalam barangan ekspot dan 'intermediate' kita, pada hakikat semakin menurun dari 69.5% pada 1995 kepada 59.5% pada 2011. Filipina mengalami peningkatan (70% ke 76.4%), sementara Indonesia (88%) dan China (67.8%) kekal sama," ujarnya.
Sektor pembuatan yang menyumbang 31% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1999, jelas beliau menurun ke tahap 23% pada tahun lalu (2005).
Walaupun negara telah cuba berpindah ke sektor perkhidmatan dalam Rancangan Malaysia ke-11 yang kini menyumbang 51% kepada KDNK, namun ia masih memerlukan sektor pembuatan yang kukuh dan berprestasi tinggi untuk membuat lonjakan kepada ekonomi berpendapatan tinggi.
"Hanya dengan produktiviti dan kegiatan industri yang memiliki nilai-tambah dan menaiki rantaian nilai yang lebih tinggi, yang akan mampu menjana pendapatan yang tinggi untuk warga buruhnya," ujar beliau.
Tulisan lanjut Dr Dzulkefly boleh diikuti dalam mingguan Amanah terbaru di pasaran.



BR1M bukan polisi ekonomi bagi golongan berpendapatan rendah

BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) bukan jawapan untuk sebuah polisi ekonomi yang tuntas bagi menyelesaikan isu melingkari golongan berpendapatan terendah 60% kebawah. Naif sekali jika Umno menyangka rakyat terbanyak tidak menyedari hal ini.
Umno menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan satu kesilapan besar apabila dengan beraninya mendakwa BR1M adalah 'rasuah'. Anggapan mereka, rakyat khususnya penerima BR1M akan menempelak Tun kerana mengkritik usaha Perdana Menteri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional ini. Oleh itu, dakwaan Tun telah menerima kecaman hebat oleh para menteri.
Pada awal-awal tahun pengenalan, BR1M (sebelum GST dilaksanakan) sememangnya menyumbang kepada peningkatan imej seterusnya sokongan rakyat kepada Umno dalam PRU 2013. Namun ia sedikit demi sedikit berkurangan pada tahun-tahun berikutnya.
Rakyat Malaysia hari ini umumnya telah menyedari bahawa:
Pertama, sumber BR1M adalah dari dana awam. Justeru mereka sememangnya berhak mendapat BR1M dan bukanlah suatu kewajipan untuk mereka rasa terhutang budi atau 'berterima kasih' kepada Najib.
Kedua, sejak perlaksanaan GST pada 2015 dan kenaikan harga barangan, BR1M tidak lagi memberi kesan besar terhadap pendapatan boleh guna isi rumah.
Ketiga, BR1M tidak langsung menjadi jawapan kepada isu peluang pekerjaan yang meruncing kini. Kerajaan gagal untuk tampil dengan polisi yang meyakinkan. Jauh di hati rakyat, pekerjaan yang baik dengan upah yang setimpal adalah keperluan mendesak berbanding BR1M meskipun mereka akan terima apa sahaja yang diberikan oleh Kerajaan.
BR1M hakikatnya adalah respon pra-matang Najib kepada proposal kerangka polisi Pakatan Rakyat yang dikemukakan pada Julai 2011 yang lalu.
Saya yang terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penyediaan proposal tersebut telah mengambil garis bahawa pemerkasaan ekonomi golongan berpendapatan terendah 60% kebawah perlu menjadi asas untuk memberi nafas baru kepada keseluruhan ekonomi Malaysia yang suram.
Sejak krisis ekonomi global 2008, eksport Malaysia menguncup disebabkan permintaan yang mengecil dari Eropah dan Amerika Syarikat. Pada ketika itu, kita boleh menyaksikan bagaimana negara terpaksa bergantung lebih kepada penggunaan domestik. Pun begitu, ia banyak dibiayai oleh hutang isi rumah yang pastinya tidak mapan untuk jangka masa panjang.
Strategi ekonomi yang mapan hanya mampu dibentuk apabila kita melakukan reformasi ekonomi dengan memperkasakan golongan berpendapatan terendah 60% kebawah. Inilah asas kepada proposal kerangka polisi Pakatan Rakyat 2011
KESIMPULAN
Apabila Pakatan Rakyat pada 2011 tampil dengan kerangka polisi seperti yang telah dinyatakan, Najib memberi respon menerusi BR1M.
Dari konteks pilihan raya, saya terpaksa akui bahawa BR1M dan pendekatan 'cash is king' sangat berkesan untuk UMNO - Barisan Nasional berhadapan PRU 2013.
Pun begitu, dalam keadaan dimana peluang pekerjaan yang baik dan berbaloi amat sukar didapati, peningkatan kos sara hidup yang amat tinggi, cukai GST yang menjerut dan pelbagai lagi kelemahan urustadbir yang wujud hari ini, BR1M tidak lagi mampu menjadi senjata Najib memenangi hati dan memenuhi keperluan rakyat.
Sekarang adalah masanya untuk rakyat mengambil sikap yang teguh dan menyatakan bahawa BR1M dan segala bentuk pemberian bersifat saguhati bukanlah jawapan tuntas kepada isu melingkari kita semua. Dan saya amat yakin pada kebijaksanaan rakyat Malaysia dalam menilai realiti ini.
*Liew Chin Tong adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Kluang.
Read More

[Video PANAS ni! ~ Marah Betul Dr MAZA dengan Ustaz2 yang gunakan agama 'Untuk Keuntungan'] Buka Semula Siasatan Kes 1MDB! Operasi khas SPRM siasat 1MDB, SRC & Felda didakwa dikecilkan?

Jumaat, 30 Disember 2016


Najib Menteri Kewangan prestasi ‘terburuk’ Asia- FinanceAsia

Foto Parti Amanah Negara.

Operasi khas SPRM siasat SRC didakwa dikecilkan


Saiz bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi seperti yang berkaitan dengan 1MDB dan Felda, didakwa sedang dikecilkan.
Difahamkan bahagian berkenaan ditubuhkan kurang daripada lima tahun lalu untuk menyiasat kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli-ahli politik, atau rasuah yang melibatkan jumlah lebih RM1 juta.
Satu sumber yang biasa dengan perkembangan tersebut membayangkan bahawa bahagian yang bertanggungjawab untuk menangani beberapa kes besar sebelum ini, sedang dikecilkan atau sedang berdepan dengan penyusunan semula.
Ia tidak diketahui sama ada langkah itu dipersetujui atau disokong oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad, kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Antara kes-kes yang dikendalikan bahagian berkenaan termasuk kes SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB yang kini di bawah Kementerian Kewangan.
Kes-kes lain termasuk pembelian hartanah hotel oleh Felda London di bawah pengerusinya sekarang, Tan Sri Isa Samad, dan kes rasuah infrastruktur air di Sabah.
Felda telah pun dilaporkan dibersihkan daripada salah laku.
Ia tidak diketahui sama ada pengecilan bahagian itu ekoran langkahnya untuk menyiasat SRC International.
Pada 5 Disember lepas, SPRM dilaporkan telah menyoal Datuk Seri Najib Razak berhubung kes SRC dan mengenai RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri, yang dikatakan sumbangan dari Timur Tengah.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kemudiannya membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
Malaysiakini telah menghantar mesej teks kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan sedang menunggu respons darinya, dan juga sedang berusaha untuk menghubungi ketua bahagian operasi khas, Datuk Bahri Mohd Zin untuk mendapatkan komen.
Malaysiakini.
Read More

Thursday, 29 December 2016

[Video] Harga Rumah 400K Manalah Nak Mampu! Eagle High & Misteri Rajawali: Siapa Peter Sondakh kepada Najib?

Jumaat, 30 Disember 2016
Related image
Peter Sondakh penasihat ekonomi PM Malaysia
Makassar Today

Image result for Gambar Peter Sondakh
Rajawali Group CEO Peter Sondakh (kiri) dan Group President & CEO Felda Global Ventures Dato' Mohd Emir Mavani Abdullah dalam penandatanganan kerjasama.

Foto Otai BERSIH.
Mana lebih murah??


Eagle High: Siapa Peter Sondakh kepada Najib?


ULASAN l Pada mulanya saya tidak bercadang menambah apa-apa lagi kepada apa yang telah saya tulis mengenai urusan jual-beli luar biasa yang membabitkan Felda/FGV dan Rajawali Group sejak tahun lalu.
Kalau pembaca berminat boleh rujuk tampalan bertajuk “FGV Bayar Mahal Kepada Sondakh” pada 13 Jun 2015 di pautan ini.
Berkenaan silap mata korporat memindahkan pembelian 37 peratus saham ladang Eagle High daripada Felda Global Ventures (FGV) kepada sebuah anak syarikat Felda lain bernama FIC Properties Sdn Bhd, saya rasa komen Pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohd Nazir Abdul Razak, lebih daripada memadai.
Sebagai orang korporat dan adik perdana menteri sendiri, saya yakin kebimbangan beliau adalah berasas.
Nazir mahu Felda memberi justifikasi mengapa ia membayar harga yang rata-rata dianggap terlalu tinggi dan tidak mencerminkan realiti pasaran serta potensi aset.
Felda membayar AS$505.4 juta (kira-kira RM2.3 bilion) atau tiga kali lebih mahal daripada harga purata 2015.
Saya yakin tidak ada siapa pun akan menentang pembelian oleh Felda jika harganya berpatutan, selari dengan pasaran dan telus.
Anehnya, boleh kata semua urusan jual-beli oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia yang membabitkan Kumpulan Rajawali dan taukenya, Peter Sondakh, diselubungi misteri dan keluarbiasaan.
Misteri Rajawali
Banyak cerita saya dengar, termasuk daripada pembahas blog ini, yang memberi maklumat atas dasar sulit dan persendirian mengenai pertalian di antara Najib dengan Sondakh.
Ada sesetengah maklumat itu memang saya pun tidak berani menyiarkannya sekali pun tanpa label ‘P&C’ kerana terlalu peribadi dan sukar disahkan.
Cuma yang hendak saya tambah kali ini adalah beberapa kebetulan yang sedikit sebanyak menyokong khabar-khabar angin dan kisah misteri yang melibatkan perhubungan Najib-Sondakh.
Fakta-fakta yang akan saya sebutkan di bawah adalah maklumat awam. Sesiapa pun yang berminat dan tekun boleh memperolehnya di domain awam.
Antaranya:
1. Kalau Najib berketurunan Bugis yang buminya Sulawesi, Sondakh pula dilahirkan di Manado, Sulawesi.
2. Jikalau Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953, Sondakh pun dilahirkan pada 23 Julai 1953 juga.
3. Najib beragama Islam dan sering mempamerkan keislamannya di khalayak ramai manakala Sondakh dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai pengamal setia agama Kristian.
4. Kebugisan Najib menjadi mutakhir dengan penganugerahan gelaran tertinggi Bugis “I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil” pada tahun 2005.
5. Apabila Najib menjadi perdana menteri pada bulan April 2009, tidak lama selepas itu Sondakh mendapat anugerah gelaran Tan Sri (kehormat) dan muncul sebagai penasihat Najib mengenai Indonesia.
6. Antara kepakaran Sondakh, menurut laporan akhbar The Star pada 23 Jun 2015 adalah menjual-beli syarikat dan membangun semula syarikat yang rugi.
7. Catatan Wikipedia bahasa Indonesia pula berkata, bintang Sondakh menjadi terang apabila berjaya merapati gerakan Orde Baru (New Order) pimpinan Allahyarham Presiden Suharto.
8. Urus niaga terawalnya dengan GLC Malaysia adalah penjualan saham miliknya dalam firma telekomunikasi, Excelcomindo Pratama kepada Telekom Malaysia (TM) pada tahun 2005 dengan harga AS$400 juta (nilai hari ini kira-kira RM1.8 bilion) dan sekali gus menjadikannya antara orang terkaya di Indonesia.
9. Tidak lama selepas penjualan kepada TM, Sondakh mula membeli aset-aset di Malaysia, termasuk aset milik Khazanah Nasional Berhad. Ini sangat menarik – dia jual asetnya di Indonesia kepada Khazanah (melalui TM) dan beli aset-aset Khazanah di Malaysia.
10. Timbul tanda tanya apakah Sondakh lebih menghargai aset-aset Khazanah di Malaysia daripada asetnya sendiri di Indonesia? Apakah penjualan Eagle High kepada Felda juga cara beliau menukar aset mentah yang belum produktif di Indonesia dengan aset matang dan teruji di Malaysia?
11. Antara aset Malaysia milik Sondakh termasuklah Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Four Seasons Resort Langkawi, Pusat Konvensyen Langkawi dan Hotel St Regis, Langkawi. Hampir semua aset ini sama ada dibeli daripada Khazanah atau dibangunkan bersama Khazanah dengan kesemua atau sebahagian modalnya diperoleh dari pasaran tempatan.
12. Apakah Sondakh terlibat membantu Najib dengan apa cara jua dalam menangani skandal 1MDB/SRC, khususnya berkaitan misteri "kehilangan" orang yang terbabit langsung dengan skandal itu seperti Jho Low, Nik Faisal Arif Kamil dan Datuk Suboh Mohd Yassin?
13. Akhir sekali, apakah urus niaga Felda-Rajawali ini ulang tayang kepada skim cepat kaya dan pengumpulan tabung pilihan raya seperti yang berlaku kepada 1MDB dan FGV sebelum PRU 2013?
Kesimpulannya, sebarang penghalusan mengenai urus niaga yang melibatkan Sondakh dan Malaysia tidak lengkap tanpa mendalami apa yang tersurat dan tersirat dalam perhubungan di antara Najib, keluarganya dan Peter Sondakh.

DATUK A KADIR JASIN adalah Tokoh Wartawan Negara dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times. Beliau kini adalah ahli majlis tertinggi BERSATU
Malaysiakini.
Read More

[Video] POLITIK MAKAN KELILING & 'Penyanggak Tadbir Negara' (IMDB - Rampasan Kleptokrasi Terbesar di US & 'Malaysia tak mampu jadi negara pendapatan tinggi pada 2020').

Jumaat, 30 Disember 2016
Rakaman pembongkaran skandal 1MDB oleh pihak Department of Justice di AS.
Malangnya hanya ada dua bani sahaja di dunia ini yang tidak mahu mempercayainya iaitu Bani Wala'un & Bani Amno...
JANJI POLITIK MAKAN KELILING...


Foto Otai BERSIH.
Anda setuju Najib...?


'Demokrasi jadi kleptokrasi, penyanggak tadbir negara'


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa segala cara untuk melucutkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada terus berkuasa telah disekat, kini kesal kerana sistem demokrasi disalah-gunakan.
Demokrasi, katanya, berdasarkan premis bahawa rakyat akan memilih pemimpin yang baik.
"Bagaimanapun, hari ini, ramai yang kesal kerana mereka memilih demokrasi.
"Kajian menunjukkan bahawa sistem itu sangat terbuka kepada penyalahgunaan dan orang salah yang dilantik bukan sahaja akan menyalahgunakan kuasa yang diberikan, tetapi mampu untuk terus berkuasa selama beberapa dekad.
"Pemimpin ini akan menjadi diktator," kata Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun, dalam satu catatan blog hari ini.
Mahathir berkata demokrasi berjaya di kebanyakan negara-negara barat kerana budaya rakyatnya tetapi ini tidak berlaku di negara ini.
"Mereka (rakyat di negara barat) lebih matang dan berpengalaman. Mereka tahu harga yang terpaksa dibayar sekiranya mereka memilih orang yang salah untuk memimpin.
"Budaya rasuah tidak begitu berleluasa di negara-negara ini. Pemisahan kuasa antara perundangan, eksekutif dan badan kehakiman dihormati dan dipatuhi.
"Mereka yang bersalah dalam mana-mana institusi tidak boleh berharap untuk melepaskan diri akibat salah laku mereka,” katanya.
Beliau berkata terdapat banyak cara demokrasi boleh disalahgunakan, termasuk dengan mengubah sempadan kawasan pilihan raya, memindahkan pengundi dan penipuan dalam pilihan raya.
"Kemudian sudah tentu pengundi boleh dirasuah dengan wang atau hadiah," katanya.
Namun, kata Mahathir demokrasi masih "sistem yang hebat" tetapi memberi amaran bahawa ini mungkin berlalu.
"Jika rakyat tidak menegaskan hak mereka, demokrasi akan menjadi kleptokrasi; kerajaan yang ditadbir oleh penyanggak," katanya.
Malaysiakini.
Read More

Tok Adi (Nasir Bilal Khan) bersama Program Kembali ke Sekolah di Jerai & Persekutuan majikan jangka 50,000 pekerja dibuang tahun depan.

Jumaat, 30 Disember 2016
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Parti Amanah Negara telah menambah 2 foto baru
11 jam
Program Kembali ke Sekolah, bantuan kepada 100 orang pelajar sekolah yang memerlukan pakaian,kasut dan beg sekolah anjuran Parti Amanah Jerai dan Pemuda Amanah Jerai .
Turut hadir Dato Dr Ismail Salleh( Pengerusi Amanah Kedah) , Tetamu Tok Adi ( Nasir Bilal Khan ) ,Sdr Asmirul Aris ( Ketua Pemuda Amanah Kedah) , Sdr Abdullah Suady ( Timb Ketua Pemuda Amanah Kedah), Ust Firdaus Jaafar( bekas Ahli Parlimen Jerai) , Ajk Pemuda negeri, Ajk Amanah Jerai .
TAHNIAH AMANAH JERAI. Semoga adik- adik berjaya.

Foto Parti Amanah Negara.Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.

Program Gunting Rambut Percuma anjuran AMANAH Rantau Panjang di Dun Meranti.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

PROGRAM BACK TO SCHOOL
Anjuran Pemuda Amanah Negeri Johor&Amanah Pt Sulong...
25 Dis 2016 Parit Sulong Batu Pahat Johor...Back To School Sangat anjuran Pemuda Amanah Johor Bersama dgn PPBM Dan PKR...
Terima kasih kepada Semua Yang Turut sama menjayakan program membantu golongan yang memerlukan terutama Bagi menghadapi seisi persekolahan tahun Hadapan...
Foto Parti Amanah Negara.
Program Bantuan Kembali Ke Sekolah anjuran Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Terengganu di Dun Ladang pagi ini.

Bantuan telah disampaikan oleh Datok Raja Bahrin ( Ahli Parlimen Kuala Terengganu ) merangkap Pengerusi Parti AMANAH Negara Negeri Terengganu di Surau Hj Mat Litor Kg Tanjong Kuala Terengganu.

#AmanahDemiNegara

Persekutuan majikan jangka 50,000 pekerja dibuang tahun depan

 | December 28, 2016
Samsuddin berkata, sektor paling terjejas ialah kewangan dan insurans manakala pekerja sektor teknologi kewangan, teknologi insurans, pembuatan dan pembinaan juga berisiko tinggi dibuang.



samsuddin
PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan jumlah pekerja yang diberhentikan pada tahun depan akan terus meningkat antara 45,000 hingga 50,000 orang.
Ketua Pegawai Eksekutif MEF, Datuk Samsuddin Bardan memberitahu Oriental Daily 31,000 pekerja diberhentikan setakat September lalu dan sehingga 50,000 orang dijangka dibuang tahun depan dengan sektor paling terjejas ialah kewangan dan insurans.
Beliau berkata, risiko pemberhentian kerja juga agak tinggi dalam sektor teknologi kewangan (Fintech), teknologi insurans (Insurtech), pembuatan dan pembinaan kerana kadar permintaan merosot.
Beliau meramalkan produk dan perkhidmatan di pasaran tempatan serta eksport kekal lemah sehingga menyebabkan harga barangan tidak stabil tahun depan danseterusnya menyebabkan syarikat berdepan kesukaran apabila keuntungan merosot dan terpaksa membuang pekerja.
“Ini disebabkan ketidaktentuan ekonomi di negara pengeksport utama, termasuk negara Eropah, Amerika Syarikat, China dan Jepun yang mengakibatkan pasaran eksport lemah.
“Dalam pasaran tempatan pula, harga barangan dan perkhidmatan akan naik menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat dan pengguna berwaspada ketika berbelanja.”
Dalam pada itu, Samsuddin berkata, kadar kenaikan gaji di kebanyakan syarikat tidak tinggi, malah lebih rendah daripada kadar kenaikan tahun ini.
Beliau berkata, kadar kenaikan gaji bagi pekerja bukan eksekutif tahun ini ialah 5.51% dan tahun depan dijangkakan 5.43%, manakala kadar kenaikan gaji bagi eksekutif pula ialah 5.55% tahun ini, tetapi ia mungkin naik sekitar 5.3% sahaja tahun depan.
Ini kerana, katanya, pendapatan dan keuntungan kebanyakan majikan terjejas dan dijangka mengalami penurunan 30% hingga 40% tahun ini berbanding 2015.
Beliau berkata, cabaran terbesar majikan pada tahun depan ialah bagaimana mengekalkan prestasi perniagaan dan jumlah pekerja ketika modal berniaga semakin meningkat.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena