Showing posts with label pakatan. Show all posts
Showing posts with label pakatan. Show all posts

Sunday, 28 May 2017

[TANWEER RAMADHAN Oleh Ustaz Julasapiyah] Gempur Johor N54 Pulai Sebatang & ‘Pakatan tidak akan jadi BN 2.0’.

Ahad, 28 Mei 2017

Foto Parti Amanah Negara.

Parti Amanah Negara telah menambah 14 foto baru
3 min
Gempur Johor N54 Pulai Sebatang
28 Mei 2017 Ahad
Hari ini Ketua Pemuda Amanah Negeri Johor Taqiuddin Cheman yang juga merupakan Penyelaras pusat peduli rakyat N54 Pulai sebatang dalam Parlimen Pontian Johor turun ke lapangan bersama menyantuni masyarakat setempat dengan edaran takwim puasa di sekitar bazar Ramadhan Ayer Baloi.
Seterus beliau bersama-sama dengan masyarakat di pulai sebatang berbuka puasa di Musolla Anjang Jaafar..
#PemudaBekerja
#Peduli_Ramadhan
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.

‘Pakatan tidak akan jadi BN 2.0’

 | May 28, 2017
Pimpinnanya berkata Pakatan Harapan akan terus menjadi gabungan setara tanpa parti dominan, bukan seperti BN.
mukhriz-pakatan-bn
PETALING JAYA: Di satu ceramah baru-baru ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menceritakan pertemuannya dengan seorang penyokong yang bertanyakan apakah jaminan Pakatan Harapan tidak akan jadi seperti Barisan Nasional.
Pembangkang kebelakangan ini menuduh pakatan pemerintah menyalah urus wang rakyat.
Timbalan presiden PPBM cuba meyakinkan penyokong itu yang PH tidak akan mengikut langkah kerajaan BN.
Hujahnya? Jika PH memenangi Putrajaya, ia bermakna pengundi menolak rasuah dan pemimpin yang merompak rakyat.
“Jika pengundi menghukum kerajaan lama yang melakukan perkara itu, kami tidak berani mengulangi kesalahan itu, kerana kita tidak mahu dihukum pada pilihan raya nanti.”
Bukan Mukhriz sahaja yang berfikiran begitu.
Rakannya dari DAP, Naib Pengerusi DAP M Kulasegaran berkata BN dan PH seperti oren dan epal, yang tidak patut dijadikan perbandingan.
“Sama sekali berbeza. Kami berazam menghapuskan rasuah. Kami mahu kewangan negara diurus dengan lebih baik dan rakyat menjalani kehidupan lebih baik dan banyak lagi,” kata Ahli Parlimen Ipoh Barat kepada FMT.
Kulasegaran berkata Pakatan Harapan merupakan gabungan parti setara, berbeza dengan BN, di mana “abang sulung”, Umno, memutuskan semua perkara.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad juga bersetuju dalam Pakatan Harapan walaupun ada perbezaan pendapat dalam kalangan komponen, tiada “abang sulung” yang membuat kata putus.
“Kerana kita tidak ada pendekatan ‘abang sulung’ dalam gabungan ini, saya fikir kita akan terselamat daripada budaya politik BN.
“Kita mahu menggantikan BN tetapi tidak mahu meniru mereka.
“Dalam mesyuarat kami ditekankan berulang kali Pakatan Harapan ialah gabungan setara,” kata Ahli Parlimen Shah Alam kepada FMT.
“Kita tidak mahu jadi BN 2.0.”
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke membangkitkan isu itu 27 Mac lalu, menegaskan Pakatan Harapan gabungan parti setara tanpa parti teraju.
“Kami gabungan setara. Tidak ada isu parti mana yang menerajui gabungan ini.
“Tidak ada satu parti yang mendominasi gabungan ini. Ini yang membezakan Pakatan daripada BN. Kita bukan BN 2.0,” kata Loke dalam satu laporan.
FMT.
Read More

Monday, 27 February 2017

[Video] Pakatan, BERSATU bincang agihan kerusi PRU14 tanpa PAS hari ini 12 pm & Mukhriz akui Umno amalkan politik perkauman.

Selasa, 28 Februari 2017

Mukhriz akui Umno amalkan politik perkauman

Datuk Seri Mukhriz MahathirDatuk Seri Mukhriz MahathirTimbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui bahawa politik perkauman sentiasa menjadi amalan Umno untuk dijadikan modal menarik sokongan masyarakat Melayu.
“Bila cerita mengenai perkauman, saya tahu perkara itu benar belaka kerana pada masa itu saya pun buat begitu juga tapi itu dulu.
“Bila saya datang sebelah sini dan dengar hujah daripada rakan pembangkang, barulah kami sedar apa yang kami lakukan dahulu itu sesuatu yang tidak sepatutnya dibuat oleh mana-mana parti pun di mana kita ini bersifat terlalu perkauman tidak tentu arah.
“Ada perkara tertentu kita boleh pertahankan hak yang ada bagi setiap kaum. Setiap kaum mungkin ada sedikit bezanya, ada hak tertentu tetapi janganlah melampau sehingga menidakkan hak kaum lain yang berkorban untuk kita,” katanya seperti dipetik Selangorkini.
Mukhriz berkata demikian pada Program Ceramah Mega Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Seksyen 18, malam tadi.
Jelasnya, nasib masyarakat kaum Melayu dan kaum lain akan lebih terbela tanpa amalan politik perkauman diamalkan Umno sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya.
MALAYSIA DATELINE
Read More

Friday, 11 December 2015

Najib, Hadi bakal bertemu minggu depan...& Budaya ‘Cash is king’ semakin parah dalam Umno.

Sabtu, 12 Disember 2015
Untitled
Najib, Hadi bakal bertemu minggu depan ‘rintis silaturahim’
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Disember, 2015.

Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka bertemu minggu depan, yang dilihat sebagai perkembangan positif selepas presiden Umno itu menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS. 

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi ketika ditemu bual BernamaTV malam ini berkata kedua-dua pemimpin itu dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar. 

Puad berkata Najib dijadualkan merasmikan majlis itu, manakala Hadi akan menyampaikan ucap utama. 

"Apa yang penting di peringkat awal ini adalah untuk kita melihat bagaimana kedua-dua parti boleh bekerjasama dalam perkara yang sepatutnya terutamanya dalam hal dakwah, menentang ajaran sesat, ajaran liberalisme dan sebagainya," katanya di Kuala Lumpur. Puad turut berpendapat pertemuan 2 pemimpin itu sebagai perkembangan positif kepada pelawaan presiden Umno itu, namun masih terlalu awal untuk memperkatakan berhubung penggabungan kedua-dua parti itu. 

Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2015 semalam berkata Umno menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu "disepak dan diterajang keluar" oleh rakan-rakan pembangkangnya. Puad berkata perwakilan yang membahaskan ucapan presiden itu juga dilihat menyokong pelawaan itu dan berpendapat PAS tidak lagi boleh diihat sebagai musuh politik Umno. 

Keterbukaan PAS, menerusi kenyataan Hadi sebelum ini, juga menunjukkan parti itu seperti bersedia untuk menjalin hubungan bersama Umno, katanya. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

‘Cash is king’ parah dalam Umno
ngsueelim

Budaya ‘cash is king’ seperti didakwa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggambarkan parti itu terus bergelumang dengan politk wang hingga mengakibatkan segelintir pemimpin mendiamkan diri berbanding mendedahkan kebenaran. Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, budaya yang kian parah itu mengakibatkan pemimpin UMNO lebih ‘berminat’ menjaga kedudukan mereka berbanding mempertahankan hak rakyat. 

“Kebenaran dalam pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah boleh diukur dengan tunai (wang) bagi menutup segala kebenaran dan perwakilan Majlis Tertinggi dikawal melalui ‘cash is king’. “Dengan cara itu, pimpinan termasuk Majlis Tertinggi tidak akan bersuara walaupun ada perkara yang tidak kena berlaku dalam pentadbiran. 

“Mereka akan tetap mendiamkan diri bukan kerana mempertahankan hak rakyat tetapi (demi) jawatan serta tembolok sendiri,” katanya kepada Selangor Kini ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa budaya ‘cash is king’ harus dielakkan dalam mentadbir kerajaan, di sini, hari ini. 

ADUN Skinchan itu berkata, rakyat perlu bangkit menolak budaya politik tidak sihat termasuk ‘cash is king’ yang diamalkan Barisan Nasional (BN). 

Muhyiddin sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan Najib dalam skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion selepas digugurkan daripada kabinet. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 
Read More

Saturday, 30 May 2015

Ayah ambil berat Pakatan lebih daripada anak sendiri, kata anak Nik Aziz

Sabtu, 30 Mei 2015

Ayah ambil berat Pakatan lebih daripada anak sendiri, kata anak Nik Aziz

OLEH HASBULLAH AWANG
Anak kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ayahnya lebih mengambil berat hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepentingan anak sendiri.

Menurut Nik Omar Nik Abdul Aziz, menjelang muktamar PAS, perwakilan tidak seharusnya memikirkan sama ada memilih golongan ulama atau profesional diangkat sebagai pimpinan, sebaliknya mereka yang dapat memberi sumbangan kepada parti.

“Ulama ada takrifan tersendiri. Maknanya bagi dia (Nik Aziz), pimpinan PAS semua ulama cuma mengikut tahap masing-masing.

“Ulama ini orang yang takut, maknanya dengan ilmunya, dia takut pada Allah. Pengajiannya dalam bidang sains atau sejarah, yang dia belajar menyebabkan dia kembali kepada Allah. Dia termasuk dalam ulama,” katanya dalam sebuah forum “PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia” malam tadi, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Faiz Fadzil, anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Fadzil Noor.

Ditanya ciri-ciri yang dimiliki bapanya sehingga dapat menarik sokongan pelbagai kaum di Kelantan, Nik Omar berkata terdapat tiga ciri utama yang dipegang bapanya.

Katanya, tiga ciri tersebut ialah warak, zuhud dan istiqamah yang ditonjolkan semasa mentadbir negeri Kelantan dan juga ketika bersama keluarga.

“Dia ada sifat atas sikit makamnya, iaitu zuhud. Zuhud biasa orang terjemah tak nak pada dunia. Saya perhati Tok Guru seolah-olah tak ada segelumit pun dia minat pada dunia tetapi dia duduk atas dunia.

“Dunia duduk di tangannya bukan pada hatinya. Dia urus dunia, bukan dunia yang urus kehidupannya.

“Apabila dia menang (menteri besar), antara benda yang dia buat untuk diri dia, dia potong gajinya 45% untuk khazanah negeri dan parti. Dia cakap pada saya, sampai akhir pun 'ayah tidak tahu gaji ayah berapa'. Dia nak guna duit, dia beritahu pegawai dia,” katanya mengenang kenangan bersama allahyarham.

Sementara Faiz (gambar, kiri) berkata, ulama atau profesional bukanlah menjadi kriteria utama pemilihan dalam muktamar kali ini, sebaliknya pimpinan beraliran pragmatik perlu diangkat mempelopori PAS untuk tempoh dua tahun akan datang.

Faiz yang juga merupakan peguam syarie berkata, ciri pemimpin berkenaan penting dalam memastikan PAS terus relevan dan bergerak maju ke depan.
“Untuk kita bergerak sebagai sebuah parti politik untuk perintah negara ini, kita perlu pilih pemimpin beraliran pragmatik, yang tajdid yang boleh berfikir ke depan bukan sekadar buka kitab dan baca apa yang ada dalam kitab.
“Kalau tuan-tuan sayang pada PAS, sayang pada agama Islam, wajib memilih pemimpin yang tajdid sama ada mereka yang berkelayakan agama atau profesional.

“Kalau pragmatik menang, kita akan tarbiah golongan ekstrim, reform model tarbiah, usrah dan bawa mereka kenal budaya Malaysia. Kita bukan tinggal di Mongolia, Arab Saudi, nak jadi ekstrem, kita bukan duduk di Syria. Kita tinggal di Malaysia. Kita anti keganasan,” katanya.

Faiz berkata PAS perlu terus bersama PR dan menunjukkan kepada DAP bahawa Islam sebuah agama yang universal dan boleh dikongsi untuk bersama-sama membentuk kerajaan.

Katanya, mereka yang berpandangan jumud dan sempit sahaja akan menganggap kerjasama di antara PAS dan DAP akan menggadai maruah Islam.

“Perlulah kita berdakwah kepada orang bukan Islam tetapi sekarang seolah-olah kita nak benci orang Cina, bila kita nak berdakwah dengan mereka?
“Kalau dilihat Buku Jingga, ia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Kalau DAP tolak Islam, dia akan buang.

“Polisi bersama dalam PR memperjuangkan keadilan, membanteras penyelewengan, rasuah dan kita nak bentuk kerajaan yang mengamalkan urus tadbir yang baik. Ini (diajar) dalam Islam,” katanya.

Menurut Mujahid, PAS kini sudah terbawa-bawa budaya Umno yang bimbangkan masalah perpaduan Melayu.

Katanya, bagi memastikan parti Islam itu terus relevan maka keahlian perlu dibuka kepada bukan Islam dan bukan sekadar Dewan Himpunan Penyokong PAS.

“Sebab itu dalam PAS saya memikirkan visi pada masa depan, PAS perlu menjadi (parti) pelbagai kaum dan agama.

"Pemikiran ini bukan baharu. Saya akan meneruskan perjuangan itu. Saya kata bukan sekadar Dewan Himpunan, saya mahu bukan Islam jadi ahli PAS.

“Saya akan lawan siapa-siapa saja yang hijack PAS untuk kepentingan sempit. Saya akan lawan.

“Jangan bimbang dengan suara-suara ekstrem, Isis, Taliban, sebab suara ini akan berlalu. Yang akan memimpin PAS, insya Allah, suara yang melihat masa depan negara dan melihat satu sumbangan untuk meletakkan rahmat sekalian alam sebagai dasar utama yang diperjuangkan parti,” katanya. – 30 Mei, 2015.
Read More

Saturday, 30 March 2013

JOHOR PANAS: Chua Jui Meng Merajuk @ Keluar PKR...?


Chua Jui Meng Merajuk?
Ditulis oleh administrator March 29, 2013

mole-chua-jui-meng

MO,JOHOR BAHARU, 29/3/2013 – Ketidakhadiran Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng semasa veteran DAP Lim Kit Siang diumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah, pada majlis ulang tahun DAP yang ke-47 di Skudai dua minggu lepas menguatkan tanggapan pelbagai pihak bahawa pemimpin PKR itu sudah merajuk.

Chua didakwa merajuk kerana sebelum ini beliau dikatakan menaruh harapan untuk bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 ini, tetapi dibantah DAP Johor yang mahu meletakkan calonnya merebut kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina itu.

Kini kelibat Chua di Johor tidak kelihatan sejak dua minggu lepas, menguatkan lagi anggapan bekas menteri kesihatan itu merajuk dan mengambil pendirian mendiamkan diri.

Cubaan media untuk menghubungi Chua juga menemui jalan buntu sejak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pencalonan Lim.

Ketua Biro Guaman PKR Johor Jimmy Phuah yang dihubungi Bernama hari ini berkata ketika ini Chua masih pengerusi PKR negeri walaupun ada spekulasi beliau mahu melepaskan jawatan itu kerana merajuk.

“Beliau bercuti dan kemungkinan minggu depan beliau ada. Saya tidak pasti (sama ada Chua merajuk) tapi beliau masih pengerusi PKR Johor dan akan balik bertugas,” katanya.

Pertikaian antara PKR dan DAP Johor berkenaan kerusi Parlimen Gelang Patah telah lama berlaku sebelum pengumuman pencalonan Lim di situ. Ia menyebabkan perselisihan faham yang serius dan terbuka antara Chua dengan pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang turut berminat bertanding kerusi itu.

Sejak 1999, kerusi Parlimen Gelang Patah secara tradisinya ditandingi calon-calon PKR dan sebelum itu oleh calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) menentang calon BN.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen Gelang Patah dimenangi calon BN, Tan Ah Heng yang mengalahkan calon PKR, Dr Zaliha Mustafa dengan majoriti undi lebih 8,000.

- BERNAMA/Merdeka Online


PANAS: Chua Jui Meng Keluar PKR...?
Pakatan Rakyat dilanda krisis kempimpinan..??
Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng mungkin keluar PKR dan bertanding sebagai calun bebas PRU13. Mengikut laporan Chua Jui Meng tidak hadir mesyuarat PKR peringkat negeri Johor.

Mengikut laporan Malaysiakini, pengerusi PKR Johor telah dipangku salah seorang kuat PKR Johor bagi memantapkan kembali perjalanan parti menjelang pilhanraya umum. Jika benar laporan Malaysiakini, kami anggap satu bala telah menimpa PKR dan Pakatan Rakyat seluruh negeri Johor.

Amat malang jika benar berlaku dan Chua Jui Meng merajuk dan mungkin keluar PKR adalah satu pukulan yang hebat dan dijadikan isu Barisan Nasional dan UMNO dalam kempen pilihanraya umum pada bulan April aau awal minggu pertama bulan Mei 2013.

Belum menang dan belum bertanding sudah ada ahli atau bakal calun yang merajuk. Bagaimana pula jika berlaku calun PKR yang menang PRU13 keluar PKR jadi calun bebas atau masuk UMNO?.

Inilah yang kami rasa cuak dan takut kepada YB PKR yang menang termasuk pihak PAS dan DAP . Sila cari calun yang betul dan jujur .

Apa pun isu Chua Jui Meng akan menjadi isu besar dan modal utama kempen Barisan Nasional dalam PRU13. Janganlah merajuk pemimpin PKR, DAP, PAS tmpukan kepada parti dan ketua.

Malah kami dapat maklumat juga akan ada pemimpin PKR dan bakal calun PKR akan buat pusingan "U" menjelang hari hari terakhir kempen PRU13.

Hanya tunggu dan lihat rakyat tertipu lagi dan rakyat seperti kami sedih dan muak dengan tindakan beberapa pemimpin PKR, DAP dan PAS yang merugikan semangat kesetiakawanan dalam pakatan rakyat.

Hakk pttuuuiihhh...!!!
shalehudin

Pakatan Harapan Rakyat
Read More

Wednesday, 27 March 2013

*HOT Video Samseng Setan Yang Dikenali Kecut Perut...Jantan Rempit Lari Lintang Pukang & Betinanya Jerit Terlolongggg......

Rabu, 27 Mac 2013
(VIDEO) NAH AMBIK!!!: Samseng UmnoBN Kecut Teloq (Nak Buat Kacau Akhirnya Terkucil Kena Belasah)
Akhirnya betina rempit menjerit terlolong-lolong....

EXCLUSIVE...cubaan remaja2 mat rempit yang di upah oleh BN untuk menyerang Bas Jelajah PKR..tetapi BN cuba memutar belitkan cerita yang kononnya ahli PKR yang ada pada ketika itu menyerang remaja-remaja tersebut menggunakan Parang & Besi..Lihat aksi remaja-remaja yang datang dengan besi dan parang yang dibungkus dengan surat khabar & etc....-Jahar

Salah satu ciri pilihan raya yang tidak adil dan bebas ialah apabila calon/parti bertanding tidak dapat berkempen secara aman. 

 Inilah samseng yang ditahan polis, mengganggu ceramah DSAI di Star City dan membaling batu ke arah bas jelajah Sabah yang dirasmikan oleh DSAI...Terima kasih PDRM Sabah...Harap siasat siapa dalang... - Jahar

Gambar budak-budak tak cerdik kena tangkap, semua setan-setan suruhan syaitan yang dikenali....


#Baru ada akai, sebelum ni takdak akai, dapat rm20 terus nak jadi semseng, tarak cerdik punya budak....akhirnya jadi samseng taik kucing...
OH RAKYAT.


Read More

Monday, 25 March 2013

Video Yang Merimaskan Umno & Gambaq Yang Paling Umno Rimas..


Selasa, 26 Mac 2013
Gambaq yang paling Umno Rimas..

Bangga ooo... jadi bangsa Umno nih... haha...
Video Anak Muda Yang Merimaskan UMNO

Video Yang Tak Sanggup Kita Lihat
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena