Showing posts with label UG. Show all posts
Showing posts with label UG. Show all posts

Sunday, 8 November 2015

Benarkah Idea UG itu memang BENAR? Azmin sudah memberikan responnya & Kenapa Hadi terus MEMBISU...

Isnin, 9 November 2015

TGNA terlalu marahkan sikap UG : Kalau Nak Pecah 2 PAS Malam Ni Kita Pecahlah!
Pasca PRU2008, UMNO/BN buat pertama kalinya gagal mendapat 2/3 Kerusi Parlimen, kalah di 5 buah negeri, Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor mula "merisik khabar" pimpinan PAS.   

Khabarnya, pada mulanya UMNO tawar Kerajaan Perpaduan di Perak dan Selangor. Ini dikatakan punca berlaku kelewatan perlantikan Menteri Besar Perak dan Selangor.  

Di Perak, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria khabarnya menjadi agen perunding kepada UMNO untuk menggabungkan PAS dan UMNO. Mufti Perak khabarnya mendakwa sudah dapat persetujuan Presiden PAS, tapi gagal mendapat persetujuan Mursyidul Am PAS, TGNA.   

Khabarnya juga, pujukan UMNO bukan setakat di Selangor dan Perak, tetapi juga ke Peringkat Pusat, membentuk Kerajaan Perpaduan (UG).  

Rentetan kepada idea UG inilah menyebabkan berlakunya Mesyuarat Tergempar Majlis Syura dan Pas Pusat yang dipanggil oleh Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Ia berlaku pada 31 Julai 2008. ( Nak tahu betapa seriusnya keadaan ketika itu, sila baca maklumat di sini )  

Khabarnya, dalam mesyuarat tersebut TGNA dengan tegas ada menyebut, "Kalau nak pecah 2 PAS malam ni kita pecahlah". Sejauh mana kebenaran ini tidak dapat dipastikan.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
SATURDAY, DECEMBER 13, 2014
Hj Hadi tidak berani sanggah Husam

TMI tetap terus bertegas mempertahankan laporannya itu dan tidak pernah meminta maaf seperti mana yang dituntut oleh Dr Samsuri. 

Kenapa PAS tidak berani mengambil tindakan undang-undang kalau benar artikel mengenai pendedahan tawaran Hj Hadi kepada Azmin itu sebagai fitnah dan bertujuan jahat? 

Saya percaya pendedahan Husam mengenai tawaran Hj Hadi kepada Azmin itu adalah kerana mahukan respon dari Haji Hadi dan Azmin sendiri. 

Azmin sudah memberikan responnya dengan penafian. Kenapa Hj Hadi terus membisu tidak berani menafikannya sendiri? Kita mahu dengar pengakuan / penafian sendiri dari naib ulama sedunia ini. 

Apakah PAS rasa rakyat jelata akan  menuduh Husam, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Suhaizan Kaiat dan TMI semua tu 'memfitnah dan berniat jahat terhadap Hj Hadi?

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:00 a.m
MONDAY, NOVEMBER 09, 2015
Read More

Tuesday, 7 July 2015

Nakhaei Sindir Hadi & PAS - "Hanya PAS Boleh Selamatkan UMNO" & Dia tahu mengenai UG?

Selasa, 7 Julai 2015
Nakhaei keluar UMNO pada Ogos 2014.


Selepas pendedahan WSJ, hanya PAS boleh selamatkan Umno, kata bekas pemimpin 

Bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno sekarang melalui kerajaan perpaduan (UG).

"Saya sudah keluar Umno. Hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno melalui UG yang sedang dirancang.
 

"Eloklah tu. Boleh sama-sama kongsi ghanimah," tulis Nakhaie melalui Facebook beliau hari ini merujuk kepada istilah membawa maksud harta rampasan.

Tulisan Nakhaie dibuat ketika presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sedang dirundung malang selepas akhbar perniagaan antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan wang 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Semalam, Sarawak Report pula mendedahkan gambar Najib bersama seorang ahli perniagaan, Low Taek Jho dan keluarganya bercuti di atas kapal mewah.

Pada masa yang sama, PAS juga diambang perpecahan selepas kumpulan yang disingkirkan dari pucuk kepimpinannya baru-baru ini sedang merangka pembentukan parti baharu.

Pemimpin utama PAS pula sering dilihat membela Najib dalam banyak hal termasuk pendedahan media antarabangsa WSJ.


Nakhaie meninggalkan jawatannya sebagai naib presiden PAS dan menyertai Umno pada 1989 selepas berbeza pendapat dengan presiden PAS ketika itu, Yusof Rawa.

Namun begitu, pada Ogos 2014, Nakhaie yang pernah dilantik sebagai pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bertindak keluar Umno. 


ULASAN GB

Nakhaei dah duduk dalam UMNO, kemudian mungkin dia tak tahan dengan "busuknya" tong najis itu. Lantas beliau keluar UMNO pada 2014.

Rupa-rupanya beliau masih mengikuti perkembangan PAS. Dia tahu mengenai UG. Justeru itu dia menyatakan "Hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno melalui UG yang sedang dirancang!" 

Kebetulan pula hari ini Hadi buat kenyataan yang seolah-olah mempertahankan Najib di dalam isu WSJ... perlu ada 4 saksi, katanya. 

“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil," 

Setiausaha Politik Hj Hadi, Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar pula cuba menafikan tajuk Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) "Like Anwar, the must be four witnesses for Najib". 

Berdasarkan kenyataan Haji Hadi, GB tidak nampak apa-apa kesalahan pun di dalam tajuk malaysiakini itu. 

Malah ramai juga mempersoalkan kenyataan haji Hadi itu, semasa membuat tuduhan pil kuda dan kominis dahulu, ada tak Haji Hadi kemukakan empat orang saksi? 


Walaupun kes itu telah selesai dengan kemenangan di pihak Haji Hadi, namun ia tetap telah menjatuhkan reputasi Haji Hadi dimana hakim mahkamah tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa menyatakan "Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah...


Posted By Green Boc
Read More

Sunday, 5 July 2015

[Video] Kit Siang Kena Halau Dengan Penyapu di Masai! Tahniah you all...Harapkan pada UG inilah jadinya...

Isnin, 6 Julai 2015


YB Lim Kit Siang kena halau di Masai - FMT Reporters

kit-siang-halau

Penyokong UMNO berang kenyataan seolah-olah menghina Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

 JOHOR BAHRU: Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dihalau ketika menghadiri sebuah majlis di Taman Megah, Masai.

 Ia berlaku apabila Pengarah DAP Johor, Liew Chin Tong mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menghina parti itu dan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

 Dalam ucapan tidak sampai seminit pada satu majlis di Taman Megah Ria, Masai, dekat sini, hari ini, Ahli Parlimen Kluang itu antara lain mendakwa orang UMNO kini cuba nak menumbangkan Najib.


 Susulan itu, kira-kira 100 penyokong UMNO yang berada di situ bagi memprotes kedatangan Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ke kawasan itu, naik berang.

 Keadaan menjadi kecoh dan berlaku insiden tolak menolak antara penyokong UMNO berkenaan dengan Liew dan Lim serta beberapa lagi pemimpin DAP yang hadir pada majlis sesi ramah mesra DAP bersama orang Sabah dan Sarawak tersebut iaitu Adun Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan Adun Johor Jaya, Liow Chai Tung.

 Insiden tolak menolak itu berlaku kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum polis campur tangan untuk mententeramkan keadaan.

 Polis kemudiannya dilihat menasihati pemimpin DAP berkenaan untuk membatalkan program selanjutnya iaitu ‘Walkabout’ di Pasar Borneo berdekatan susulan kekecohan itu.



SILA DENGAR PULA RINTIHAN RAKYAT YANG DAH MUAK DENGAN UMNO. DENGAR PULA AYAT KAMI, YANG TENTU ANDA SEMUA SUKA DAN REDHAKAN?

Saya Rakyat Malaysia

1. Saya nak makan nasi lemak,
beras dibeli dari siapa? – BERNAS!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong

2. Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi 0. Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources. Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong

3. Minum kopi mesti campur gula
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR. MSM milik felda, 20% saham dimiliki oleh Robert Kwok. MSR milik Robert Kwok sepenuhnya. OK.. cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan Guna gas stove.

4. Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL

5. Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP. IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff. Malakoff milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL

6. Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la… naik motor. Motor Kriss, keluaran MODENAS. Modenas milik siapa? = Tan Sri Ananda Krishnan

7. Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton. Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Ananda Krisnan.

8. Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja.
Honda Malaysia milik siapa? = Loh Boon Siew Group

9. Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat. Bank Muamalat milik siapa? = Mydeen Group

10. Kereta kena ada insurans coverage.
Insurance beli dari siapa? = Beli Uni Asia Insurance. Uni Asia Insurance milik siapa?= Tan Sri Vincent Tan

11. Tak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM. Puspakom milik siapa? = Loh Boon Siew Group

12. Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang. Landasan keretapi siapa buat?= MMC. MMC milik siapa? = Mayland Group

13. Sekarang, Mayland Group pun nak ambil alih KTMB. Ok..tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la… nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Tee Pek Kin

14. Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la. Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas. Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Keeple Port Pvt ltd.

15.Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port. Johor Port milik siapa? = MMC. MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong.

16. Ok la… Saya orang KL, naik MRT sahaja la… (apabila siap) Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC. MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong

17. Macam ni la… tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tony Fernandez, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tony Fernandez.

18. Itu belum lagi kami rakyat Malaydia masukkan lagi pelbagai kerja buat Umno yang menyeleweng dan tindakkan yang tidak sepatutnya seperti PTPTN penyebab Anak Muda lulusan Universiti berhutang.

19. NFC RM250 Juta milik kak Ejaat bikin lembu.

20. Ranah rezab Melayu yang tergadai.

21. Kos perkhidmatan yang meningkat. Elektrik, air dan pelbagai cukai.

22. Kenaikan harga barang.

23. Kenaikan harga minyak.

24. Dah lenguh tangan aku menulis. Belambak dan beratus lagi ALASAN kenapa UMNO-BN perlu di tukar dari memegang/memerintah kerajaan Malaysia..!

Harapkan pada UG inilah jadinya... Lain cakap lain bikin.. Dalam kelam berunding dengan Umno. Apa mau kasi hayat UMNO-BN panjang lagi ke..???

Tahniah you all, You all earn this all, on your own!! Malaysia is not for Malaysian people anymore, its YOURS!! Entirely yours!

ENGKORANG HANYA NAK REDHA SEGALA SALAH LAKU UMNO-BN.. BIARKANLAH UMNO-BN TERUS MEMERINTAH NEGARA..

Syssss...!!
Read More

Thursday, 11 June 2015

Inilah 'Benda' yang betul-betul menghina puak UG...

Jumaat, 12 Jun 2015

Inilah 'Benda' Yang Betul Betul Menghina Pemimpin Pas UG


Kaedah menyingkirkan pemimpin Pas dari kalangan profesional amatlah menjijikkan,apalagi bila dilakukan oleh puak yang konon kuat agama dalam Pas.

Beberapa pemimpin PAS dari kumpulan bukan ulama yang kalah dengan kaedah tidak demokratik dalam pemilihan baru-baru ini tidak berminat untuk dilantik memegang jawatan dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

Hanipa Maidin berkata sudah tiba masanya untuk kepimpinan baharu yang didominasi oleh kumpulan pro-ulama membuktikan kemampuannya tanpa perlu berdepan sebarang bentuk 'gangguan'.

"Saya tidak akan menerima tawaran (untuk jawatan tertentu) kerana saya mahu memberi peluang kepada barisan baharu untuk membuktikannya kemampuan mereka sendiri. Kami tidak mahu kacau mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Ahli Parlimen Sepang itu yang juga bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata beliau tidak berpuas hati terhadap cara di mana pemimpin dari kumpulan progresif 'ditendang keluar' dari jawatan mereka semasa pemilihan parti baru-baru ini.

"Ia benar-benar menghina. Dengan adanya 'chai', anda tahu, saya tidak fikir ia adil untuk mana-mana parti menendang keluar mana-mana pemimpin tanpa mengambil kira prestasi dan pengalaman, " katanya.
Beliau merujuk kepada 'chai', atau senarai calon pro-ulama dan bukan ulama-yang diedarkan kepada para perwakilan sebelum pemilihan parti pada 4 Jun.

Datuk Dr Mujahid Yusof juga menunjukkan bahawa beliau akan menolak sebarang tawaran jawatan dalam Jawatankuasa PAS pusat.

"Saya belum lagi diberitahu tentang hal itu, dan saya tidak tahu jika saya telah dilantik. Tetapi jika saya dilantik, saya akan menolak, " kata Ahli Parlimen Parit Buntar.

Dr Hatta Ramli, yang telah berulang kali dituduh oleh puak pro-ulama sebagai punca di sebalik plot untuk menggulingkan Presiden parti hanya ketawa apabila diminta mengulas.

"Soalan ini membuatkan saya kelihatan 'perasan'. Tetapi tidak ada tawaran seperti itu dan kita tidak mengharapkan apa-apa.

"Kecuali jika mereka mahu menawarkan saya jawatan presiden, maka saya tidak akan menolak yang itu," katanya berjenaka, sambil menambah beliau akan mengumumkan keputusannya apabila jawatan itu benar-benar ditawarkan.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan bekas Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud tidak terfikir bahawa beliau akan ditawarkan sebarang jawatan.

"Jika mereka melantik saya, saya memilih untuk menumpukan perhatian kepada kawasan saya," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu.

Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun, memilih untuk tidak mengulas lanjut terhadap perkara yang belum jelas.

"Tidak, saya tidak menerima sebarang surat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Kepimpinan baharu PAS telah berkata bahawa beberapa pemimpin yang kalah akan ditawarkan enam jawatan dalam Jawatankuasa PAS pusat.

Jawatan yang akan dilantik termasuklah setiausaha agung dan ketua penerangan.

oleh: Rahmah Ghazali Mstar

#Mahfuz Omar sudah mengesahkan beliau tidak akan menerima sebarang jawatan lantikan.
Dicatat oleh 
Read More

Wednesday, 3 June 2015

[Video] Ustad Ahmad Awang 'penghalang dari UG terjadi'...

Rabu, 3 Jun 2015
Ustad Ahmad Awang Penghalang Dari UG Terjadi



Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang
Read More

Sunday, 31 May 2015

BR1M 'mcm aym dging'? & 'Idea k'jaan perpaduan tak pernah dipersetujui' daripada mana-mana parti pun.

Isnin, 1 Jun 2015
BR1M mcm aym dging



Jgn ckp krajaan nk pndah kkyaan negara pd rkyat la ..nmpak sngt kbodohan orng yg ckp cmtu..dh brpe rmai rkyat mlysia ni jd kaya,x jd jtawan pn x pe..ratusan pn xde.. Kkayaan negara sbnr nye d bolot oleh pmerintah sdah bberapa dekad dh...orn mlayu ngeri lain smua bodoh,hya mlayu klntan je dpt mnilai smua tu.. Mlayu ngri lain mcm aym dging hrp tuan jer yg bg mkn.

WOWW !!! Bukannya juta2 ringgit, TAPI main puluh2 bilion ringgit dijahanamkannya..

Kalau bapak pon PENYAMUN, anak dah tentu PEROMPAK. 

Ke Mana Lahirnya Perompak, Kalau Tidak Asalnya Penyamun.


LAGI LAMA 'mereka' bermaharajalela berkuasa, lagi byklah kerosakan & kemusnahan yg rakyat tanggung...

Kredit : TMI



'Idea k'jaan perpaduan tak pernah dipersetujui'


Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang menafikan bahawa idea kerajaan perpaduan (UG) pernah dipersetujui selepas krisis politik yang menyumbang kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Menurutnya, perkara itu hanya dimaklumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tiada sebarang keputusan yang dibuat memandangkan Mursyidul Amnya ketika itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Sebenarnya makna UG ialah semua parti bergabung dan menjadi kerajaan. Tapi idea itu hanya dilontarkan begitu sahaja dan tak ada satu keputusan," kata Ahmad ketika diwawancaraMalaysiakini.

"(Bagaimanapun), akhirnya timbul bahawa (UG) itu di definisikan kepada rundingan antara PAS dan Umno dan ia ditentang keras oleh Nik Aziz. Jadi UG tak jadi dilaksana," katanya yang menjadi pesuruhjaya negeri itu pada ketika itu.

Ahmad yang akan mencabar Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan parti bulan depan berkata, idea kerajaan perpaduan tersebut juga tidak mendapat sambutan daripada mana-mana parti.

Malah pada masa yang sama, Ahmad itu berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melobi beberapa ahli parlimen Sabah supaya menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, rancangan untuk menggulingkan kerajaan BN pada 16 September 2008 itu juga tidak berjaya, kata Ahmad yang juga bekas naib presiden PAS .

"Benda itu semua gagal," katanya lagi.

Ditolak ahli

Ditanya sama ada Muktamar PAS kali ke-61 menjadi penentu pembentukkan kerajaan perpaduan, tokoh agama dari Gunung Semanggol, Perak itu berkata perkara itu tidak akan menjadi kenyataan kerana ia ditolak oleh ahli parti.

"Setakat saya melihat, Pakatan Rakyat yang menjadi keputusan parti sejak muktamar sebelum ini.

"Belum ada mana-mana pihak pun khasnya Majlis Syura mengeluarkan pendapat atau berbincang supaya mengkaji agar PAS meninggalkan Pakatan. Tak pernah timbul.

"Jadi status quonya ialah PAS tetap dalam Pakatan dan tak timbul isu kerajaan perpaduan. Itu pastinya bercanggah dengan pendirian majoriti ahli PAS," kata Ahmad.

Bercakap dalam program 'Bicara Harakah' pada Selasa, Hadi berkata idea kerajaan perpaduan itu ketengahkan selepas krisis di Perak dan mendakwa dipersetujui Anwar dan Nik Aziz.

Presiden PAS itu berkata pada masa itu, BN cuba nak pancing wakil rakyat PAS dan menegaskan parti itu tidak akan mengulangi sejarah untuk menyertai BN.

"Biasanya sejarah dahulu tidak berulang benda yang sama. Jadi kita kemukakan idea kerajaan perpaduan. Ini dipersetujui bersama pertemuan antara saya, Anwar dan Nik Aziz. Dan kita bersetuju ketengahkan perkara ini.

"DAP pun bersetuju. Tapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak dapat menerimanya. Itu ceritanya. Benda tu dah hilang. Dah luput daripada sejarahnya." kata Hadi.

Bagaimanapun, kenyataan Hadi itu dinafi sekeras-kerasnyaoleh PKR apabila parti itu berkata, Anwar atau mana-mana pemimpinnya tidak pernah bersetuju dengan idea untuk bergabung dengan Umno untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan.
Malaysiakini
Read More

Wednesday, 20 May 2015

PKR nafi Anwar setuju idea k'jaan perpaduan?

Rabu, 20 Mei 2015

Hadi Bohong Tentang Idea Kerajaan Perpaduan

PKR nafi Anwar setuju idea k'jaan perpaduan

PKR hari ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti itu telah atau pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, semalam.

Naib Presiden yang juga setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli berkata beliau diberi mandat oleh biro politik PKR untuk menafikan perkara itu.

"PKR berharap kami tidak diheret di dalam persoalan dalaman PAS," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, fokus PKR adalah untuk membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang didakwanya rosak di bawah BN.

"Apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan GST, skandal 1MDB, penggunaan dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain," tambahnya.

PKR, katanya, percaya Umno berada pada keadaan yang paling lemah.

Menurut Rafizi lagi, ini adalah masa terbaik untuk memberi peluang perubahan kepada rakyat Malaysia.

Bercakap dalam program 'Bicara Harakah' semalam, Hadi berkata idea kerajaan perpaduan itu ketengahkan selepas krisis di Perak. 

Presiden PAS itu berkata: "Pada masa itu, BN cuba nak pancing kita. Kita tidak mengulangi untuk menyertai BN. 

"Biasanya sejarah dahulu tidak berulang benda yang sama. Jadi kita kemukakan idea kerajaan perpaduan. Ini dipersetujui bersama pertemuan antara saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat). Dan kita bersetuju ketengahkan perkara ini.

"DAP pun bersetuju. Tapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak dapat menerimanya. Itu ceritanya. Benda tu dah hilang. Dah luput daripada sejarahnya."

BLM
Read More

Monday, 4 May 2015

Idea kononnya ‪#‎Pangkor 2‬ wujud, satu pengkhianatan terhadap PAS! Siapa mereka?

Isnin, 4 Mei 2015

UG sebok persoal Kerajaan PR Perak tak buat HUDUD tapi bila PR Kedah bawah Azizan ak buat dia senyap pula..!!



#‎mempersadakan‬ PAS, ‪#‎kukuhkan‬ PRA.F. Ustaz Hj Ahmad Awang bukan hilang daripada persada perjuangan PAS, tetapi Ustaz Ahmad Awang masih berjuang dalam PAS walau pun disof belakang, Ustaz juga turun dalam Bersih 2007, PPSMI 2009, Bersih 3, KL114/2013, Demo di hadapan kedutaan2 dan terkini Bantah GST.

Mengenai perjanjian ‪#‎Pangkor‬ 2 yang dikitar semula oleh geng UG, sebenarnya itu adalah dicetuskan oleh ‪#‎umno‬ dan tiada bukti ianya pernah berlaku. Orang PAS sejati yg ikhlas, tau hakikat dan x akan promosi propaganda musuh.


Ketika terbentuknya kerajaan PR di Perak pada 2008, PAS hanya ada ‪#‎enam‬ kerusi DUN sahaja dan dalam perbincangan antara PAS,PKR dan DAP dalam membentuk kerajaan di Perak tidak berbangkit soal ‪#‎hudud‬, ianya hanya dihangatkan selepas meninggalnya Tuan Guru Nik Aziz dan ianya hanya untuk menimbulkan suasana tidak aman dalam PR. Idea kononnya ‪#‎Pangkor2‬ wujud, satu pengkhianatan thdp PAS, sape yg pun yg ulang, ia adalah mengitar idea UMNO. UMNO sendiri x putar dah lagu lama tu, tapi masih ada yg lain berminat. siapa mereka?

Yang menghairankan ialah mengapa geng UG tidak serang Ustaz Azizan yang kenyataannya membawa maksud tidak akan laksanakan hudud di Kedah?
Syssss
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena