Showing posts with label muktamar. Show all posts
Showing posts with label muktamar. Show all posts

Monday, 22 June 2015

Adakah PAS menuju 'Wilayatul Faqih' yang dipegang Syiah di Iran..? Ketua Jebon pulak diminta kekal dalam PAS...Aik!

Isnin, 23 Jun 2015

Adakah PAS menuju konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran..???

Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia.

Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara. Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?!

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran.

Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan.

Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah.

Ketua Jebon Diminta Kekal Dalam PAS bagi Memperkasakan PAS...


Biar BETIK Timbalan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ni beb... tak kan seorang Ketua Jemaah Buat Onar (JEBON) dan Ketua kepada segala Munafik Hariki, Islam Liberal, Parasit, Kuda Tunggangan DAP serta yang sewaktu dengan nya mahu diharapkan untuk Memperkasakan Parti PAS, jika Terdesak sekali pun tak kan Ketua Jebon diharapkan bagi Memperkasakan Parti PAS beb... tak ada lagi ke Ulama' serta Lebai-Lebai Mercun untuk diharapkan... 

Apa Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man sudah lupa ke bahawa Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) ini adalah seorang Ketua Jebon yang telah Disembelih Hidup-Hidup oleh Golongan Ulama' Pewaris Nabi dalam Pemilihan PAS baru-baru ini, agak Mustahil jugak yang Timbalan Presiden PAS yang juga telah Mengalahkan Mat Sabu dalam Pemilihan Timbalan Presiden PAS boleh terlupa begitu sekali. Apa beliau pun sudah seperti Tuang Presideng yang selalu saja Terlupa...

Tak tahu lah pulak jika Penyakit Terlupa Tuang Presideng PAS sudah Berjangkit dengan Timbalan Presideng PAS ni beb... jika Tuang Presideng PAS selalu Terlupa dengan apa yang beliau katakan seperti Fitnah Pil Kuda dan Pemimpin Pilihan DAP mungkin juga patut. Atas Faktor Kesibukan beliau sebagai Naib Ketua Ulama' Sedunia serta Kerja-Kerja Berdakwah Tuang Presideng dari Negara-Negara Asia Barat hinggalah ke Negara-Negara Asia Timur seperti Jepun...

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang 
Read More

Sunday, 14 June 2015

"Orang dok kata dah"! Seramai 5,000 orang ada MARUAH diri tak? Keputusan Muktamar Pas putus dengan DAP adalah muktamad - MB S'gor

Ahad, 14 Jun 2015

PAS Terkedu, Azmin Kata Keputusan Muktamar Perlu Dihormati



Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan dicapai dalam muktamar Pas perlu dihormati oleh semua pihak sebab muktamar merupakan badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.

"Keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi, itu menjadi amalan semua parti-parti politik. Kalau PKR, apa jua yang diputuskan dalam kongres, itulah keputusan muktamad, dan dalam DAP apa yang diputuskan dalam konvensyen, itulah keputusan muktamad," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pembiayaan program Hijrah Selangor fasa ketiga di Universiti Selangor (Unisel) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dalam blognya yang dipetik sebagai berkata: "Saya bersetuju dengan beberapa MP Pas bahawa keputusan Muktamar Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP adalah muktamad kerana Muktamar Pas adalah badan pembuat keputusan tertinggi dan tiada aduan keputusan itu melanggar mana-mana undang-undang Islam atau Hukum".

Kenyataan Lim susulan keputusan Dewan Ulama Pas yang mengusulkan memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, penubuhan parti baharu seperti dicadangkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) perlu menerima 'rangka dasar bersama' yang dipersetujui oleh semua rakan komponen PR.

"Dalam sistem demokrasi, mana-mana individu boleh bentuk parti dan badan bukan kerajaan. Namun, jika Pasma berhasrat untuk bersama PR, maka perlu terima dasar bersama yang diterima PR," katanya.

Pasma semalam mencadangkan parti politik baharu itu bagi menggantikan Pas dalam PR selepas Pas dalam Muktamar Tahunannya ke-61 baru-baru ini, menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP. - Bernama

ULASAN GB

Terkedua PAS, terutama PAS Selangor dan sekalian barisan ulama.

GB sudah pun menyatakan sebelum ini. Petikan:

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang buta undang-undang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka snediri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi.

Tidakkah itu melucukan? Mereka mengusul, mereka meluluskan dan kemudian mereka menyatakan "ia belum muktamad."

"Belum muktamad" itu berlaku apabila tersentak dengan pengumuman perletakan jawatan Mohd Sabu di dalam kerajaan Pulau Pinang. Tetapi mereka dari kumpulan ulamak yang turut memegang jawatan di dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor keberatan mahu melepas jawatan sebelum mendapat arahan PAS Pusat.

Di dalam satu ulasan GB yang lain apa yang ditimbulkan oleh MB Selangor itu serupa dengan apa yang telah GB tulis sebelum ini. Petikan:

Di dalam ucapannya juga, Ketua Dewan Ulamak ada menyatakan keputusan memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP adalah permasalahn "hukum". Oleh itu ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura.

Sedangkan yang membawa usul berkenaan ialah Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang dan disokng oleh Nor Azli Musa, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak.

Takkan kedua-dua "ulamak" berkenaan tak tahu bab hukum sehingga terpaksa ianya dimesyuaratkan semula mengenai hukumnya oleh Majlis Syura?


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berdasarkan bahawa usul berkenaan telah diluluskan tanpa bahas oleh Muktamar. Di dalam apa-apa parti sekalipun di negara ini, "keputusan muktamar" itu adalah "keputusan yang tertinggi" bagi sesebuah parti politik. Malah kewujudan Majlis Syura Ulama itu juga boleh dihapuskan dengan keputusan Muktamar.

Malah jika dirujukkan kepada ROS pun, ROS akan menyatakan keputusan Muktamar atau Mesyuarat Agung adalah kata putus bagi setiap perbalahan di dalam pertubuhan. Itu sebab mengapa, apabila terdapat pertubuhan yang terlibat dengan perbalakan, ROS akan mengarahkan diadakan mesyuarat agong semula.

Kewujudan Majlis Syura hanya untuk menampakkan PAS sebagai sebuah "gerakan Islam". ROS hanya mengesahkan PAS sebagai sebuah pertubuhan politik bukan sebagai sebuah gerakan Islam. ROS adalah Registrar Of Sociiety, bukan Registrar Of Islamic Movement. Dari sudut pertubuhan, keputusan muktamar itulah yang paling tinggi dan itulah yang dinyatakan di dalam Perlembagaan PAS Fasal 7.


Maka itu tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah betul dari perspektif sedemikian, demikian juga pengumuman perletakkan jawatan Mohd Sabu dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kemudian Datok Mahfodz Mohamed menyatakan bahawa: "Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit."

Ini membuktikan bahawa tak timbul persoalan hukum. Yang ada ialah kepentingan "cari makan". Bimbang pula keadaan di Selangor jika putuskan hubungan dengan DAP kerana dengan penerimaan usul berkenaan, mereka yang memegang jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor pun akan terpaksa patuh keputusan muktamar.

Kita akan dapat menjangkakan bahawa Majlis Syura dan AJK PAS Pusat akan melakukan U-TURN untuk membatalkan usul muktamar berkenaan bagi menyelamatkan kedudukan ahli-ahli PAS yang kini memegang pelbagai jawatan di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor. Bukan soal hukum tapi soal syuru...

Inilah akibatnya bila ulamak-ulamak yang tidak profesyenal berada di dalam PAS dan golongan profesyenal di dalam bab undang-undang disisihkan malah diejekkan dalam muktamar oleh perwakilan. Yang ada ulama-ulama yang buta perlembagaan dan buta undang-undang. Ia petanda bala dan malapetaka bakal menimpa PAS. Jika sebelum ini banyak kes yang menang di mahkamah yang melibatkan PAS dan pemimpinnya termasuk kes Presiden PAS sendiri, kerana adanya profesyenal undang-undnag di dalam PAS. Maka selepas ini dapat dijangkakan ramai pula yang akan tewas di mahkamah dan masuk penjara bila profesyenal disisihkan. Yang ada dalam PAS kini ialah tukang fitnah, tukang jerit, tukang ejek, tukang ketawa dan tukang caci yang otaknya mereng, juga sama seperti pejuang-pejuang rasis seangkatan PEKIDA, Jaringan Melayu Rani Kulop, PERKASA dan seumpamanya.

Kenyataan-kenyataan yang menyuruh semua pihak menunggu keputusan Majlis Syura Ulama adalah kenyataan-kenyataan yang cuba membodohkan ahli-ahli PAS, terutama ulama-ulama bermentaliti seurpa "Ahmad Maslan" dan "Hassan Malek" yang kini ramai terdapat dalam PAS. Tahap pendidikan dan pemikirannya mediocre, tetapi tahap mengampu Presiden sampai ke tahap taksub, dan mereka inilah yang menang dalam pemilihan muktamar yang lepas.


 COMMENTS:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...
DUPP telah mula mengeluarkan kenyataan U-turn, masa mengemukakan usul tiada seorang ustaz atau ulama yang memikirkan kesannya. Sikap gopoh dan ego yang tinggi menyebabkan PAS menerima bahana. Berbelit-belit lidah Ketua DUPP mengeluarkan kenyataan bagi mengelak DUPP disalahkan. Maka cuba diletakkan kesalahan pula pada orang lain. Manakala MSU pula tidak dapat bermesyuarat kerana diberitakan Musyidul Am pula telah tamat pelantikkan. Inilah akibat yang harus ustaz-ustaz dan ulama-ulama PAS pelajari dan faham dalam kontek bermuktamar. Jangan mengikut hati yang marah dan ego yang tinggi akhirnya memakan diri dan jemaah.

Anonymous said...
Terima kasih YB Azmin: Kerana bersama rakyat, Kita nak tunggu exco2 dari PAS dan pemegang2 jawatan dari pas seramai 5,000 orang ada MARUAH diri tak nak melepaskan jawatan, atau nak tunggu macam geng-geng dekat PP, hari ini geng-geng di PP terima surat dari Kerajaan PP Supaya melepaskan jawatan: Kan dah MALU,Semasa BERMUKTAMAR suara mereka hebat sekali sekarang semua kecut perut, SYURU dah MISS, Ketua Mursydul AM nak kemekah tunaikan umrah, sIAPA PULA NAK mengetuai Majlis SYURU ulamak..
Read More

Thursday, 11 June 2015

Inilah 'Benda' yang betul-betul menghina puak UG...

Jumaat, 12 Jun 2015

Inilah 'Benda' Yang Betul Betul Menghina Pemimpin Pas UG


Kaedah menyingkirkan pemimpin Pas dari kalangan profesional amatlah menjijikkan,apalagi bila dilakukan oleh puak yang konon kuat agama dalam Pas.

Beberapa pemimpin PAS dari kumpulan bukan ulama yang kalah dengan kaedah tidak demokratik dalam pemilihan baru-baru ini tidak berminat untuk dilantik memegang jawatan dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

Hanipa Maidin berkata sudah tiba masanya untuk kepimpinan baharu yang didominasi oleh kumpulan pro-ulama membuktikan kemampuannya tanpa perlu berdepan sebarang bentuk 'gangguan'.

"Saya tidak akan menerima tawaran (untuk jawatan tertentu) kerana saya mahu memberi peluang kepada barisan baharu untuk membuktikannya kemampuan mereka sendiri. Kami tidak mahu kacau mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Ahli Parlimen Sepang itu yang juga bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata beliau tidak berpuas hati terhadap cara di mana pemimpin dari kumpulan progresif 'ditendang keluar' dari jawatan mereka semasa pemilihan parti baru-baru ini.

"Ia benar-benar menghina. Dengan adanya 'chai', anda tahu, saya tidak fikir ia adil untuk mana-mana parti menendang keluar mana-mana pemimpin tanpa mengambil kira prestasi dan pengalaman, " katanya.
Beliau merujuk kepada 'chai', atau senarai calon pro-ulama dan bukan ulama-yang diedarkan kepada para perwakilan sebelum pemilihan parti pada 4 Jun.

Datuk Dr Mujahid Yusof juga menunjukkan bahawa beliau akan menolak sebarang tawaran jawatan dalam Jawatankuasa PAS pusat.

"Saya belum lagi diberitahu tentang hal itu, dan saya tidak tahu jika saya telah dilantik. Tetapi jika saya dilantik, saya akan menolak, " kata Ahli Parlimen Parit Buntar.

Dr Hatta Ramli, yang telah berulang kali dituduh oleh puak pro-ulama sebagai punca di sebalik plot untuk menggulingkan Presiden parti hanya ketawa apabila diminta mengulas.

"Soalan ini membuatkan saya kelihatan 'perasan'. Tetapi tidak ada tawaran seperti itu dan kita tidak mengharapkan apa-apa.

"Kecuali jika mereka mahu menawarkan saya jawatan presiden, maka saya tidak akan menolak yang itu," katanya berjenaka, sambil menambah beliau akan mengumumkan keputusannya apabila jawatan itu benar-benar ditawarkan.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan bekas Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud tidak terfikir bahawa beliau akan ditawarkan sebarang jawatan.

"Jika mereka melantik saya, saya memilih untuk menumpukan perhatian kepada kawasan saya," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu.

Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun, memilih untuk tidak mengulas lanjut terhadap perkara yang belum jelas.

"Tidak, saya tidak menerima sebarang surat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Kepimpinan baharu PAS telah berkata bahawa beberapa pemimpin yang kalah akan ditawarkan enam jawatan dalam Jawatankuasa PAS pusat.

Jawatan yang akan dilantik termasuklah setiausaha agung dan ketua penerangan.

oleh: Rahmah Ghazali Mstar

#Mahfuz Omar sudah mengesahkan beliau tidak akan menerima sebarang jawatan lantikan.
Dicatat oleh 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena