Ketua Amanah kawasan Tumpat Wan Johari Wan Omar menerima borang permohonan menyertai Amanah
Cawangan-cawangan baru Parti Amanah Negara (Amanah) yang semakin giat berkembang menyaksikan penyertaan golongan muda yang semakin menyerlah.
Ketua Amanah kawasan Tumpat Wan Johari Wan Omar berkata perkembangan ini diyakini akibat pelbagai isu politik terkini di dalam dan luar negara.
"Hampir setiap cawangan yang dibuka akhir-akhir ini jelas menunjukkan penglibatan aktif anak-anak muda," katanya ketika berucap di majlis penubuhan Amanah cawangan Paloh Masjid dalam dun Pasir Pekan, kelmarin.
"Dengan penubuhan cawangan berkenaan katanya sepanjang Disember ini sahaja sepuluh cawangan baru Amanah ditubuhkan di dun Wakaf Bharu dan Pasir Pekan.
"Di Pasir Pekan kita telah menubuhkan cawangan di Kg Laut, Kutan dan Kg Baru Pasir Pekan.
"Manakala di Wakaf Bharu, cawangan telah ditubuhan di Taman Kasturi, Kota Kubang Labu, Jal Kecil, Talak dan Kebakat," katanya.
Mesyuarat penubuhan Amanah cawangan Paloh Masjid itu diadakan di kedai kopi sebelah Sekolah Kebangsaan Pohon Tanjung, Pasir Pekan.
Abdul Aziz Mohamed dilantik sebagai ketua penaja Amanah cawangan Paloh Masjid.
Wan Johari dalam ucapannya turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada cawangan Paloh Masjid yang menampilkan hampir semua anak-anak muda dalam barisan jawatankuasa cawangan berkenaan.
Gelombang anak muda menolak Umno tidak boleh dipandang ringan pemimpin parti itu.
Saya bukanlah anak Kedah. Cuma saya ingin berkongsi rasa dan menyatakan apa yang terbuku dalam hati saya kerana saya adalah anak muda yang berdarah Umno.
Apa yang berlaku selama dua minggu ini benar-benar merenggut ketenangan saya sebagai anak kelahiran Pulau Pinang. Apa yang terjadi, diluar batas pemikiran saya. Terkejut... Kecewa... Sedih... Hiba... Sayu... Semua perasaan bercampur baur. Saya sempat berbual melalui telefon dengan salah seorang Ketua Umno Bahagian dari Kedah ketika beliau dalam perjalanan ke Hotel Grand Alora pada hari PC (sidang akhbar) Ketua-ketua Umno Bahagian menyatakan hilang sokongan kepada Mukhriz Mahathir. Saya tanya apa yang berlaku? Jawab beliau... 'MB kurang memberi'. Tanya saya... 'Kurang memberi apa lagi? Projek? Tender ataupun jawatan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) Negeri?' Dia hanya menjawab... 'Aeiza tak faham...' Tetapi akhirnya beliau mengaku bahawa ketua-ketua bahagian diberi RM50,000 sebagai saguhati kerana hadir ketika PC di Hotel Grand Alora. Dan juga RM5,000 kepada ketua-ketua sayap bahagian. Semurah tu nilai maruah ketua-ketua bahagian dan sayap di Kedah walaupun ada yang mengaku tidak tahu tujuan PC diadakan. Jadi kami cuma minta fahamkan kami... Berikan alasan mengapa? Kami tidak akan menolak jika ianya memberi kebaikan kepada parti tetapi jika membuatkan sebuah negeri kembali kalah ke tangan pembangkang jadi untuk apa? Untuk apa jika ianya mendatangkan musibah malah perpecahan kepada parti? Persoalannya yang paling misteri, kenapa sekarang? Ditengah Umno sendiri terpalit dengan pelbagai isu yang tidak dijawab, ditambah lagi isu yang bisa membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya anak muda? Paling ketara, Ketua-ketua Bahagian ini menyatakan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar dan bukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri. Bukannya Adun BN yang menyatakan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar tetapi Ketua-ketua Bahagian. Kemudian barulah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan kejar seorang demi seorang Adun BN dan meminta mereka menandatangani surat Akuan Berkanun sehinggakan YB Datuk Sabrina juga menandatangani surat berkenaan walaupun ditahan dalam wad di Hospital KPJ, Bandar Perda. Mainan politik apakah ini? Gila apakah yang sedang berlaku di dalam Umno yang kami sayangi? Siapa boleh menafikan bahawa faktor kemenangan Umno dan BN di Kedah adalah disebabkan seorang anak muda yang bernama Mukhriz Mahathir? Saya tidak memihak mana-mana pihak. Cuma sudah terlalu banyak isu, kontoversi, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan atasan yang dilihat makin lama makin memakan diri. Adakah Kedah nak terima nasib seperti Pulau Pinang? Tetapi tidak disangka apabila Kedah berjaya ditakluk, ini yang terjadi. Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal, kini giliran Mukhriz pulak. Sibodoh yang tak faham politik pun bijak menilai kenapa. Benar bahawa pemimpin datang silih berganti.Kepentingan parti perlu diutamakan. Tetapi atas kesalahan apakah Mukhriz Mahathir perlu dihukum sebegini rupa? Hanya kerana Mukhriz Mahathir lantang bersuara? Kami mulai sedar Dato'. Pemimpin kami di atas dah kurang mendengar. Dipekakkan telinga, dibutakan mata dan masih dalam sindrom penafian. 'Menjaga' pemimpin bahagian dengan beri habuan semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Kami bukan pekak. Juga bukan tuli yang hanya terima segala perbuatan kepimpinan atasan. Kami lihat, kami dengar, kami baca, kami berbual, kami timbang, kami bincang, kami rasa dan kami cari jawapan. Tetapi kami tahu, suara kami tidak akan kemana. Tidak akan didengar. Apabila Mukhriz letak jawatan, bukan sahaja rakyat Kedah merasa kesannya. Kami di Pulau Pinang juga terkena tempiasnya.Maka, telah ditanam hasrat sejak dari awal lagi, jika Mukhriz turun dari jawatan MB Kedah, Umno bukan lagi pilihan kami. Kami terpaksa. Kerana kami kesal... Bukan Umno ini yang kami mahukan... Kami anak muda yang benar-benar sayangkan Umno. Kepada Umno tempat kami bersandar, bergantung harap. Sampaikan salam kami anak-anak muda Umno kepada Datuk Seri Mukhriz jika Dato' berpeluang bertemu beliau. Sampaikan pesanan kami anak-anak muda Umno agar beliau teruskan bersuara lantang selagi ianya benar. Kami akan sokong! Beliaulah sebenarnya pemimpin yang berjiwa besar! ____________________________________ * Aeiza Hassan ialah Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang dan Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia. Posted by mountdweller at 12:18 AM
GOMBAK: Bekas Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam mendakwa punca sebenar kejatuhan jualan akhbar Harakah adalah disebabkan masalah dalaman parti yang terlalu banyak.
“Masalah merudum penjualan akhbar Harakah bukan disebabkan akhbar tersebut tidak laku tetapi puncanya adalah disebabkan segelintir pemimpin PAS yang terlalu banyak krisis sehingga gagal menyelesaikanya,” katanya pada program ‘Harakah dalam bahaya’ dan pendedahan mengapa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mesti berundur.
Menurut beliau, dakwaan penjualan Harakah yang merupakan lidah rasmi parti merudum berpunca daripada kegagalan Ketua Pengaranganya, Ahmad Lutfi Othman seperti yang didakwa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan pihak majikan “adalah tidak benar sama sekali malah kami dijadikan kambing hitam.”
Sebaliknya Tarnizi mendakwa, punca sebenar masalah ialah ramai anak muda yang menolak PAS serta sikap permusuhan parti dengan PKR dan DAP.
“Kalau menguruskan Harakah berdasarkan pada Islam tidak ada masalah, kita selamat, tetapi apa yang berlaku sekarang walaupaun berada dalam organisasi Islam kami rasa tidak selamat.
“Malah ada pemimpin PAS yang ingin berbaik dengan UMNO cuba memburukkan Harakah, ini bukti bahawa mereka busuk hati dan menjadi penyebab jatuhnya jualan Harakah ,” katanya.
Pada masa sama Tarmizi menjelaskan, apabila berlakukan krisis antara PAS dengan rakan komponan dalam Pakatan Rakyat (PR) yang lain menyebab wartawan Harakah berada dalam tekanan dan dilanda dilemma untuk membuat laporan.
“Kami dalam editorial berada dalam dilemma untuk menyiarkan berita apa. Sebagai contoh kalau nak siarkan berita Presiden PAS bantah pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), sedangkan kita tidak berpisah dengan PR dan bersama dalam misi memperkukuhkan PR.
“Apa kita nak lapor dalam Harakah, kalau salah lapor akan bertentangan dengan dasar PR,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak pengurusan Harakah lebih profesional dan membuat setiap keputusan berdasarkan perjuangan Islam seperti yang diperjuangkan parti dengan menjaga kebajikan pekerja, bukannya bertindak sesuka hati.
Tarmizi juga mendesak Mustafa mengundurkan diri sebagai Pengerusi Harakah agar akhbar tersebut terus maju ke hadapan demi memperkukuhkan PAS serta menguatkan lagi perjuangan PR.
FMT.
#1Mei : Sepatutnya kerajaan mulakan dengan perangi ketirisan bukan dengan membebankan Rakyat dengan Cukai GST #MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini.
Kalau bab nak membazir duit rakyat ada saja jalan. Bagaimana untuk memberi penerangan bila Parti Pemerintah Ditolak oleh 53% rakyat Malaysia? Parti Pemerintah perlu sedar rakyat menentang GST kerana wang yang dikutip Bocor Dalam Poket Pemerintah, tiada langsung usaha positif dan bersungguh-sungguh untuk memulihkan salah urus tadbir wang Rakyat. #MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini; www.facebook.com/mediapakatan
Lihat dengan mata kepala sendiri 4 orang anak muda Melayu/Islam telah ditugaskan untuk menuang arak
Timeline Photos
Back to Album · Bersih 3.0 [Official ]'s Photos · Bersih 3.0 [Official ]'s Page
Bersih 3.0 [Official ]
GEMPAR!!!!!... ANAK-ANAK MUDA MELAYU/ISLAM DITUGASKAN UNTUK MENUANG ARAK DI 1MALAYSIA PENANG INTERNATIONAL CHARITY DRIVE ANJURAN NGO MESRA KETAT BN!!!!
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR!!!
Lihat dengan mata kepala sendiri 4 orang anak muda Melayu/Islam telah ditugaskan untuk menuang arak jenis beer jenama Tiger Beer untuk para tetamu di acara 1Malaysia Penang International Charity DRive anjuran NGO mesra ketat erat BN bagi tujuan tidak lain tidak bukan, pikat dan pujuk rakyat Pulau Pinang sokong dan undi BN pada PRU 13.
Dimana perginya Perkasa, JATI, Pemuda UMNO yang siang malam pagi petang berkokok menyalak terjerit terpekik terlolong akan mempertahankan aqidah umat Islam serta sanggup mati bermandikan darah untuknya..MANA WEH!!!!!!!!!
Selagi UMNO menjadi peneraju negara selagi itu keadaan sebegini akan terus bermaharajalela tanpa kawalan.
TOLAK UMNO DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU CICIT KITA DARI TERJEREBAK DALAM KEMAKSIATAN !!!!
Dicatat oleh Na'im Nikmat di 5:25 PM
a
Munajat dan solat hajat Tok Guru bersama dengan 10K anak muda kelantan Takbir...Allahuakbar
SHAH ALAM: Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke Dengkil.
Di Dengkil, Tolak akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.
Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu membubarkan parlimen.
Konvoi itu juga merupakan siri jelajah mengutip tandatangan rakyat Malaysia sepanjang 1 kilometer sebagai mesej utama menolak Umno BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Program hari ini bermula dengan ucapan pengerusi Tolak, Muhamad Azan Safar.
“Lebih 500 anak muda berkumpul hari ini menunjukkan protes bahawa anak muda sudah muak dengan kerajaan yang ada sekarang.
“Anak muda ingin tukar kerajaan, mahu Malaysia yang baru, yang lebih adil, lebih telus tanpa rasuah, tanpa politik kotor,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin.
Program itu merupakan siri jelajah pertama gelombang Tolak bermula di Lembah Klang.
Bermula 6 April ini, Tolak akan menjelajah seluruh Malaysia bermula di Melaka, Johor dan akan berakhir di Pahang pada 14 April.
Pada akhir jelajah Tolak tersebut ,1 kilometer tandatangan rakyat Malaysia akan diperoleh dan akan dibentangkan pada acara kemuncak di Kuala Lumpur nanti.
Full Haflah Ilmu Anak Muda Kelantan Bersama Ustaz Azhar
Pilih PemimpinYang Tepat Untuk Mendidik Masyarakat
Kota Bahru: Rakyat negeri ini dinasihatkan pilih pemimpin yang tepat untuk mendidik masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah jati diri yang berguna.
Penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemilihan pemimpin yang tepat adalah sangat diperlukan dalam menentukan masa depan anak muda terutamanya di Kelantan.
“Kita perlu pilih hok molek (yang elok). Kalau memandu bas, kena guna pemandu yang tidak mabuk supaya perjalanan selamat sampai, kalau pakai pemandu yang mabuk, walaupun 40 penumpang itu sedang berzikir, berzanji, berselawat, perjalanan tetap tidak selamat sebab semuanya bergantung pada pemandu," katanya.
Ustaz Azhar berkata demikian pada Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam kelmarin. Moderator jemputan, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang mengelola majlis tersebut yang berlangsung hampir empat jam dengan dihadiri lebih 50,000 rakyat negeri ini.
Turut memeriahkan majlis, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir untuk solat maghrib berjemaah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood, dan Timbalannya, Ustaz Latiff Abdul Rahman serta beberapa ahli exco kerajaan negeri yang lain.
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd.
Nassuruddin Daud turut menyampaikan kuliah maghrib sebelum majlis bermula.
Kata Ustaz Azhar Idrus, seseorang pemimpin akan menentukan sesebuah masyarakat, bukan orang lain, sama juga dengan masalah remaja sekarang, kalau di rumah, semuanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi apabila selangkah mereka keluar dari rumah, semuanya adalah tanggungjawab kerajaan.
Perkara tersebut turut disokong Ustaz Haslin Bollywood yang berpendapat anak muda sekarang perlu memilih jalan yang betul untuk memastikan ilmu dunia dan akhirat dapat diseimbangkan.
“Kita mesti seimbangkan perkara tersebut, sebab itu saya menggunakan inisiatif memberi ilmu sambil berhibur sebab saya tahu anak muda memang tidak boleh lari dari hiburan.
“Apa yang penting, kita mesti seimbangkan perkara ini, dengan hiburan pelbagai perkara kita boleh lakukan, jangan hanya anggap hiburan itu sebagai satu perkara yang tidak elok, anak muda memang suka berhibur, maka carilah ilmu walau dalam apa cara sekalipun,” katanya.
Kedua-dua panel tersebut juga turut berpendapat ibu bapa merupakan tunjang utama pembentukan anak-anak muda terutamanya pada zaman serba moden ini.
Dalam majlis yang sama, hadirin turut disajikan dengan tayangan video penderitaan rakyat syria dan Pelancaran Tabung Syria, Palestin dan Tabung Wira Lahad Datu serta pelancaran radio Wau.fm sebelum bual bicara dimulakan. -SH
Satu ketika dulu, laungan “Hidup Melayu” sungguh gah dan keramat apabila kedengaran, malah sedikit pasti terdetik perasaan gentar kaum lain mendengarnya. Itu dulu dan keadaan kini sudah jauh berubah, hampir tiada lagi kedengaran anak muda dengan bangganya melaungkan slogan itu. Hanya tinggal sekali sekala terdengar apabila parti bersidang di PWTC juga apabila panglima NGO Melayu melakukan demo bantahan.
Mereka yang melaungkan slogan berbaur perkauman ini, bukan hanya bendera apa yang dikibarkan, malah hingga ke peribadi dan tahap pemikiran mereka juga boleh diduga.
Daripada 12 juta pengundi berdaftar untuk pilihanraya akan datang ini, 38.8 peratus jumlah tersebut adalah golongan muda yang terdiri dari mereka yang berumur 40 tahun kebawah. Generasi Y, iaitu mereka yang lahir sekitar penghujung tahun 70-an hingga lewat 80-an mendominasi kategori ini. Apa yang menariknya pada golongan muda dan ganerasi Y ini adalah cara dan suasana mereka menjalani proses kematangan.
Mereka membesar dalam ketika negara kita pesat berubah dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada pembangunan perindustrian seterusnya mengalami revolusi teknologi maklumat. Golongan muda ini mempunyai naluri keinginan “inquiry” serta sifat melawan yang luar biasa terhadap sesuatu perkara melibatkan kepentingan mereka. Golongan ini juga tersemai perasaan ingin bersaing, berani mencuba sesuatu yang baru serta melakukan perubahan. Ini merupakan nilai positif yang dimiliki dan dibanggakan oleh golongan muda. Maka tidak hairanlah jika kita lihat amat ketara perbezaan cara pemikiran golongan muda masakini berbanding ganerasi X yang terdahulu dari mereka.
Umum ketahui bahawa PRU13 bakal menjadi pilihanraya paling sengit dalam sejarah kerana kekuatan pengaruh pembangkang kini berada pada kedudukan terbaik dalam usaha mengambil alih pemerintahan dan Putrajaya. Pemimpin utama dalam PR seperti TGNA, Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh dilihat sudah cukup masak dengan asam garam dalam politik setelah berkecimpung sekian lama. Harus diingat dari lima tahun akan datang, aku kira dari sudut usia, mereka tidak lagi sesuai memimpin parti apatah lagi sebuah kerajaan. Lupakan usia mantan PM kita yang lalu! Justeru PRU 13 merupakan pentas akhir bagi penglibatan politik mereka ini sebelum bersara.
Tidak menjadi masalah yang terlalu besar bagi PR sekiranya memenangi PRU13 seterusnya mentadbir kerajaan jika dinilai aspek kredibiliti tokoh yang ada serta dibuktikan dengan keupayaan mereka mentadbir negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang. Namun apa yang dibimbangi adalah halatuju serta kepimpinan PR jika gagal merampas Putrajaya dalam PRU13 nanti. Ini kerana wujudnya jurang kepimpinan antara tokoh utama PR berbanding dengan pemimpin lapisan kedua (second liner).
Gabungan PR juga mempunyai banyak nama besar lain seperti saudara Mohd Sabu, Mahfuz Omar, Nizar Jamaludin dan Husam Musa dari PAS, manakala PKR dengan Azmin Ali, Khalid Ibrahim, Tian Chua dan Rafizi serta Guan Eng, Tony Pua, Teresa Kok dan Ronnie Liu bagi DAP.
Namun aura kepimpinan mereka sering dibayangi oleh pemimpin senior parti dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin lapisan kedua ini memerlukan sedikit lagi masa untuk mereka benar benar membuktikan keupayaan yang mereka miliki dalam menerajui parti seterusnya kerajaan. Minat pengundi dari golongan muda sebenarnya lebih terarah dan dipengaruhi dengan kezuhudan yg dimiliki oleh TGNA, kewibawaan saudara Anwar sebagai “de facto leader” serta ketulenan perjuangan demokrasi dari Lim Kit Siang. Jika pengaruh dari kepimpinan utama ini tidak diimbangi oleh pemimpin lapisan kedua, maka benarlah PR akan terus menjadi pembangkang untuk 50 tahun lagi seandainya PR tewas dalam PRU 13 akan datang.
Lantaran sedar akan peluang serta kemungkinan yang akan berlaku, maka tidak hairanlah golongan muda hari ini mahukan melakukan eksperimentasi seterusnya mencetuskan perubahan dalam politik serta pentadbiran negara. Anak muda tidak lagi hairan dan gentar pada momokan seperti isu hudud, hak orang Melayu, kalimah Allah, perdana menteri bukan Melayu serta tidak termakan dengan fitnah dan tohmahan. Menggantikan “Hidup Melayu”, slogan yang jauh lebih “cool” serta bersesuaian dengan jiwa muda kini dengan penuh bersemangat dan yakin melaungkan slogan INIKALILAH...
Detikdaily
SUARA ANAK MUDA : HKR BUKTI ANAK MUDA INGIN PERUBAHAN MASA DEPAN! PULUHAN RIBU KEHADIRAN DAN PENYERTAAN ANAK MUDA KE HIMPUNAN ADALAH BUKTI MEREKA INGIN DAN MAHUKAN PERUBAHAN PENTADBIRAN MALAYSIA
Puluhan ribu anak muda hadir menyatakan suara tuntutan kepada kerajaan hari ini untuk bersedia digantikan kepada Pakatan Rakyat.
KUALA LUMPUR : Kehadiran puluhan ribu golongan anak muda ke Himpunan Kebangkitan Rakyat ( HKR ) pada 12 Januari lalu telah memberi gambaran jelas dan tepat bahawasanya mereka ini mahukan perubahan pentadbiran dan pemerintahan negara ini.
Dicatat oleh Nordin Samrin di 14.1.13
GARA-gara sebuah video nyanyian bertajuk “Reformasi” yang dimuat naik ke laman YouTube, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 39, diugut dengan ancaman bunuh oleh dua individu melalui laman berkenaan.
Komen yang berbunyi, “Yassin ni patut dibunuh jer.. “ dan “Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirm aku pijak-pijak kepala dia sampai lumat” didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik.
Yasin berkata, ugutan bunuh yang diterima melalui video lagunya itu membuktikan ada pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium sosial tersebut.
“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.
“Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, semalam.
Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.
“Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.
“Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain,” katanya kesal dengan perkara itu. -SH
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.