Showing posts with label Bersatu. Show all posts
Showing posts with label Bersatu. Show all posts

Sunday, 23 December 2018

[Video Dulu ikan bilis aje yg kena siasat laa ni jerung pun kena] Bersatu, terimalah pelarian Umno sebagai hadiah ikhlas kami.

Ahad, 23 Disember 2018

Bersatu, terimalah pelarian Umno sebagai hadiah ikhlas kami

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menerima bekas wakil rakyat Umno.
Kata Mohamed Khaled, golongan "pelarian Umno" itu adalah virus yang akan merosakkan Bersatu seperti mana ia "membarah" dalam Umno sebelum ini.
"Kepada Bersatu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih sedalamnya kepada anda. Terimalah ahli-ahli Umno yang telah berpindah ke Bersatu sebagai hadiah ikhlas dari kami semua. 
"Percayalah, pemergian ahli Umno dan kemasukan mereka ke dalam Bersatu tidak akan membuatkan kami hilang tidur. Sebaliknya, mereka pasti akan membuatkan kalian berjaga malam.
"Kerana mereka adalah virus yang selama ini menyakiti dan merosakkan Umno. Dan virus, biar di mana pun mereka berada, pasti akan membawa sakit dan rebah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 12 Dis lalu sekumpulan wakil rakyat dan pemimpin Umno Sabah bertindak keluar parti dan mengisytiharkan mereka sebagai wakil rakyat bebas.
Ia membabitkan lima Anggota Parlimen dan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta 21 Ketua Umno Bahagian dan dua senator keluar parti dengan alasan Umno kini tiada hala tuju.
Malah wakil rakyat yang keluar parti itu juga turut menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Kemudian ia disusuli dengan enam lagi Anggota Parlimen Umno bertindak keluar parti yang diketuai Anggota Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin.
Selain Hamzah, lima lagi anggota Parlimen yang meninggalkan Umno termasuk Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid; Anggota Parlimen Mersing, Dr Abdul Latiff Ahmad; Anggota Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Anggota Parlimen Sabak Bernam, Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Anggota Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Kemelut itu juga menyaksikan Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil keputusan untuk berehat dan menyerahkan tugas kepada timbalannya Mohamad Hasan.
Sementara itu, Mohamed Khaled menambah, beliau yakin dalam sedikit masa lagi "pelarian Umno" itu akan menjadikan Bersatu itu seperti Umno.
"Gelarlah ia Bersatu, tetapi sebenarnya, ia adalah Umno 2.0 atau 3.0. Nama bukan sesuatu yang penting.
"Mereka akan bawa bersama mereka budaya politik naugan dan wang. Mereka akan mencari segala kesempatan dan ruang bukan untuk berjuang, tetapi mengaut manfaat untuk diri mereka.
"Sedikit demi sedikit, Bersatu akan diambil alih. Sedikit demi sedikit, yang ‘Bersatu’ akan ‘Berpecah’. Bersatu akan menyaksikan kem-kem baharu, kem ahli sejati dan pejuang asal Bersatu dan kem ‘pendatang’ dan ahli bawaan alumni Umno," katanya lagi.
mk.
Read More

Monday, 27 February 2017

[Video] Pakatan, BERSATU bincang agihan kerusi PRU14 tanpa PAS hari ini 12 pm & Mukhriz akui Umno amalkan politik perkauman.

Selasa, 28 Februari 2017

Mukhriz akui Umno amalkan politik perkauman

Datuk Seri Mukhriz MahathirDatuk Seri Mukhriz MahathirTimbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui bahawa politik perkauman sentiasa menjadi amalan Umno untuk dijadikan modal menarik sokongan masyarakat Melayu.
“Bila cerita mengenai perkauman, saya tahu perkara itu benar belaka kerana pada masa itu saya pun buat begitu juga tapi itu dulu.
“Bila saya datang sebelah sini dan dengar hujah daripada rakan pembangkang, barulah kami sedar apa yang kami lakukan dahulu itu sesuatu yang tidak sepatutnya dibuat oleh mana-mana parti pun di mana kita ini bersifat terlalu perkauman tidak tentu arah.
“Ada perkara tertentu kita boleh pertahankan hak yang ada bagi setiap kaum. Setiap kaum mungkin ada sedikit bezanya, ada hak tertentu tetapi janganlah melampau sehingga menidakkan hak kaum lain yang berkorban untuk kita,” katanya seperti dipetik Selangorkini.
Mukhriz berkata demikian pada Program Ceramah Mega Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Seksyen 18, malam tadi.
Jelasnya, nasib masyarakat kaum Melayu dan kaum lain akan lebih terbela tanpa amalan politik perkauman diamalkan Umno sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya.
MALAYSIA DATELINE
Read More

Saturday, 12 November 2016

[Video "Jangan desak PAS," kata Azmin] Bersatu akan sertai Pakatan Harapan, kata Tun M.

Sabtu, 12 November 2016

Bersatu akan sertai Pakatan Harapan, kata Tun M

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa gembira menyertai Konvensyen Pakatan Harapan hari ini dan berjani parti beliau akan menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan tidak lama lagi.
"Saya sangat gembira dapat hadir dalam perjunpaan ini. Tidak lama lagi Bersatu akan jadi sebahagian daripada PH," kata Tun Mahathir dalam Konvensyen Pertama Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di Konvensyen Pakatan Harapan hari iniTun Dr Mahathir Mohamad berucap di Konvensyen Pakatan Harapan hari iniBeliau berjanji akan menyelesaikan isu berkaitan menandatangani dokumen Pakatan Harapan sebagaimana yang sepatutnya berlangsung hari ini.
Beliau berkata, tiada apa yang tidak dipersetujui dalam draf pendirian bersama Pakatan Harapan.
"Hari ini jelas kita bersatu. Baju oren ada, biru ada, merah pun ada. Saya berdoa kita berpegang kepada pendirian tegas terhadap keperluan menyingkirkan (Datuk Seri) Najib (Razak).
"Percayalah saya akan selesaikan sedikit sebanyak masalah isu menandatangani dokumen Pakatan Harapan," katanya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Semalam, The Star melaporkan PPBM dijangka menandatangani perjanjian bersama Pakatan, tetapi rancangan itu dibatalkan selepas Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa berkata untuk menimbangkan perkara itu dahulu.
Mahathir mengulangi gesaan agar Pakatan Harapan bertanding sebagai satu parti.
"Kita perlu guna satu logo hilangkan identiti parti masing-masing untuk pilihan raya sahajalah, pakai satu simbol," katanya.
Read More

Wednesday, 2 November 2016

[Video] Bekas Pengerusi SPR (Tan Sri Abdul Rashid Rahman) dilantik Naib Presiden BERSATU.

Rabu, 3 November 2016

Bekas pengerusi SPR dilantik naib presiden BERSATU

Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini mengumumkan barisan kepimpinan pusatnya.
Ia antaranya menyaksikan bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilantik sebagai naib presiden.
Selain itu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Abdul Kadir Jasin dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) pula turut dilantik menganggotai majlis sama.
Manakala, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipilih mengisi kekosongan timbalan presiden parti itu.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelantikan itu bertujuan melengkapkan organisasi parti secara keseluruhan.
“Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) jumlahnya 15 orang, maka dengan itu lengkaplah seluruh anggota MPT daripada jawatan pengerusi dan juga timbalan presiden yang diisi Mukhriz,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.
Selain Rashid, dua lagi naib presiden ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng yang dipecat, Datuk Hamidah Osman serta peguam, Datuk Abdul Rashid Asari.
Sayap Wanita dan Pemuda pula diketuai bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Malaysiakini.
Read More

Saturday, 29 March 2014

MH370 Jangan Keliru: BERSATU untuk negara tak sama dengan BERSATU untuk BN!

Ahad, 30 Mac 2014

Gambar: #MH370 hilang FBI sahkan Kapten Zaharie TIDAK SABOTAJ... namum macai Umno duk galak FITNAH Kapten Zaharie... standard otak macai UMNO 'cap ayam' cipta FITNAH untuk menyalahkan  lawan parti politik anutan mereka...

#MH370 hilang FBI sahkan Kapten Zaharie TIDAK SABOTAJ... namum macai Umno duk galak FITNAH Kapten Zaharie... standard otak macai UMNO 'cap ayam' cipta FITNAH untuk menyalahkan lawan parti politik anutan mereka...

TRAGEDI MH370 ... JANGAN KELIRU ... BERSATU UNTUK NEGARA TIDAK SAMA DENGAN BERSATU UNTUK KERAJAAN BARISAN NASIONAL.


Kita mesti faham dan tahu membezakan perbezaan di antara kerajaan dan negara. Ianya suatu perbezaan yang besar. Dan meminta orang ramai untuk bersatu bagi negara ini benar-benar berbeza daripada meminta orang ramai untuk bersatu untuk kerajaan.

Lebih-lebih lagi pada hari-hari dan minggu selepas tragedi penerbangan pesawat MH370 dimana 239 penumpang termasuk anak kapal hilang tanpa dapat dikesan. Rakyat yang telah diminta bersatu bersama-sama mendoakan untuk penumpang ,pesawat dan juga negara.

Itu tidak bermakna bahawa mengkritik ketidakcekapan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau andaian yang tidak tepat dan karut malut daripada Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri adalah tidak patriotik .

Mereka adalah ahli-ahli politik yang dipilih ke parlimen dan dilantik untuk jawatan awam sebagai menteri dan timbalan menteri oleh kerajaan yang memerintah . Mereka tidak negara. Kita semua sebagai rakyat adalah negara.

Mereka mewakili kita di Parlimen dan mereka yang memegang jawatan eksekutif perlu menjalankan tanggung jawab dan amanah mengawasi dan membimbing kementerian yang diketuai mereka dengan memastikan negara ini berjalan dengan baik.

Dan jika ia tidak berjalan dengan baik , tindakan sewajarnya perlu diambil untuk mendapatkan kembali ke landasan yang betul.

Jadi, ia adalah menarik untuk melihat bagaimana media arus perdana cuba berlagak dengan ambil kesempatan tragedi penerbangan MH370 telah menyatukannegara ini.

Semua rakyat Malaysia cintakan negara. Apa lagi dalam masa negara ditimpa tragedi dan kesedihan.

Kerana perasaan cintakan negara inilah yang berjaya memujuk sebilangan besar rakyat Malaysia untuk mengundi 5 Mei lepas. Atas perasaan patriotik yang sama telah membuat rakyat Malaysia bertekad dan bersatu untuk memerangi rasuah , kronisme , penyelewengan, ketidakcekapan, politik perkauman  dan cauvinisme .

Walaupun ahli-ahli politik yang berusaha untuk memecah belahkan kita dengan permainan politik perkauman sempit dan jijik untuk kepentingan mereka sendiri namun atas sifatkan cinta dan kasihkan negaralah rakyat bersatu padu untuk memperbaikinya dari negara kita terus musnah hancur lebur..

Sama seperti kritikan terhadap cara pengendalian kerajaan UMNO/Barisan Nasional dalam tragedi MH370, ianya tidak perlu dilihat sebagai kritikan terhadap Malaysia, bersatu di belakang negara ini pada masa kesedihan tidak boleh dianggap sebagai bersatu dibelakang Najib dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya..

Kami adalah rakyat Malaysia dan kita hanya mempunyai satu negara untuk dipanggil rumah dan tanah air. Tetapi kita mempunyai pilihan memilih kerajaan mana yang kita mahu untuk diberi amanah dan tanggung jawab mengurus tadbir negara kita.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena