Insya-Allah selepas izin rakan-rakan PR sebaik kita ambil-alih Putrajaya, kita akan undang saudara-saudari sekali lagi ke Stadium Merdeka - DS Anwar Ibrahim
(Sambungan Video HKR di Bandar Seri Iskandar Fasa1 & Fasa 2)
KONVOI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PAS TAMAN MERU KE KL #112
Sabtu 12 Januari 2013
07.50 pg Berhimpun di Pusat Tarbiyah Pas Taman Meru
08.00 pgPelancaran Perasmian (Video Konvoi HKR Pas Taman Meru ke KL#112)
En. Ahmad Khair Faizal bin Yahya
Setiausaha Pas Kawasan Tambun/Ketua Pas Cawangan Taman Meru Pengambaran videoBergambar Kenangan Lipatan Sejarah Pejuang Rakyat
08.10 pgPengambaran video Pergerakkan Konvoi HKR Pusat Tarbiyah Pas ke Stesen KTMB Ipoh
08.30 pg Check in peserta konvoi di Balai Berlepas KTMB Pengambaran videoMengumpul Tandatangan Peserta Kebangkitan Rakyat Ipoh
09.00 pgMenaiki ETS Silver Ipoh - KL Central Pengambaran video dalam setiap KOC sepanjang perjalanan.
11.00 pg Turun di Stesen Keretapi Kuala Lumpur (Masjid Negara)
01.15 ptg Solat Jamak Takdim (Zohor/Asar)
01.50 ptgRakaman videoBerjalan Santai ke Stadium Merdeka YB Khalid Samad YB Mujahid Yusuf Rawa YB Azmin Ali
02.15 ptgHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
05.00 ptg Bersurai
06.00 ptg *Naik Komuter KTMB di Stesen Keretapi KL ke KL Central
ATAU
*Naik LRT di Pasar Seni ke KL Central
ATAU
*Naik KL Monorail di Stadium Merdeka ke KL Central (jika beroperasi)
07.17 mlmSolat Jamak Takdim (Maghrib/Isyak) di KL Central
09.05 mlmRakaman videoPejuang Rakyat kembali ke Ipoh Menaiki ETS Gold KL Central – Ipoh
11.15 mlmTiba di Ipoh.
Semua dijemput hadir
*Ketepatan masa menjadi keutamaan *Baju rasmi: Hijau/Kuning/Oren/Merah *Rakaman video menerusi Youtube.com/brigedkibaranbendera *Laporan secara langsung menerusi bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com
Para Jamaah Pusat Tarbiyah Pas Taman Meru memberi sokongan moral HKR # KL112
HKR #KL112
Taman Meru, 9 Januari 2013
UPU Pas Taman Meru telah bersiap-sedia menggerakkan pejuang rakyat ke HKR#KL112 pada hari Sabtu nanti. Perancangan yang telah disusun sejak sebulan lalu telah pun bersiap siaga menggerakkan pejuang rakyat menerusi pelbagai saluran seperti pengangkutan awan, bas sewa, kenderaan persendirian dan Konvoi Himpunan Kebangkitan Rakyat Fasa 3. Daripada analisis yang diterima secara sah, 4 buah bas digerakkan lebih awal diikuti berpuluh-puluh kenderaan konvoi berkereta persendirian, dan konvoi Himpunan Kebangkitan Rakyat Fasa 3 pula bergerak menerusi ETS. Konvoi HKR Fasa 3 Pas Taman Meru DUN Manjoi ke HKR # KL112 secara rasminya akan digerakkan kira-kira jam 8.00 pagi hari Sabtu bermula di Pusat Tarbiyah Pas, Taman Meru, Ipoh. Pelancaran Perasmian (video) Konvoi HKR Pas Taman Meru Fasa 3 akan disempurnakan oleh Ketua Pas Cawangan Taman Meru/Setiausaha Pas Kawasan Tambun En. Ahmad Khair Faizal bin Yahya. Keseluruhannya dianggarkan lebih 1000 orang akan menyertai himpunan kali ini dari sekitar Taman Meru, Meru Raya, Taman Jati, Jelapang Jaya, dan Meru Heights sahaja. Peserta akan bergerak mengikut kumpulan masing-masing.
Sepanjang tempoh minggu ini, para jemaah telah diingatkan agar berhimpun secara aman mengikut lunas undang-undang. Setiap malam di Pusat Tarbiyah Pas Taman Meru diadakan pengajian ilmu dan peringatan-peringatan ayat-ayat Al-Quran dan Kitab-kitab Hadis agar peserta ditarbiyah dari segi tujuan dan matlamat disamping diberi motivasi ketahanan mental, aspek kesihatan, dan kekuatan kerohanian supaya lebih bersedia untuk bersama-sama mengukir sejarah tanahair. Semua peserta diingatkan supaya berpakaian Hijau, Kuning, Merah, dan Oren. Kebenaran HKR di Stadium Merdeka juga telah diperolehi sebentar tadi (petang ini).
PENGUMUMAN JAWATANKUASA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota Kuala Lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya
perhimpunan ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga
PANTAI TIMUR
ambil komuter ambil LRT
di Wilayah Gombak
berhenti di Masjid Jamek
dan bergerak dari sana ke Stadium Merdeka
PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
sila ambil komuter
di Sim River
di Tanjung Malim
di Rawang
dan kawasan-kawasan yang sama
berkumpul di Masjid Negara
dan bergerak ke Stadium Merdeka
NEGERI SEMBILAN
naik komuter dari Seremban Kajang Bangi
cuba jangan bawa kereta ke dalam kota
SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil LRT berhenti di universiti
berhimpun di Masjid Universiti Malaya
bergerak ke Brickfeilds
Warga Aman sedang menungggu
MAHASISWA dan ANAK MUDA
berkumpul di masjid UM
bergerak bersama-sama menuju Brickfeilds
HIMPUNAN HIJAU
berkumpul awal di KLCC
ROYALTI
berkumpul awal di KLCC
MUAFAKAT
berkumpul di jalan sultan SAMM
berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman
WARGA YANG LAIN
datang terus masuk ke Stadium Merdeka
NOTA
sila berkumpul lebih awal
dan mula bergerak ke Stadium Merdeka - http://facebook.com/HKR.KL112
08.00 pg Berhimpun di Pusat Tarbiyah Pas Taman Meru 08.05 pg Pelancaran Perasmian (Video Konvoi HKR Pas T/Meru ke KL#112)
08.10 pg Bergerak ke Stesen KTMB Ipoh
08.30 pg Check in peserta konvoi di Balai Berlepas KTMB
09.00 pg Menaiki ETS Silver Ipoh - KL Central
11.00 pg *Turun di Stesen Keretapi Kuala Lumpur (Masjid Negara) ATAU *Turun di KL Central kemudian naik KL Monorail ke Stadium Merdeka (jika beroperasi)
01.15
ptg Solat Jamak Takdim
(Zohor/Asar)
*di Stesen Keretapi KL atau Masjid
Negara
ATAU *di KL Central (jika KL Monorail ke Stadium Merdeka beroperasi)
02.00 ptg Bergerak ke Stadium
Merdeka
02.15 ptg HIMPUNAN
KEBANGKITAN RAKYAT
05.00 ptg Bersurai
06.00
ptg *Naik
Komuter KTMB di Stesen Keretapi KL ke KL Central
ATAU
*Naik LRT di
Pasar Seni ke KL Central
ATAU
*Naik KL Monorail di Stadium Merdeka ke KL Central (jika beroperasi)
07.17
mlm Solat Jamak Takdim
(Maghrib/Isyak) di KL Central
Konvoi HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT Peringkat Negeri Perak dari DUN Manjoi ke Bandar Seri Iskandar telah disempurnakan oleh Tn Hj Asmuni Awi AJK Pas Pusat sebentar tadi. Pelancarannya bermula berhampiran Stesen Minyak Caltex Taman Meru kira-kira jam 2.30 petang. Menurut Pengarah Konvoi En. Zairul Azrun Zainal Abidin Ketua Pemuda Pas Kawasan Tambun fasa pertama konvoi dari Taman Meru ke Stesen Minyak Petronas Batu Gajah Perdana. Kemudian fasa kedua konvoi terus ke Bandar Seri Iskandar. Peserta konvoi terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat Kawasan Tambun, juga merupakan pendokong gagasan PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA.
Menurut En Ahmad Khair Faizal bin Yahya Setiausaha Pas Kawasan Tambun/Ketua Pas Cawangan Taman Meru, Konvoi Kebangkitan Rakyat dari Taman Meru disertai 35 kereta dan 40 buah motosikal. Perjalanan konvoi memakan masa 30 minit. Setelah melalui perjalanan sejauh 20 km peserta konvoi bergabung dengan peserta konvoi fasa kedua. Menurut jurucakap urus setia konvoi, setelah digabungkan peserta konvoi bertambah ramai dan mencecah 20 motosikal berkuasa tinggi, 80 buah motosikal, dan 80 buah kenderaan. En Ahmad Khair Faizal merakamkan terima kasih kepada peserta konvoi Pakatan Rakyat yang telah memberi sokongan padu sebelum menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013. Keseluruhan konvoi selamat tiba di Bandar Seri Iskandar tepat jam 4.00 petang setelah berkonvoi sejauh 40 km. Seterusnya peserta konvoi ke masjid berhampiran untuk bersolat Asar.
Hasil tinjauan dan temuramah blogger kebanyakkan peserta konvoi pada hari ini berhasrat akan menghadiri Himpunan Sejuta Rakyat di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai semangat yang kental, terutamanya orang muda generasi-Y dalam era maklumat di hujung jari. Mereka turut berbangga menjadi sebahagian pelakar sejarah tanahair.
Unit Komunikasi Pas Taman Meru turut membantu dalam aspek teknikal dan membekalkan 8 set hd untuk kegunaan petugas konvoi menyelaraskan trafik dan perjalanan serta keselamatan peserta.
Sebelumnya, Tn Hj Asmuni turut menasihati peserta konvoi agar memandu dengan berhemah serta patuhi peraturan di jalan raya. Beliau teramat teruja dan bersyukur kehadrat Allah swt kerana konvoi kali ini disertai 80 peratus orang muda. Tahniah orang muda, yang berani membuat perubahan.
Pada sebelah malamnya, kehadiran orang ramai mencecah 30,000 orang. Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Perak diakhiri dengan bacaan doa oleh Ust Idris Ahmad AJK Pas Pusat sehingga jam 12.30 malam. Himpunan berjalan lancar tanpa sebarang provokasi.
*Upload video akan menyusul.
En Ahmad Khair Faizal Setiausaha Pas Kawasan Tambun/Ketua Pas Cawangan Taman Meru menyerahkan bendera pelepasan konvoi kepada Tn Hj Asmuni Awi AJK Pas Pusat petang tadi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.