Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Monday, 3 June 2019

Perpaduan bersama UMNO, MCA, MIC adalah misi PAS untuk buang hudud? Jangan lepaskan Apandi Ali! [Video Saya akan pilih peguam yang akan dilantik inkues Adib]

Isnin, 3 Jun 2019
KiniTV
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin akan membuat keputusan segera peguam dari Jabatan Peguam Negara (AGC) yang akan mewakili kementeriannya dalam inkues Muhammad Adib Mohd Kassim. Dia berkata bahawa dia telah meminta AGC untuk mencadangkan beberapa DPP kanan untuk menggantikan peguam Syazlin Mansor, yang baru-baru ini menarik diri dari pendengaran itu. "Saya telah meminta mereka mencadangkan dua hingga tiga nama, dan saya pilih siapa yang akan dilantik
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks
Perpaduan bersama UMNO, MCA, MIC adalah misi PAS untuk buang hudud?
Patutlah tak dengar hudud lagi dah. Kalau tak hari-hari ratib hudud.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Siapa saja yang terlibat dalam skandal 1MDB atau SRC, mesti diadili dengan sempurna.
Ramai rakyat mengundi PH kerana mahu skandal 1MDB dibuktikan & diadili.
Dan ramai pelabur akan kembali yakin utk melabur jika skandal rasuah terbesar ini ditumpaskan sehabisnya!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Saya akan putuskan DPP dalam inkues Adib - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membuat keputusan terhadap pelantikan peguam baru bagi mewakili kementerian itu dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Bercakap kepada pemberita di Putrajaya pagi ini, menteri KPKT Zuraida Kamaruddin berkata beliau telah meminta Pejabat Peguam Negara mencadangkan beberapa nama timbalan pendakwa raya (DPP) kanan untuk menggantikan peguam Syazlin Mansor yang baru-baru ini menarik diri daripada inkues berkenaan.
"Saya minta mereka cadangkan 2,3 nama dan biar saya yang buat pilihan untuk melantik (mewakili KPKT dan jabatan bomba).
"Jadi inkues akan sambung 26 Jun, ada masa lagi. Ketika ni belum submit nama pada saya, bila dapat nama saya akan lihat dan buat keputusan," katanya semasa sidang akhbar di bangunan KPKT.
Minggu lepas, Syazlin, seorang peguam swasta yang mewakili kementerian itu sejak hari pertama inkues berkenaan, mengumumkan pengundurannya.
Read More

Wednesday, 6 March 2019

[Video MCA, MIC Mula Berang Dengan Umno & Apabila ASKAR SIBER Diketepikan Terimalah Akibatnya] Hu hu hu Bodo2 Selalu! Sentimen kaum, agama bakal berulang di Rantau?

Khamis, 7 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
“Inilah hebatnya Presiden kami. Pemikiran jauh ke hadapan.” Kata walaunbodo
Hu Hu Huuu! Bodo2 Selalu!

Sentimen kaum, agama bakal berulang di Rantau?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan diadakan pada 13 April.
Pengerusinya, Azhar Aziz Harun memaklumkan hari penamaan calon ditetapkan pada 30 Mac dan setiap calon mempunyai 14 hari untuk berkempen.
Sehari sebelumnya, UMNO menerusi pemangku pengerusinya Mohamad Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat mengumumkan bahawa parti Melayu itu kini sudah “bersanding” dengan PAS yang merupakan parti Islam.
Beliau yang merupakan penyandang DUN Rantau memberi analogi ikatan sah perhubungan antara lelaki dan wanita mengikut adat Melayu dan Islam untuk kerjasama yang terjalin antaranya dan PAS.
Ia adalah kesinambungan daripada kerjasama mereka di dua PRK sebelum ini iaitu di Sungai Kandis dan Seri Setia yang menurut Tok Mat merupakan proses merisik dan bertunang.
Dengan pengesahan itu maka segala khabar angin yang ditepis kedua-dua mempelai sebelum ini mengenai kisah percintaan mereka sudah terjawab. Segala teka-teki yang menjadi persoalan rakyat sudah terungkai.
Maka, UMNO-PAS kini bakal melayari bahtera bersama-sama dan bersiap siaga untuk dibadai ombak di DUN Rantau.
Alangkah manisnya jika tempoh bulan madu ini UMNO-PAS dikurniakan cahaya mata dan dilahirkan pula di Rantau. Malah, pengikut mereka yang setia melihat seperti menonton siri realiti televisyen pasti akan menangis terharu dan memanjatkan syukur kepada tuhan atas kurniaan tersebut.
Untuk tidak menghampakan pengikutnya, UMNO mungkin akan kembali menunjukkan kesadoannya dengan mengulang semula isu basi perkauman yang menjadi strategi mereka di Semenyih.
Sementara, PAS, yang bukan lagi dara pingitan, akan memainkan sentimen keagamaan ditambah dengan perasa perkauman yang dipinjamkan dari UMNO untuk sekali lagi menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai pembohongan dan fitnah terhadap Pakatan Harapan.
Yang paling teruk menerima natijahnya tidak lain dan tidak bukan adalah DAP. Ya, DAP yang selalu dimomokkan sebagai jembalang itulah.
Taktik bumi hangus
Antara yang sudah mencium taktik pasangan dua sejoli ini adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong.
Beliau menyamakan peristiwa UMNO-PAS itu dengan dasar kententeraan yang dipanggil dasar bumi hangus. Dengan UMNO-PAS kini bersedudukan, maka terdapat ura-ura yang MIC dan MCA bakal meninggalkan BN.
Menurut Chin Tong, UMNO-PAS akan memain sentimen kaum di kalangan orang Melayu, sementara MCA-MIC pula sebaliknya. Beliau menyifatkan ia sebagai “kebangkitan gerakan perkauman”. Ia merupakan serangan serampang dua mata keempat-empat parti itu terhadap Pakatan Harapan.
Mungkin taktik menyalahkan DAP terhadap semua perkara akan diulang lagi dalam ceramah di Rantau. DAP – yang telah berkali-kali menegaskan tekadnya untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan menghormati kedudukan agama Islam – akan ditohmah dengan pelbagai pembohongan.
Tidak mustahil juga Tok Mat akan mengulangi retorik haluan kanan dengan menyifatkan orang bukan Melayu di Malaysia sebagai “penumpang”. Mungkin juga Setiausaha Agung BN Nazri Aziz akan mengulangi modal mengenai lantikan Ketua Hakim, Peguam Negara dan Menteri Kewangan dari kalangan bukan Melayu.
Namun, Tok Mat dan Nazri mungkin perlu berhati-hati dalam mempergunakan strategi tersebut, kerana hampir 50 peratus pengundi di Rantau adalah terdiri daripada orang bukan Melayu.
Silap percaturan, UMNO-PAS mungkin tidak merasa cahaya mata. Sekaligus menghampakan harapan pengikutnya. – Roketkini.com
Read More

Thursday, 26 January 2017

[Video] #Myvi - Netizen Kutuk Pemandu Halang Laluan Ambulans! MCA, Gerakan ada perjanjian dengan Pas...

Khamis, 26 Januari 2017

Pemandu 'Selfish' Buat Hal Lagi...


Admin pun tak tau orang ke 'binatang' yang bawa kereta Myvi ni..
Korang nilaikan la sendiri selepas menonton rakaman rakaman dari ambulans ni..
#WA6502U

Netizen Kutuk Pemandu Halang Laluan Ambulans
TINDAKAN pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang menghalang laluan sebuah ambulans di Lebuhraya Persekutuan menjadi viral di Facebook.
Netizen selain itu turut mengutuk tindakan pemandu berkenaan apabila video yang dirakam oleh kamera ambulans berkenaan mendedahkan hampir berlaku perlanggaran akibat sikap pemanduan tidak berhemah itu.

MCA, Gerakan ada perjanjian dengan Pas tidak menentang kleptokrasi Najib

 | DALIA ISMAIL
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
Masa tinggal berbaki sehari lagi tawaran dibuat DAP kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong untuk berbincang cara membebaskan Malaysia daripada seorang kleptokrasi dunia, masih tidak mendapat respon pimpinan BN itu.
Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam catatan diblognya hari ini berkata, dalam tempoh 72 jam yang diberikan kepada dua pimpinan BN itu sejak Rabu lalu, akan wujud satu perjanjian tidak bertulis dibuat antara MCA dan Gerakan bersama Pas.
"Akan muncul perjanjian tidak bertulis antara Liow dan Mah dengan Hadi bahawa mereka tidak akan melemparkan batu di kapal Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan tidak akan menimbulkan sebarang isu atau persoalan mengenai skandal pengubahan wang haram berbilion dolllar AS membabitkan 1MDB walaupun Malaysia dianggap sebagai sebuah negara kleptokrasi global.
"Adakah saya salah? Kita akan tahu apabila tawaran 72jam saya kepada Liow dan Mah akan tamat pada tengah hari esok!" ujarnya.
Pada Rabu Kit Siang berkata, bersedia untuk berjumpa MCA dan Gerakan bagi membincangkan untuk mengadakan kerjasama selepas menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan Pas.
Beliau bersedia dalam tempoh 72 jam untuk berjumpa dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong bagi membincangkan cara untuk membebaskan Malaysia daripada kleptokrasi global.
(dari kiri) Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan  Datuk Mah Siew Keong.(dari kiri) Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.
Ahli Parlimen Gelang Patah ini juga berkata, tidak ada masa yang lebih baik daripada sekarang untuk semua pemimpin politik, sama ada dalam kerajaan atau pembangkang, untuk menunjukkan semangat patriotisme dan cinta mereka kepada negara ini bersatupadu dalam agenda nasionaluntuk menyelamatkan Malaysia dari kleptokrasi global.
Beliau merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low baru-baru ini yang memalukan negara, bahawa Transparency International (TI) Indeks persepsi rasuah (CPI) 2016 di Berlin semalam, yang menunjukkan bahawa Malaysia sedang menjunam ke bawah tanpa terkawal dalam persepsi negara dan antarabangsa mengenai integriti, tadbir urus yang baik dan memerangi rasuah.
"Rakyat Malaysia terkejut walaupun mereka tidak perlu terkejut bahawa Datuk Paul Low berusaha untuk "white-wash" Malaysia dalam kedua-dua kedudukan dan skor TI CPI 2016 itu.
"Low kata kejatuhan satu mata dalam skor CPI 2016 Malaysia, dari 50 daripada 100 pada tahun 2015 dan kepada 49 marginal 'tidak penting' sedangkan kedudukan Malaysia dalam CPI TI 2016 juga jatuh satu anak tangga dari 54 pada 2015 kepada 55 pada 2016.
"Biar saya mengingatkan Low bahawa apabila dia tinggalkan Transparency International Malaysia untuk menyertai kabinet Najib selepas PRU13, Malaysia berada pada kedudukan ke-54 dengan skor 49 daripada 100 dalam CPI TI 2012.
"Apabila Malaysia memperbaiki kedudukannya daripada 54 kepada kedudukan ke-53 dalam CPI TI 2013, rakannya di Kabinet dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala sangat gembira dan mengisytiharkan bahawa Pemandu mensasarkan Malaysia untuk berada dalam 30 teratas menjelang 2020.
"Kini Malaysia telah turun ke bawah ke tempat ke-55, dan matlamat Malaysia untuk berada dalam senarai 30 negara dalam TI CPI semakin jauh terpinggir.
"Tambahan pula, Low amat sedar komentar yang buruk dalam CPI TI mengenai masalah rasuah di Asia Pasifik dan Malaysia.
"Apabila laporan itu menyifatkan masalah rasuah di Asia Pasifik, ia juga telah menerangkan nasib Malaysia, iaitu majoriti negara-negara Asia Pasifik duduk di bahagian bawah Indeks Persepsi Rasuah 2016 yang mana 19 daripada 30 negara-negara di rantau ini diranking 40 atau kurang daripada 100," terangnya.
Menurut Kit Siang lagi prestasi yang lemah boleh dikaitkan dengan kerajaan yang berprofil tinggi skandal rasuah, di samping isu-isu rasuah setiap hari, terus melemahkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
"Perdana Menteri Malaysia telah lama terlibat dalam skandal rasuah 1MDB dengan tidak dapat dijelaskan USD700juta dalam akaun bank peribadinya, menyumbang kepada skor suram di negara ke-49 daripada 100. Apa komen Low mengenai TICPI 2016 ini?" soalnya.
Kit Siang juga melahirkan kekecewaan dengan kenyataan Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar  semalam yang dakwanya, telah membuat serangan tidak berasas dan tidak merujuk kepada ahli-ahli politik ketika mengulas mengenai CPI TI 2016.
"Akhbar mengatakan bahawa "Semua ahli politik rasuah, jadi memilih yang kurang rasuah" - Rakyat Malaysia diminta untuk membuat pilihan.
"Najib dan Menteri-menteri dan pemimpin BN tidak boleh tersinggung dengan kenyataan Akhbar itu tetapi pemimpin DAP dan saya amat marah dan tersinggung dengan kenyataan yang sedemikian yang tidak berasas sama sekali.
"Akhbar perlu tahu lebih baik, jika dia mempunyai apa-apa bukti rasuah ahli politik pembangkang, tunjukkan bukti tetapi tidak perlu membuat pandangan rawak tidak berasas dan menyeluruh.
"Keperluan penting bagi semua pemimpin politik untuk memberi komitmen kepada perjuangan kebangsaan untuk menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi global dan negara yang gagal dan penyangak.
"Pada tahun kelapan kepimpinan Najib (2009 - 2016) beliau telah mencatatkan kedudukan CPI TI yang lebih rendah daripada di dua Perdana Menteri sebelumnya, Tun Mahathir dan Tun Abdullah seperti yang ditunjukkan oleh carta CPI TI 1995 - 2016." ujarnya.
Malaysia Dateline
Read More

Monday, 30 June 2014

Ketua Kongsi Gelap Jackie Chan (bekas Ketua Cawangan MCA) serah diri...

Isnin, 30 Jun 2014

MCA SEPATUTNYA DESAK KERAS POLIS SIASAT AHLI-AHLI MCA KERANA PENGLIBATAN MEREKA SEBAGAI KETUA KUMPULAN KONGSI GELAP!


Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen cuba nak mengaitkan PAS dengan pengkhianat.

Chai meminta pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS)  memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruh jihad yang dilaungkan bekas pemimpin Dewan Ulamak PASyang telah dipecat, Ustaz Lotfi Ariffin telah menyerap kepada ahli PAS.

Kenyataan biadab dari seorang pemimpin MCA, apa alasan untuk beliau menyuruh polis siasat seluruh ahli-ahli PAS, adakah mereka semua pengganas.

Kalau macam itu, penglibatan anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam pengganas Sulu, maka keseluruhan anggota polis dan TLDM juga ingin disiasat ... kenyataan MCA itu adalah jelas tidak berasas serta mencari publisiti murahan selepas diterima masuk dalam kabinet buncit membusung Najib Razak baru-baru ini..

Omak Kau sarankan sebelum buka mulut sila lihat di longkang parti kamu sendiri.
Posted by 
Read More

Tuesday, 17 June 2014

Beranikah Najib? 'Malaysia bukan sebuah negara sekular'...MCA Desak Najib Gugur Jamil Khir

Rabu, 18 Jun 2014

MCA Desak Najib Gugur Jamil Khir.. Beranikah Najib?

KUALA LUMPUR: MCA mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Datuk Seri Jamil Khir Baharom daripada jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana cuba memutarbelitkan fakta dengan mengatakan Malaysia bukanlah sebuah negara sekular.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Syariah Undang-Undang dan Dasar Pelaksanaan MCA Gan Ping Sieu berkata, Jamil Khir sebagai salah seorang pemimpin kerajaan sewajarnya mengetahui fakta sebenar sejarah penubuhan Malaysia pada tahun 1963 mengenai status negara sekular di negara ini, lapor portal Rakyat News.

Beliau menambah, pihaknya memandang berat jawapan Jamil Khir itu yang telah mengatakan bahawa 'Malaysia bukan sebuah negara sekular'.

"Jika Jamil Khir mahu putarbelit fakta sejarah, beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak berintegriti dan jujur," katanya kepada Rakyat News ketika ditemui di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau turut mendesak Jamil Khir menghentikan serta merta berhubung status negara Islam yang cuba dipertahankan beliau.

Jamil dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Dewan Rakyat semalam menyatakan Malaysia bukan sebuah negara sekular berdasarkan fakta sejarah penubuhan negara ini yang berasaskan kepada Kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.

Menurutnya, perkara itu diperkukuhkan melalui Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas mengatakan agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan. 

-HARAKAHDAILY 
BLM.
Read More

Wednesday, 7 May 2014

MCA sedia kaji keluar BN jika Umno sokong hudud

Rabu, 7 Mei 2014
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong menyatakan kesediaan untuk menilai semula kedudukan parti itu dalam BN, selain berbincang dengan rakan-rakan sekutu lain jika Umno bersetuju dengan pelaksanaan hudud yang ingin dilaksanakan Kelantan.

Wee bercakap demikian ketika Wacana Sinar yang bertajuk Hudud: Bersediakah Kita?, yang diadakan di Kompleks Karangkraf, petang ini.

Beliau yang merupakan salah seorang panelis wacana tersebut berkata demikian ketika ditanya adakah MCA bersedia untuk menilai semula kedudukan dalam BN memandangkan Umno menyatakan kesediaan untuk menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Jika begitu keadaannya, (Umno sokong hudud), sudah sampai masanya kita berbincang dengan rakan-rakan sekutu dalam BN untuk menilai semula kedudukan kita dalam BN," kata beliau pada wacana tersebut.

Selain Wee, bekas Mufti Perlis, Prof. Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah merupakan panelis wacana tersebut. - HARAKAHDAILY
Read More

Saturday, 19 April 2014

HUDUD: Tidak sangka pula UMNO begitu takut pada MCA! - Khalid Samad

Sabtu, 19 April 2014

UMNO dan MCA Kedah sudah mula sokong hudud

Slide5
Jom kita baca.com

Rahsia kenapa UMNO beriya-iya meminta PAS bentang usul Hudud

KHALID SAMAD
Negara kehilangan seorang pejuang yg tegas dan berani dengan pemergian Karpal Singh awal pagi tadi. Berbeza prinsip tetapi saling hormat menghormati. Seorang pejuang hingga akhir hayat. Takziah buat keluarga beliau. Semoga terus tabah.

Dalam pada itu, saya mendengar dengan penuh hairan permintaan Menteri UMNO/BN supaya PAS membawa usul berhubung perlaksanaan Hudud di Kelantan. Mengapa Menteri dari kerajaan yang sedang memerintah memohon PAS yang merupakan parti pembangkang untuk membawa usul tersebut?

Bertambah kelakar bagi saya, apabila Ahli Parlimen UMNO dari Kelantan dengan penuh gah dan semangat, menyokong pula permintaan itu dan memberikan jaminan dari ahli Parlimen UMNO! Kelakar kerana dia tetap meminta PAS membawa usul tersebut, bukan mendesak supaya UMNO yang bawa!

Mengapa dianggap anggap kelakar? Kerana UMNO meminta PAS membawanya. UMNO tidak mampu membawa usul itu sendiri kah? Adakah ini satu pengakuan bahawa UMNO telah ‘dikembirikan’ MCA sehingga tidak berani membawa usul berkenaan dan terpaksa meminta PAS? Tidak sangka pula UMNO begitu takut pada MCA! Sedangkan ‘pahlawan’ dan ‘pendekar’ yang sanggup mendesak PAS pula kelihatan seperti ramai.

Hakikatnya, sekiranya usul ini dibawa oleh parti pemerintah, ianya akan lebih diutamakan. Lebih power dah lebih berkesan. Dengan itu parti pemerintah, iaitu BN, akan menyokong dan ianya akan lulus dengan mudah. Tidak perlu dibawa oleh ahli parlimen dari parti pembangkang. Tetapi apakan daya, wakil rakyat UMNO, dalam soal Islam dan perundangan Islam khususnya, hanya berani menyokong ‘dari belakang’. “PAS bawa dan kami berani untuk sokong!” seolah-olah itulah kata mereka. Tetapi untuk bawa sendiri, kami tidak berani!

Siapa yang tunduk pada siapa sekarang? Dulu dituduh PAS tunduk pada DAP tetapi sekarang amat jelas, UMNO sendiri iktiraf PAS tidak tunduk kepada sesiapa sedangkan mereka sendiri tunduk kepada MCA.

Yang bertambah menggelikan hati pula ialah apabila MCA mula menyerang DAP kerana menurut mereka pula, PAS berani membawa usul ini oleh kerana DAP! Eh, MCA ini pekakkah? Tidakkah mereka dengar, seperti mana telah didengari satu dunia, yang minta PAS bawa usul ini adalah UMNO?

Atau ini semua merupakan mainan politik UMNO/BN yang sememangnya menggunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata? Tiada kesungguhan dan tiada keseriusan dalam soal perlaksanaan sistem perundangan Islam, hanya ingin dimanfaatkan untuk kepentingan politik mereka.

Bagi yang sudah mula pening dengan kerana cerita yang berpusing-pusing ini, kisahnya begini; UMNO minta PAS bawa usul hudud, MCA pula serang DAP. Nampak logiknya? Tidak logik? Maka itulah politik UMNO/BN!

Hakikatnya, sekiranya UMNO/BN benar-benar serius, mereka boleh bawa usul perlaksanaan enakmen hudud untuk negeri Kelantan sendiri dan tidak perlu minta PAS. Kalau dianggap tidak sesuai kerana Kelantan di bawah PAS, maka bawalah untuk negeri Terengganu. Adakah mereka lupa bahawa Terengganu sekarang di bawah UMNO/BN? Tidak mungkin mereka lupa.

Tetapi bukankah baru hari tu usul perlaksanaan hudud ditolak oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu? Maka di Terengganu tidak disokong dan ditolak terang-terangan tetapi di Parlimen dan di Kelantan mereka sokong? Sokong kerana dibawa oleh PAS?

Maka kuncinya ialah usul ini mesti dibawa oleh PAS! Dan sememangnya mereka inginkan PAS yang bawa. Tetapi mengapa?

Sebenarnya mereka tidak serius dan mereka tahu yang serius dan bersungguh-sungguh berhubung sistem perundangan Islam hanyalah PAS. Mereka minta PAS bawa usul berkenaan dengan tujuan dan harapan supaya PAS akan bergaduh dengan DAP! Pendirian DAP berhubung hudud sudah diketahui umum. Dengan diacah dan dicucuk oleh MCA, seperti yang dilakukan sekarang, adalah diharap DAP pula akan melatah dan bertembung dengan PAS. Pertembungan ini diharapkan akan semakin meruncing sehingga akhirnya PR itu sendiri akan berpecah.

Pada masa yang sama, sambil PAS dan DAP ‘bertembung’, UMNO akan terus menyatakan ‘sokongan’ mereka kepada usaha PAS untuk melaksana hudud dan sistem perundangan Islam. Walaupun pada masa yang sama di Terengganu mereka juga yang menolak. Ini, bagi saya, adalah sejenis tindakan yang selari dengan tindakan golongan munafik yang menggunakan agama sebagai alat adu-domba. Dalam kes ini, yang ingin diadu-domba adalah kita yang berada dalam PR.

Untuk pengetahuan semua, jumlah Ahli Parlimen UMNO adalah 88 sahaja termasuk yang dari Sabah. Dengan sokongan mereka dan 21 ahli Parlimen PAS, jumlah yang diperlukan tidak kecapaian. Hanya 109 sedangkan yang diperlukan adalah 112. Kalau tidak disokong Ahli Parlimen Islam PKR atau PBB (Sarawak), maka usul itu akan gagal. Dalam keadaan itu UMNO akan mendabik dada mengatakan bahawa mereka sokong usul hudud dan yang gagalkannya adalah PKR bukan mereka! Dan dengan itu akan dianjurkan supaya PAS duduk bersama UMNO yang ‘memperjuangkan’ hudud (dari belakang di mana PAS perlu bawa usulnya) dan tinggalkan PR.

Maka akhirnya hudud dan perundangan Islam tetap tidak terlaksana kerana tidak cukup penyokong DAN pada masa yang sama, PAS keluar dari PR. PAS keluar kerana marah PKR tidak menyokong usul berkenaan. Inilah perancangan yang sedang diusahakan UMNO/BN megikut bacaan saya.

Namun walaupun begitu, saya tetap setuju PAS membawa usul berkenaan ke Parlimen. Tetapi, penolakan usul oleh DAP dan PKR tidak merupakan sebab untuk PAS keluar PR kerana dalam soal ini, tiada mana-mana pihak yang melanggar janji di dalam persetujuan yang telah termeterai dengan penubuhan PR. Ini adalah kerana sejak awal lagi persoalan perlaksanaan hudud tidak dimasukkan ke dalam perjanjian berkenaan kerana tidak dipersetujui bersama. Untuk memastikan PR tidak berpecah semasa menguruskan isu ini, maka pimpinan PR perlu bertemu dan memahami pendirian masing-masing. Sambil ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam soal perlaksanaan hudud dan sistem perundangan Islam, masih banyak lagi yang dipersetujui bersama berhubung ‘good governance’ dan keadilan umum yang terus ditolak UMNO/BN.

Sekiranya PR mampu mengharungi strategi adu-domba UMNO/BN ini yang sedang dilaksanakan mereka, maka ini akan membuktikan kerjasama PR telah benar-benar mantap dan kukuh. Ini adalah tipu-helah yang utama mereka di mana parti yang selama ini memperlekehkan hudud, sanggup menelan perasaan malu dan akhirnya berpura-pura menyokong hudud. Penentang Islam mendabik dada mengakui dirinya sebagai pejuang Islam. Tipu-helah ini adalah tipu-helah terakhir dan sekiranya tidak berjaya menyebabkan PR berpecah, maka alamatnya PR akan mencabar UMNO/BN dengan lebih hebat lagi dalam PRU ke 14 yang akan datang ini insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Kerengga.
Read More

Saturday, 1 February 2014

PRK Kajang: MCA berkeras dan sanggup bertelagah dengan UMNO...

Ahad, 2 Februari 2014

Photo: MCA berkeras dan sanggup bertelagah dengan UMNO untuk meletakkan calon untuk PRK Kajang namun pilihan yang terbaik mereka ada ialah Datuk Lee Chong Wei, pemain Badminton Negara..

Namun Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan Lee Chong Wei "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan pilihan raya kecil Kajang..

Sementara itu LCW yang ditemui ternyata terkejut bila ditanya mengenai pencalonan beliau dan berkata "Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut,"..

Kemungkinan selepas ini MCA terpaksa melamar Nicol David atau Michelle Yeoh untuk diletakkan sebagai calon di Kajang.. Bagi gua, kalau MCA nak menang letak la Jackie Chan..
MCA berkeras dan sanggup bertelagah dengan UMNO untuk meletakkan calon untuk PRK Kajang namun pilihan yang terbaik mereka ada ialah Datuk Lee Chong Wei, pemain Badminton Negara..

Namun Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan Lee Chong Wei "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan pilihan raya kecil Kajang..

Sementara itu LCW yang ditemui ternyata terkejut bila ditanya mengenai pencalonan beliau dan berkata "Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut,"..

Kemungkinan selepas ini MCA terpaksa melamar Nicol David atau Michelle Yeoh untuk diletakkan sebagai calon di Kajang.. Bagi gua, kalau MCA nak menang letak la Jackie Chan..
 — withZain Dien and 18 others.
Read More

Wednesday, 5 June 2013

‘MCA tutup kedai’ permulaan era politik baru Malaysia - Tamatkan politik perkauman sekarang!

Khamis, 6 Jun 2013
‘MCA tutup kedai’ permulaan era politik baru Malaysia
Roketkini



JANGAN sama sekali menyamakan DAP dengan MCA. Jika dibuat perbandingan, ideologi DAP yang berjuang  demi seluruh anak Malaysia sudah menunjukkan jurang yang nyata. Ternyata, Barisan Nasional (BN) kekal dengan prinsip politik pecah dan perintahnya. Ia lebih jelas jika kita melihat pecahan komponen BN seperti UMNO, MCA, MIC dan parti suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) merupakan bukti rakyat berani bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap BN. Amalan politik pecah dan perintah BN yang menggugat perpaduan semua bangsa negara ini telah lama membuahkan hasil yang jelek. Ini ditambah lagi dengan gejala rasuah, monopoli dan kronisma melampau. Sebab itu tidak hairan apabila undi popular PRU13 lalu memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Apa jadi dengan MCA, Gerakan?

Selepas tewas teruk, MCA dan Gerakan dengan nada kecewa seolah-olah tidak mampu lagi menampung kekecewaan mereka, lantas kita mendengar bahawa ada pimpinan mereka yang menyalahkan rakyat dengan tohmahan tidak tahu bersyukur. Perangai menyalahkan orang ini sama sahaja seperti UMNO.

Sepatutnya, jika MCA dan Gerakan mahu menjadi parti politik yang ikhlas dan berintegriti, mereka seharusnya bekerja keras, memberi khidmat dan menjadi pengkritik sebarang dasar kerajaan yang tidak pro kepada rakyat. Malangnya komponen BN ini tidak buat begitu, mereka menjalankan ‘ops tutup kedai’, seolah-olah mahu menjatuhkan hukuman kepada rakyat kerana tidak memilih mereka.

Walaupun sesetengah mereka menyatakan mereka tidak akan metutup pusat perkhidmatan secara langsung tetapi hanya akan menghadkan aktiviti mereka kepada kerja dalaman parti, ada pula yang terang-terang menyatakan bahawa dek kerana rakyat tidak menyokong MCA dan Gerakan, tidak bersyukur terhadap jasa baik yang ditaburkan mereka pada masa lalu, lebih baik mereka ‘tutup kedai’ dan memberi perkhidmatan kepada kawasan yang menghargai mereka.

Majlis tertinggi MCA sudah dua kali memutuskan sekiranya mereka kalah teruk, semua ahli MCA tidak akan menerima apa-apa jawatan dan pelantikan sama ada oleh kerajaan di peringkat kerajaan tempatan, negeri, atau Pusat. Saya tidak akan memberi pandangan di atas sesetengah kes di mana ia selaras dengan kemahuan mereka iaitu ‘cakap serupa bikin’ kerana saya rasa rakyat sudah membuat keputusan sendiri.

Tindakan itu menyimpulkan bahawa MCA dan Gerakan tidak punya integriti untuk terus berkhidmat dan mereka wajar dihukum rakyat dengan lebih dahsyat pada PRU-14 akan datang.

Beza DAP dan MCA ibarat langit dan bumi

Apa yang sedang berlangsung dalam senario politik Malaysia kini membuktikan bahawa mentaliti politik MCA dan Gerakan, mentaliti BN secara amnya adalah berdasarkan balasan dan bukannya demi membela dan membangunkan masyarakat.

BN telah banyak mengkhianati rakyat. Ini merupakan hakikat yang tidak boleh dinafikan. Pemimpin BN seolah-olah tidak endah dan tidak malu dengan membiarkan sentimen perkauman dimainkan siang dan malam, mereka juga tidak peduli terhadap kenaikan kos hidup yang tidak seimbang membebankan rakyat.

Saya pernah diberitahu seorang cerdik pandai yang berpengalaman dalam bidang politik dan kemanusiaan, katanya mana-mana individu yang tidak tahu malu, adalah seorang yang tidak bermaruah; dan sesiapa yang tidak bermaruah tidak layak diamanahkan apa jua keyakinan atau kepercayaan kerana mereka sanggup membuat apa sahaja demi kepentingan diri sendiri.

Sejarah menunjukkan bahawa DAP mempraktikkan politik mengikut perjuangan (conviction politics) dan BN pula mengamalkan politik berdasarkan pampasan (compensation politics). Jelas, BN, khususnya MCA dan Gerakan bukan saja berfikiran sempit malah ketinggalan zaman. Kasihan kepada mereka yang memberi keyakinan kepada MCA dan Gerakan.

Tidak kira betapa teruknya DAP tewas dan ditolak rakyat, DAP tidak pernah meninggalkan perjuangan. Lebih penting lagi, DAP tidak pernah menyalahkan rakyat yang tidak memilih mereka malah terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat tanpa peduli kepada imbuhan mahu pun balasan yang diperoleh sama ada positif atau negatif.

Tamatkan politik perkauman sekarang!

Satu hal yang penting selain memberi perkhidmatan kepada rakyat ialah menamatkan politik perkauman. Dengan adanya BN yang ditunjangi parti perkauman UMNO, MCA dan MIC, Malaysia akan terus dibelenggu dengan pelbagai jenis ‘hantu’ kaum yang menghasut. Inilah rahsia kemenangan mereka sejak berbelas penggal memerintah negara.

Sehari wujudnya MCA, MIC dan UMNO, ia bermakna sehari lagi wujudnya politik perkauman; sehari hilangnya parti politik berasaskan perkauman, maka berakhirlah politik perkauman yang menjadi asas penindasan, diskriminasi dan mainan politik yang menakut-nakutkan rakyat. Sudah tiba masanya parti berasaskan perkauman dijauhi.

Rakyat menunggu masa depan Malaysia yang lebih baik. Malaysia milik semua rakyat Malaysia. Kini tibalah masanya untuk menamatkan politik perkauman dan politik balas dendam. Malaysia sebagai sebuah negara Demokrasi Berparlimen mengangkat rakyat sebagai tuan, raja sebagai payung negara. Ayuh bersama bergandingan tangan menghapuskan politik perkauman, menjunjung ketuanan rakyat!
Roketkini/Harakahdaily.

Read More

Friday, 5 April 2013

Ketua Pemuda Barisan Lucah Nasional... Chua Soi Lek Mengaku Beliaulah Dalam Video Lucah Johor

Jumaat, 5 April 2013
Pecah Berita Lagi! Isu Wanita Bogel Pegang Bendera BN, Khairy Jamaluddin Salahkan Pakatan Rakyat!
Posted by Abas® - tiewnama®Friday, April 5, 2013
Khairy jamaluddin iaitu ketua pemuda Barisan Lucah Nasional hari ini menyalahkan 
Pakatan Rakyat kerana seorang penyokong kuat BN telah bertelanjang sambil memegang
bendera keramat Barisan Nasional.

penyokong kuat BN ini bergambar sambil memegang bendera BN adalah kerana rasa 
kasih dan sayangnya kepada cita cita BN bagi membawa satu perubahan dalam 
sektor filem lucah negara, dan ketua pemuda BN ini juga berkata bahawa penyokong
kuat BN itu adalah dari sabotaj pembangkang atau Pakatan Rakyat.
by @tiewnama - dari pemimpin sampai ke penyokong, habis semuanya 
kaki lucah, memang wajarlah Barisan Nasional di beri GELARAN 
PARTI LUCAH SEPANJANG ZAMAN! kah3



Pasangan lucah Alvin dan Vivian berkempen untuk Barisan Nasional
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/04/pasangan-lucah-alvin-dan-vivian.html#ixzz2PWjnZohY



PASANGAN lucah yang mencetuskan kontroversi sebelum ini apabila memuat naik adengan seks mereka di internet, Alvin dan Vivian secara terbuka berkempen untuk Barisan Nasional.

Jika sebelum ini Barisan Nasional berkempen menggunakan video-video lucah untuk meraih undi rakyat. Kali ini nampaknya mereka ada "duta lucah" pula untuk meneruskan kempen lucah.


ReJaM© " Sokonglah Barisan Nasional untuk meneruskan budaya politik lucah..."

R

Read More

Tuesday, 26 February 2013

N23 DUN Manjoi: Pengundi MELAYU, CINA, INDIA & ORANG ASAL Sudah Berpadu..Tolak BN!

Selasa, 26 Februari, 2013
jomkitabaca.com
Lawak Sungguh Badi!..No!..No!...No!

Generasi-y Bangun Melawan
ming wei 1 hour ago
给反对党一次机会,有可能会更好!!!
现在得国政好吗???
莱纳斯,铁矿烂价卖,油棕没价,好的蔬菜新鲜鱼肉运出国,
我们人民生活困苦,国阵懂吗????
换政府,换首相,换一次给反对党。。。
PAS DAP MENANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


MrTCL1986 29 minutes ago
2:39
她说了"民联"会更好。
She said 'Pakatan Rakyak' will be better.


Chrishiro Tan 30 minutes ago
Ms Ng can balik kampung liao

Christ Liew 2 hours ago
well done malacca people,...kick ng yen yen out,kick lynas out kick be END out...!!!
Hidup PKR...!!!

michealkkw 3 hours ago
Cina gaduh sama cina.sapa pulak tepuk tangan?
Harap macai umno boleh tolong jawabkan.
Sekarang umno mana ada telur jawab.
Najib kena d penang umno pun dum macam anjing.
HIDUP PKR,DAP DAN PAS

UBAH SEKARANG!

jomkitabaca.com


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena