Showing posts with label Konvoi. Show all posts
Showing posts with label Konvoi. Show all posts

Sunday, 31 March 2013

TERKINI - Peserta Konvoi Anak Muda Tolak BN Ditahan POLIS

Ahad, 31 Mac 2013
TERKINI - Peserta Konvoi Anak Muda Tolak BN Ditahan POLIS

SHAH ALAM: Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke Dengkil.

Di Dengkil, Tolak akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.
Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu membubarkan parlimen.
Nasrudin Hassan Presiden GAMIS ditahan selepas memimpin Gerakan Anak Muda Tolak UMNO - TOLAK.

Nasrudin Hassan Berkampung di hadapan IPD Putrajaya bersama team konvoi Anak Muda TOLAK UMNO dan BN menanti beberapa orang rakan mereka yang masih dalam tahanan polis sebentar tadi.
Kenapa mereka ditahan sampai sekarang tak dinyatakan langsung oleh KP PAS. Rujuk sini. Mungkin KP PAS pun tengah tunggu info dari PDRM kenapa menahan peserta2 KONVOI ke PUTRAJAYA tu..

Jangan2 ditahan sebab memasuki PUTRAJAYA pasal nak serahkan MEMO.. ?
Adoi.. kalau itu la sebabnya.. memang LAWAK la..
TAKANLAH SERAH MEMO pun salah. Sudah la bukan senang nak jumpa PM.. owhh jangan2 timing tak tepat kot. Korang pergi putrajaya nak serah MEMO.. PM plak bercuti... p makan2 dengan ahli keluarga.. adoiiiyaiii PM pun ada hari cuti oke.. apa korang ingat dia robot ke apa?
Sumber - harakah / amenoworld


Read More

500 AnakMuda Sertai Konvoi Gelombang Tolak UMNO-BN!


Harakahdaily,
31 Mac 2013

500 anak muda sertai Konvoi Gelombang Tolak

 

SHAH ALAM: Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke Dengkil.

Di Dengkil, Tolak  akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.

Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu membubarkan parlimen.

Konvoi itu juga merupakan siri jelajah mengutip tandatangan rakyat Malaysia sepanjang 1 kilometer sebagai mesej utama menolak Umno BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Program hari ini bermula dengan ucapan pengerusi Tolak, Muhamad Azan Safar.

“Lebih 500 anak muda berkumpul hari ini menunjukkan protes bahawa anak muda sudah muak dengan kerajaan yang ada sekarang.

“Anak muda ingin tukar kerajaan, mahu Malaysia yang baru, yang lebih adil, lebih telus tanpa rasuah, tanpa politik kotor,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin.
Program itu merupakan siri jelajah pertama gelombang Tolak bermula di Lembah Klang.

Bermula 6 April ini, Tolak akan menjelajah seluruh Malaysia bermula di Melaka, Johor dan akan berakhir di Pahang pada 14 April.

Pada akhir jelajah Tolak tersebut ,1 kilometer tandatangan rakyat Malaysia akan diperoleh dan akan dibentangkan pada acara kemuncak di Kuala Lumpur nanti.
Anak Muda Tolak UMNO-BN

Read More

Wednesday, 9 January 2013

Tentatif PENGAMBARAN VIDEO HKR Fasa 3: Youtube Brigedkibaranbendera


TENTATIF PENGAMBARAN VIDEO HKR Fasa 3 
(Sambungan Video HKR di Bandar Seri Iskandar Fasa1 & Fasa 2)

KONVOI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PAS TAMAN MERU KE KL #112
Sabtu  12 Januari 2013

07.50 pg     Berhimpun di Pusat Tarbiyah Pas Taman Meru
08.00 pg     Pelancaran Perasmian (Video Konvoi HKR Pas Taman Meru ke KL#112)
                   En. Ahmad Khair Faizal bin Yahya
                   Setiausaha Pas Kawasan Tambun/Ketua Pas Cawangan Taman Meru
                 Pengambaran video Bergambar Kenangan Lipatan Sejarah Pejuang Rakyat

08.10 pg      Pengambaran video Pergerakkan Konvoi HKR Pusat Tarbiyah Pas ke Stesen KTMB Ipoh

08.30 pg     Check in peserta konvoi di Balai Berlepas KTMB
                  Pengambaran video Mengumpul Tandatangan Peserta Kebangkitan Rakyat Ipoh

09.00 pg     Menaiki ETS Silver Ipoh - KL Central
                  Pengambaran video dalam setiap KOC sepanjang perjalanan.

11.00 pg     Turun di Stesen Keretapi Kuala Lumpur (Masjid Negara)
01.15 ptg     Solat Jamak Takdim (Zohor/Asar)
                                            
01.50 ptg     Rakaman video Berjalan Santai ke Stadium Merdeka
                              YB Khalid Samad
                              YB Mujahid Yusuf Rawa
                              YB Azmin Ali
02.15 ptg     HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
05.00 ptg     Bersurai

06.00 ptg     *Naik Komuter KTMB di Stesen Keretapi  KL  ke KL Central
                                                  ATAU                              
                     *Naik LRT di Pasar Seni ke KL Central
                                                  ATAU
                     *Naik KL Monorail di Stadium Merdeka ke KL Central  (jika beroperasi)

07.17 mlm Solat Jamak Takdim (Maghrib/Isyak) di KL Central

09.05 mlm Rakaman video Pejuang Rakyat kembali ke Ipoh
                      Menaiki ETS Gold KL Central – Ipoh

11.15 mlm Tiba di Ipoh.

Semua dijemput hadir

*Ketepatan masa menjadi keutamaan
*Baju rasmi: Hijau/Kuning/Oren/Merah

*Rakaman video menerusi Youtube.com/brigedkibaranbendera
*Laporan secara langsung menerusi bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com


Takbir    Allahuakhbar

Read More

(Terkini! Kelulusan Stadium Merdeka) MORAL SUPPORT: HKR #KL112 PasTaman Meru

HKR # KL112 UPU PAS TAMAN MERU, (DUN Manjoi)

(Terkini!) Kelulusan Penggunaan Stadium Merdeka



Para Jamaah Pusat Tarbiyah Pas Taman Meru memberi sokongan moral HKR # KL112






HKR #KL112

Taman Meru, 9 Januari 2013

UPU Pas Taman Meru telah bersiap-sedia menggerakkan pejuang rakyat ke HKR#KL112 pada hari Sabtu nanti. Perancangan yang telah disusun sejak sebulan lalu telah pun bersiap siaga menggerakkan pejuang rakyat menerusi pelbagai saluran seperti pengangkutan awan, bas sewa, kenderaan persendirian dan Konvoi Himpunan Kebangkitan Rakyat Fasa 3. Daripada analisis yang diterima secara sah, 4 buah bas digerakkan lebih awal diikuti berpuluh-puluh kenderaan konvoi berkereta persendirian, dan konvoi Himpunan Kebangkitan Rakyat Fasa 3 pula bergerak menerusi ETS. Konvoi HKR Fasa 3 Pas Taman Meru DUN Manjoi ke HKR # KL112  secara rasminya akan digerakkan kira-kira jam 8.00 pagi hari Sabtu bermula di Pusat Tarbiyah Pas, Taman Meru, Ipoh. Pelancaran Perasmian (video) Konvoi HKR Pas Taman Meru Fasa 3 akan disempurnakan oleh Ketua Pas Cawangan  Taman Meru/Setiausaha Pas Kawasan Tambun En. Ahmad Khair Faizal bin Yahya. Keseluruhannya dianggarkan lebih 1000 orang akan menyertai himpunan kali ini dari sekitar Taman Meru, Meru Raya, Taman Jati, Jelapang Jaya, dan Meru Heights sahaja. Peserta akan bergerak mengikut kumpulan masing-masing.

Sepanjang tempoh minggu ini, para jemaah telah diingatkan agar berhimpun secara aman mengikut lunas undang-undang. Setiap malam di Pusat Tarbiyah Pas Taman Meru diadakan pengajian ilmu dan peringatan-peringatan ayat-ayat Al-Quran dan Kitab-kitab Hadis agar peserta ditarbiyah dari segi tujuan dan matlamat disamping diberi motivasi ketahanan mental, aspek kesihatan, dan kekuatan kerohanian supaya lebih bersedia untuk bersama-sama mengukir sejarah tanahair. Semua peserta diingatkan supaya berpakaian Hijau, Kuning, Merah, dan Oren. Kebenaran HKR di Stadium Merdeka juga telah diperolehi sebentar tadi (petang ini).


PENGUMUMAN JAWATANKUASA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota Kuala Lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya

perhimpunan ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR
ambil komuter ambil LRT
di Wilayah Gombak
berhenti di Masjid Jamek
dan bergerak dari sana ke Stadium Merdeka

PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
sila ambil komuter
di Sim River
di Tanjung Malim
di Rawang
dan kawasan-kawasan yang sama
berkumpul di Masjid Negara
dan bergerak ke Stadium Merdeka

NEGERI SEMBILAN
naik komuter dari Seremban Kajang Bangi
cuba jangan bawa kereta ke dalam kota

SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil LRT berhenti di universiti
berhimpun di Masjid Universiti Malaya
bergerak ke Brickfeilds
Warga Aman sedang menungggu

MAHASISWA dan ANAK MUDA
berkumpul di masjid UM
bergerak bersama-sama menuju Brickfeilds

HIMPUNAN HIJAU
berkumpul awal di KLCC

ROYALTI
berkumpul awal di KLCC

MUAFAKAT
berkumpul di jalan sultan
SAMM
berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman

WARGA YANG LAIN
datang terus masuk ke Stadium Merdeka

NOTA
sila berkumpul lebih awal
dan mula bergerak ke Stadium Merdeka - http://facebook.com/HKR.KL112

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/01/berita-terbaik-perkembangan-terkini.html#ixzz1Yj7YLrF7

Takbir  Allahuakhbar
Photobucket
Read More

Saturday, 5 January 2013

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT: Sudahkah anda menyertai kami? (Video Mat Sabu Updated)


KONVOI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KL #112
PAS TAMAN MERU, IPOH
Sabtu  12 Januari 2013

08.00 pg          Berhimpun di Pusat Tarbiyah Pas Taman Meru
08.05 pg          Pelancaran Perasmian (Video Konvoi HKR Pas T/Meru ke KL#112)
08.10 pg          Bergerak ke Stesen KTMB Ipoh
08.30 pg          Check in peserta konvoi di Balai Berlepas KTMB
09.00 pg          Menaiki ETS Silver Ipoh - KL Central

11.00 pg          *Turun di Stesen Keretapi Kuala Lumpur (Masjid Negara)
                                                      ATAU
                         *Turun di KL Central kemudian naik KL Monorail ke Stadium Merdeka 
                                               (jika beroperasi)

01.15 ptg         Solat Jamak Takdim (Zohor/Asar)                                               
   *di Stesen Keretapi KL atau Masjid Negara
                          ATAU
   *di KL Central (jika KL Monorail ke Stadium Merdeka beroperasi)

02.00 ptg         Bergerak ke Stadium Merdeka
02.15 ptg         HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
05.00 ptg         Bersurai

06.00 ptg         *Naik Komuter KTMB di Stesen Keretapi  KL  ke KL Central
                                                  ATAU                                
                         *Naik LRT di Pasar Seni ke KL Central
                                                  ATAU
                         *Naik KL Monorail di Stadium Merdeka ke KL Central  (jika beroperasi)

07.17 mlm       Solat Jamak Takdim (Maghrib/Isyak) di KL Central
09.05 mlm       Menaiki ETS Gold KL Central – Ipoh
11.15 mlm       Tiba di Ipoh

* Tertakluk kepada pindaan

TAKBIR   ALLAHUAKBAR
Read More

Sunday, 30 December 2012

Konvoi HKR Khatanthon 2012 PAS Taman Meru (Video Updated)










Untuk melihat dalam paparan yang lebih berkualiti, ikuti langkah dibawah :

1. Pada bahagian bawah video sebelah kanan, klik pada simbol seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah :



2. Simbol tersebut merupakan "Change Quality", dan jika telah klik pada simbol tersebut satu senarai pilihan akan muncul seperti di bawah :



3. Pilih kualiti pada 480p atau 720p untuk paparan yang lebih berkualiti.
Read More

Wednesday, 26 December 2012

Further Mathematics HKR1million

Stesen Keretapi Tanah Melayu Ipoh, Rabu 26 Disember 2012

Pelancaran HKR1million Pas Taman Meru, telah bermula  pagi tadi di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Ipoh. Tempahan tiket untuk 12 Januari 2013 boleh dibuat sekarang sebelum kehabisan. Hari ini sahaja kaunter tiket telah diserbu oleh penumpang Ipoh untuk ke destinasi masing-masing. Sebahagian besar menempah tiket 28 Disember 2012 Himpunan ANAK dan 12 Januari 2013 HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT.


Formula Further Mathematics 'Pakcik' menempahan tiket untuk 10 penumpang (4 warga emas & 6 'orang muda' penumpang warga Perak Darul Ridzuan).

[(20 x 4) + (25 x 6)] + [(27 x 4) + (35 x 6)] = HKR1juta

Pencerahan Minda
 RM20 (Warga Emas) ETS Silver - 9.00 am
RM25 (Warga Perak DR) ETS Silver

RM27 (W/Emas) ETS Gold - 9.05 pm
RM35 (W/Perak DR) ETS Gold


"Assalamualaikum nak,..er..Pakcik nak tempah tiket...." seterusnya memberikan Formula Further Mathematicsnya.


Menunggu dengan penuh sabar........"Alhamdulillah masih ada........" sahut petugas kaunter tiket dengan senyuman.








Syukur, setelah berbaris panjang dapat juga 'Pakcik' beli tiket di kauter tiket biasa kerana kaunter tiket ETS ditutup sementara waktu.

"Alhamdulillah Pakcik dah dapat beli tiket, nak bila lagi?" ujar Pakcik kepada saya......aduh diriku terasa kerdil tika ini. 


Takbir  Allahuakhbar












Read More

Sunday, 16 December 2012

Konvoi HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT Peringkat Negeri Perak

Bandar Seri Iskandar, Perak  Ahad 16 Disember 2012

Konvoi HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT Peringkat Negeri Perak dari DUN Manjoi ke Bandar Seri Iskandar telah disempurnakan oleh Tn Hj Asmuni Awi AJK Pas Pusat sebentar tadi. Pelancarannya bermula berhampiran Stesen Minyak Caltex Taman Meru kira-kira jam 2.30 petang. Menurut Pengarah Konvoi En. Zairul Azrun Zainal Abidin Ketua Pemuda Pas Kawasan Tambun fasa pertama konvoi dari Taman Meru ke Stesen Minyak Petronas Batu Gajah Perdana. Kemudian fasa kedua konvoi terus ke Bandar Seri Iskandar. Peserta konvoi terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat Kawasan Tambun, juga merupakan pendokong gagasan PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA.

Menurut En Ahmad Khair Faizal bin Yahya Setiausaha Pas Kawasan Tambun/Ketua Pas Cawangan Taman Meru, Konvoi Kebangkitan Rakyat dari Taman Meru disertai 35 kereta dan 40 buah motosikal. Perjalanan konvoi memakan masa 30 minit. Setelah melalui perjalanan  sejauh 20 km peserta konvoi bergabung dengan peserta konvoi fasa kedua. Menurut jurucakap urus setia konvoi, setelah digabungkan peserta konvoi bertambah ramai dan mencecah 20 motosikal berkuasa tinggi, 80 buah motosikal, dan 80 buah kenderaan. En Ahmad Khair Faizal merakamkan terima kasih kepada peserta konvoi Pakatan Rakyat yang telah memberi sokongan padu sebelum menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013. Keseluruhan konvoi selamat tiba di Bandar Seri Iskandar tepat jam 4.00 petang setelah berkonvoi sejauh 40 km. Seterusnya peserta konvoi ke masjid berhampiran untuk bersolat Asar.

Hasil tinjauan dan temuramah blogger kebanyakkan peserta konvoi pada hari ini berhasrat akan menghadiri Himpunan Sejuta Rakyat di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai semangat yang kental, terutamanya orang muda generasi-Y dalam era maklumat di hujung jari. Mereka turut berbangga menjadi sebahagian pelakar sejarah tanahair.

Unit Komunikasi Pas Taman Meru turut membantu dalam aspek teknikal dan membekalkan 8 set hd untuk kegunaan petugas konvoi menyelaraskan trafik dan perjalanan serta keselamatan peserta.

Sebelumnya, Tn Hj Asmuni turut menasihati peserta konvoi agar memandu dengan berhemah serta patuhi peraturan di jalan raya. Beliau teramat teruja dan bersyukur kehadrat Allah swt kerana konvoi kali ini disertai 80 peratus orang muda. Tahniah orang muda, yang berani membuat perubahan.

Pada sebelah malamnya, kehadiran orang ramai mencecah 30,000 orang. Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Perak diakhiri dengan bacaan doa oleh Ust Idris Ahmad AJK Pas Pusat sehingga jam 12.30 malam. Himpunan berjalan lancar tanpa sebarang provokasi.

*Upload video akan menyusul.

En Ahmad Khair Faizal Setiausaha Pas Kawasan Tambun/Ketua Pas Cawangan Taman Meru menyerahkan bendera pelepasan konvoi  kepada Tn Hj Asmuni Awi AJK Pas Pusat petang tadi.


















































!




























Takbir  Allahuakbar
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena