Showing posts with label Bersih. Show all posts
Showing posts with label Bersih. Show all posts

Tuesday, 2 October 2018

[Video Ini Anwar Ibrahim, baru kena sikit tear gas dah terlentang di hospital, tak bukak lagi baju kuning (Bersih 2.0) - Najib] Polis sekali lagi panggil Najib & BERSIH cuba lepas tangan, Najib tuntut penjelasan SPR.

Rabu, 3 Oktober 2018

Perhimpunan Bersih 2.0 

Related image

Image result for gambar Anwar Ibrahim masuk hospital kena tear gas
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tercedera dalam perhimpunan BERSIH 2.0.

Polis sekali lagi panggil Najib

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi memanggil bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disoal siasat hari ini.
Portal Utusan Malaysia yang memetik Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB) Datuk Lokman Noor Adam berkata, ahli parlimen Pekan itu akan hadir ke Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.
Menurutnya, beliau hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Mk.

BERSIH cuba lepas tangan, Najib tuntut penjelasan SPR

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan berhubung laporan polis yang didakwa dibuat hanya terhadapnya sebagai pihak yang melakukan kesalahan pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis.
“Semalam, BERSIH berkata bukan mereka yang pilih kasih melaporkan saya kepada pihak polis kerana saya didakwa telah melakukan kesalahan memuatnaik satu hantaran di FaceBook pada pukul 7 pagi hari mengundi PRK Sg Kandis walaupun saya bukan calon pun.
“BERSIH menjelaskan bahawa pihak SPR yang membuat laporan polis terhadap saya walaupun BERSIH menghantar senarai kesalahan yang juga mengandungi kesalahan-kesalahan yang agak berat dari pihak PKR termasuk calon PKR sendiri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Justeru, menurut Najib BERSIH cuba lepas tangan dan menuduh SPR sebagai pihak yang pilih kasih kerana hanya membuat laporan polis terhadap saya tetapi tidak terhadap PKR dan calonnya, di Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
"Saya ingin tahu apa penjelasan pihak SPR kerana sebagai pihak yang patut berlaku adil, tuduhan BERSIH terhadap mereka ini adalah amat serius," kata Najib.
Mk.

Read More

Thursday, 9 November 2017

[Video Anggap PAS gagal, bekas Duta sertai DAP] Lagi diserang lagi ramai Melayu sertai DAP, terbaru bekas calon Pas.

Jumaat, 10 November 2017

Image result for Gambar Parti Harapan

Lagi diserang lagi ramai Melayu sertai DAP, terbaru bekas calon Pas

Walaupun sering menjadi bahan serangan Umno dan Pas dengan label chauvinis, anti-Melayu, anti-Islam, menggugat dominasi politik Melayu dan sebagainya, DAP sebaliknya terus mendapat sokongan orang Melayu khususnya golongan cerdik pandai, budayawan dan profesional.

Terbaru, bekas duta besar negara ke Mexico Datuk Yeop Adlan Che Rose, 74, mengambil keputusan menyertai DAP.
Yeop Adlan (foto) yang juga bekas calon Pas bagi kawasan parlimen Hulu Langat pada pilihan raya umum (PRU) 2004  menyifatkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP bersama rakan-rakan komponen Pakatan Harapan (PH) sebagai satu-satunya kerajaan negeri yang bersih, cekap dan amanah.
Malah ia adalah sebab utama yang menarik minat beliau menyertai DAP selepas pernah menyertai PAS sebagai AJK Lajnah Antarabangsa sebelum menyertai PKR dan dilantik Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti itu sewaktu rombakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR pada April 2009.
“Pulau Pinang 50 tahun dipegang oleh BN, apa dia buat? Tak ada perancangan, kelam kabut, sesak, begitu begini dan sebagainya. Terutamanya tempat makan, dengan tikusnya, kotor, masyhur sebagai bau sampah.
“Tetapi (DAP) ambil dua penggal sahaja. Tengok, sudah bersih. Kerajaan yang waras dengan perbelanjaan. Tutup bocor (pembaziran), tak ada tiris. (Pelaksanaan) tender terbuka. Dia (kerajaan) belanja, tapi dengan baik.
“Hutang dah turun, daripada RM680 juta tinggal RM66 juta sahaja. Yang paling tinggi sekali (hutang) Pahang (iaitu) RM2.3 bilion,” ujarnya ketika diwawancara Roketkini.com.
Malah katanya, kemajuan orang Melayu dari segi ekonomi hanya akan dapat dicapai dalam sebuah negara yang ditadbir seperti mana dilakukan PH di Pulau Pinang.
Bagi Yeop Adlan, orang Melayu tidak perlu bimbang dengan pembabitan DAP dalam PH kerana gabungan itu juga turut disertai parti-parti majoriti Melayu seperti PKR, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Gejala rasuah, bagi Yeop Adlan, adalah perkara utama yang harus diberikan perhatian dan dibendung secara komprehensif oleh kerajaan bagi memastikan pentadbiran negara sentiasa bersih dan kemakmuran dapat dinikmati oleh rakyat.
Bagaimanapun beliau kesal pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal menjalankan tanggung jawab untuk menyiasat skandal mega penyelewengan dana 1MDB yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.
“Kalau dah masuk dalam akaun sendiri (peribadi) sampai RM2.6 bilion macam mana ni? Ini dah rekod dunia!” tegasnya sambil menyifatkan siri tangkapan berprofil tinggi yang dilakukan SPRM sejak akhir-akhir ini sebagai hanya “wayang kulit” semata-mata.
Beliau memberi contoh Indonesia di bawah pentadbiran Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Singapura hasil kepimpinan mendiang Lee Kuan Yew yang menurutnya lebih serius dalam menangani budaya rasuah.
Malah katanya, rakyat akan bangkit melawan pemerintah yang rasuah sekiranya kesan daripada gejala itu benar-benar dapat dirasai oleh orang ramai melalui peningkatan kos sara hidup dan sebagainya.
Selain Yeop Adlan, DAP juga menerima keahlian Sasterawan Negara Datuk Seri A Samad Said, bekas pensyarah kanan dan pakar undang-undang perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.
Malaysia Dateline
Read More

Monday, 28 April 2014

New World Order?: Obama!, Najib tidak pernah berjumpa dengan kami" - Pengerusi Bersih 2.0

Isnin, 28 April 2014

Obama mai dari jauh sanggup berjumpa golongan pembangkang, tapi Najib haram sekali pun tak berani..!!

Najib Dan Rosmah Pasti Tersentap Dengan Pendedahan Ini..

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengambil kesempatan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama untuk mendedahkan kepincangan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai punca ekstremis agama dan kaum berleluasa di Malaysia.

Maria yang turut aktif dalam gerakan hak asasi manusia di Malaysia berkata, slogan demokratik dan kesederhanaan yang dilaungkan oleh Najib hanya topeng semata-mata.

"Saya ambil peluang ini untuk menegaskan Malaysia bukan sebuah negara demokratik dan tidak sederhana, saya beritahu beliau (Obama)," kata Maria kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur malam tadi.

"Kami berbincang dalam tempoh 50 minit... perbincangan berkenaan undang-undang dan akta tekanan, termasuk tahanan tanpa bicara seperti Akta Hasutan.”

Dalam pertemuan itu, Maria juga sempat berkongsi dengan Obama bagaimana pentadbiran Najib bermain politik agama selepas gagal mendapatkan sokongan majoriti rakyat Malaysia.


"Kerajaan sedia ada ini adalah sebuah kerajaan minoriti, dan kerana tidak mendapat sokongan kerajaan, terpaksa membina asas berdasarkan agama Islam hingga menyebabkan ekstremisme agama berlaku," kata beliau.

Maria juga menerangkan mengenai kemelut dalam isu kalimah Allah, serbuan dan serangan ke atas gereja dan mengenai usaha Najib menyokong pelaksanaan hukum hudud.

"Jika tiada perubahan yang tulen sekarang, ia pasti akan membawa kepada perpecahan dalam negara kerana isu agama dan kaum," katanya.

"Dalam isu ini, kerajaan mesti menghentikannya jika mereka mengiktiraf masyarakat yang pelbagai kaum, tetapi mereka tidak lakukannya."

Selain politik agama, Maria juga mendedahkan penemuan Tribunal Rakyat yang dijalankan oleh Bersih 2.0 di mana banyak berlaku kepincangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Kami juga bawa isu tentang senarai pemilih, penipuan, rasuah, kempen berbentuk ugutan yang membantu kerajaan minoriti mengekalkan kuasa," katanya.

Selain Maria, antara yang berpeluang bertemu Obama di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur semalam adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam, peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, Presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong dan ahli majlis Honey Tan, Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa, Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS) Ratna Osman dan wakil Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM), Rev Dr Herman Shastri.

"Isu rampasan Injil berbahasa Melayu juga diberi perhatian dan saya bangkitkan mengenai jurang sempit yang dihadapi penganut agama Kristian di sini, di mana kami sering terperangkap dalam tekanan antara majoriti lawan minoriti," kata Dr Herman.

Selain itu, isu-isu seperti pendakwaan berat sebelah oleh Putrajaya serta pelaksanaan undang-undang baru yang bertentangan dengan hak asasi manusia juga dibincangkan.

"Kami juga bangkitkan mengenai penggunaan Akta Hasutan sebagai alat dakwaan bermotifkan politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga aktivis sosial.

"Pengerusi Majlis Peguam, Christopher Leong menjelaskan secara terperinci mengenai penggunaan akta yang menindas dalam negeri serta pengenalan akta baru yang membawa perbicaraan tanpa bicara atau Akta Pencegahan Jenayah (PCA)," kata Maria.

Malah, semasa perbincangan itu, pihak Suhakam juga memberitahu Obama mengenai kuasa terhad yang diberikan kepada mereka, kata Maria lagi.

Lebih mengecewakan lagi, Maria berkata Najib juga tidak mempunyai keberanian dan mengambil inisiatif untuk bertemu dengan kumpulan sivil, walhal Obama sanggup meluangkan masa hampir sejam berbincang dengan mereka.

"Kami juga beritahu Obama, Perdana Menteri tidak pernah berjumpa dengan kami.

"Tapi beliau ambil masa hampir sejam untuk bertemu dengan kami, malah menjemput kami," kata beliau.

Obama tiba di Malaysia pada Sabtu dalam siri lawatan tiga harinya serta mengadakan mesyuarat dua hala dengan Malaysia.

"Kami juga menerangkan berkenaan situasi hak asasi di Malaysia, dan meminta AS tidak lagi menggelar Malaysia sebagai negara demokratik dan negara sederhana, kerana ia memberi kesan kepada tugas hak asasi manusia," kata Maria.

"Kita memerlukan transformasi demokratik.”

Maria berkata, Obama mempunyai tahap diplomasi yang tinggi dan akan mengambil tindakan lanjut terhadap segala isu yang dibangkitkan mereka.

Hari ini, Obama akan berlepas ke Filipina sebagai destinasi terakhir lawatannya ke Asia sebelum pulang ke AS. ~tmi
Posted by Kedah Lanie
Read More

Friday, 25 April 2014

Obama akan bertemu Gabungan BERSIH, B.K.Islam, & Majlis Peguam...Penasihat Keselamatan Negara Susan Rice pula bertemu Anwar

Sabtu, 26 April 2014

Rupanya Penasihat Keselamatan Obama Bertemu Anwar

Obama hantar ketua penasihat keselamatannya bertemu Anwar
Ng Kee Seng
Kunjungan pertama Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia selepas lebih lima puluh tahun menyaksikan Barack Obama bukan hanya bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi juga pergerakan sivil rakyat Malaysia.
Obama dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada hari Sabtu (26 April) sebagai sebahagian lawatannya ke Asia dan telah menugaskan Penasihat Keselamatan Negara Susan Rice bagi bertemu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat rupa-rupanya membuat serkap jarang apabila berkata Obama tidak mahu bertemunya.
Mereka menghamburkan pebagai dakwaan termasuk bahawa Obama dan AS gagal mempertahankan hak asasi, kebebasan dan keadilan dengan menafikan Anwar bertemunya.
Dilaporkan, Obama juga akan bertemu pemimpin-pemimpin daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Barisan Kebangkitan Islam dan Majlis Peguam pada hujung minggu ini di kedutaan AS di Kuala Lumpur.
AFP memetik seorang pegawai kanan Amerika Syarikat pada 24 April sebagai berkata, Rice dijadualkan bertemu Anwar ketika Obama mengunjungi Malaysia.
Agensi berita itu berkata, Obama perlu mengimbangi pelbagai perkara: menghormati tuan rumah dan rakannya di Asia Tenggara sambil meninjau perkembangan politik serta dakwaan yang dibuat terhadap Anwar.
Anwar disabit kesalahan sodomi pada 7 Mac sementara pakatan pembangkangnya terjebak di dalam pertempuran panjang dengan parti pemerintah Barisan Nasional. Beliau diberitahu bahawa Obama tidak akan menemuinya secara peribadi.
Tetapi keputusan menghantar Penasihat Keselamatan Negara Susan Rice bakal memberi isyarat jelas kerana Rice merupakan pegawai kanan bagi dasar luar negara AS.
Anwar memberitahu AFP minggu ini bahawa beliau tidak kecewa tidak dapat bertemu Obama tetapi menjelaskan bahawa pertemuan itu selari dengan dasar luar Amerika bagi mempromosi kebebasan dan keadilan.
Pada bulan Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar bagi kesalahan melakukan hubungan sejenis dengan pembantunya pada 2008.
Beliau masih berpeluang membuat rayuan di mahkamah persekutuan.
Selaku bekas timbalan perdana menteri, Anwar menjalin hubungan baik dengan Washngton yang setuju dengan laungan reformasi laungannya.
Read More

Tuesday, 4 March 2014

Sokong Mejar Zaidi TUDM - Hukum SPR bukan Mejar Zaidi... Dia kemukakan bukti tapi DIHUKUM!

Selasa, 4 Mac 2014
mejar zaidi


View image on Twitter
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) melancarkan kempen untuk menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia menggugurkan kesemua pertuduhan ke atas seorang pegawai pasukan tersebut Mejar Zaidi Ahmad berhubung isu dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata NGO itu juga akan mengemukakan tuntutan rasmi kepada Majlis Angkatan Tentera agar kesemua tujuh pertuduhan ke atas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.

Katanya, “Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi” itu meminta pengguna media sosial memuatkan gambar dengan slogan sokongan kepada Mejar Zaidi melalui laman Facebook dan Twitter.

Katanya, kempen itu bermula pada bulan April apabila TUDM memulakan perbicaraan ke atas pegawai berusia 45 tahun itu.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi.

“Jadi kenapa pula tindakan ini diambil terhadap Mejar Zaidi yang berkata apa yang benar demi kepentingan awam?

"BERSIH 2.0 percaya bahawa ramai rakyat Malaysia merasakan Mejar Zaidi tidak seharusnya dihukum tetapi disanjungi kerana kejujuran dan keberaniannya untuk menegakkan kebenaran," kata Maria dalam kenyataannya.

Zaidi mungkin kehilangan pencen dan faedah lain sekiranya didapati bersalah, katanya lagi yang menganggap perkara itu sebagai ketidakadilan yang tidak boleh diterima oleh rakyat

Beliau meminta pengguna media sosial menggunakan slogan “Gugur Pertuduhan Mejar Zaidi” atau “Hukum SPR, bukan Mejar Zaidi” dan juga hashtag #sokongzaidi.

Maria turut menyeru orang awam agar menunjukkan sokongan kepada Mejar Zaidi dengan menghadiri perbicaraan pada 8 April hingga 10 April 2014 di Mahkamah Tentera TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Pegawai yang bertugas di Pengkalan Udara Butterworth itu pada 7 Februari lalu mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 atas tuduhan memberi kenyataan media berkenaan isu dakwat kekal.

Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dua lagi tuduhan menghantar khidmat pesanan ringkas berbaur politik dan hasutan, mengikut di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.
Malaysiakini.
Posted 2014/03/04 by Ana Ghoib in Berita Harian

Himpunan sokong Mejar Zaidi Ahmad pada 8 April oleh Bersih 2.0


Maria Chin Abdullah menyeru rakyat Malaysia menunjukkan sokongan kepada Mejar Zaidi Ahmad dan menggesa supaya pertuduhan yang dikenakan ke atasnya digugurkan. – Gambar The Malaysian Insider
Pertubuhan bukan kerajaan (Bersih 2.0) menggesa orang ramai turun ke kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi bagi memberikan sokongan kepada Mejar Zaidi Ahmadyang akan dibicarakan 8 April depan.
Kumpulan tersebut berkata rakyat perlu membela tindakan berani juruterbang TUDM itu dan dia tidak sepatutnya dihukum.
“Tunjukkan kepada Mejar bahawa beliau bukan keseorangan.
“Sampaikan pesanan kepada semua bahawa tindakan yang patut dibanggakan dan dipuji ini tidak patut dihukum,” kata Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dalam satu kenyataan.
Beliau dituduh membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik.
Maria juga menggesa supaya pertuduhan yang dikenakan ke atas Zaidi digugurkan.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri sudah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi.
“Jadi kenapa pula tindakan ini diambil terhadap Mejar Zaidi yang berkata benar demi kepentingan awam?” katanya.
Di samping itu, Bersih 2.0 juga melancarkan “Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi” bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa tersebut.
Surat bantahan daripada Bersih 2.0 juga dihantar kepada Majlis Angkatan Tentera untuk memberi tekanan supaya pertuduhan digugurkan.
“Bersih 2.0 percaya bahawa ramai rakyat Malaysia merasakan Mejar Zaidi tidak seharusnya dihukum tetapi disanjungi kerana kejujuran dan keberaniannya untuk menegakkan kebenaran,” kata Maria lagi.
Sekiranya didapati bersalah, Zaidi mungkin kehilangan pencen dan faedah lain. Ini merupakan ketidak-adilan yang tidak boleh diterima oleh rakyat.
Zaidi akan dibicarakan di hadapan panel Mahkamah Tentera yang diketuai Kol Saadon Hasnan turut terdiri daripada Lt Kol Zainurin Mohd Dom, Mej Khuzairi Mohd Arshad, Mej Khairul Nizam Taib, Mej S. Nadzeer Salehuddin and Mej Noor Azman Ahmad.
Zaidi berdepan lima pertuduhan antaranya berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain. TMI
Read More

Tuesday, 26 February 2013

GangNAM MANJOI Style: Re-re-For-for-Ma-ma-Si-si!..Untuk Anak Muda ...

Selasa, 26 Februari,2013
selangorku.com
Re-re-For-for-Ma-ma-Si-si
GANGNAM MANJOI Style


REFORMASI Minda
PESANAN TOK GURU
Cananglahnie

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena