Sunday, 30 July 2017

[Video Zahid Hamidi 'bangsat & low class'! Ucapannya macam kena SAWAN BABI] DUA SEPUPU YANG 'KE LAUT'? Adakah Najib & Umno tidak bermain dengan politik menakut-nakutkan rakyat?

Isnin, 31 Julai 2017

Image result for Gambar Anwar dan Mahathir
Anwar dan saya tidak berdendam, kata Dr Mahathir

DUA SEPUPU YANG "KE LAUT"


Presiden UMNO, Najib Razak menegaskan, parti itu tidak pernah bermain dengan dimensi politik yang menakut-nakutkan rakyat, sebaliknya sentiasa memberi keyakinan dan pengharapan kepada mereka.


Katanya, parti yang memainkan politik menakut-nakutkan rakyat ialah pihak yang tidak ada kuasa dan mahu menumbangkan parti yang sedang memerintah negara.

Sehubungan itu, tegas beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit di Perak, rakyat mempunyai pilihan dalam pilihanraya umum akan datang sama ada memilih Pakatan Harapan yang diterajui DAP atau terus bersama BN yang ditunjangi UMNO.

Benarkah kata-kata Najib bahawa UMNO tidak bermain dengan politik menakut-nakutkan rakyat?
Siapakah yang selalu menjerit perkataan "Hidup Melayu" selama ini?

Apakah tujuan perkataan itu dilaungkan sedangkan tidak pernah kedengaran kaum-kaum lain berteriak melaungkan "Hidup Cina", "Hidup India", "Hidup Kadazan", "Hidup Iban" dan sebagainya?

Tidakkah laungan itu memberi makna ketakutan dan untuk menakutkan?

Siapakah yang pernah mengingatkan bahawa Melayu akan terbangsat jika UMNO hilang kuasa?

Siapakah juga yang mengatakan hanya UMNO pembela kepada orang-orang Melayu dan mereka dikatakan akan merempat macam di Singapura jika  parti itu tidak lagi berkuasa?

Apakah semua itu bukan menakut-nakutkan namanya?

Bahkan, dalam keadaan basah lagi bibir Najib berucap di Parit dengan mengatakan UMNO tidak bermain dengan politik menakut-nakutkan rakyat, apakah makna peringatan beliau bahawa rakyat menpunyai pilihan sama ada memilih Pakatan Harapan yang diterajui DAP atau terus bersama BN yang ditunjangi UMNO?

Tidakkah beliau sendiri sedang menakut-nakutkan rakyat dengan peringatan itu?

Bila Pakatan Harapan diterajui oleh DAP?

Siapa yang berada di tiga kedudukan teratas dalam hireaki kepimpinan Pakatan Harapan dan mengapa Najib takut untuk menyebut bahawa gabungan itu kini diketuai oleh gandingan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim?

Bukankah Salleh Said Said Keruak pernah mengatakan DAP telah dipinggirkan berikutan tiada pemimpin parti itu dalam tiga kedudukan teratas Pakatan Harapan?

Kenapa Najib masih terbelenggu dengan stigma lama dan bercakap cuma berdasarkan pemilikan kerusi Parlimen milik DAP yang dimenanginya dalam pilihanraya 2013, lalu mengatakan Pakatan Harapan diterajui DAP?

Apakah tidak mungkin dalam pilihanraya akan datang,  kedudukan akan berubah di mana PKR, Amanah dan Bersatu akan memiliki lebih kerusi Parlimen berbanding DAP?

Adakah ketakutkan hilang kuasa dan penolakan rakyat yang semakin membesar telah membuatkan Najib gelabah, keliru dan celaru dengan apa yang diperkatakannya sehingga hujah-hujahnya macam nampak "ke laut" saja?
Bersama Najib dengan hujah "ke lautnya", sepupu beliau, Hishammuddin Hussein yang diura-ura sedang diprojekkan untuk dinaikkan pangkat lebih tinggi sehingga ketika ini diberi dua jawatan menteri, turut sama keliru dan celaru dengan abang sepupunya itu.

Ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiu di hari yang sama dengan Najib berucap di Perak, beliau menggesa Pakatan Harapan agar memulakan siasatan terhadap Tun Mahathir sekarang dan tidak menunggu setelah memperolehi kuasa untuk berbuat demikian.

"Apa yang menjadi tanda-tanya, kenapa nak tunggu menang pilihanraya baru nak siasat?" soal beliau.

Hello bro....macam mana Pakatan Harapan nak memulakan siasatan jika belum ada kuasa dalam tangan?

Tunggulah ada kuasa dulu kerana selepas siasatan, ia perlu disusuli dengan tindakan dan hukuman. Semua itu hanya boleh dilakukan setelah kuasa berada dalam genggaman.

Tun Mahathir sebelum ini pernah secara terbuka mengalu-alukan untuk dirinya disiasat setelah Pakatan Harapan berkuasa berkaitan pentadbirannya selama 22 tahun jika didapati beliau melakukan apa-apa kesalahan atau tindakan yang merugikan negara.

Tetapi, tegas bekas Perdana Menteri itu, tumpuan ketika ini harus diutamakan untuk menyingkirkan Najib terlebih dahulu kerana bala dan bahana daripada kepimpinannya amat besar dan merosakkan kehidupan rakyat serta negara.

Kalau Tun Mahathir sendiri bersikap terbuka dan tidak takut untuk disiasat, apa lagi yang Hishammuddin perlu bimbangkan?

Tunggu sajalah nanti bila UMNO dan BN tumbang, Tun Mahathir atau Najib yang akan lari lintang-pukang? (ShahbudinHusin 29/07/2017)
Read More

[Video Luka peribadi lebih kecil, Anwar pertahan Dr M] Pas semakin tertinggal dan memang patut ditinggalkan?

Isnin, 31 Julai 2017

Image result for Gambar Anwar dan Mahathir

PAS SEMAKIN TERTINGGAL DAN MEMANG PATUT DITINGGALKAN


Jika kita perhatikan, tidak banyak berita mengenai Pas tersiar di dada-dada media sejak minggu-minggu kebelakangan ini. Kalau ada pun satu dua berita yang melintas, tidak lagi ramai yang peduli mengenainya.


Tulisan Hadi Awang yang dibuatnya ketika beliau sedang sakit sehingga hampir pasti menyebabkan Akta 355 tertangguh sekali lagi pembentangannya, turut tidak berapa dihiraukan, bahkan tidak lagi menarik minat untuk diulas atau diperkatakan.

Pemimpin-pemimpin Pas yang lain juga nampaknya semakin hilang daripada radar pandangan umum. Meskipun dikhabarkan wajah-wajah mereka masih kerap terpampang di dada media milik sendiri, sudah tidak ramai yang mahu membeli akhbar atau menjenguk laman berita tersebut.

Semua perkembangan yang menampakkan Pas semakin menguncup di mata dan hati rakyat ini, selain kerana pendirian parti itu sendiri yang diragui, ia juga adalah disebabkan semakin menonjolnya Pakatan Harapan dengan pelbagai agenda dan perkembangan yang menampakkan keseriusan untuk mengalahkan UMNO dan BN, seterusnya mengambil alih pentadbiran negara yang rosak akibat kerakusan Najib Razak menguruskannya.

Daripada memperkemas struktur kepimpinan, mencipta logo rasmi dan kemudian mendaftarkan Pakatan Harapan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan, semua itu telah menarik minat rakyat dan menampakkan gabungan itu benar-benar suci dan jujur niatnya untuk menyelamatkan negara ini.

Bersama dengannya juga, beberapa komitmen turut dibentangkan kepada umum seperti jangka pendek dalam tempoh 100 hari yang antaranya  menghapuskan GST dan menstabilkan harga petrol dan jangka panjang pula termasuk memulihkan institusi awam dan menubuhkan beberapa badan menyiasat pelbagai kecelakaan yang melanda negara serta merugikan rakyat.

Semua itu, bukan saja memberi harapan, tetapi juga memperlihatkan Pakatan Harapan adalah alternatif yang benar-benar dipercayai dan berwibawa untuk menggantikan BN.

Tidak seperti Pas, meskipun berulang kali dan berbuih mulut para pemimpinnya mengatakan mereka juga serius untuk memimpin negara dan mengalahkan BN serta mengubah jumlah kerusi yang ingin ditandingi daripada 100 kepada 140, hakikatnya tiada siapa mempercayainya.

Pas tidak dipercayai dan jauh sekali daripada diyakini, bukan saja kerana tiada tokoh-tokoh berwibawa yang tinggal dalam parti itu, tetapi juga disebabkan Gagasan Sejahtera yang diura-urakan diterajuinya hanyalah momokan kosong semata-mata.

Gasasan Sejahtera yang kononnya turut disertai beberapa parti kecil lain dan ratusan NGO, tidak saja tiada struktur kepimpinan, tiada logo rasmi, bahkan tidak kedengaran beraninya ia didaftarkan sebagai entiti rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan.

Bertanding sendirian pula dengan hanya menampilkan satu kaum saja sebagai calon di sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia ini, tentulah teramat mustahil untuk Pas menang dan dan dipilih sebagai kerajaan.

Jika tiada parti gabungan rasmi dan mendaftarnya pun tidak berani, apakah tujuan Gagasan Sejahtera itu dinyanyikan?

Ia, hakikatnya hanya untuk tujuan memperdaya saja. Semua orang hampir pasti sedar mengenainya. Sama seperti hudud yang cuma didendangkan sebagai alat politik di mana ia boleh berubah-ubah kepada negara kebajikan dan kini memadai dengan Akta 355 saja, mainan politik Pas melalui Gagasan Sejahtera dan kononnya untuk mengalahkan UMNO juga hanyalah untuk memperdaya sama.

Mereka tidak mahu, bahkan takut untuk berkuasa kerana sedar kemampuan yang tidak seberapa. Dengan mendendangkan lagu mahu berkuasa, Pas sebenarnya hanyalah ingin menolong dan membantu UMNO serta BN semata-mata.

Oleh itu, sebagaimana minggu-minggu kebelakakangan ini Pas tidak lagi dipedulikan dan hampir-hampir dilupakan oleh rakyat kerana ditenggelamkan oleh gahnya Pakatan Harapan, parti itu memang selayaknya terus disisih, ditinggal dan dilupakan. (ShahbudinHusin 30/07/2017).
Read More

[Video Zahid: Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty] Awass, Mamak dan India Muslim semua, Zahid Hamidi mula berbahaya kepada anda! "Dah start main perkauman?"

Ahad, 30 Julai 2017


Image result for Zahid Hamidi jawa ponorogo

AWAS!!!...GOLONGAN MAMAK DAN INDIA MUSLIM BAKAL KENA 'PANCUNG' OLEH ZAHID HAMIDI?


Semua orang tahu Zahid Hamidi berketurunan Jawa dan dalam satu temubual dengan stesen televisyen Indonesia tidak lama dahulu,  nampaknya beliau berbangga dengan keturunannya yang berasal dari negara jiran itu.

Namun, Zahid Hamidi rupa-rupanya tidak sekadar berketurunan Jawa, tetapi juga sepertinya anti dengan golongan mamak dan keturunan India Muslim di negara ini.

Tidak seperti Najib yang mahu memberi taraf Bumiputera kepada keturunan India Muslim dan meletakkan kedudukan yang tinggi dalam kerajaan kepada sekian ramai mereka yang berketurunan mamak dan India Muslim, Zahid Hamidi sebaliknya seolah-olah bersikap anti terhadap kelompok tersebut.

Dengan beliau mengungkit darah keturunan Tun Mahathir Mohamad, ramai yang jadi tidak faham apa kaitan dan tujuannya Timbalan Perdana Menteri itu berbuat demikian?
Lebih sukar difahami kerana Zahid Hamidi kononnya sudah 30 tahun mengunjungi Kaabah pada setiap akhir Ramadan tanpa pernah tertinggal melakukannya walau sekali pun.

Apakah begitu sekali cara berpolitik orang yang selalu berbangga dan bercerita dengan kawan-kawan mengenai kemampuannya mengunjungi Kaabah setiap tahun?

Kenapa Zahid Hamidi menampakkan sikap antinya itu dan apa kaitannya keturunan Tun Mahathir dengan persoalan politik, khususnya skandal 1MDB dan kecurian wang yang berlaku dalam negara?

Apakah tindakannya itu dapat menambahkan undi untuk UMNO dan BN?

Atau ia sebaliknya hanya menjadikan UMNO dan BN makin dibenci serta ditolak?

Jika demikian, apakah tujuan Zahid Hamidi berbuat begitu?

Apa salahnya Tun Mahathir yang berketurunan India Muslim dan menjadi Perdana Menteri selama ini sedangkan darah itulah yang membina banyak pembangunan seperti KLCC, KLIA, LRT, Lebuhraya Utara-Selatan dan pelbagai lagi sepanjang pemerintahannya?

Apakah dengan mengungkit darah keturunan Tun Mahathir, Zahid Hamidi cuba menyanggah hasrat Najib mahu memberi taraf Bumiputera kepada golongan India Muslim?

Apakah juga Zahid Hamidi tidak senang dengan kedudukan Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara, Irwan Siregar sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Zambery Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, Reezal Merican sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji, Aziz Sheikh Fadzir dan Musa Sheikh Fadzir sebagai Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu dan Ketua UMNO Bukit Mertajam dan lain-lain lagi yang berketurunan mamak dan India Muslim?

Kalau Zahid Hamidi begitu curiga dan lantang mendakwa Tun Mahathir yang berketurunan India Muslim telah mempergunakan orang Melayu, apakah ia uga bermaksud semua yang berketurunan India Muslim berperangai begitu?

Apakah nasib mereka yang berketurunan India Muslim, baik dalam UMNO atau kerajaan selepas ini - dikekalkan dan diberi peluang bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang atau Zahid Hamidi akan memainkan peranan berbisik kepada Najib agar menggugurkan satu persatu mereka itu? 

Bagaimana jika ditakdirkan Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri?

Apakah hanya Jawa saja yang mendapat tempat dan semua India Muslim akan diketepikan?

Awass....mamak dan India Muslim semua, Zahid Hamidi mula merbahaya kepada anda!! (ShahbudinHusin 30/07/2017)
Read More

[Video KEBIMBANGAN Najib & Umno bila Kesatuan HARAPAN semakin kuat] Pemimpin Pas Lipis di persidangan Umno curi tumpuan Najib.

Ahad, 30 Julai 2017

Foto Suara Rakyat.

Ternyata di dalam Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan pilihan raya diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal.

Ini bermakna pertukaran kerajaan sememangnya dibenarkan melalui pilihan raya yg dipilih rakyat.

TETAPI LAIN PULA KATA2 PEMIMPIN UMNO & PAS...

SIAPA mereka ini sebenarnya ??!

Krikk.. Krikk.. Krikk..



Pemimpin Pas Lipis di persidangan Umno curi tumpuan Najib



Kehadiran Anggota Jawatankuasa Pas Lipis Mahyudin Ghazali ke Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis hari ini mencuri perhatian anggota Umno termasuk presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir bagi merasmikan persidangan itu.
Najib yang dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Pas tempatan itu berkata belum pernah berlaku dalam sejarah apabila pemimpin Pas datang ke majlis perasmian mesyuarat Umno.
Jarang dalam persidangan Umno ada orang Pas. Man (Ketua Umno Bahagian Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad) ini merupakan satu kejayaan, katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis Di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah hari ini.
Difahamkan Mahyudin hadir ke majlis berkenaan atas kapasiti sebagai Imam Masjid Kampung Tempoyang menerima peruntukan RM1.5 juta diumumkan Najib, untuk membaik pulih masjid kampung berkenaan, selepas menerima permohonan daripada Abdul Rahman.
Selain itu, Najib turut mengumumkan peruntukan mesin pengimbas untuk kegunaan Hospital Lipis.
Sementara itu, Najib menganggap lawatannya ke Lipis seperti balik kampung kerana di sinilah beliau dilahirkan 64 tahun lalu.
"Rasa terharu lagi tersentuh hati apabila beberapa perwakilan bersalaman dan sempat ucapkan 'selamat pulang Datuk Seri'. Memang tidak ada tempat lain yang akan sebut ayat itu kecuali di Lipis kerana di sinilah saya rasakan memang ke kampung.
Kira-kira 64 tahun lalu pada 23 Julai di sebuah rumah Setiausaha Kerajaan Negeri di Bukit Bius, bermulalah perjalanan insan bernama Najib Razak yang kini jadi Presiden Parti Umno dan Perdana Menteri Malaysia," katanya.
Read More

Friday, 28 July 2017

[Video Terkini! SHAFIE APDAL - WARISAN semakin membesar mampu TUMBANGKAN UmnoBN di Sabah!] Pemuda Amanah Kelantan dahului perang siber, dakwa Wan Rahim.

Sabtu, 29 Julai 2017

Image result for Gambar pakatan harapan

Pemuda Amanah Kelantan dahului perang siber, dakwa Wan Rahim

Wan Rahim Wan Abdullah
Satu petanda jelas kelebihan pemuda Amanah negeri Kelantan dalam konteks persaingan politik semasa ialah kejayaan mereka menonjolkan diri secara intensif dalam memanfaatkan teknologi maklumat dan aplikasi semasa terkini.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengucapkan syabas kepada sayap pemuda kanan partinya itu, berharap usaha perlu dibuat untuk meningkatkan lagi mutu dan intensiti dalam bidang tersebut.
"Bila berada di pertemuan-pertemuan parti di luar Kelantan, saya selalu mendapat ucapan 'Bagus pemuda Kelantan!'.
"Bila ditanya balik apa yang bagus, mereka kata pemuda Kelantan memang top kuasai media siber," katanya ketika merasmikan konvensyen tahunan pemuda Amanah negeri Kelantan di kompleks bilik gerakan pilihanraya Dun Bunut Payong semalam.
Sejarah menunjukkan kata beliau, kejayaan sesebuah gerakan politik akan bermula bermula dengan gerakan pemuda yang tersusun dan berani.
"Menjelang kejatuhan Umno pada tahun 1990 sekumpulan anak-anak muda sebahagian besarnya baru keluar dari universiti adalah tonggak utama yang mengerah rakyat untuk menukar kerajaan.
"Mereka ini memberi komitmen melebihi paras normal dan bekerja dengan penuh pengorbanan tanpa menghiraukan nasib peribadi.
"Antara mereka yang masih boleh disebut hingga sekarang ialah bekas ketua pemuda Ustaz Muhammad Husin dan setiausahanya ketika itu Datuk Husam Musa," katanya.
Menurutnya beliau masih ingat bagaimana kumpulan ini membawa masuk ke dalam gerakan parti penggunaan komputer yang sangat asing kepada orang ramai waktu itu.
"Bukan saja parti-parti lain seperti Umno tidak kenal komputer malah badan-badan kerajaan belumpun guna komputer pada masa itu.
"Tetapi dengan kesungguhan mereka, komputer menjadi kegunaan utama di pejabat parti lama kita dan bila berlaku pilihanraya, kita guna komputer untuk urusan pengundi di bangsal-bangsal panas," katanya.
Pemuda katanya perlu berani membuat inovasi-inovasi baru dan bekerja di luar kebiasaan.
"Kalau tak sanggup buat kerja ini, tak payahlah jadi pemuda, ubah terus umur anda jadi 50 atau 60," katanya disambut laungan takbir oleh para perwakilan dan pemerhati.
Usaha menggerakkan parti peringkat awal kata beliau memang memerlukan pengorbanan besar dan hanya pemuda yang berketrampilan tinggi sanggup melakukannya.
"Saudara-saudara perlu sedar semua kita terutama pemimpin-pemimpin terpaksa berkorban apa saja pada peringkat ini dan atas bahu golongan mudalah untuk menjayakan usaha besar ini.
"Saya yakin dengan prestasi yang telah ditunjukkan pemuda Amanah Kelantan akan mampu mencipta sejarah besar dan menjulang kejayaan," katanya.
Perasmian konvensyen itu turut dihadiri tetamu-tetamu dari pimpinan Amanah negeri, sayap Awan dan Warda serta pimpinan-pimpinan pemuda parti-parti komponen Pakatan Harapan.
Read More

[Video SAVE AL AQSA & Tuduh AMANAH Murtad Bukti PAS Pelampau Agama & Terdesak] MCA 'panas pungkok' Umno JADI BISU? Sejak Bila Umno Jadi Khadam & Barua MCA?

Sabtu, 29, Julai 2017


Foto Suara Rakyat.
Sejak Bila Umno Jadi Khadam & Barua MCA ??!

Panglima Perang Islam Najib kenapa jadi bisu ?
Foto Suara Rakyat.
Alangkah bertuahnya seluruh rakyat Malaysia jika penguatkuasa undang-undang di negara kita ikhlas, bertanggungjawab & tidak pilih bulu untuk siasat segala kekayaan & kemewahan hidup yg sungguh luar biasa pemimpin2 negara kita terutama Najib, Rosmah serta anak2 mereka.

Berapa sangatlah gaji Perdana Menteri & Rosmah akui sendiri beliau tidak pernah bergaji TETAPI BOLEH HIDUP MEWAH dan BOROS...??

Inilah negaraku sebuah pemerintahan #Kleptokrasi/ Pencuri.

Terpulanglah pada rakyat utk lakukan perubahan#UBAH #TolakBarisanNasional #PRU14

Read More

[Video Tun M: Saya suruh Amerika Tangkap Najib] Harga Petik Nama Saudi! Berapa Banyak Komitmen Malaysia Dengan Arab Saudi AKIBAT SKANDAL 1MDB?

Sabtu, 29 Julai 2017

Foto Rafizi Ramli.

Rafizi Ramli

BERAPA BANYAK KOMITMEN MALAYSIA DENGAN ARAB SAUDI AKIBAT SKANDAL 1MDB?
Semalam, saya membawa isu bagaimana pelaburan Prasarana Malaysia Berhad sebagai pengendali sistem keretapi metro Arab Saudi di dua laluan telah menyebabkan kerugian sehingga RM142 juta. Angka kerugian yang diunjurkan itu selari dengan jawapan Perdana Menteri di Parlimen kepada soalan saya mengenai jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Prasarana Malaysia Berhad di Arab Saudi.
Tujuan saya membawa isu pelaburan Prasarana Malaysia Berhad di Arab Saudi berkait rapat dengan hubungan di antara Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pemerintah Arab Saudi sejak tuduhan sejumlah RM2.6 bilion wang yang berasal dari 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri mula diketahui umum.
Dato’ Seri Najib, media kerajaan dan Peguam Negara memberi alasan wang RM2.6 bilion itu didermakan oleh keluarga diRaja Arab Saudi kepada beliau walaupun bukti-bukti yang mula dikemukakan di mahkamah-mahkamah di negara lain (iaitu Amerika Syarikat dan Singapura setakat ini) menunjukkan wang itu diselewengkan dari dana 1MDB.
Sejak dari bocornya maklumat mengenai RM2.6 bilion ini, negara menyaksikan hubungan diplomatik dan perniagaan di antara pentadbiran Dato’ Seri Najib dan pemerintah Arab Saudi menjadi agenda luar negara terpenting Malaysia (selain hubungan rapat di antara Dato’ Seri Najib dan Kerajaan China).
Malangnya, setakat pemerhatian saya kepada beberapa perkara berhubung kerjasama diplomatik dan pelaburan di antara Malaysia dan Arab Saudi; saya mendapati kesemua kerjasama ini menguntungkan Arab Saudi dan merugikan Malaysia (yang kosnya ditanggung oleh rakyat Malaysia).
Saya kemukakan tiga contoh kerjasama diplomatik dan pelaburan yang saya kira berat sebelah dan ditanggung rakyat Malaysia:
1. Penyertaan tentera Malaysia di dalam aktiviti ketenteraan di Arab Saudi dan Timur Tengah – sehingga kini Kerajaan Persekutuan mengelak dari memberi jawapan yang jelas berapakah jumlah anggota tentera Malaysia yang kini berada di Arab Saudi. Kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein juga bertentangan dengan laporan dari Timur Tengah yang mendakwa kewujudan dan penyertaan anggota tentera Malaysia di Arab Saudi.
Saya mendapat maklumat yang diceritakan sendiri oleh anggota tentera Malaysia yang ditugaskan di Arab Saudi untuk menyediakan khidmat sokongan lojistik kepada misi tentera di sana. Menurut maklumat itu, ketumbukan tentera Malaysia di Arab Saudi melibatkan anggota tentera darat dan udara dan saya ditunjukkan gambar-gambar ketumbukan ini di pengkalan mereka.
Ini bukan kali pertama isu kewujudan tentera Malaysia di Arab Saudi ini ditimbulkan. Ia pernah ditanya di Parlimen oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu tetapi sehingga kini tiada jawapan yang jelas.
Berapa orang tentera Malaysia yang kini masih berada di Arab Saudi dan berapa kos yang ditanggung rakyat Malaysia untuk misi ini yang tidak pernah dimaklumkan secara rasmi?

2. Pelaburan Saudi Aramco di dalam RAPID dalam projek usahasama dengan PETRONAS – saya pernah membidas Dato’ Seri Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sebelum itu mendabik dada kononnya hubungan baik Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memainkan peranan penting meyakinkan Saudi Aramco untuk melabur di dalam projek RAPID.
Saya telah menunjukkan bukti bagaimana beberapa minggu sebelum itu, Saudi Aramco telah dilaporkan membuat keputusan tidak menyertai projek tersebut. Maklumat saya dari pihak yang terlibat menyatakan bahawa ada campur tangan dari luar yang membolehkan syarikat usahama PETRONAS-Saudi Aramco itu membeli bahan-bahan asas yang digunakan di loji petrokimia pada harga yang merugikan PETRONAS. Itu bermakna ada campur tangan yang membolehkan Saudi Aramco mendapat peratusan keuntungan yang lebih tinggi dari yang awalnya ditawarkan oleh PETRONAS, yang diunjurkan mencecah berbilion ringgit dalam tempoh 10 tahun.

3. Pelaburan Prasarana Malaysia Berhad di Arab Saudi yang menyebabkan syarikat milik kerajaan itu menanggung kerugian yang diunjurkan sehingga RM142 juta

Oleh kerana perkara-perkara di atas, saya perlu menanyakan soalan ini kepada Dato’ Seri Najib: adakah ini harga yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia untuk membolehkan Dato’ Seri Najib menggunakan nama keluarga diRaja Arab Saudi sebagai penderma wang RM2.6 bilion itu?
Saya bimbang jika isu 1MDB ini tidak diselesaikan dengan cepat, untuk terus membolehkan alasan “derma Arab Saudi” ini dijual kepada rakyat, lebih banyak wang rakyat atau kepentingan negara yang terpaksa dipertaruhkan untuk menjaga hubungan dengan pemerintah Arab Saudi – gara-gara kisah “derma” yang digunakan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Perdana Menteri.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Read More

[Video Dr M selamatkan Al Aqsa & Isi Khutbah Jumaat Ahmad Musyafa (Direktur Internasional Aqsa Institute)] Himpunan Bebaskan Al-Aqsa di Masjid Negara.

Sabtu, 29 Julai 2017

Himpunan Bebaskan Al-Aqsa di Masjid Negara hari ini.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.


Parti Amanah Negara telah menambah 3 foto baru — bersama Fadhli Umar Aminolhuda.
11 jam
Aksi memijak bendera Israel sebagai simbolik bantahan terhadap tindakan kejam regim zionis yang menghalang umat Islam Palestin menunaikan kewajipan agama di Masjidil Aqsa.
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Rayme Rahman.

Read More

[Video Wakil Umno Mengamuk Bila Isu 'SAPU TANAH' Didedahkan] Umno Pahang kepanasan, anjur pesta ‘ganggu’ program Tun Mahathir?

Jumaat, 28 Julai 2017

UMNO Pahang kepanasan, anjur pesta ‘ganggu’ program Tun Mahathir?

TEMERLOH, 28 JUL: Bagi mengekang kehadiran rakyat ke program HARAPAN, ada pihak tertentu dilihat cuba ‘mensabotaj’ program Tun Mahathir dengan menganjurkan pesta dan konsert hiburan.
Ahli Jawatankuasa DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah berkata, program Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Temerloh malam ini (28 Julai 2017), bertembung dengan Temerloh Fest yang turut bermula pada tarikh yang sama.

Tengku Zulpuri, Adun Mentakab, Ahli Jawatankuasa DAP Pahang
“Kehadiran Tun Dr Mahathir bersama pimpinan tertinggi PPBM ke Temerloh malam ini membuat pemimpin tertinggi UMNO kepanasan dan tak senang duduk.
“Ada perancangan pihak tertentu cuba mengadakan pesta dan konsert pada tarikh yang sama bagi menghalangan golongan muda untuk hadir malam ini mendengar amanat PPBM di Dataran Taman Cengal yang berhampiran pejabat Amanah,” kata Tengku Zul kepada Roketkini.
Kegelisahan pemimpin UMNO terhadap senario politik Pahang mutakhir ini kata Adun Mentakab itu sudah tidak dapat disembunyikan lagi.
Salah seorang pemimpin UMNO Pahang yang amat tidak senang dengan kehadiran Tun Mahathir di Temerloh malam ini ujarnnya ialah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Penduduk kampung, termasuk di Felda senang dengan kehadiran Tun Mahathir. Itu telah menyebabkan kerusi Bera yang menjadi kubu UMNO selama ini semakin goyah.
Dalam perkara berkaitan, Tengku Zulpuri berkata, pengukuhan Pakatan Harapan dengan penyertaan PPBM memang sedang memberi kesan besar kepada UMNO kehilangan penyokong khususnya di kawasan luar bandar.
“Lebih-lebih lagi UMNO-BN semakin goyang apabila terpaksa berdepan dengan banyak persoalan dan skandal seperti isu FGV, 1MDB, kapal selam, pembunuhan Altantuya yang hanya tunggu masa ‘meletus’,” katanya.
“Sudah ada angin bertiup kencang di Pahang mahu Najib digantikan dengan pemimpim lain sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan dan mereka sendiri tidak yakin Barisan Nasional (BN) – UMNO boleh bertahan,” katanya lagi. –Roketkini.com


Read More

[Video Perjuangan DEDAK! Saya tidak akan kembali pada Umno yg sudah rosak!] Walau tanpa Najib, Dr M takkan kembali pada Umnoooo.

Jumaat, 28 Julai 2017

Walau tanpa Najib, Dr M takkan kembali pada Umno


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak akan kembali menyertai Umno walaupun Datuk Seri Najib Razak sudah mengundurkan diri.
Menurut Mahathir, ini kerana beliau mendapati Umno kini sudah rosak teruk ekoran anggotanya didakwa lebih mengutamakan kepentingan diri serta perjuangan untuk 'dedak'.
Malah, beliau turut berpendapat, parti keramat Melayu itu tidak lagi memperjuangkan agama, bangsa dan rakyat.
"Saya pada mulanya, saya cuba untuk singkirkan Datuk Seri Najib, tidak Umno.

“Tetapi saya dapati Umno sudah rosak teruk kerana Datuk Seri Najib dan mereka sekarang lebih utamakan kepentingan diri, kewangan dan sebagainya dan tidak lagi perjuangkan untuk agama, bangsa dan rakyat.
"Sebab itu Umno sekarang bukan lagi Umno yang ditubuhkan dulu. Ini adalah Umno (yang) dibentuk Datuk Seri Najib yang mempunyai tujuan lain daripada Umno yang ditubuh.
"Sebab itu saya tidak akan kembali pada Umno kerana ini adalah Umno yang sudah rosak yang lebih mengutamakan perjuangan untuk dedak daripada perjuangan agama, bangsa dan tanah air," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Dalam video berkenaan, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu ditanya sama ada beliau akan kembali ke Umno jika Najib tidak lagi menjadi perdana menteri.
Mahathir sebelum ini pernah tinggalkan Umno pada 19 Mei 2008 kerana mendakwa hilang kepercayaan kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau sekali lagi melakukan tindakan sama pada 29 Februari 2016 sebagai tanda protes terhadap Najib dan mendakwa Umno merupakan parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.
Pada 1969, Mahathir pernah dipecat keahliannya daripada Umno kerana mengkritik pentadbiran perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena