Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Sunday, 1 January 2017

[Video] Ultraman ke sekolah & Jika BR1M bukan rasuah jangan minta penerima undi BN - Datuk Mahfuz Omar

Isnin, 2 Januari 2017

Ultraman dan Mickey ceriakan hari pertama sekolah di Johor

Kanak-kanak yang memulakan hari pertama persekolahan di dua buah sekolah di Johor menerima kejutan yang menceriakan apabila disambut oleh beberapa 'hero' dan idola kartun kegemaran mereka.
Ekoran itu, beberapa gambar kanak-kanak bergambar dengan Ultraman di Sekolah Kebangsaan Sri Rengit di Batu Pahat dan Mickey serta Minnie Mouse di Sekolah Kebangsaan Taman Scientex Pasir Gudang menjadi viral.
Bagi Noor Mazatul Azua Halim, kehadiran Mickey dan Minnie menyambut anaknya yang berusia sembilan tahun, Muhammad Aliff adalah cara yang baik untuk memulakan tahun persekolahan.
"Dia begitu teruja dan gembira. Katanya, jika mereka ada di sekolah sehari-hari, itulah yang terbaik," ujar Noor Mazatul kepada Malaysiakini.

Jika BR1M bukan rasuah jangan minta penerima undi BN

BR1M

Usaha bersungguh-sungguh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya mahu menutup isu besar yang sedang dipertikaikan rakyat.
Mahfuz OmarMahfuz OmarMenurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, kemungkinan besar kerajaan berharap BR1M dapat membuatkan rakyat lupa terhadap isu 1MDB mahupun rasuah RM2.6 bilion.
"Isu saham Felda Global Ventures Holdings yang merudum teruk masih lagi menjadi masalah yang hangat diperkatakan.
"Pembelian Eagle High Plantations oleh Felda dengan kadar yang lebih tinggi dari harga pasaran amat mencurigakan.
"Begitu juga dengan isu projek Mass Rapid Transit (MRT) serta BR1M yang diberikan pada kadar RM3.28 sehari, " katanya.
Tegasnya lagi, isu membabitkan kepimpinan Najib seperti RM2.6 bilion masih lagi mempunyai seribu satu persoalan yang belum terungkai.
"Isu membabitkan Malaysian Official 1 masih lagi belum diselesaikan sehingga menjelang tahun 2017.
"BRIM untuk tahun 2017 telah dinaikkan sehingga mencecah RM1200.
"Ia juga bersamaan dengan RM100 setiap bulan serta RM3.28 sehari.
"Manakala pemberian ini akan dibuat sebanyak tiga kali bayaran serta ada yang menyatakan bahawa ia berbentuk rasuah dan sebaliknya, " jelasnya lagi.
Namun katanya, bukan hanya isu BR1M yang didakwa sebagai rasuah tetapi banyak lagi skandal rasuah melibatkan kepimpinan Najib perlu dipersoalkan.
"Seandainya BRIM bukan suatu rasuah, adalah wajar bagi kerajaan pimpinan Najib tidak mengharapkan sokongan undian dari penerima BRIM dalam PRU 14 yang akan datang.
"Maka penerima BRIM juga tidak perlu memberi sokongan kepada BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
"Sehubungan itu BN juga tidak perlu mengharapkan sokongan penerima BR1M untuk menyokong mereka dalam PRU yang akan datang, sekiranya ia telus dan bukan bersifat rasuah, " tambahnya lagi.
Katanya lagi, apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan BN kini adalah menyemarakkan unsur rasuah kepada rakyat dengan memberi bantuan bagi mengharapkan undi dan sokongan menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Read More

Friday, 30 December 2016

[Video Muhyiddin - Ringgit jatuh sebab 1MDB] Malaysia perlu amal 'ekonomi sebenar' untuk rawat ekonomi yang sakit & BR1M bukan polisi ekonomi bagi golongan berpendapatan rendah.

Jumaat, 30 Disember 2016
Foto Otai BERSIH.

Malaysia perlu amal 'ekonomi sebenar' untuk rawat ekonomi yang sakit

Malaysia perlu kembali mengamalkan 'ekonomi sebenar' berbanding 'ekonomi kewangan' bagi membariskannya dengan negara-negara serantau yang lain dan mengeluarkan rakyat daripada perangkap 'pendapatan sederhana', kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut beliau 'ekonomi sebenar' adalah kegiatan ekonomi yang menjana produk (goods) dan perkhidmatan (services) berbanding kegiatan transaksi dalam pasaran kewangan (financial markets).
Dr Dzulkefly berkata, Malaysia memasuki liga 'pendapatan sederhana' pada tahun 1969, sama seperti Korea Selatan namun negara tersebut telah memasuki kelompok negara 'pendapatan tinggi' pada 1995 sedangkan Malaysia kekal dalam 'Liga Sederhana Tinggi' (Upper-Middle) sejak 1996.
Beliau menambah, walaupun ekonomi negara berubah secara drastik sejak empat dekad lalu daripada mengeksport getah dan bijih timah kepada barangan elektronik dan elektrikal (E&E), malangnya ia terhad kepada kegiatan pemasangan bahan-bahan import tanpa nilai-tambah.
Ketiadaan aspek rantaian nilai dan nilai-tambah di bidang E&E tidak memerlukan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), sekaligus mengakibatkan ianya beku dan tidak berkembang.
Katanya, meskipun negara telah meneroka bidang solar dan sektor LED, bidang R&D masih pada negara HQ (negara asal) manakala dalam sektor automobil pula milik intelektual masih dipegang syarikat Jepun seperti  Mitsubisghi Motors.
"Hanya R&D dalam sektor minyak sawit yang boleh kita banggakan dari seluruh rantaian nilai dari bahan mentah sehingga produk-produk hiliran dengan nilai-tambahnya," ujarnya.
Laporan Organisation for Economic Co-Operation and Development (OECD) juga menyebut Malaysia gagal mengeksploitasi dan mengintegrasi konsep 'Rantaian Nilai Global' yang akan menjadikan produk-produk pembuatan tempatan diperlukan dan mampu bersaing di pasaran global.
"Pengisian domestik dalam barangan ekspot dan 'intermediate' kita, pada hakikat semakin menurun dari 69.5% pada 1995 kepada 59.5% pada 2011. Filipina mengalami peningkatan (70% ke 76.4%), sementara Indonesia (88%) dan China (67.8%) kekal sama," ujarnya.
Sektor pembuatan yang menyumbang 31% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1999, jelas beliau menurun ke tahap 23% pada tahun lalu (2005).
Walaupun negara telah cuba berpindah ke sektor perkhidmatan dalam Rancangan Malaysia ke-11 yang kini menyumbang 51% kepada KDNK, namun ia masih memerlukan sektor pembuatan yang kukuh dan berprestasi tinggi untuk membuat lonjakan kepada ekonomi berpendapatan tinggi.
"Hanya dengan produktiviti dan kegiatan industri yang memiliki nilai-tambah dan menaiki rantaian nilai yang lebih tinggi, yang akan mampu menjana pendapatan yang tinggi untuk warga buruhnya," ujar beliau.
Tulisan lanjut Dr Dzulkefly boleh diikuti dalam mingguan Amanah terbaru di pasaran.



BR1M bukan polisi ekonomi bagi golongan berpendapatan rendah

BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) bukan jawapan untuk sebuah polisi ekonomi yang tuntas bagi menyelesaikan isu melingkari golongan berpendapatan terendah 60% kebawah. Naif sekali jika Umno menyangka rakyat terbanyak tidak menyedari hal ini.
Umno menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan satu kesilapan besar apabila dengan beraninya mendakwa BR1M adalah 'rasuah'. Anggapan mereka, rakyat khususnya penerima BR1M akan menempelak Tun kerana mengkritik usaha Perdana Menteri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional ini. Oleh itu, dakwaan Tun telah menerima kecaman hebat oleh para menteri.
Pada awal-awal tahun pengenalan, BR1M (sebelum GST dilaksanakan) sememangnya menyumbang kepada peningkatan imej seterusnya sokongan rakyat kepada Umno dalam PRU 2013. Namun ia sedikit demi sedikit berkurangan pada tahun-tahun berikutnya.
Rakyat Malaysia hari ini umumnya telah menyedari bahawa:
Pertama, sumber BR1M adalah dari dana awam. Justeru mereka sememangnya berhak mendapat BR1M dan bukanlah suatu kewajipan untuk mereka rasa terhutang budi atau 'berterima kasih' kepada Najib.
Kedua, sejak perlaksanaan GST pada 2015 dan kenaikan harga barangan, BR1M tidak lagi memberi kesan besar terhadap pendapatan boleh guna isi rumah.
Ketiga, BR1M tidak langsung menjadi jawapan kepada isu peluang pekerjaan yang meruncing kini. Kerajaan gagal untuk tampil dengan polisi yang meyakinkan. Jauh di hati rakyat, pekerjaan yang baik dengan upah yang setimpal adalah keperluan mendesak berbanding BR1M meskipun mereka akan terima apa sahaja yang diberikan oleh Kerajaan.
BR1M hakikatnya adalah respon pra-matang Najib kepada proposal kerangka polisi Pakatan Rakyat yang dikemukakan pada Julai 2011 yang lalu.
Saya yang terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penyediaan proposal tersebut telah mengambil garis bahawa pemerkasaan ekonomi golongan berpendapatan terendah 60% kebawah perlu menjadi asas untuk memberi nafas baru kepada keseluruhan ekonomi Malaysia yang suram.
Sejak krisis ekonomi global 2008, eksport Malaysia menguncup disebabkan permintaan yang mengecil dari Eropah dan Amerika Syarikat. Pada ketika itu, kita boleh menyaksikan bagaimana negara terpaksa bergantung lebih kepada penggunaan domestik. Pun begitu, ia banyak dibiayai oleh hutang isi rumah yang pastinya tidak mapan untuk jangka masa panjang.
Strategi ekonomi yang mapan hanya mampu dibentuk apabila kita melakukan reformasi ekonomi dengan memperkasakan golongan berpendapatan terendah 60% kebawah. Inilah asas kepada proposal kerangka polisi Pakatan Rakyat 2011
KESIMPULAN
Apabila Pakatan Rakyat pada 2011 tampil dengan kerangka polisi seperti yang telah dinyatakan, Najib memberi respon menerusi BR1M.
Dari konteks pilihan raya, saya terpaksa akui bahawa BR1M dan pendekatan 'cash is king' sangat berkesan untuk UMNO - Barisan Nasional berhadapan PRU 2013.
Pun begitu, dalam keadaan dimana peluang pekerjaan yang baik dan berbaloi amat sukar didapati, peningkatan kos sara hidup yang amat tinggi, cukai GST yang menjerut dan pelbagai lagi kelemahan urustadbir yang wujud hari ini, BR1M tidak lagi mampu menjadi senjata Najib memenangi hati dan memenuhi keperluan rakyat.
Sekarang adalah masanya untuk rakyat mengambil sikap yang teguh dan menyatakan bahawa BR1M dan segala bentuk pemberian bersifat saguhati bukanlah jawapan tuntas kepada isu melingkari kita semua. Dan saya amat yakin pada kebijaksanaan rakyat Malaysia dalam menilai realiti ini.
*Liew Chin Tong adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Kluang.
Read More

Saturday, 9 January 2016

BR1M tak mampu bantu semua orang - Amanah

Ahad, 10 Januari 2016

BR1M tak mampu bantu semua orang

BR1M

SHAH ALAM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak membantu meringankan bebanan perbelanjaan rakyat kerana hanya segolongan rakyat sahaja menerima bantuan tersebut, manakala sesetengahnya lagi masih menanggung kesan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup di negara ini.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata, meskipun kadar BR1M dipertingkat bagi tahun ini, ia masih tidak mampu menampung beban yang ditanggung oleh rakyat.

“Pemberian BR1M sebanyak RM1000 setahun tidak setimpal dengan anggaran purata GST yang dikutip daripada setiap rakyat sebanyak RM7000 setahun.

“Tidakkah kerajaan sedar yang rakyat kini sedang bergelut dengan tekanan ekonomi akibat kenaikan harga barang, petrol, tol, kos sara hidup dan caj pengangkutan awam.

Jika benar GST membantu rakyat, mengapa kadar tol perlu dinaikkan? Bukankah kutipan GST sebanyak RM27 bilion dalam tempoh 9 bulan pada tahun 2015 lebih dari cukup untuk menampung bayaran kepada syarikat konsesi lebuhraya bagi mengelak kenaikan tol?” soalnya menerusi kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, kerajaan sepatutnya bertanggungjawab meringankan beban rakyat dan bukannya menambah masalah kos sara hidup untuk rakyat.

“Bukankah tanggungjawab kerajaan adalah untuk meringankan beban rakyat dan bukannya menambah beban kami? GST jelas membebankan rakyat walaupun ia menjadi sumber hasil baru kerajaan. Kenapa rakyat harus dihukum dengan GST bagi menampung kekurangan hasil kerajaan, sedangkan ianya disebabkan oleh kelemahan dan salah urus kewangan negara?

“Hakikatnya kenaikan harga barang adalah akibat kesan langsung GST yang mana para pengilang, pemborong dan pembekal bagi sesuatu produk telah dikenakan GST. Maka harga produk siap yang dibeli rakyat perlu dinaikkan rentetan GST telah dikenakan di peringkat awal,” jelasnya lagi.
Kedah Lanie.
Read More

Sunday, 31 May 2015

BR1M 'mcm aym dging'? & 'Idea k'jaan perpaduan tak pernah dipersetujui' daripada mana-mana parti pun.

Isnin, 1 Jun 2015
BR1M mcm aym dging



Jgn ckp krajaan nk pndah kkyaan negara pd rkyat la ..nmpak sngt kbodohan orng yg ckp cmtu..dh brpe rmai rkyat mlysia ni jd kaya,x jd jtawan pn x pe..ratusan pn xde.. Kkayaan negara sbnr nye d bolot oleh pmerintah sdah bberapa dekad dh...orn mlayu ngeri lain smua bodoh,hya mlayu klntan je dpt mnilai smua tu.. Mlayu ngri lain mcm aym dging hrp tuan jer yg bg mkn.

WOWW !!! Bukannya juta2 ringgit, TAPI main puluh2 bilion ringgit dijahanamkannya..

Kalau bapak pon PENYAMUN, anak dah tentu PEROMPAK. 

Ke Mana Lahirnya Perompak, Kalau Tidak Asalnya Penyamun.


LAGI LAMA 'mereka' bermaharajalela berkuasa, lagi byklah kerosakan & kemusnahan yg rakyat tanggung...

Kredit : TMI



'Idea k'jaan perpaduan tak pernah dipersetujui'


Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang menafikan bahawa idea kerajaan perpaduan (UG) pernah dipersetujui selepas krisis politik yang menyumbang kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Menurutnya, perkara itu hanya dimaklumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tiada sebarang keputusan yang dibuat memandangkan Mursyidul Amnya ketika itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Sebenarnya makna UG ialah semua parti bergabung dan menjadi kerajaan. Tapi idea itu hanya dilontarkan begitu sahaja dan tak ada satu keputusan," kata Ahmad ketika diwawancaraMalaysiakini.

"(Bagaimanapun), akhirnya timbul bahawa (UG) itu di definisikan kepada rundingan antara PAS dan Umno dan ia ditentang keras oleh Nik Aziz. Jadi UG tak jadi dilaksana," katanya yang menjadi pesuruhjaya negeri itu pada ketika itu.

Ahmad yang akan mencabar Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan parti bulan depan berkata, idea kerajaan perpaduan tersebut juga tidak mendapat sambutan daripada mana-mana parti.

Malah pada masa yang sama, Ahmad itu berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melobi beberapa ahli parlimen Sabah supaya menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, rancangan untuk menggulingkan kerajaan BN pada 16 September 2008 itu juga tidak berjaya, kata Ahmad yang juga bekas naib presiden PAS .

"Benda itu semua gagal," katanya lagi.

Ditolak ahli

Ditanya sama ada Muktamar PAS kali ke-61 menjadi penentu pembentukkan kerajaan perpaduan, tokoh agama dari Gunung Semanggol, Perak itu berkata perkara itu tidak akan menjadi kenyataan kerana ia ditolak oleh ahli parti.

"Setakat saya melihat, Pakatan Rakyat yang menjadi keputusan parti sejak muktamar sebelum ini.

"Belum ada mana-mana pihak pun khasnya Majlis Syura mengeluarkan pendapat atau berbincang supaya mengkaji agar PAS meninggalkan Pakatan. Tak pernah timbul.

"Jadi status quonya ialah PAS tetap dalam Pakatan dan tak timbul isu kerajaan perpaduan. Itu pastinya bercanggah dengan pendirian majoriti ahli PAS," kata Ahmad.

Bercakap dalam program 'Bicara Harakah' pada Selasa, Hadi berkata idea kerajaan perpaduan itu ketengahkan selepas krisis di Perak dan mendakwa dipersetujui Anwar dan Nik Aziz.

Presiden PAS itu berkata pada masa itu, BN cuba nak pancing wakil rakyat PAS dan menegaskan parti itu tidak akan mengulangi sejarah untuk menyertai BN.

"Biasanya sejarah dahulu tidak berulang benda yang sama. Jadi kita kemukakan idea kerajaan perpaduan. Ini dipersetujui bersama pertemuan antara saya, Anwar dan Nik Aziz. Dan kita bersetuju ketengahkan perkara ini.

"DAP pun bersetuju. Tapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak dapat menerimanya. Itu ceritanya. Benda tu dah hilang. Dah luput daripada sejarahnya." kata Hadi.

Bagaimanapun, kenyataan Hadi itu dinafi sekeras-kerasnyaoleh PKR apabila parti itu berkata, Anwar atau mana-mana pemimpinnya tidak pernah bersetuju dengan idea untuk bergabung dengan Umno untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan.
Malaysiakini
Read More

Tuesday, 19 May 2015

Satu-persatu 1MDB & Najib ditelanjangkan...PM 'sedih' woi, "kena GST bising, dapat BR1M senyap?"

Selasa, 19 Mei 2015


JAHANAM... Satu-persatu 1MDB & Najib ditelanjangkan. Abeslah duit2 pencarum KWSP & KWAP bilion ringgit diperguna kononnya utk pelaburan..

KENAPA PERLU MELABUR PADA SYARIKAT BERMASALAH BERHUTANG RM42 BILION !!!

Ya Allah, Kamu tunjukklah sesuatu kpd penyamun besar negara yg rakus khianat terhadap dana2 rakyat..

2 hrs

Najib - Kena GST Bising, Dapat BRIM Senyap

PM 'sedih' kena GST bising, dapat BR1M senyap

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak "sedih" dengan orang ramai yang ‘bising’ apabila dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) namun ‘senyap’ selepas menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM300.

“Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.

“Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya,” katanya.

Najib berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini.

Perhimpunan bulanan itu turut di hadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan kakitangan kementerian itu.

Najib turut mengakui menerima rungutan mengenai GST dari rakyat dan pantauan perlu diambil bagi menangani masalah itu.

“Untuk mengetahui rungutan mereka (rakyat) itu ada asas ataupun disebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan.

“Umpamanya kalau dulu sesuatu barangan itu dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tapi bila SST dimansuhkan diganti dengan GST sepatutnya mereka (penjual) kurangkan harga dan tambah enam peratus tetapi mereka telah kekalkan harga dan tambah enam peratus,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau meminta pihak berkuasa memantau kes seperti ini dan menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan dengan kadar segera.
Read More

Saturday, 11 October 2014

[Video] BR1M...Bantu ke CEKIH! '(Beri Rasuah 1 Malaysia)'?

Sabtu, 11 Oktober 2014
MOTOR 3GP


Motor Rempit Malaysia Pulak
  BR1M! Brim! Briiiiiiiiiiimmmm!

Rakyat dibebankan...
Gambar: Budget 2015

#Babiiiii!!
#king_tak_selamanya_king
Puisi Kangkung!

Zahid Hassan T's Photos


Bantu ke CEKIH!
Gambar: Tahukah kita hasil yang dikutip oleh kerajaan dari kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen lebih rendah berbanding yang terpaksa di keluarkan oleh kerajaan UMNO/BN untuk BR1M ( Beri Rasuah 1 Malaysia )

TETAPI.......!!!

NATIJAH dari kenaikan HARGA MINYAK sebanyak 20 sen itu berlipat kali ganda rakyat marhean terpaksa bayar balik untuk hidup selayaknya dimana kos sara hidup meningkat berbanding dengan menerima BR1M yang hanya sebanyak RM650.00 sebelum ini dan tahun depan dikatakan RM950.00...

ADA FAHAM???
Tahukah kita hasil yang dikutip oleh kerajaan dari kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen lebih rendah berbanding yang terpaksa di keluarkan oleh kerajaan UMNO/BN untuk BR1M ( Beri Rasuah 1 Malaysia )

TETAPI.......!!!

NATIJAH dari kenaikan HARGA MINYAK sebanyak 20 sen itu berlipat kali ganda rakyat marhean terpaksa bayar balik untuk hidup selayaknya dimana kos sara hidup meningkat berbanding dengan menerima BR1M yang hanya sebanyak RM650.00 sebelum ini dan tahun depan dikatakan RM950.00...

ADA FAHAM???
Read More

Thursday, 5 June 2014

Worrah! Penerima BR1M warga emas diheret ke mahkamah tak bayar cukai RM14,000.00

Jumaat, 6 Jun 2014
Inilah Yang Dikatakan TGNA Mengenai BR1M

BAHAYA ! BAHANA ISI BORANG BR1M



KENYATAAN MEDIA
Y.B. DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI
AHLI DEWAN NEGERI (ADN) KAWASAN KOTA ANGGERIK
05hb JUN 2014
KERANA BR1M WARGA EMAS DIDAKWA DI MAHKAMAH
Seorang warga emas berusia 66 tahun mendakwa telah ditipu oleh Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Beliau yang kini telah bersara lebih 17 tahun dan kini tiada perkerjaan mendakwa telah mendaftar dalam BR1M 2014 dan telah menerima bayaran sebanyak RM650.
Ekoran dengan dari pendaftaran beliau untuk menjadi penerima BR1M di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) beliau telah dituntut untuk membayar cukai tertunggak semenjak tahun 1989.
Ketika membuat aduan di Pejabat DUN Kota Anggerik, warga emas tersebut merasa marah dan sedih kerana kini dia tidak mempunyai pendapatan tetapi diminta untuk membayar tunggakkan sebanyak RM 14,000 yang lebih malang lagi kini warga emas tersebut diheret ke Mahkamah di atas tuduhan tidak membayar cukai.
Menurut Mr. Tan Siew Hock, beliau benar-benar menjadi mangsa BR1M. Ketika dihubungi Y.B. Dr Haji Yaakob Bin Sapari mengesahkan aduan warga emas tersebut.
Beliau menyifatkan warga emas tersebut sebagai mangsa kerana mendaftar sebagai penerima BR1M, lebih-lebih lagi terhadap warga emas yang tidak mempunyai pendapatan.
Sekian,
Y.B. DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI
AHLI DEWAN NEGERI (ADN) KAWASAN KOTA ANGGERIK
Read More

Thursday, 20 February 2014

Pentadbiran Najib tidak ubah seperti NATO (No Action Talk Only)... Dua menteri Umno bakal meninggalkan kabinet

Khamis, 20 Februari 2014
KUALA LUMPUR: Akibat daripada hilang kepercayaan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua menteri dari Umno bakal meninggalkan kabinet menjelang rombakan pada Jun nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri sudah berada pada tahap yang sukar untuk diselamatkan lagi.

Perkara ini jelas terbukti, bukan sahaja dua menteri yang bakal meninggalkan kabinet tetapi ada antara mereka yang berani mengkritik secara terbuka tentang pentadbiran Najib yang dilihat terlalu lemah tanpa sebarang tindakan tegas.

"Pentadbiran Najib ini seperti syok sendiri ataupun 'hidup segan, mati tidak mahu'.

"Beliau hanya melaungkan pembaharuan dan pelancaran idea, namum diperingkat pelaksanaan dan implementasi, hambar dan tidak mendatang apa-apa kebaikan serta kesan," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, pentadbiran Najib tidak ubah seperti NATO (No Action Talk Only), begitu juga inisiatif Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang diwar-warkan sebelum ini sehinggakan beliau (Najib) digelar sebagai 'Najibnomics'.

Tambah beliau lagi, di dalam Umno sendiri, mereka sudah mula tidak mempercayai kebolehan Najib dan dikalangan akar umbi Umno mereka kelihatan gusar jika Najib terus menjadi Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke-14.

Mahfuz juga menyeru kepada menteri berkenaan terus melepaskan jawatan sebagai tanda protes mereka dan tidak menunggu sehingga berlakunya rombakan kabinet.

Jelasnya lagi, mereka juga perlu mengemukakan undi tidak percaya terhadap Najib pada Persidangan Parlimen bulan Mac nanti dan mengemukakan usul agar parlimen menyerah kembali mandat kepada rakyat.

"Nampaknya kegelisahan akar umbi Umno ini sudah menular kepada menteri-menteri Umno, jadi saya tidak terkejut andai kata berlaku 'place coup' dalam Umno atau berduyun-duyun ahli-ahli Umno meninggalkan parti itu nanti," katanya.
Harakahdaily.
BR1M

Segarkan ingatan anda...
Pesanan dari penaja..guna kan wang BR1M ... sikit2 klau boleh simpan je x yah guna...kahh..kahh..kahhh,, — with Insan Fakir.
Read More

Monday, 9 December 2013

BR1M Banjir - Jangan beri pada pembangkang - Apa kata rakyat! Tunggu PRU14...

Selasa, 10 Disember 2013
Wak Rico Rock Kapak's photo.
Photo: SETELAH MENANG PRU13 DENGAN 47%, KINI BN UMNO MENGHADIAHKAN PENGUNDI MEREKA DENGAN

MINYAK NAIK
GULA NAIK
TOL NAIK
CUKAI NAIK
PESARA KENA CUKAI
AES MELATA SUDUT
GST MERATA BARANG
KETIRISAN SEMAKIN MELEBAR
SAHAM BERNAS MONOPOLI
ASTRO NAIK
PTPTN SENARAI HITAM
SALAH LAKU PEMIMPIN SEBABKAN KERUGIAN DIRESTUI
HARGA ELEKTRIK NAIK
 
AKHIRNYA RAKYAT (PEMBANGKANG DAN PENYOKONG UMNO) HANYA DAPAT SATU SAJA DARI KERAJAAN 47% "DARAH NAIK"

Bantu dan sumbanglah kerana amanah dan kerana Allah.

Jangan menjawab pada kemudian hari.


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena